March 2020 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Friday, March 6, 2020

March 06, 2020

Isu Ali Puteh, Aliff Syukri & isteri Abam: Komen Mufti Wilayah & Peguam Syarie?

Isu Ali Puteh, Aliff Syukri & isteri Abam: Komen Mufti Wilayah & Peguam Syarie Malaysia? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Fuhh pagi pagi dah cerita pasal apa ni Sayidah? Cerita hot viral sensitif isu pembahagian harta uiihh.. I know benda pasal isu Ali Puteh, Aliff Syukri dan isteri Abam, Norhidayah dah agak lama berlalu. Bulan lepas. But, its okay. Sebab tujuan saya buat entri ni bukan lah untuk melaga-lagakan mana-mana pihak, jadi 'batu api', mewujudkan kontroversi, menimbulkan provokasi, buat fitnah mahupun jadi palatao ye. NON NO NO. Saya pun tak nak belahkan mana mana pihak. Saya hanya niat nak share ilmu dan pendapat dari mereka yang lebih arif dalam bidang pembahagian harta, faraid di sisi undang-undang Malaysia & agama Islam di entri ini.

Moga kita mendapat input dan pengajaran.
komen mufti wilayah isu ali puteh aliff syukri isteri abam
komen mufti wilayah, peguam syarie: isu ali puteh aliff syukri isteri abam | credit: Google
Sebelum kita masuk ke apa komen dan nasihat dari Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan dengan kes Ali, Aliff & Dayah ni.. saya list kan dulu apa yang Ali Puteh perkatakan dalam video menjawab tuduhan Alif Syukri.

Point Dari Live Penjelasan Penerangan Ali Puteh:

1. Isu hantar anak naik Grab, Ali nafikan dan mengatakan mereka hantar hamzah menaiki myvi ke klinik.

2. Fon (phone) Arwah ali ambil untuk selesaikan kerja-kerja dan hutang-hutang yang masih ada. Sebab selama ni memang ali yang PA dan uruskan kerja arwah.

Sebab selama ni memang Ali yang uruskan kerja arwah so ali nak selesaikan kerja atau hutang arwah. Family tak nak pun fon tu sebab arwah memang dah belikan sorang satu fon untuk adik beradik. Lepas setel semua memang ali nak pulang fon.

3. Kes Myvi dan Vellfire, keluarga arwah ambil kereta sebab Myvi atas nama pakcik, vellfire nama arwah. So ali nak setelkan baki hutang dan tukar ke nama balu arwah.

4. Kes wallet, ali ambik wallet arwah sebab nak ambik bisnes card yang diminta seseorang dari seniman. Tapi time ali dpt wallet, wallet kosong takda cash dan kad Affin serta Maybank dalam wallet tiada. Ali tahu kad apa arwah ada, sebab tu ali pelik dan tanya pada balu arwah. Balu mengaku dia yang pegang kad arwah.

5. Kes hantar anak pergi klinik, yang menghantar sebenarnya ibu arwah dan pojie (driver). Sebab ibu arwah yang dapat detect anak dia demam.

6. Kes dihalau, Ali nafikan dia dihalau sedangkan sebenarnya balu arwah keluar sendiri pada hari keenam walaupun family arwah dah halang sebab masih belum habis iddah.

7. Ali dapat maklumat balu dapat sumbangan orang ramai sebab ada rakan ali beritahu terjmpa no akaun balu disebarkan. Ali trkejut.

Sebab arwah abam dah tinggalkan harta yang cukup untuk balu dan anak survive tapi kenapa masih minta sumbangan orang ramai. Dan jumlah sumbangan pun tiada siapa tahu.

7. Jam-jam arwah bernilai ribuan ringgit gagal dikesan selepas balu keluar dari rumah dan ali masih tak tahu siapa ambil.

Soal kereta, faraid, pembahagian harta semua dah dibincang dengan balu. Dan balu dah faham, tapi lepas ali tengok live alif syukri ali terkejut sebab fakta tak sama. Menyebabkan ali mengamuk, namun ali mintak maaf sebab dia tercarut dan tak dapat kawal emosi bila keluarga dia difitnah.


Isu Ali Puteh, Aliff Syukri & isteri Abam: Komen Mufti Wilayah Persekutuan, Dr.Zul?


Soalan: Salam Dr zul. Mengenai hukum faraid yang heboh diperkatakan sekarang. Apakah bahagian adik beradik & isteri yang kehilangan suami? Bagaimana bahagian untuk anak2 yang ditinggalkn? Urusan family belah suami or family belah isteri? Tq.

Jawapan dari Mufti: Kami yakin pihak keluarga sedang mengusahakan yang terbaik. Agak kurang manis jika ada pihak lain seolah-olah campur tangan dalam hal ini.

Secara umumnya nasihat saya, bawalah berbincang dengan penuh kasih sayang sebagai satu keluarga.

Q: "kalau saya nak tahu cara pembahagian harta jika yang meninggal tu wanita, kira campur tangan tak?"

A: Boleh dapatkan melalui pakar faraid. Banyak kuliah² faraid di surau, masjid. Ataupun rujuk buku-buku, youtube. Dalam web saya pun saya dah jawab 3-4 soalan isu faraid.
komen mufti wilayah isu ali puteh aliff syukri isteri abam
komen mufti wilayah isu ali puteh aliff syukri isteri abam

Isu Ali Puteh, Aliff Syukri & isteri Abam: Komen Peguam Syarie Malaysia?

Ditulis oleh Saidah Zakaria; Peguam Syarie


Cerita macam isteri abam dengan ali puteh ni bukan sikit. In real life, banyak je kes-kes macam tu.

Bila suami/ isteri meninggal, mesti samada keluarga arwah rampas harta, atau isteri atau suami yang masih hidup tu yang bawa lari atau cairkan harta arwah untuk kepentingan sendiri.

Sebenarnya, bila berlaku kematian salah satu pihak suami atau isteri, selesaikan dulu hak arwah melalui harta-harta yang ditinggalkan. Bukannya selesaikan hak waris tu pulak.

Selagi hak arwah belum selesai, tak ada satu pun boleh jadi hak waris.

Apa hak arwah tu?

1. Uruskan Jenazah.

Apa-apa urusan yang berkaitan dengan jenazah semuanya perlu selesaikan dulu. Bukan kumpul harta arwah utk bahagikan pulak.

2. Hutang.

Selesaikan dulu semua hutang-hutang arwah selagi dia ada hutang. Rumah, kereta, credit card, loan, hutang-hutang semua kena settlekan guna wang peninggalan arwah tu dulu. Bukannya main taknak bayar hutang arwah semata-mata sebab takut berkurang nilai korang dalam faraid.

Selagi hutang arwah tak selesai, waris tak ada hak langsung ke atas harta arwah.

3. Hibah/Wasiat.

Kalau arwah dah sediakan hibah/ wasiat semua tu, selesaikan jugak bab tu dulu. Sape dia hibahkan? Bagi siap-siap pada orang yang arwah wasiat/hibahkan tu. Bukan terus faraid.

4. Harta Sepencarian.

Tak ramai orang tau bab ni. Bila pasangan korang meninggal. Korang ada hak untuk file kan harta sepencarian ni dulu di Mahkamah. Dapatkan dulu penentuan hak korang dalam Harta Sepencarian tu. Sebab itu jugak termasuk hak arwah. Dan hak pasangan yang masih hidup.

Biasanya kita akan advice untuk selesaikan dulu pembahagian harta sepencarian ni sebelum Nak Faraid. Ingat. Itu hak arwah ye. Bukan hak waris lagi. Jangan memandai taknak bagi pasangan yang hidup tu hak harta sepencarian dia.

Sebab apa? Sebab hak dia yang ada tu la yang arwah kena tunaikan kalau masih hidup.

Kat mana nak buat harta sepencarian ni? Bukan main bahagi gitu je. Buat di Mahkamah Syariah. Bukan main faraid-faraid je korang tau. Jangan takut pasangan tu buat harta sepencarian nak kaut semua harta.

Bukan eh.

Hakim yang akan tentukan berapa nilai yang munasabah untuk pasangan tu dapat dalam harta sepencarian tu based on sumbangan langsung dan tak langsung dia dalam harta tu mengikut undang-undang. Pengorbanan isteri jaga rumah, suami & anak-anak turut dikira sumbangan tak langsung ye.

Walaupun dia tak contribute sesen pun pada rumah tu. Ingat ye kawan-kawan. Jangan nafikan hak kakak ipar & adik ipar korang.

5. Last sekali ni haa baru Faraidh.

Last sekali ye korang. Faraidh ni pun kena buat di Mahkamah Syariah sebab Faraid ni la yang nak tentukan ahli waris. Berapa bahagian untuk ahli waris.

Contoh kalau arwah meninggalkan seorang isteri, anak lelaki dan ibu kandung yang masih hidup. Adik beradik tak dapat ye. Tak dapat langsung. Jadi jangan lebih sudu dari kuah. Selalunya yang berlaku, mak arwah takde apape sangat pun tapi beradik ni yang lelebih.

TAPI......... kalau dah selesai hutang-hutang dan hibah wasiat tu tadi, kalau semua waris-waris setuju nak bahagi sama rata harta tu, setuju semua, TAK PAYAH ikut nilai faraidh tu pun. Tapi still kena file kan faraid di Mahkamah Syariah untuk urusan-urusan berkaitan formaliti/ prosedur.

Dah selesai dapat perintah Faraidh tu baru la pergi pejabat pusaka ke, High Court ke untuk laksanakan pembahagian. Fahem?

Sebab tu bila berlaku kematian, kena segera uruskan harta peninggalan arwah. BUKAN sebab gila harta tapi sebab, kalau tiba-tiba waris arwah sorang lagi meninggal dalam keadaan harta arwah tak bahagi lagi, kang berlapis-lapis faraidh korang.

Disclaimer: Tweet ni bukan tuju untuk kes isteri abam dan ali. Saya cuma share realiti yang berlaku semasa saya berhadapan dengan kes-kes client saya yang begini di Mahkamah Syariah. Saya share dengan kawan-kawan semua untuk persediaan jika ada berlaku kematian dalam ahli keluarga kita.
komen peguam syarie isu ali puteh aliff syukri isteri abam
komen peguam syarie isu ali puteh aliff syukri isteri abam
Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Thursday, March 5, 2020

March 05, 2020

Lirik Lagu 7 Nasihat - Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Lirik Lagu 7 Nasihat - Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haritu penyanyi no.1 Malaysia a.k.a my idola kesayangan, Siti Nurhaliza release lagu Terangkan yang lebih berunsurkan motivasi dan inspirasi. Kali ni, lagu baru lagu 7 Nasihat Dato Sri Siti Nurhaliza berkolaborasi dengan dua rapper yang antara terHOT dan popular di Malaysia sekarang. Bukan setakat hot tapi ber'isi' juga ya. Rapper + composer + penulis lirik. And salah seorang nya merupakan anak didik Malique. So, boleh imagine lah kan 'level' bahasa yang banyak digunakan dalam lirik beliau kan? Kekadang kena buka kamus untuk faham maksud dan makna disebalik lyric hahaha.

Walaupun official music video belum keluar dan tak tahu lah bila nak release di youtube tapi... saya nak juga tulis entri lirik lagu sekarang! Hahahhaa.
lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta
lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta
Saya rasa ni first song Siti Nurhaliza yang ada rap sekali.. kan? Sebelum sebelum ni takde featuring dengan rapper kalau tak silap.

Apa apa pun.. As usual! Lagu Siti Nurhaliza lah mesti best!

Alunan suara lemak merdu yang dilontarkan oleh Siti.. Ditambah pula dengan rap Luca Sickta & Kmy Kmo yang penuh isi, rythm, beat dan 'permainan' bahasa yang cantik dan catchy.

Lirik yang sangat bermakna, tersirat dan deep. Penuh mesej yang berguna untuk generasi kini and in the future terutamanya.
lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta
lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta | credit gambar: instagram ctdk

lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta
lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta  | credit gambar: instagram kmy kmo

Lirik Lagu 7 Nasihat - Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta


Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Dulu tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)

Nak dilenturnya buluh, biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka, kan terjaga akhlaknya
Nak dibentukkan tubuh, bukan dari bengkungnya
Susun atur mereka, sebelum kenal dunia

Habis main di tanah
Sebelum senja ke rumah
Takut nanti tersalah
Bawa pulang masalah
Tak endah yang sekarang
Cakap jangan sebarang
Elok awal dilarang
Untuk kau jadi orang

Dulu tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)

Ya, satu
Hendak berjaya mendada jangan
Pastikan, jika malu bertanya sesat jalan
Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun
Biar berkerut dahi asahkan minda beralun

Kedua, semua, nasihat cam petua
Ketua perlu jua, nak sihat sampai tua
Masuk semua benua, pelusuk dalam luar
Hormat tanpa bersua, walau darjah sempoa

Tiga, lain liga lain cara
Elak geliga dalam rasa media massa
Dahulu kerna lidah badan kan binasa
Sekarang kerna mata jemari berbicara

Cara bicara yang keempat semua telinga harus peka
Nenek moyang yang nasihat majoriti ramai leka
Terlena, dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka

Lima, usah dikira kanan kiri
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri
Kerna hidup tiada sisi bila hati mula hitam
Lupakan kisah silam, nilam usah disiram

Kusiram yang keenam biar mekar dalam hati
Ingati putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya bukan calang tak hilang dimakan hari
Bajakan jasa-jasa mereka dengan budi-budi

Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Dulu tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik


Artist : Dato’ Sri Siti Nurhaliza, KmyKmo & Luca Sickta
Title : #7 Nasihat
Composer : Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)
Lyrics : Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)
Music Arrangements : Luca Sickta
lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta
lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta
#7Nasihat #Siti2020

1. Nak berjaya jangan sombong.
2. Dahulukan hormat.
3. Jaga lidah dan tulisan.
4. Jangan lupa diri.
5. Bersihkan hati.
6. Berbaik budi sesama kita.
7. Ingat pesan yang tua.

Nak jadi orang #7Nasihat bawa peluang, nak jadi manusia, #7Nasihat bawa kenal dunia.

kredit to: kak zie
lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta
my fav lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta

Lirik Lagu 7 Nasihat - Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Official Lyric Video :



Verified
#7Nasihat #Siti2020 #SebalikLagu

Anak pipit jangan tak dirisau,
Gusar esok ke sarang si rimau,
Anak didik harusnya dirisau,
Gusar esok engkau yang dipisau.

(Pesanan ibu bapa sentiasa bimbang dengan asuhan anak-anak) - ditulis oleh Siti Nurhaliza
lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta
lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta  | credit gambar: instagram ctdk

#7Nasihat

"Tiada siapa yang pegang kunci kejayaan hidup kita selain kita. Usaha untuk yang tersayang lebih teguh berbanding usaha untuk sesuatu yang hanya sia-sia"
- K.Kmo
lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta
lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta  | credit gambar: instagram luca sickta

Wednesday, March 4, 2020

March 04, 2020

Cara Semak Keputusan SPM 2019 Online & SMS Esok 5 Mac 2020

Cara Semak Keputusan SPM 2019 Online & SMS Esok 5 Mac 2020 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Dup dap dup dappp... Hati siapa yang berdegup kencang, menahan debar menunggu hari khamis datang tuu? Not me. Hahaha. Haa.. tengah nervous sekarang ni adalah calon calon SPM 2019 yang nak ambil result spm esok di sekolah dengan ibu bapa. Tapi mungkin kalau dah tak sabar, sebelum jejak ke sekolah, boleh je check result spm online. Melalui SMS pun boleh. Senang je cara semak keputusan SPM 2019 online and through SMS. Ni step dia..


Cara Semak Keputusan SPM 2019 Online mulai Khamis 5 Mac 2020


Anda boleh semak keputusan peperiksaan dalam tempoh berikut:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 : 05/03/2020 (Khamis) 10:00 AM - 04/04/2020 (Sabtu) 11:59 PM.

1. Pergi ke laman web SPPAT MOE Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia KPM - Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR/ SPM/ SPMU/ STAM.

Klik saja link ini:
cara semak keputusan spm 2019 online 5 mac 2020
cara semak keputusan spm 2019 online 5 mac 2020

2. Masukkan nombor kad pengenalan student (guna no. IC yang didaftarkan ketika waktu peperiksaan SPM).

3. Masukkan nombor angka giliran.

4. Klik SEMAK.
cara semak keputusan spm 2019 online 5 mac 2020
cara semak keputusan spm 2019 online 5 mac 2020
Done!


PERHATIAN!
Semakan keputusan menerusi laman web ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.


Cara Check Result SPM 2019 Melalui SMS Hari Esok 5 Mac 2020


Melalui SMS...

Taip: SPM result IC number, kemudian hantar ke 15888

CONTOH: SPM result 933301086656
cara semak keputusan spm 2019 sms 5 mac 2020
cara semak keputusan spm 2019 sms 5 mac 2020 | kredit to: EasyUni Malaysia
PERHATIAN!
Semakan keputusan menerusi SMS ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Search keywords: cara semak keputusan spm 2019 online 5 mac 2020, cara semak keputusan spm 2019 sms 5 mac 2020, tarikh keluar spm 2019, tarikh keluar result spm 2020, check spm result via sms, cara semak keputusan spm online, cara check result spm online 2020, semakan keputusan peperiksaan spm 2019 online, tarikh keputusan spm 2019, semakan keputusan spm 2020, semakan spm 2019, cara semak keputusan spm melalui sms 2020, cara check result spm, cara nak semak result spm mudah dan cepat.


March 04, 2020

8 Jun 2020 - Tarikh Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong XVI

8 Jun 2020 - Tarikh Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong XVI | Dapat maklumat dari whatsapp tadi tentang kenyataan media pindaan tarikh hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI bagi tahun 2020. Maksudnya, pada tarikh ulang tahun YDPA yang sudah dipinda tersebut which is 8 Jun 2020 (hari isnin).. satu Malaysia cuti (hari kelepasan am)! Cuti sekolah, cuti kerja, cuti memasak.. ehh hehehe.


8 Jun 2020 - Tarikh Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong XVI

8 jun 2020 tarikh hari keputeraan yang dipertuan agong
8 jun 2020 tarikh hari keputeraan yang dipertuan agong XVI | Credit gambar: instagram Tengku Puteri Iman Afzan
8 jun 2020 tarikh hari keputeraan yang dipertuan agong
8 jun 2020 tarikh hari keputeraan yang dipertuan agong XVI
KENYATAAN MEDIA

- PINDAAN TARIKH HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-OERTUAN AGONG XVI -

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2020 dipinda daripada hari Sabtu, 6 Jun 2020 kepada Isnin, 8 Jun 2020.

Kerajaan juga telah bersetuju supaya mulai tahun 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Hari Keputeraan Rasmi Baginda adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

2. Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.

MUHD ZUKI BIN ALI
Ketua Setiausaha Negara
4 Mac 2020
9 Rejab 1441
pindaan tarikh hari keputeraan yang dipertuan agong
kenyataan media pindaan tarikh hari keputeraan yang dipertuan agong
8 jun 2020 tarikh hari keputeraan yang dipertuan agong
Credit gambar: instagram Tengku Puteri Iman Afzan (@imanabdullah)
Saja share sini supaya boleh la kan rancang apa apa pada hari kejadian hehe.

Till next time, daa~ wassalam! :)

March 04, 2020

30 Petua Kecantikan dan Kesihatan | Ubat Semulajadi di Rumah ~ Wordless Wednesday

30 Petua Kecantikan dan Kesihatan | Ubat Semulajadi di Rumah ~ Wordless Wednesday


petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat semulajadi - segarkan kulit
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - cegah penyakit batu karang
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - cara hilangkan jerawat, kulit muka cantik
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - rahsia tangan lembut
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - rambut hitam lambat beruban
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - rawat kencing manis
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - rendahkan tekanan darah
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - cara turun berat badan
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - rawat luka
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - atasi kembung perut
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - cerahkan bahagian siku dan lutut
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - petua kuku sihat cantik berseri
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - bulu mata, kening lebat
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - hilangkan sakit tekak
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - hilangkan bintik hitam
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - sakit tekak dan radang gusi
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - bebas selulit
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - menghilangkan bisul
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - atasi parut hitam
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - jika wajah berminyak
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - jus pembakar lemak
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - menyembuhkan demam
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - memutihkan kulit
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - limau nipis wangikan rambut, menghilangkan rasa pening
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - elak rambut gugur
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - naik seri wajah
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - elak gastrik
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - cegah kanser
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - bibir cantik berseri
petua kecantikan dan kesihatan ubat
petua kecantikan dan kesihatan ubat - atasi rambut bercabang