puasa, tapi muflis pahala. kenapa? - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Thursday, April 30, 2020

puasa, tapi muflis pahala. kenapa?

Puasa, Tapi Muflis Pahala

Ditulis oleh: Hilal Asyraf


Penat puasa, sebulan lamanya. Bersungguh-sungguh Tarawih, sambil solat fardhu juga dijaga, solat solat sunat lain dilakukan juga. Lalui Ramadhan dengan penuh semangat, lumba lumba baca Al-Quran, sedekah dan zakat, banyak amal ibadah dan kebaikan.

Tapi muflis. Kenapa?

Kerana tidak tinggal perbuatan buruk terhadap sesama manusia.

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”

Jawab para sahabat: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. 

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam ummatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, dalam masa yang sama dia memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang... 

... Lalu akan diberikanlah kepada orang ini dan itu (yang menerima perlakuan buruk tadi) pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa mereka(orang yang menerima perlakuan buruk tadi) dicampakkan ke atasnya...

... lantas dicampakkan dia ke dalam neraka.” Hadith Riwayat Muslim.

Kita tidak mahu jadi orang-orang yang muflis. Semoga kita jaga sikap dan perangai kita. Baik di alam realiti, atau di alam maya.

Muhasabah.
puasa tapi muflis pahala kenapa
puasa tapi muflis pahala kenapa? #muhasabahdiri

3 comments:

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p