10 Tips Doktor: Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Puasa - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Friday, May 1, 2020

10 Tips Doktor: Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Puasa

10 Tips Doktor: Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Puasa | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Sesiapa yang ada penyakit gastrik mesti risau kan kalau masuk bulan Ramadan sebab kena puasa; menahan lapar dan dahaga, tak makan minum, dari Subuh sehingga Maghrib. Takut masuk angin, takut makin mudaratkan kesihatan lebih lebih lagi yang ada gastrik teruk. Haa jangan risau..! Ada seorang doktor ni share beberapa tips penting bagaimana untuk mengatasi gastrik teruk menyerang anda semasa puasa. Apakah cara elak sakit gastrik semasa puasa yang dikongsikan?

Lets read it!

And share it to others okay? :)

10 Tips Doktor: Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Puasa

tips doktor cara elak sakit gastrik semasa puasa
tips doktor cara elak sakit gastrik semasa puasa

SAKIT GASTRIK  SEMASA PUASA

Ditulis oleh: Dr. Nimelesh


Ramai yang bertanya kepada saya camne nak elak sakit gastrik semasa puasa.

Gastritis adalah radang pada dinding perut, manakala PUD ni adalah ulcer di saluran gastrousus (perut-usus).

Dua dua penyakit ni mempunyai punca yang sama:

 - penggunaan ubat tahan sakit NSAID yang kerap seperti ibuprofen, aspirin,

- trigger oleh makanan pedas, rokok, alcohol, ubat steroid (diambil untuk tempoh lama),

- stress,

- jangkitan kuman H.pylori.

Untuk yang ada masalah Gastrik, ANDA TAK BOLEH TINGGALKAN SAHUR.

Memang ada umat yang boleh tidur sampai tertinggal sahur. Dan ini adalah tidak patut.

"Barangsiapa yang mahu berpuasa hendaklah sahur dengan sesuatu."
(HR Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Abu Ya’la, Al Bazzar).

“Berkah itu ada pada tiga perkara, Al-Jama'ah, Ats-Tsarid, dan makan sahur."
(HR Thabrani, Abu Nu’aim).

Untuk pesakit gastrik, amat penting untuk anda makan sikit masa berbuka. Bukan satu meja penuh.

Sebaliknya makan kurma, minum air  dan makanan sikit dulu. Pergi solat maghrib dan baru makan makanan utama sebelum solat tarawih.

Gunalah bulan ni untuk cuba berhenti rokok bagi sesiapa yang merokok.

Elakkan kopi/ minuman berkafein dan juga makanan pedas.

Ramai yang bertanya tentang susu.

Kajian menunjukkan walaupun susu boleh kurangkan sakit buat sementara waktu (temporary buffer) , tapi ia boleh meningkatkan asid perut yang menyebabkan sakit lagi teruk lepas itu.

Minum banyak air masak.

Nak ambil jus, elakkan yang ber"citrus" macam oren.

Selepas solat tarawih, kurangkan makan sangat, biar perut rehat. sebab itu kena kurangkan tradisi "moreh".

Sahur selambat yang mungkin.

Dan ada beberapa pesakit yang memerlukan ubat seperti MMT, Omeprazole dan sebagainya. Jadi tolong berbincang dengan doktor anda.

Sekiranya anda mempunyai sakit perut yang kuat, muntah banyak, muntah berdarah, berak hitam - tolong dapat rawatan dengan segera

P.S : I tak cerita sangat pasal ujian h pylori, scope semua. 

Kalau gastrik teruk sangat, make sure pergi klinik. Anda perlu rawatan lebih selain dari tukar diet : seperti ubat.
tips doktor cara elak sakit gastrik semasa puasa,
tips doktor cara elak sakit gastrik semasa puasa,

Persoalan tentang gastrik, apendiks, sakit perut dan gerd
tips doktor cara elak sakit gastrik semasa puasa,
tips doktor cara elak sakit gastrik semasa puasa,
tips doktor cara elak sakit gastrik semasa puasa,
tips doktor cara elak sakit gastrik semasa puasa,
apendiks
simptom apendiks
apendiks
apendiks
gerd
gerd
gastrik gerd
gastrik gerd
gastrik gerd
gastrik gerd
gerd
gerd
sakit perut gastrik ulser
sakit perut gastrik ulser perut
Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

4 comments:

  1. gastrik ni bukan leh buat main2..kalau dhtruk sgt baik jumpa doktor

    ReplyDelete
  2. Sejak bergelar pesakit gastrik inilah yg paling menakutkan. Terima kasih di atas tips yang diberikan..

    ReplyDelete
  3. Harap dijauhkan dari sakit gastrik.

    ReplyDelete
  4. Pesakit gastrik kena baca Ni bagus utk diorg

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p