AWAS! Senarai berita palsu mengenai wabak novel koronavirus (2019-nCoV) - sayidahnapisahdotcom AWAS! Senarai berita palsu mengenai wabak novel koronavirus (2019-nCoV)
LightBlog

AWAS! Senarai berita palsu mengenai wabak novel koronavirus (2019-nCoV)

AWAS! Senarai berita palsu mengenai wabak novel koronavirus (2019-nCoV)


Senarai berita palsu mengenai wabak novel koronavirus
Senarai berita palsu mengenai wabak novel koronavirus
- JOHOR BAHRU: Seorang warga China yang menaiki bas pelancong dari Singapura mati disebabkan koronavirus di Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah. Mangsa berusia 78 tahun itu sebenarnya meninggal dunia akibat serangan jantung.

- MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki warga China berusia tujuh tahun yang menerima rawatan di Hospital Besar Melaka disyaki menghidap koronavirus akibat demam panas dan hidung berdarah. Mangsa negatif virus berkenaan.

- NEGERI SEMBILAN: Tular kes pesakit dijangkiti virus itu menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'far Seremban dan Hospital KPJ Seremban. Gambar laporan makmal yang tular bukan wabak itu.

- TERENGGANU: Lima individu yang baru kembali dari Wuhan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kerana disyaki dijangkiti virus tersebut. Tiada kes sedemikian dilaporkan.

- PAHANG: Tular gambar keputusan ujian makmal mendakwa pesakit positif 2019 nCoV. Bagaimanapun, tiada pesakit dikesan positif dengan jangkitan koronavirus di Kuantan.

- KEDAH: Gambar ketibaan penumpang dari Nanjing, China didakwa melarikan diri ke Pulai Langkawi kerana takut dengan penularan koronavirus. Sebenarnya, pelancong China itu tiba pada 17 Januari dan kembali ke negara asal lima hari kemudian.

- SABAH: Tular mesej palsu mengenai seorang banduan yang mati mengejut di Sandakan kononnya selepas makan limau mandarin dari China yang dijangkiti virus. Kes itu adalah palsu.

IPOH: Satu mesej mendakwa seorang pelajar dari Wuhan yang kembali ke Malaysia ditahan di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun adalah tidak benar.

- PULAU PINANG: Dakwaan kononnya Hospital Seberang jaya, Pulau Pinang menerima satu kes koronavirus (2019-nCoV) membabitkkan dua warga China. Sebenarnya, tiada kes tersebut di mana-mana hospital di negeri berkenaan.

Sumber: Akhbar Sinar Harian, 2020.

Infografik senarai berita palsu berkenaan wabak novel coronavirus (2019-nCov)

berita palsu mengenai wabak novel koronavirus
berita palsu mengenai wabak novel koronavirus
berita palsu mengenai wabak novel koronavirus
berita palsu mengenai wabak novel koronavirus
berita palsu mengenai wabak novel koronavirus
berita palsu mengenai wabak novel koronavirus
berita palsu mengenai wabak novel koronavirus
berita palsu mengenai wabak novel koronavirus
Sumber: Berita Harian

HUKUMAN BAGI MEREKA MENYEBARKAN BERITA PALSU WABAK NOVEL CORONAVIRUS (2019-nCoV)


"Bagi mereka yang didapati bersalah menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan"

- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
hukuman berita palsu mengenai wabak novel koronavirus
hukuman berita palsu mengenai wabak novel koronavirus
Moga kita semuaaa dijauhkan dari terkena wabak novel coronavirus yang sedang memuncak sekarang. Aamiin Ya Rabbal 'alamiin~

Post a Comment

3 Comments

  1. Aduuh tak patut sebarkan...kita pula jenis mudah percaya...tq info

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya kadang dari tajuk artikel pun boleh menyebabkan orang lain salah faham.. biasalah kebanyakkan orang tau baca tajuk ja dan memandai buat cerita sendiri tanpa selidik dahulu.. aduhai... susah juga kalau semua pun nak jadi juara siapa yg nak sebar berita hangat dulu..

    ReplyDelete
  3. bukan pasal ni je dipalsukan, byk perkara lain pun disebarkan secara palsu.
    netizen kan. pe lagi yg diorang nak buat dgn phone dan data unlimited tu :(

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p