May 2020 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Saturday, May 23, 2020

May 23, 2020

RESEPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS - Biskut Coklat Chip, Red Velvet, Dark Chocolate

RESEPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS - Biskut Coklat Chip, Red Velvet, Dark Chocolate | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Bulan lepas kakngah send gambar berbalang-balang cookies chocolate chip dia buat. Ya Allah... nasib baik tengah PKP. Kalau tak saya paksa dia datang ke seremban Raya ni dengan 4 balang just for me only hahaha. Al-maklumlah, den gila cekelat hehe. Bila ditanya macam mana cara dia buat cookies tu, dia kata ada terjumpa post resepi di Facebook - resepi cookies ala famous amos yang sangat terkenal sekarang ni. Banyak juga likes and orang shares. Patut lah viral; sampai ke twitter ha orang duk kata kesedapan, kerangupan dan kelazatan biskut tersebut.

And just now, i found resipi cookies ala famous amos juga. Tapi 3 JENIS woh! TIGA jenis cookies dengan SATU bancuhan, sukatan cawan yang sama sahaja. Superb, right?!

3 jenis cookies tu pun bukan calang calang okayhhhh..! Chocolate chip almond, dark choc and red velvet!
resepi cookies ala famous amos 3 jenis 1 acuan
resepi cookies ala famous amos 3 jenis 1 acuan
resepi cookies ala famous amos 3 jenis 1 acuan
resepi cookies ala famous amos 3 jenis 1 acuan
Fuhhh! Tolong lah sesiapa yang rajin, tolong buat dan COD pada saya hahahaha.

Apa dia?

Nak tahu resipi then nak masak then nak hantar pada saya? Okay okayy. Hahaha. (maaf macam dah tak betul sayidah napisah ni...).

RESEPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS - Biskut Coklat Chip, Red Velvet, Dark Chocolate

Ditulis oleh: Nadirah Mahamad

Nak cakap terima kasih kepada semua yang sudi share resepi cookies yang sedap ni...

Saya try buat 3 jenis cookies dengan pakai bancuhan tepung yang sama.. alhamdulillah menjadi!

RESEPI 3 JENIS COOKIES ALA FAMOUS AMOS

(pakai 1 bancuhan ja dah boleh dapat 3 jenis cookies)
resepi cookies ala famous amos 3 jenis 1 acuan
resepi cookies ala famous amos 3 jenis 1 acuan
Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik & sebati.

* 250 gram Butter
* 1 1/4 cawan brown sugar (sis pakai 1 cawan je)
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1 biji telur (kalau gred b pakai 2 biji)

Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.

Tambahkan Bahan B:

* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung jagung
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 6 sudu besar minyak

Bila dah gaul sebati (tanpa guna mixer) bahagikan kepada 3 adunan..
resepi cookies ala famous amos 3 jenis 1 acuan
resepi cookies ala famous amos 3 jenis 1 acuan
resepi cookies ala famous amos 3 jenis 1 acuan
resepi cookies ala famous amos 3 jenis 1 acuan
1) RED VELVET COOKIES

- letak 2 sudu serbuk koko
- letak pewarna merah (letak sampai warna jadi cantik)
- untuk topping kebiasaannya orang letak white choc chip tapi sis pakai almond nips dengan butterscotch chip (pakai yang mana ada je..haha)

2) CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES

- yang just tambahkan topping dia ja callebaut dark choc coin tu dengan nestum..

3) CHOCOLATE ALMOND COOKIES

- letak serbuk koko dalam 4 sudu
- letak topping choc chip, almond nips (tambah ja apa-apa yang korang suka ok)

Seterusnya....

Sejukkan adunan.

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 1 jam..
Kemudian....

Sedia dibakar..

Lepas 1 jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain.

Masukkan dalam oven.

Bakar 25 minit suhu 150 darjah (oven sis) guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

Selamat mencuba!

Gambar Sebelum Selepas COOKIES ALA FAMOUS AMOS -  Biskut Coklat Chip, Red Velvet, Dark Chocolate

All of the recipe and photos above, credit to Nadirah Mahamad

Nampak sangat mengancam kan?

Memang sengaja nak seksa jiwa raga sendiri hahahaha.

Plus.. Actually cookies ni selain daripada untuk kudapan, boleh dibuat sebagai biskut raya juga kan. Jamu untuk diri sendiri kihkih.

Okay selamat memasak semua!

Till next time, daa~ wassalam! :)

May 23, 2020

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri JAIS + Teks Khutbah Raya 2020 Mufti

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri JAIS + Teks Khutbah Raya 2020 Ringkas & Lengkap | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ye esok Raya! InshaaAllah jika diizinkan Allah dapat kita menyambut hari lebaran Eidul Fitri 1 Syawal 1441H; 24 Mei esok. So... sudah bersediakah kita untuk membuat solat sunat Raya? Tiada lagi alasan untuk kita tidak sempat atau tiada masa untuk solat sunat hari raya tomorrow. sebab musim PKP ni tak boleh nak balik kampung, duk rumah saja. Nak pergi masjid pun tak boleh. Anak-anak buah dalam rumah pun tiada untuk dijaga. Nak beraya di rumah jiran pun tak digalakkan. Haa banyak kan masa free pagi raya tu? Maka, marilah kita sama sama menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri! 

Yang para lelaki di dalam keluarga mungkin dah boleh start sekarang praktis khutbah raya untuk dibaca hehee.

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri oleh JAIS (2020)

JAIS - Jabatan Agama Islam Selangor

1. LAFAZ TAKBIR RAYA

panduan solat sunat hari raya aidilfitri
panduan solat sunat hari raya aidilfitri
Kecil sangat ke tulisan jawi takbir raya di atas tu? Its okay.

Kalau tak jelas kat atas tu, boleh tengok bawah ni. Versi takbir raya yang jelas punya hehe.
takbir raya
panduan solat sunat hari raya aidilfitri
*first paragraph (Allahuakbar Allahuakbar... wa lillahil hamd) ulang sebanyak 3 kali.

Terjemahan maksud Bahasa Melayu (untuk lebih memahami dan menghayati):

Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar. Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar dan Allah sahajalah kepujian.

Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar dengan kebesarannya. Kepujian bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang.

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan tidak kami sembah melainkan akan-Nya. Dengan tulus ikhlas bagi-Nya lah agama, sekalipun dibenci orang-orang kafir.

Tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tepatilah janji-Nya dan menolong hamba-Nya, memberi kemuliaan kepada tentera-Nya dan menghancurkan tentera Ahzab bersendirian.

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.

Allah Yang Maha Besar dan bagi Allah sahajalah kepujian.

2. SOLAT SUNAT EIDUL FITRI
panduan solat sunat hari raya aidilfitri
panduan solat sunat hari raya aidilfitri
panduan solat sunat hari raya aidilfitri
panduan solat sunat hari raya aidilfitri
i. Niat Solat Sunat

Solat Bersendirian: Sahaja aku solat sunat Eidul Fitri dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Solat Berjemaah: Sahaja aku solat sunat Eidul Fitri dua rakaat imam/mengikut imam kerana Allah Taala.

ii. Takbiratul Ihram "Allahuakbar"

RAKAAT PERTAMA:

iii. Lafaz Takbir 7 Kali
*diselangi dengan lafaz tasbih (boleh lihat di gambar)

Terjemahan lafaz tasbih:
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah. Dan Allah Yang Maha Besar".

iv. Membaca Al-Fatihah

v. Membaca Surah Pilihan

vi. Rukuk - Sujud - Berdiri Semula
*pergerakan & bacaan seperti solat biasa

RAKAAT KEDUA:

vii. Lafaz Takbir 5 kali *diselangi dengan lafaz tasbih (lihat di gambar)

viii. Membaca Al-Fatihah

ix. Membaca Surah Pilihan

x. Rukuk - Sujud - Tahiyyat

xi. Salam

xii. Doa

xiii. Khutbah raya
*sunat saja. tak buat pun tidak mengapa.

Senarai e-khutbah Hari Raya Aidilfitri 2020 JAIS (Khutbah Online) Tajuk & Versi:

EIDULFITRI : MENGINSAFI DIRI MENGUNDANG REDA ILAHI (JAWI) Khas
EIDULFITRI : MENGINSAFI DIRI MENGUNDANG REDA ILAHI (RUMI) Khas
EID AL-FITR PENITENCE TOWARDS THE PLEASURE OF THE DIVINE English
EID AL-FITR PENITENCE TOWARDS THE PLEASURE OF THE DIVINE Multimedia
EID AL-FITR PENITENCE TOWARDS THE PLEASURE OF THE DIVINE pdf Multimedia
EIDULFITRI : MENGINSAFI DIRI MENGUNDANG REDA ILAHI (VERSI KELUARGA, JAWI) Khas
EIDULFITRI : MENGINSAFI DIRI MENGUNDANG REDA ILAHI (VERSI KELUARGA, RUMI)

- semua di atas ni boleh download/ dimuat turun melalui portal rasmi jais: https://e-masjid.jais.gov.my/index.php/ekhutbah
teks khutbah raya mufti
teks khutbah raya online jais
3. AMALAN-AMALAN SUNAT DI MALAM RAYA

- memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W.
- mendirikan solat malam (qiamullail)
- memperbanyakkan tasbih
- memperbanyakkan zikir
- memperbanyakkan takbir
amalan sunat raya
panduan solat sunat hari raya aidilfitri
HARI RAYA AIDILFITRI #KongsiIlmu

Ditulis oleh: Akmal

Menjelang 6 hari sebelum tiba hari kemenangan, jom kita TOUCH UP ilmu tentang hari raya yang kebanyakan kita pandang enteng setiap tahun. Tahun ini jom kita ubah! 

Keseluruhan thread ini adalah ringkasan dari kuliah online Syeikh Abu Zaki.
panduan solat sunat hari raya aidilfitri
panduan solat sunat hari raya aidilfitri
SOLAT HARI RAYA

Kata Syiekh, "Sambutan hari raya aidilfitri ialah tanda kemenangan kita di bulan Ramadan & kemuncaknya ialah Solat Raya. Jadi, janganlah hanya ada ketupat, rendang, lepat, kek lapis & biskut semperit tapi solatnya tak da. Amat amat rugi!"

Minimum solat hari raya ialah..

sama macam solat sunat 2 rakaat yang lain bermula dari dhuha sampai sebelum zohor, niatnya:

"Sahaja aku solat sunat Aidilfitri kerana Allah Taala"

Rakaat 1: Surah Al-Kafirun
Rakaat 2: Surah Al-Ikhlas

Itu paling minimum. Hanya perlu 5 mins. Kalau boleh, buatlah sunatnya seperti berikut:

TAMBAHAN SUNAT SOLAT RAYA:

1) Ditambah takbir seperti Takbiratul Ihram sebanyak 7 kali (selepas Takbiratul Ihram & Doa Iftitah) pada rakaat 1 dan 5 kali takbir (selepas angkat dari sujud) pada rakaat 2.

2) Sunat makmum mengangkat suara mereka selepas imam takbir sunat tapi suara tak sekuat imam
panduan solat sunat raya
panduan solat sunat hari raya aidilfitri
3) Diselangi tiap takbir sunat dengan zikir:
سبحان الله والحمدالله ولاإله إلا الله والله اكبر

4) Sunat baca surah ini setelah Al-Fatihah:

-Rakaat 1: Surah Qof
-Rakaat 2: Surah Al-Qamar
ATAU
-Rakaat 1: Surah Al-A'la
-Rakaat 2: Surah Al-Ghasyiah

Jika tak hafal, boleh rujuk mushaf.
surah al a'la
surah al-a'la
surah al-ghasyiah
surah al-ghasyiah
PERHATIAN KHAS IMAM:

a) Jika seorang imam terlupa takbir sunat 7 @ 5, dan dia baru sahaja masuk ta'awuz, maka boleh dia patah balik semula untuk buat takbir sunat.

b) Jika imam sudah masuk Al-Fatihah walaupun huruf ب pada Bismillah, maka jangan patah balik untuk takbir sunat. Teruskan saja.

c) Jika imam sudah habis Al-Fatihah baru teringat yang dia belum takbir sunat, dan dia buat semula takbir sunat, maka sunat dia membaca semula Al-Fatihah itu.

d) Jika imam teringat saat telah ruku' yang dia belum takbir sunat 7@5, lalu berpatah balik untuk takbir, maka BATAL solatnya.

PERHATIAN KHAS MAKMUM:

1) Makmum janganlah menegur imam dengan kata "Subahanallah" jika imam terlupa takbir sunat sekiranya dia dah masuk Al-Fatihah. Dan imam jika dengar makmum tegur tentang takbir sunat sedangkan dah masuk Al-Fatihah, maka jangan peduli.

2) Makmum janganlah menambah takbir sunat jika imam lupa kiraannya & jangan ikut jika imam terlebih takbir 7@5 (tunggulah imam jika terlebih).

3) Jika makmum masbuk, ikutlah imam di mana dia berada, jangan pandai-pandai buat sendiri takbir sunat jika imam dah baca Al-Fatihah atau pada rukun lainnya.

4) Sunat angkat suara masa takbir 7 atau 5.

TAKBIR HARI RAYA

- Adalah takbir hari raya Aidilfitri hanya ada takbir mursal iaitu takbir berpanjangan bermula maghrib malam raya hingga sebelum imam angkat untuk solat raya.
takbir raya
lafaz takbir hari raya
- Contoh, jika malam raya kita solat maghrib, lepas tu jangan kita takbir terus. Kita zikir, wirid & doa macam biasa.

Dirikan solat sunat lepas Maghrib. Lalu  seleps itu barulah bertakbir raya, mengisi senggang masa yang ada dari malam raya hingga imam naik untuk solat raya.

Lepas solat raya TIADA LAGI takbir. Kenapa? Kerana Aidilfitri tak ada takbir muqayyad, takbir yang mengiringi solat, hanya ada takbir mursal.

Takbir muqayyad hanya ada pada raya Aidiladha. Pada masa itulah baru setiap kali lepas solat baik fardhu, sunat hatta solat jenazah sekalipun kena takbir raya sejurus selepas solat bermula SUBUH 9 Zulhijjah hingga ASAR 13 Zulhijjah.

Dan pada raya haji ini takbirnya sebenarnya mula dah dari 1 Zulhijjah lagi tatkala kita terlihat binatang-binatang korban yang telah disiapkan untuk korban nanti. Takyah keluar kereta pakai megaphone bagai, cukup hanya takbir sendiri dalam kereta.

P/s: Semasa takbir raya, orang perempuan juga boleh mengangkat suara bertakbir tapi tak sekuat suara lelaki.

Q1: Pada Hari Raya, sunat berpakaian macam mana?

Answer:
Sunatnya kita berpakaian TERBAIK & BERWARNA pada kedua-dua hari raya. Jika pakaian terbaik kita itu hanya warna putih maka pakailah ia. Tapi jika ada pakaian terbaik & berwarna itu lebih afdhal dipakai.
pakaian sunat hari raya
pakaian sunat hari raya
Kadang-kadang pelik orang kita ini ya, pada hari raya ni, datanglah alim kita tiba tiba nak pakai selebung seluruhnya warna putih sedangkan hari Jumaat yang sunatnya berpakaian serba putih kita pergi lagggar warna warni pulak. Jadi, jom kita ubah!

Q2: Wanita haid macam mana pula pada hari raya?

Ans:
Untuk wanita haid, dibolehkan berkumpul di belakang wanita yang boleh solat raya (situasi kini seperti kita kerjakan di rumah masing-masing) dan bersama BERTAKBIR RAYA dengan mengangkat suara mereka tapi tak sekuat suara lelaki.

Q3: Apa sunat-sunat hari raya yang lain?

1- Mandi sunat hari raya bermula pada tengah malam raya hingga sebelum solat raya diadakan. Tengah malam ini bukan 0000 hours ya, ianya dikira berapa jamkah dari Maghrib hingga Subuh, lalu dibahagi 2, dan jawapan itu ditambah kepada waktu Maghrib, itulah waktu tengah malam dalam Islam.

2- Sunat makan SEBELUM solat sunat Aidilfitri & selepas solat untuk solat raya Aidiladha

3- Sunat menggunakan jalan lain jika ke Masjid & guna jalan yang lain balik darinya

4- Sunat dengar khutbah hari raya

5- Sunat mengucapkan doa "Taqabalallahu-minna-waminkum" jika bertemu dengan orang lain pada Aidilfitri.

6- Sunat puasa 6 hari pada bulan Syawal untuk mendapatkan puasa sepanjang tahun.

Alhamdulillah. Moga hari raya Aidilfitri kita pada kali ini penuh bermakna. Moga ilmu ini dimanfaatkan bersama. Silap salah mohon ampunkan. Tololg betulkan apa-apa kesalahan. Wallahualam.

[FULL] Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri 2020 LENGKAP

As I said before.. Khutbah raya ni sunat saja. Nak baca boleh dapat pahala, tak baca pun takpe. Tak dosa pun. Solat sunat raya sah je tanpa khutbah. Bukan seperti khutbah jumaat yang hukumnya wajib.

So, nak dapat dari mana khutbah raya setiap tahun?

Teks khutbah Aidilfitri ni sebenarnya banyak versi. Setiap negeri ada kalau tak silap saya. Download di laman web mufti pun ada available. Ada yang ringkas, ada yang sedikit panjang tapi makna dan bahasa nya lebih mudah difahami. Ikut lah mana-mana yang kita suka.

Di bawah ini saya ada sertakan teks khutbah Raya Aidilfitri 2020 yang sudah viral di Malaysia, di whatsapp, twitter dan facebook tak terkecuali.

TEKS KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI 2020 LENGKAP
(TAJUK: HIKMAH DI SEBALIK COVID-19)

KHUTBAH PERTAMA
teks khutbah hari raya aidilfitri 2020
teks khutbah hari raya aidilfitri 2020
WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH..

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keampunan Allah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, hari ini 1 Syawal kita meraikan hari raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan, memuji dan mengagungkan kebesaran Allah S.W.T.

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH..

Dalam kegembiraan kita merayakan Idul Fitri yang penuh keberkatan ini,  ketahuilah kita sebenarnya masih lagi diuji dengan wabak COVID-19 yang masih melanda negara.

Dalam Surah al-Mulk, Ayat 2, Allah mengingatkan bahawa setiap manusia pasti diuji untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya.

Firman Allah:
teks khutbah hari raya aidilfitri 2020
Maksudnya:

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH..

Tindakan kerajaan menetapkan PKP dan PKPB adalah sebagai satu ikhtiar untuk membendung penularan COVID-19 yang lebih serius dalam masyarakat. Oleh itu hendaklah kita mematuhi setiap langkah yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia bagi memastikan wabak ini dapat dibendung sepenuhnya.

Dalam sejarah Islam, tindakan seperti ini pernah direkodkan apabila pandemik penyakit pernah melanda Mekah, Iraq, Palestin dan Sham yang menyebabkan beberapa kawasan ditutup termasuklah masjid yang langsung tidak dapat didirikan solat berjemaah.

Namun selepas itu, keadaan kembali seperti biasa dan masyarakat dapat menjalankan kehidupan harian seperti sediakala.

Kita perlu ingat bahawa ujian ini menjadi rahmat kepada insan bersabar dan memberikan tindak balas yang betul dalam menghadapinya.

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH..

Pandemik COVID-19 ini memberi ruang lebih besar kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ujian yang melanda ini merupakan satu hikmah bagi kita sekeluarga. Terdapat banyak hikmah yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran;

Pertama: Hendaklah kita sentiasa menjaga kebersihan yang baik di kalangan keluarga sama ada di rumah ataupun luar rumah.

Kedua: PKP/PKPB juga memberi peluang kepada kita untuk memanfaatkan masa di rumah bersama keluarga dengan lebih bermakna. Kita dapat solat bertarawih berjemaah, berbuka puasa bersama-sama dan tolong menolong sesama kita.

Ketiga: Kita juga dalam menjalankan banyak aktiviti kekeluargaan yang lain secara bersama termasuklah belajar, membaca, menonton TV dan berbual bersama yang dapat merapatkan hubungan sesama kita.

WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH..

Kita sudah hampir menang melawan wabak COVID-19, oleh itu hendaklah sama-sama kita terus membantu barisan hadapan negara dengan duduk di rumah dan selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
teks khutbah hari raya aidilfitri 2020
teks khutbah hari raya aidilfitri 2020
KHUTBAH KEDUA
teks khutbah hari raya aidilfitri 2020
teks khutbah hari raya aidilfitri 2020
AHLI KELUARGAKU SEKALIAN,

“Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ketakwaan kita kehadrat Allah S.W.T, mudah-mudahan kita beroleh rahmat daripadaNYA.

Marilah sama-sama kita menadah tangan dan berdoa;
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim”,
“Engkau ampunilah dosa-doa kami”,
“Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami, negara kami serta seluruh umat Islam di dunia”.
“Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.”
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
“Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini,
“Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah “Lindungilah kami “Selamatkanlah kami “Sejahterakanlah hidup kami.”
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
teks khutbah hari raya aidilfitri 2020
teks khutbah hari raya aidilfitri 2020
*Selesailah khutbah hari raya yang penuh bermakna ini.

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB 2020 - MUFTI PERLIS

Tajuk - SEMANGAT HARI RAYA : MENGHADAPI CABARAN HIDUP BERSAMA KELUARGA

Versi Satu Khutbah

Bagi yang memegang pendapat khutbah hari raya hanya satu khutbah dan dimulai dengan ALHAMDULILLAH bukan ALLAHU AKBAR, maka ini adalah versi satu khutbah sahaja dan dimulai dengan ALHAMDULILLAH. Khutbah hari raya hanya satu khutbah merupakan pendapat sebahagian muhaqqiqin seperti alImam Ibn Taimiyyah, al-Imam Ibn Qayyim dan lain-lain.

Bagi yang ingin membaca khutbah hari raya versi dua khutbah – seperti yang diamalkan oleh jumhur ulama, sila dapatkan versi dua khutbah yang disediakan di laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis. https://mufti.perlis.gov.my/index.php/khutbah/category/11-teks-khutbah-dan-panduan-menyambut-idil-fitri-musim-pkp-covid-19-tahun-2020
teks khutbah hari raya aidilfitri 2020 mufti
teks khutbah hari raya aidilfitri 2020 mufti perlis
Perhatian: Khutbah ini dibuat dalam bahasa yang ringkas dan mudah bagi membolehkan semua ketua keluarga yang kebanyakan mereka masyarakat awam membacanya untuk solat aidilfitri di kediaman masing-masing. Maka, versi ini amat mudah dan ringkas.
teks khutbah hari raya aidilfitri 2020 mufti
'tongkat khutbah' haha
Pheww~

Alhamdulillah. Complete semua solat sunat Aidilfitri, takbir raya, khutbah raya dan amalan amalan sunat raya.

Okaii semua.. moga bermanfaat dan peroleh ilmu! Jangan lupa share pada yang lain lain kay?

Till next time, daa~ wassalam! :)

search keywords:
teks khutbah raya aidilfitri 2020, teks khutbah aidilfitri, teks khutbah idul fitri, teks khutbah hari raya, teks takbir raya, teks khutbah raya, teks khutbah raya aidilfitri 2020 selangor, teks khutbah raya aidilfitri 2020 perak, teks khutbah aidilfitri 2020, teks khutbah jais, teks khutbah 2020 jais, teks khutbah raya 2020, teks khutbah ringkas, teks khutbah hari raya aidilfitri di rumah musim pkpb 2020, teks khutbah raya 2020 ringkas, teks khutbah raya 2020 bacaan di rumah, teks khutbah raya 2020 malaysia, khutbah hari raya aidilfitri di rumah pkp 2020, khutbah raya musim covid19, khutbah jawi 2020, teks khutbah kedua, khutbah raya selangor 2020, khutbah multimedia jais, khutbah khas jais 2020

Friday, May 22, 2020

May 22, 2020

Koleksi Free E-Card, Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Koleksi E-Card, Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 (PERCUMA) FREE DOWNLOAD | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! One more dayyyyyy Ramadan! Allahu pantasnya masa berlalu. Lusa dah 1 Syawal 1441H! InshaaAllah Ahad ni; 24 Mei 2020 kita menyambut hari kemenangan umat Islam setelah berpuasa. Tapiii kebiasaannya malam sebelum Raya mesti dah ada orang whatsapp, message bagi ucapan hari raya siap siap - "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!".. Haa tu lah ucapan raya paling ringkas, mudah dan padat!

Nak panjang sikit, no hal. Lepas wish selamat hari raya or selamat hari idul fitri or happy eid mubarak serta memohon maaf, boleh tambah sedikit harapan (moga syawal ini......) dan jenaka gurau senda sikit ke.

Nak buat pantun 2, 4 kerat ke. Tunjuk skill pickupline kat crush ke. Ehhh hahaha.

Tak kisah la panjang ke pendek ke ucapan raya digital/fizikal/text tu, yang lebih penting dan lebih berharga adalah  keikhlasan dalam sesi bermaafaan + berhubungan tanda ingatan antara satu sama lain.

Lagi lagi time musim pkp covid-19 ni tak boleh nak berkunjung raya, open house semua. So.. Marilah yang jauh kita dekatkan. Yang dekat kita rapatkan. Gitchuww.

Koleksi Free E-Card, Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Dulu dulu.. mungkin kita biasa tulis/ taip beberapa ayat perkataan ucapan Raya then beri kepada ahli keluarga, kenalan rapat, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga dan kawan melalui kad raya atau in social media.

Tapi kini.. lebih mudah dengan adanya E-card..!

Kita boleh send kad ucapan Raya dengan menggunakan fungsi whatsapp - broadcast message (hantar sekaligus kepada semua serentak). Lebih pantas dan boleh hantar kepada lebih ramai orang.

Tak perlu copy paste and send satu satu.

free e-card kad ucapan selamat hari raya aidilfitri
free e-card kad ucapan selamat hari raya aidilfitri | credit: Bella Rosli
Apa maksud e-card?

Dalam bahasa Melayu nya.. e-kad.

Bahasa mudah dan maksud ringkasnya, e-kad = kad digital.

Kad yang diedarkan melalui alat elektronik; dihantar di alam 'maya'. Contohnya melalui email, whatsapp, sosial media such as Facebook, instagram, twitter dan sebagainya.

Tidak seperti kad fizikal (yang kita selalu beli di kedai zaman dulu kala time sekolah then beri kat kawan kesayangan) yang memerlukan khidmat pos abam posmen, surat menyurat, tampal setem.

E-kad ni hanya perlukan gambar (jpg/jpeg/png/gif) + data internet jew hahaha.

Actually, ada je orang yang provide service membuat (customize) our own e-card raya. Letak gambar (individu atau with family) + sedikit ucapan hari raya. Nak corak macam mana, gaya elegant ke, eksklusif ke, moden ke, gaya klasik tradisional zaman dulu dulu ke.. boleh pilih.

Kalau nak yang begitu, kena keluarkan duit lew. Takkan nak free of charge kan. Kena bayar lah. 

Memang ada orang buat bisnes e-card kad digital ni lebih lebih lagi time Raya, jemputan kahwin. If you want, boleh cari sendiri di google or FB/twitter ya hehe. Banyak rasanya.
free e-card kad ucapan selamat hari raya aidilfitri
free e-card kad ucapan selamat hari raya aidilfitri | credit: Bella Rosli
But now, i just want to share some e-card for FREE. Semua kad ucapan hari raya - Selamat Hari Raya Aidilfitri / Selamat Hari Raya Idul Fitri di bawah ini adalah PERCUMA.

Yelah musim virus covid-19 yang masih berada di tahap membimbangkan dan berjaga jaga, kita pun kena lah save duit kan. Tak perlu keluar bajet kalau guna ecard free ni.

Anda boleh download/ muat turun kad raya digital ni and share it with others.

Kalau nak tambah sikit sikit ayat sendiri, wishes, greetings di kad tersebut pun boleh. Consider macam ala ala edit on kad raya template lah.

For your information.. You can use apps picsart atau meitu di mobile phone. Di laptop/PC, boleh guna photoscape to edit, add text. Tu lah cara nak buat e-card raya sendiri by using aplikasi.

After finish, you can send it at malam Raya atau pagi Raya tahun ni!

p/s: these all of photos below bukan hak milik saya. You can see the credit di hujung entri ini.

Lets!

50 E-Card for Free, Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Credit to - designed by:
fleezo.com,
Muhammad Izzat Mustafa,
freepik.com,
Pinterest,
Bella Rosli

Pilih mana mana yang berkenan di hati, tekan lama-lama gambar tersebut then klik download image (for mobile phone).. 

ATAU right click di gambar then choose option save image as.. (for laptop, PC), okay?

Moga bermanfaat!