Kisah Pulau Besar Melaka "pulau hajat" tempat amalan khurafat, syirik - sayidahnapisahdotcom Kisah Pulau Besar Melaka "pulau hajat" tempat amalan khurafat, syirik
LightBlog

Kisah Pulau Besar Melaka "pulau hajat" tempat amalan khurafat, syirik

Kisah Pulau Besar Melaka "pulau hajat" tempat amalan khurafat, syirik

Ditulis oleh: Aaus
(twitter yourbuffbuffboi)

Hallu sayang-sayang sekalian. Pernah tak korang dengar pasal Pulau Besar kat Melaka? Ramai datang sini semata-mata untuk buat benda khurafat & syirik.
kisah pulau besar melaka pulau hajat
kisah pulau besar melaka pulau hajat
So harini aku nak share sikit antara amalan khurafat yang diamalkan kat tempat ni. happy reading beautiful people!

Pulau besar terletak kira-kira 15 km dari Tanah Besar Melaka dan mempunyai banyak aktiviti aktiviti khurafat dan syirik yang dilakukan oleh masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang yang berkunjung kat sana.

Jadi, apa sejarah awal pulau besar ni terkenal dengan tempat perkembangan ilmu sufi. Banyak ulama-ulama yang terkenal kat sini dulu. Orang yang datang ke Pulau Besar ni dulu adalah mereka yang nak mendalami ilmu agama, ilmu silat dan lain-lain.
kisah pulau besar melaka pulau hajat
kisah pulau besar melaka pulau hajat
makin lama, nama Pulau Besar semakin terkenal dan mendapat gelaran “pulau hajat” sebab ada yang mendakwa hajat akan termakbul selepas berdoa di pulau ni.

Perkembangan ni berakhir apabila Melaka dijajah dan ramai alim ulama meninggal dunia pada masa tu. Maka tinggal la Pulau besar sebagai pulau tak bertuan. Kemudian masuk orang luar yang akhirnya menjurus kepada perbuatan syirik di Pulau besar tu.

Sebelum aku start bercerita lagi dalam, aku nak share satu pandangan ni. 

“apabila kita melakukan perkara-perkara yang menduakan Allah. dalam keadaan waras dan sedar, maka perbuatan tu samalah macam kita dah mensyirikkan Allah”

So back to the story, apabila ulama-ulama ni meninggal dunia, tapi nama “pulau hajat” tu masih menjadi popular.

Bila ada orang masuk, maka dipersembahkan pulak dengan perbuatan-perbuatan syirik yang membuatkan ramai orang terpengaruh dengan “kekeramatan” pulau besar ni.

Lets go through one by one apa yang dorang buat kat sini.

1. Datang Sebab Air Penawar Dari kubur yang dikatakan keturunan Rasulullah
kisah pulau besar melaka pulau hajat
kisah pulau besar melaka pulau hajat
So orang orang ni percaya yang ada salah satu keturunan Rasulullah (generasi ke 18). orang ni dikenali sebagai Sultan al-Ariffin atau As Sayyid Ismail.

jadi dikatakan Keturunan Rasulullah ni berdakwah dan meninggal di Pulau Besar dan dikebumikan di sana. 

maka ramai lah yang datang nak dapat air penawar dan sebagainya kat sini.
kisah pulau besar melaka pulau hajat
kisah pulau besar melaka pulau hajat
kisah pulau besar melaka pulau hajat
kisah pulau besar melaka pulau hajat
2. Yang Minta hajat di kubur nenek kebayan

okay, ni memang “kubur nenek” kebayan ye anak anak. tapi ada beberapa versi lain yang mengatakan ni kubur Dang Wangi iaitu isteri hang jebat atau nama sebenarnya Inang Sih.
kisah pulau besar melaka pulau hajat
kisah pulau besar melaka pulau hajat
kepercayaan yang ni pulak dikatakan. kalau pusing kubur tu dan siram kubur tu sebanyak 7 kali sambil berhajat dalam hati, maka hajat tu akan termakbul.

3. Kepercayaan orang bunian

kat sini, dikatakan ada 146 buah kampung bunian. Antara kampung bunian yang ada di kampung tersebut ialah di tapak Marina Resort yang sekarang ni terbengkalai macam hati kau yang tengah single tu. 

katanya, pemaju tak dapat persetujuan dengan “penduduk asal”.
kisah pulau besar melaka pulau hajat
kisah pulau besar melaka pulau hajat
So pasal kes bunian bunian ni kat pulau besar ni ada satu perigi yang dinamakan perigi bunian.
kisah pulau besar melaka pulau hajat
kisah pulau besar melaka pulau hajat
Okay kenapa namanya perigi bunian?

sebab ada yang mendakwa “kononnya” terdengar suara puteri puteri bunian tengah berseronok seronok kat perigi tu.

berdekatan dengan perigi ni, ada pulak tasik yang diberi gelaran tasik bunian. Kenapa? sebab ada yang mendakwa “ternampak” Puteri Nilam Mayang Sari tengah tabur bunga kat tasik tu.
kisah pulau besar melaka pulau hajat
kisah pulau besar melaka pulau hajat
4. Bertapa di Gua Yunus nak dapatkan batu azimat

Kenapa nama dia gua Yunus?

sebab orang yang jumpa gua ni nama dia Yunus.  kalau yang jumpa tu nama dia Aaus, nama gua tu dah jadi “the cave of the buff buff boi”.

so si Yunus ni pun bertapa kat situ. Nak masuk gua ni pun kena tunggu masa Air pasang. kena menyelam sebab pintu masuk katanya dalam air. Jadi, Yunus ni hanya keluar seminggu sekali untuk dapatkan bekalan. selebihnya dia akan bertapa dalam gua tu.

kau janganlah tanya kenapa dia boleh duduk lama-lama dalam gua tu. zaman tu takde maybank2u dengan CIMB clicks. Taraf bumiputera dengan ASB pun tak wujud lagi time tu. so takde benda sangat nak settle -.-

so sampailah satu masa ni Yunus tak keluar keluar dari gua. Orang kampung pun ramai-ramai datang nak tengok keadaan dia. tapi dia dah takde. hilang. they try to find him but they couldn’t.

pastu katanya, batu yang asalnya hitam jadi putih lepas Yunus ni hilang.
kisah pulau besar melaka pulau hajat
kisah pulau besar melaka pulau hajat
ada yang duduk sini sampai 2-3 hari bertapa nak dapatkan batu azimat. katanya puteri yang bagi. batu azimat tu untuk dihormati berilmu semua.

Dah kalau perangai kau macam Diva AA kau buat apa pun takde siapa nak hormat bahenol -.-

5. Kubur 7 beradik

Cerita dia macam ni,  ada 7 beradik dari palembang datang menyerang melaka. Tapi akhirnya kalah. mayat masing-masing dikebumikan kat sini. 

orang percaya yang 7 beradik ni ada ilmu tinggi. tak kira la melayu, cina ke india, ramai yang bertafakur & berhajat kat sini.
kisah pulau besar melaka pulau hajat
kisah pulau besar melaka pulau hajat
katanya, kubur ni keramat dan akan makbulkan apa je yang orang tu mintak.

dah takyah percaya benda-benda ni. ini semuanya Syikin (syirik).

bukan apa, kau mintak kaya tapi tak berusaha. kau ingat ada menteri datang tadah duit kat kau ke? menteri pun sangkak nak kekalkan tempat dalam parlimen. pfft.

sampai sini jela eh.

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

2 Comments

  1. haish..tempat jin bertendang..ni mintak pada jin,bukan Tuhan...zaman era teknologi ni pon org masih percaya karut maruts ni..huhu

    ReplyDelete
  2. belum pernah jejak kaki di Pulau Besar.
    asben few times ke sana.
    pulau yg cantik. indah sgt...
    namun, dek krn manusia, pulau ni terjejas! khurafat berleluasa.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p