Kenapa ramai 'bangkang' Dr. Maszlee letak jawatan Menteri Pendidikan 2020? - sayidahnapisahdotcom Kenapa ramai 'bangkang' Dr. Maszlee letak jawatan Menteri Pendidikan 2020?
LightBlog

Kenapa ramai 'bangkang' Dr. Maszlee letak jawatan Menteri Pendidikan 2020?

Kenapa ramai 'bangkang' Dr. Maszlee letak jawatan Menteri Pendidikan 2020? | Pada 2 Januari 2020, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita perletakan jawatan Minister of Education Malaysia, Dr. Maszlee Malik. Mengambil statement beliau di twitter - "Dengan hati yang redha walaupun berat, saya Maszlee Malik dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, berkuatkuasa 3 Januari 2020".
kenapa ramai bangkang dr maszlee letak jawatan
kenapa ramai bangkang dr maszlee letak jawatan menteri pendidikan 2020?
kenapa ramai bangkang dr maszlee letak jawatan
rakaman penghargaan dan terima kasih buat perdana menteri
Selepas berita Dr Maszlee letak jawatan Menteri Pendidikan Malaysia pada hari semalam, ramai yang meluahkan perasaan. Ada yang sedih, sayu, rasa tak percaya, ada yang 'marah', tak puas hati dan rasa terkilan dengan 'keputusan' itu.


Kenapa ramai 'bangkang' Dr. Maszlee letak jawatan Menteri Pendidikan 2020?

Kalau ada yang tanya kenapa ramai yang sedih, bangkang.. 'mungkin' di bawah ni anda boleh ketemu jawapannya..

Di bawah ini adalah antara penulisan 'viral' yang saya jumpa berkaitan dengan sumbangan dan penghargaan kepada Dr Maszlee Malik.

Moga ada manfaatnya.


"... Dr. Maszlee Malik merupakan Menteri Pendidikan yang terbaik pernah Malaysia ada"
Ditulis oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

"YB, saya ingin bertanya, kenapa dalam pendidikan sekarang terlalu banyak perubahan drastik? Kadang apa yang diumum itu, akar umbi pun tidak tahu dan tidak bersedia menerima perubahan mendadak."

Insan ini tersenyum. Memandang tepat ke dalam mata aku lantas berkata,
"Cikgu Fadli. Saya tidak tahu berapa lama saya akan pegang kuasa ini. Jika asyik kaji, kaji, dan kaji seperti kerajaan lama, apa pun tak akan berubah.

Sebab itu saya terus mengeluarkan arahan atas kapisiti saya sebagai menteri untuk terus menjadi dasar kerajaan. Pemansuhan serta merta LINUS contohnya. LINUS menjadi rungutan majoriti guru sejak sekian lama. Cara pelaksanaan yang tidak kena, banyak borang dan proses LINUS mengganggu PdPc guru.

Saya baca apa yang Cikgu Fadli tulis. Saya ambil maklum dan saya terus bertindak semasa ada kuasa.

Begitu juga dasar Zero Reject Policy. Saya tahu ramai guru-guru belum bersedia menerima anak-anak kurang upaya di aliran perdana. Mereka masih tiada ilmu yang cukup untuk handle murid sebegitu. Namun jika bukan sekarang, jika bukan masa saya ada kuasa, agaknya sampai bila-bila ia takkan dilaksana.

Pemansuhan peperiksaan di tahap 1 sudah sekian lama dikaji. Sudah dilaksanakan hampir semua negara maju. Dan kita masih takut-takut untuk berubah. Jika tanpa arahan menteri, kita masih ditakuk lama.

Banyak perkara kita perlu ubah dahulu baru kita perlahan-lahan belajar untuk menerima dan handle setiap perkara dengan baik. Semestinya akan ada kekurangan, namun masa dan kepakaran kita pasti dapat atasi semua kelemahan."
kenapa ramai bangkang dr maszlee letak jawatan
kenapa ramai bangkang dr maszlee letak jawatan?
Panjang lagi kami berborak, bercerita tentang hala tuju pendidikan negara.

Dr Maszlee Malik. Satu susuk tubuh kecil yang diangkat menjadi Menteri Pendidikan Malaysia. Orangnya sangat merendah diri, sangat santun dan mudah didekati.

Belum ada lagi mana-mana menteri pendidikan sepertinya. Turun ke sekolah tanpa protokol menyantuni murid-murid dan guru. Yang membuka pintu rumah untuk guru biasa.

Belum ada yang sepertinya.
kenapa ramai bangkang dr maszlee letak jawatan
kenapa ramai bangkang dr maszlee letak jawatan menteri pendidikan?
Serangan politik itu biasa. Beliau orang politik. Dihina bermacam-macam, dikutuk dan dimaki sentiasa. Namun beliau tetap tersenyum dan terus melangkah dengan tabah.

Dan petang tadi sebenarnya aku sangat terkejut dan sedih dengan pengumuman daripada YBM tentang perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Beliau sangat perform membuat perubahan demi perubahan dalam dunia pendidikan. Banyak bebanan tugas guru beliau ringankan, dan yang terbaharu semalam beliau sempat membuat satu polisi pertukaran baharu.

Pertukaran suka sama suka yang sangat menggembirakan hati lebih 400k guru diluar sana.

Saat terakhir sebelum melangkah keluar dari pejabat menteri pun beliau masih cuba berbakti.
kenapa ramai bangkang dr maszlee letak jawatan
kenapa ramai bangkang dr maszlee letak jawatan
Aku beberapa kali pernah berhadapan dengan beliau secara peribadi, bertanya face to face tentang apa hala tuju pendidikan negara, apa kehendak beliau, apa pula kehendak kerajaan semasa, apa pula kehendak ibubapa, apa pula kehendak guru-guru apa pula kehendak target (murid/pelajar/mahasiswa).

Ternyata, beliau sangat jujur dan ikhlas dalam bidang pendidikan. Beliau mahu sebanyak mungkin perubahan ke arah kebaikan sebanyak mana yang ibubapa dan guru mahukan.

Biar apa kata-kata buruk yang orang hendak kata padanya, aku anggap Dr. Maszlee Malik merupakan Menteri Pendidikan yang terbaik pernah Malaysia ada.
menteri pendidikan malaysia
senarai nama menteri pendidikan malaysia
menteri pendidikan malaysia
senarai nama menteri pendidikan malaysia
Dalam tempoh 20 bulan sahaja beliau membuat perubahan demi perubahan, mendekati ibubapa, guru dan murid dengan cara luar biasa, cara yang belum pernah mana-mana menteri buat.

Beliau sememangnya dekat di hati ramai orang sebenarnya.

Yang memaki dan memusuhi beliau bukan berpaksi kepada sikap beliau, tapi kerana perbezaan fahaman politik sahaja.

Mana mungkin ada orang sanggup membenci seorang menteri (bekas) yang sanggup turun mengharung banjir besar sambil mendukung anak kurang upaya sepertinya.
kenapa ramai bangkang dr maszlee letak jawatan
kenapa ramai bangkang dr maszlee letak jawatan
Buat Dr. Maszlee Malik, teruslah berjaya dan cemerlang walau dimana YB berada.

Perkenalan singkat bersama tuan memberi seribu erti buat guru biasa macam saya. Budi, kesopanan dan kerendahan hati tuan sentiasa dalam ingatan.

Salam sayang penuh keikhlasan,
Mohd Fadli Salleh,
Guru Sk 1 Gombak.
kenapa ramai bangkang dr maszlee letak jawatan
kenapa ramai bangkang dr maszlee letak jawatan
#MFS
- Kehilangan permata di tengah kekalutan adalah satu kesedihan yang tidak terungkap kata-kata -


"Padan muka kau maszlee!"
Ditulis oleh: Ibnu Rijal

Padan muka kau maszlee!

Itulah dah cakap, jawatan menteri untuk orang bodoh. Kau ada phd, kau nak masuk jugak. Sekarang apa cer? Padan muka kau!

Dulu masalah budak kecil dan miskin nak jaga kasut mereka. Mana dengan basuhnya mana dengan kapurnya. Mana dengan nak dijaganya.

Asrama pula mengada nakkan kasut itam. Nak main futsal masa waktu pj, nak kena kasut sukan lagi. Takkan lah nak usung kasut putih tu kemana-mana. Pening family miskin ni fikir.

Menteri bertukar-tukar tak penah peduli pun hal ni. Yelah, menteri kot.. takkan nak pandang kaki budak miskin kan? So lantaklah mak pak dia nak berhutang pun. Kasut je pun.

Tiba-tiba kau datang maszlee, by one simple arahan, tukar kasut hitam. Simple. So budak miskin tadi ni tak pening dah, all-in.. tahan lasak. Apa kau dapat maszlee? From that day, orang gelar kau menteri kasut hitam!

Yelah, tu tanda visi kau membumi, sebab tu kau nampak kasut. Cuba lah kau belajar dari menteri sorang lagi, visi dia melangit, sebab tu dia nampak kereta terbang! See, dia tak kena tekan pun dengan gergasi politik. Padan muka kau!

Kan orang dah cakap, KPM ni lubuk duit. Kau ingat sapa nak peduli sekolah di ulu sabah sarawak dan hutan hutan?

Kalau buat sekolah cantik cantik pun, diorang bukan datang pun. Diorang sibuk kutip petai di hutan. Buat ala kadar sudahlah, lebihan duit tu boleh jugak tampung melancong, kereta baru, anak bini, ketua-ketua cawangan semuanya nak kena suapkan makan.

Tetiba kau datang, kau beriya iya nak pertahankan sekolah-sekolah hulu tu.. siap usung gambar sekolah tu ke parlimen. Beriya betul. Kau ingat orang hairan? Orang tak pandang la sekolah busuk hulu kampung tu. Menteri nak turun sekolah pandai, sekolah elit, ada jamuan besar besar, seluar pun tak kotor, ada alumni korporat jutawan, alih alih kau jadi menteri, kau pergi turun sekolah usang. Low class! kan dah mendapat. Padan muka kau!

Orang dah pesan, jadi menteri ni, jangan cuba memahami. Tapi cuba difahami. Semua menteri buat macam tu. Alih alih kau beriya iya nak memahami bebanan tugas guru bagai. 

Segala fail-fail report yang merepek meraban tu semua tak perlu buat dah. Eh kau sapa? Kau tau tak PPD JPN dan nazir tak respect pun arahan kau. Diorang still tekankan fail berbanding murid.

Murid bodoh piang takpe, asalkan fail lengkap. nazir dan menteri dulu turun tengok fail, tapi kau turun tengok murid. Kau dah kenapa? Murid tak pentinglah lee! Yang penting fail tu, menipu pun takpe, janji fail report tu lengkap. Ini amalan biasa penjawat awam. Kau nak lawan arus?

Kau tahukan selama ni bila jpn kpm turun sekolah, cikgu sibuk mempersiapkan fail. Bukan mempersiapkan budak. Sebab diorang tak heran pun kat budak, yang penting fail semua tu.

Kau datang nak buang semua ni.. marahlah diorang, ini kerajaan fail, laporan, meeting, jamuan, rombongan dan bungkus lauk lepas meeting. Tetiba kau nak tukarkan jadi kementerian "kemanusiaan". Sekarang terimalah, fail kau tak cantik, letaklah jawatan! Padan muka kau.

Ni nak cakap.. cikgu duka lara, kenapa kau kisah sangat? Lantaklah dia tak jumpa suami dia ke isteri dia ke. Peduli apa. Kau menteri, fikir isteri kau sudahlah. Nak pakai beg apa kasut apa. Ini tidak, kau nak sangat tolong diorang.

Dulu isu guru duka lara ni dah macam tanda-tanda kiamat. Punya susah nak settle. Alih alih kau datang, senang je kau settle. Banyak keluarga dah kembali tertaut. Kau melampau la maszlee, kau tak tahu ke dulu ni nak bertukar semua tu selain doa, cable kau kena kuat?

Kau datang je semua cable tak function. Semua dilayan sama rata. Mana boleh macam tu! Dulu, guru nak angkat kepala dekat ketua pemuda kawasan pun takut. Sebab cable ni la. Tapi masuk je era kau, guru sendiri yang hina dan troll kau di facebook. Kau tak tukar pun mereka.

Nak jadi baik konon, nah sekarang sebab kebaikan itulah kau 'ditukar'.

Orang dah cakap, bila ada jawatan kena berlagak sikit. Kau tak tahu ke cikgu yang baru naik gred 44 pun lain macam dia punya ketuk meja meeting? Cikgu yang bini datuk pun kena dihormati oleh pengetua walaupun dia mai kelas cuma melawa. Ini budaya dah lama. Alih alih kau datang nak jadi "pakcik". Apa kelas kau lee? Kan dah kena berhenti. Padan muka kau.

Nih satu lagi, orang dah cakap jangan kacau tokey besar. Elok elok je internet slow kat sekolah. Rileks je kitorang isi report budak berejam jam, pastu system down. Isi balik. Pastu internet putus, hilang semua data. Kitorang ok je guna data sendiri, asalkan jangan kacau "kawan-kawan" menteri.

Alih alih kau datang, kau hapuskan monopoli. Sapa nak tender kena perform. maxis digi celcom semua dapat, fight servis sapa terbaik. Abis internet jadi laju.

Nak google apa pun senang. Google classroom frog semua tu dah boleh senang access. Susahlah cmni, internet ni kan senjata yahudi. Hmm.. kau degil. Tengok kan dah kena nasihat berhenti. Padan muka kau maszlee.

Orang dah cakap, persetankanlah jawi tu. Bukan penting pun. Budak tak reti baca jawi, apa kesannya? Alah sekadar tak boleh baca quran. Tak penting pun. Yang penting budak boleh jadi saintis, engineer doktor. Quran tu hal peribadi la. Umno parti keramat melayu pun bunuh jawi dulu, alih alih kau barua DAP nak angkat jawi. Kau siapa lee?

Satu lagi UEC, kau tak iktiraf kenapa? Dong zong dah marah kau. Kau ingat diorang sapa? Diorang kan bumiputera asli. Kau tak tahu ke uec ada dalam manifesto ph dan bn? Kau tak paham lagi? Follow je.

Gergasi politik ni dua-dua side sama ja.. tapi kau degil, nak jadi hero bangsa jugak. Last tengok, bangsa ni jugak yang hari hari ketawakan kau troll kau pasal kasut hitam pasal tol simpang renggam.

Padan muka kau!

Takpelah.. kau ada phd, nama kau besar dalam akademik. Berebut universiti nak kan kau. Tak cukup dalam, luar negara pun nak. English fluent, arab fluent.. agama pandai, akademik pandai.. nak apa lagi kan?

Kami ok. Cuma pasni, pakcik mana lah yang nak peduli kasut anak anak kami. Pakcik mana lah yang nak kisah sarapan pagi anak anak kami kan..

Padan muka kau maszlee.. kau boleh berehat, keluar dari kereta yang kau pandu kami ke depan. Sedang kami di dalam, diam menanti, siapa yang akan pandu kami ke belakang kembali. :(

Disclaimer: Inbox saya diserang bertalu talu dengan maki hamun kerana "kelancangan" saya terhadap Dr.Maszlee.. saya sayang dr.maszlee kerana Allah. Post tadi bersifat sarcasm. Saya tidak bermaksud biadap terhadap dr.maszlee. apatah lagi beliau lah selama ini yang membuka minda saya tentang geopolitik dunia dan permikiran. Bahkan sehingga jadi menteri pun beliau masih boleh berhubung meski tidak selazat dulu. Post itu ditulis untuk membela beliau, bukan mengecam beliau. Post sarcasm hanyalah permainan seni bahasa. jika kabur tentang ayat yang ditulis, mohon gunakan kaca mata, bukan gunakan pembaris.
padan muka kau maszlee
Penulis 'padan muka kau maszlee', Ibnu Rijal bersama Dr Maszlee Malik
PENCAPAIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN 2019

Fokus 1 - Mengembalikan Cinta ke Dalam Pendidikan

- 75 sekolah ditambah kelas OKU dengan penambahan 526 kelas
- 51,191 pelajar B40 dapat laluan khas ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
- RM68.1 juta biasiswa untuk 31,614 pelajar B40
- 4,369 murid cicir kembali ke sekolah
- 2,636 anak tanpa dokumen mendaftar sekolah
- Pemansuhan peperiksaan Darjah 1, 2 dan 3
- Pendidikan wajib hingga sekolah menengah (semakan semula Akta Pendidikan 1996)
- 15,565 guru duka lara ditukarkan
- 50% beban guru diringankan

Fokus 2- Kualiti Pengajaran & Pembelajaran

- Penubuhan Jawatankuasa Kajian Dasar, Jawatankuasa Khas OKU, Jawatankuasa TVET, Jawatankuasa Khas Orang Asli untuk reformasi sistem
- 10,208 sekolah nikmati kelajuan minimum internet 30mbps & 100mbps (fiber)
- Penggunaan Google Classroom
- Peningkatan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) (Literasi bacaan, Matematik & Sains)
- Peningkatan QS Ranking Universiti
- Tahap kebolehpasaran kerja graduan TVET 54,789 daripada 61,510 dapat pekerjaan
- 90% projek sekolah daif siap
- 1,216 makmal Sains usang diperbaiki

Fokus 3 - Autonomi & Akauntabiliti

- RM455 juta geran penyelidikan untuk pendidikan tinggi
- 14,911 tawaran kemasukan IPT untuk OKU, atlet, Orang Asli & B40
- Penetapan Hari Akademik pada 5 Oktober
- 20 pilihan raya kampus di universiti awam dikendalikan oleh mahasiswa
- Penubuhan kesatuan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Lantikan 43 mahasiswa mengganggotai senat di 20 umiversiti awam

Fokus 4 - Malaysia Membaca

- Pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh UNESCO
- Insentif bulanan RM5,000 untuk Sasterawan Negara
- 3,703 program membaca di seluruh negara
- Program Sasterawan@Fakulti untuk memperkenalkan Sasterawan Negara kepada anak muda

Fokus 5 - Manifesto

- Mansuh senarai hitam PTPTN, pelepasan kepada gaji kurang daripada RM2,000, lupus/diskaun pelajar cemerlang & B40, insentif cukai kepada majikan bayar semula tanpa potong gaji pekerja
- Penubuhan Pasukan Dasar untuk mengkaji isu berkaitan Unified Examination Certificate (UEC)
pencapaian kementerian pendidikan malaysia 2019
pencapaian kementerian pendidikan malaysia 2019
Para netizen di twitter pun ramai yang share their feelings (sedih, regret, tak suka) dan pendapat berkenaan dengan keputusan perletakan jawatan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik.

Antaranya:

Samantha-

Best dengar live Dr. Maszlee. Pesanan ketiganya dekat murid "Dengar sini, pak cik nak pesan, tapi ni rahsia antara kita tau. Dekat rumah, dengar cakap ibu, dekat sekolah dengar cakap cikgu, kenapa takde ayah? Sebab ayah pon kadang tak dengar cakap ibu juga kan" hahaha.

"Banyakkan membaca. Sekurang kurangnya satu hari satu buku"

"Ibu bapa, terapkan dalam diri anak-anak agar sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap perkara & bersungguh-suggguh. InsyaAllah anak bangsa ini akan menjadi seorang yang hebat"

Ucapan untuk budak tapi aku yg terinspirasi! :)

Nimelesh-

Dr Maszlee Malik’s achievements in 20 months as the Education Minister:

1. Introduced free breakfast program so that all students, especially the poor, don't feel hungry while learning.
2. Introduced admin helpers for teachers so they can focus on teaching and not paperwork.
3. Remove streaming for more flexibility in picking subjects.
4. Remove exams for Standard 1-3 so kids can focus on building character and not be burdened by exams.
5. Introduced OKU friendly schools to encourage more OKU students  to go to school.
6. Almost finished fixing all the schools in East Malaysia that are falling apart and in bad condition.
7. Work with other ministries so that children without birth certificate can go to schools when previously they can't.
8. There are parents who love the idea of black shoes because they're cheaper and easier to maintain in the long run.

Tq Dr maszlee.

Justin-

It's so rare to see a Minister in Malaysia stepping down. But it's a shame because he did bring a lot of positive and progressive change to the education system.

Actually, when was the last time a minister stepped down in Malaysia?

Always believe that the Education portfolio should be given to people like Maszlee, an educator. But it seems like it'll go back to a politician instead. What a shame.

M Amir -

Dr Maszlee was never a politician. He was a guy wanting to change the education system we had. But politics is a cruel world, if you don't abide by its rules, you'll look bad. If only this was a technocratic system, it would've probably be different.

En Marul -

Sebelum Dr Maszlee masuk politik, dia sangat dihormati ramai, tengok la resume beliau. Bila dilantik jadi Menteri, macam2 idea dan tindakan dah dibuat, tapi hanya yang buruk saja media laporkan.. Akhir nya Menteri2 wayang je yang masih tinggal. Tahniah Malaysia Baru!

PETITION: Kekalkan YB Maszlee Sebagai Menteri Pendidikan Malaysia!

YB Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru guru dan masyarakat. KPM dibawah kepimpinan YB telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progresif dalam merencana reformasi pendidikan negara.

Antara sumbangan beliau dalam tempoh yang singkat ini adalah:

Sifar Sekolah Daif
Program Sarapan Pagi Percuma
Program Pertukaran Guru "Suka Sama Suka"
Penambahbaikan Pendidikan Untuk Pelajar OKU
Perkhidmatan Internet Kelajuan Tinggi
Peningkatan Program TVET
Menjaga Kebajikan Guru Guru

Malangnya, segala inisiatif beliau telah dibayangi dengan laporan laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan.

Keputusan meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara. Mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar YB Perdana Menteri sebagai negarawan terulung untuk mengembalikan YB Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

"Pendidikan Untuk Semua"

Mahu #SupportMaszlee ? Sign this petition, click THIS.

Post a Comment

4 Comments

  1. susah la bila Pendidikan dipolitikkan. I feel bad for him.

    ReplyDelete
  2. Hanya jauhari yang mengenal manikam. If they rejected him, takpelah. He deserved to be among people who appreciated him. Terima kasih yb.

    ReplyDelete
  3. semoga negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn

    ReplyDelete
  4. Terkejut juga dengan berita ni. Macam satu kehilangan pula

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p