Contoh 5 pokok hidup yang sesuai & mudah djaga di dalam rumah - sayidahnapisahdotcom Contoh 5 pokok hidup yang sesuai & mudah djaga di dalam rumah
LightBlog

Contoh 5 pokok hidup yang sesuai & mudah djaga di dalam rumah

Contoh 5 pokok hidup yang sesuai & mudah djaga di dalam rumah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang suka menanam pokok hijau di kawasan rumah? Siapa pula yang suka beli pokok hidup se'ketul' (dalam pasu kecil) kemudian letak di dalam rumah? Kekadang ada yang suka tumbuhan pokok palsu je untuk hiasan atau nak bagi 'jamu' mata dengan warna hijau. Yelah ada yang kata nak jaga pokok hidup ni susah. Memerlukan masa, tenaga dan teknik yang betul. Tapi.. tahukah anda, dalam Malaysia ni.. ada pokok hidup yang sesuai dan mudah dijaga di dalam rumah?

Honestly, saya bukan lah peminat tegar tumbuhan hijau, green tree enthusiast, yang gemar letak banyak banyak pasu/ pokok hidup dalam rumah or bilik. Nope.

Tapi.. saya teringin juga sebenarnya! hahahaha. Teringin nak ada satu pokok hijau hidup dalam bilik. Sebab pokok hijau kan bagus and banyak kelebihannya. And i love to terperap dalam bilik most of the time wakakkaa.

Tapi tu lah.. Belum tercapai lagi hasrat dan impian tu.

Then, bila jumpa post tentang tips dan idea pokok hidup yang sangat sesuai dan senang dijaga di bawah ni, boomm! Rasa nak 'memiliki' at least satu pokok tu membuak buak! Gitchuwww kahkahh.

p/s: i want aloe vera tree! boleh tepek kat muka juga, kulit boleh jadi lembut mulus cantik muehehhee.


Contoh 5 pokok hidup yang sesuai & mudah djaga di dalam rumah

Ditulis oleh: Huda Zainal

Pokok hidup menghasilkan oksigen dan menyerap karbon dioksida, ia sangat bagus untuk sistem pernafasan kita. Selain itu, pokok dalam rumah mampu menyerapkan toksin dalam udara.

Sebenarnya, udara dalam rumah tercemar 5 kali ganda berbanding luar.

Meletakkan pokok hidup didalam rumah adalah kaedah semulajadi proses pembersihan udara dalam rumah.

Bagi yang baru nak bermula, baik kita memilih pokok-pokok yang senang dijaga, tahan lasak dan mampu hidup dengan cahaya serta air yang sedikit.

Ini antara contoh pokok yang mudah dijaga:

1. Pokok Duit-Duit (Pothos Vine)
contoh pokok hidup sesuai mudah dijaga di dalam rumah
contoh pokok hidup sesuai mudah dijaga di dalam rumah - pokok duit duit
Pokok duit-duit yang bergantung lilit dipokok-pokok besar.

Pokok yang paling mudah untuk dijaga. Hanya memerlukan penjagaan yang sangat minimum.

Boleh ditanam didalam pasu bertanah atau hanya meletakkan didalam air.

Namun apabila diletakkan di dalam air, seminggu sekali perlu ganti air bagi mengelakkan tempat pembiakan nyamuk aedes.

2. Pokok Lili Paris (Spider Plant)
contoh pokok hidup sesuai mudah dijaga di dalam rumah
contoh pokok hidup sesuai mudah dijaga di dalam rumah - pokok lili paris (spider plant)
Daun spider plant boleh panjang sehingga 2 kaki.

Antara pokok yang senang membiak dan pokok yang suka tempat redup.

Sesuai diletakkan didalam pasu dan boleh juga digantung.

3.‘Snake Plant’ dan ‘Mother-in-law tongue’
contoh pokok hidup sesuai mudah dijaga di dalam rumah
contoh pokok hidup sesuai mudah dijaga di dalam rumah - snake plant & mother in law tongue
Pokok ini suka pada cahaya, namun mampu bertahan jika hanya mendapat cahaya yang sedikit.

Sesuai diletakkan ditepi tingkap.

Daun ‘Snake plant’ berwarna hijau, manakala ‘mother-in-law tongue’ memiliki jaluran berwarna kuning pada daunnya.

2 pokok ini mudah mati sekiranya akarnya terlalu basah dan lembap. Maka pokok ini tidak perlu disiram setiap hari.

4. Aloe vera atau pokok lidah buaya
contoh pokok hidup sesuai mudah dijaga di dalam rumah
contoh pokok hidup sesuai mudah dijaga di dalam rumah - pokok lidah buaya / aloe vera
Aloe vera banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan.

- Isi aloe vera boleh digunakan untuk membuat air detox.
- Untuk kecantikan boleh digunakan sebagai pelembap.
 - Jika terdapat luka kecil, boleh juga menggunakan isi aloe vera dan sapukan pada tempat luka.

Jika mahu gunakan aloe vera, pastikan tidak memotong lebih daripada satu pertiga pokok dalam masa yang sama. Boleh mati tak membesar terus pokok ini nanti.

Pokok ini mudah dijaga dan mudah membiak.

5.‘Lucky Bamboo’
contoh pokok hidup sesuai mudah dijaga di dalam rumah
contoh pokok hidup sesuai mudah dijaga di dalam rumah - pokok lucky bamboo
Pokok yang sangat lasak dan mampu hidup dalam keadaan cahaya dan air yang amat sedikit.

Pokok ini dipercayai oleh bangsa cina sebagai pokok yang membawa tuah dan bertindak sebagai ‘chi’ iaitu mampu membekalkan tenaga kepada keadaan sekeliling.

Ini antara 5 pokok yang sangat sesuai untuk yang baru nak berjinak dengan pokok hidup di dalam rumah.

Huda Zainal
Masih mengumpul.

Moga bermanfaat!



Post a Comment

3 Comments

  1. Macam tau-tau je i mencari tumbuhan dalam rumah. heheh. nak letak dalam toilet. maybe kena cari alovera lepas ni.

    ReplyDelete
  2. ohhh pokok chi nama dia, patutlah kalau raya cina kemain bersepah dekat nursery.

    ReplyDelete
  3. woo tak tahu pulak pokok duit-duit tu sng nak jaga... mak sy memang selalu letak snake plant tu dalam rumah.. bagi cantik katanyaa

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p