SULTAN MELAKA PERNAH MILIKI ISTANA BERGERAK? - sayidahnapisahdotcom SULTAN MELAKA PERNAH MILIKI ISTANA BERGERAK?
LightBlog

SULTAN MELAKA PERNAH MILIKI ISTANA BERGERAK?

SULTAN MELAKA PERNAH MILIKI ISTANA BERGERAK?

Ditulis oleh: Puan Eleena M. (@PopPelangi)

Menurut ahli sejarahwan Portugis, Fernao Lopes de Castanheda pernah mencatat bahawa Sultan Melaka pernah memiliki sebuah istana bergerak untuk Sultan bergerak sambil bekerja. 

Konsepnya sama seperti Air Force One untuk Presiden US (United States).
SULTAN MELAKA PERNAH MILIKI ISTANA BERGERAK
SULTAN MELAKA PERNAH MILIKI ISTANA BERGERAK?
Menurut buku Historia do Descobrimento e Conquisto India Pelos yang diterbitkan pada 1554, dalam catatan Alfonso D'Albouquerque menulis bahawa istana bergerak tersebut mempunyai 30 roda dan ditarik dengan berpuluh ekor gajah.
SULTAN MELAKA PERNAH MILIKI ISTANA BERGERAK
SULTAN MELAKA PERNAH MILIKI ISTANA BERGERAK?
Istana ini diperbuat dari pohon kayu meranti yang keras dan tahan lasak, serta dengan hiasan emas di tepi tingkap istana. 

Pada tahun 1511 apabila Portugis menawan Melaka, tentera penjajah bertindas merampas istana ini dan mencuri emas serta membakarnya agar Sultan tidak dapat melarikan dirinya dengan istana ini. 

Dalam catatan buku The Commentaries of Afonso D'Albouquerque juga ada mencatat perkara ini. Buku ini diterjemah ke bahasa Inggeris pada 1846.

The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India
books.google.com.my
SULTAN MELAKA PERNAH MILIKI ISTANA BERGERAK
SULTAN MELAKA PERNAH MILIKI ISTANA BERGERAK?
Dikatakan istana ini pernah bergerak dari Melaka ke Pahang ketika Sultan Mahmud Syah melawat menantunya iaitu Sultan Pahang pada ketika itu. 

Dikatakan satu roda itu cukup besar dan tinggi serta jalanraya yang dibina itu dibina rata agar perjalanan Sultan selesa.

Bagi yang bertanya tentang di mana saya dapat buku Teknologi Kesultanan Melaka, saya beli secara online di KafilahBuku.com.
SULTAN MELAKA PERNAH MILIKI ISTANA BERGERAK
buku teknologi kesultanan Melayu
SULTAN MELAKA PERNAH MILIKI ISTANA BERGERAK
replies on tweet 'SULTAN MELAKA PERNAH MILIKI ISTANA BERGERAK?'

Post a Comment

2 Comments

  1. Akak jadi kagum dengan kepakaran orang zaman dahulu. Tak sangka ada istana bergerak. Hebatkan melayu kita

    ReplyDelete
  2. Good sharing KC.. baru tau ada istina bergerak rupanya ya. Hebat kan orang dulu-dulu..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p