KENYATAAN MEDIA PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Friday, February 7, 2020

KENYATAAN MEDIA PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

KENYATAAN MEDIA PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

KENYATAAN MEDIA PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
KENYATAAN MEDIA PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS | image google
Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia merangkap pemangku Menteri Pendidikan telah mengadakan sesi pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Januari 2020.

Dalam ucapan pembukaan, Yang Amat Berhormat Tun telah menyatakan pandangan beliau terhadap kepentingan murid-murid mempelajari mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.

Yang Amat Berhormat Tun berpendirian bahawa pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris adalah amat penting kerana pengetahuan serta bahan rujukan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut banyak diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris adalah bukan perkara yang baharu dalam sistem Pendidikan kebangsaan.

Walaupun KPM telah memansuhkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2012, namun Dual Language Programme (DLP) yang diperkenalkan pada tahun 2016 tetap memberi pilihan kepada sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.

Sehingga Januari 2020, sebanyak 2,292 buah sekolah seluruh negara telah melaksanakan DLP.

KPM mengambil baik saranan Yang Amat Berhormat Tun. Kajian pelaksaan akan dibuat dalam masa terdekat untuk dibawa kepada pertimbangan Jemaah Menteri sebelum melaksanakannya.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6 FEBRUARI 2020
KENYATAAN MEDIA PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
KENYATAAN MEDIA PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

Apa pendapat anda mengenai subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris?


Bagi saya, ada baik dan buruknya. In my opinion.. Sebagai seorang yang pernah melalui sendiri 'zaman' sekolah SPM - maths and science in english, for me, ianya sangat membantu time saya further study. Terutamanya in kolej matrikulasi Selangor (KMS) and degree at University Putra Malaysia (UPM).

Really helpful. Walaupun ye memang lah susah time sekolah tapi.... Kita akan nampak  kepentingan, benefit dan betapa bertuahnya belajar sains dan maths dalam bahasa omputih time sambung belajar after SPM nanti.

Sangat membantu sebab bila kita dah biasa dengan term term in english kat sekolah, then bila masuk matrik & universiti, takdelah culture shock sangat. Boleh la adapt dengan lebih cepat dan mudah. Takdelah terkial kial dan tak susah nak catch up dengan pembelajaran kelas & kuliah.

Because as we know, buku buku, journal thesis, assignment semuanya kena tulis dalam BI (depends course juga but mostly in BI).

Other than that, ianya membantu time saya nak mengajar kelas tusyen / tutor pelajar pelajar sekolah sekarang. Disebabkan saya pernah terbiasa dengan term term mathematics in english time sekolah, matrik dan universiti dulu dulu.. so takdelah kekok bila kena ajar in english. Hehee.

But, yeah.. Mungkin lain orang, lain pendapatnya.

How about you?
KENYATAAN MEDIA PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
do you agree? hahaha
Till next time, daaa~ wassalam! :)

7 comments:

  1. hmmmmm...
    mlm td akak dgr kenyataan tun M tu.
    hmmmmm...
    bagi aida, jgn la. pernah buat kot dulu and failed!!!
    so why nak buat sekali lagi? why want to repeat the same mistake?!

    utk anak2 aida, memang aida opt utk bukan dlp.
    tahu kemampuan diorang. terms in BM pun berposak diorang nak faham all the formula.
    in English, memang menyinga la ibu diorang ni.
    diorang boleh, anak normal yg boleh dipaksa utk faham, but akak yg tak nak.
    nak diorang suka kan maths & science. nak diorang love the subjects. why nak diorang susah??!!

    ReplyDelete
  2. sbg guru TESL, abe kie sarankan teruskan dgn kelas DLP je. Perkasakan yg tu aje. Kalau nak buat di semua sek banyak la duit habis plak. nanti hasil x ke mana. duit abis licin.

    ReplyDelete
  3. buat dalam bahasa arab lah pulak tak nak ke...

    ReplyDelete
  4. saya lebih prefer bahasa malaysia untuk bm dan sains. kenapa negara lain boleh ja ajar 2 subjek tu dalam bahasa ibunda dorang dan maju ja?

    ReplyDelete
  5. taktau nak komen apa. harap2 bila sampai masanya nak ajar anak maths and science in english ni, mak dia ni tak terkial2 laa hendaknya hahahaa

    ReplyDelete
  6. lagi suka subjek ni diajar dalam bahasa melayu supaya dapat martabatkan bahasa sendiri. tak paham kenapa semua benda nak diinggeriskan sampai melayu sendiri macam hilang jati diri. ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  7. Kak Sha lebih suka diajar dalam Bahasa Melayu..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p