Apa tanda-tanda hubungan akan gagal? Kajian menunjukkan 7 ciri negatif ini.... - sayidahnapisahdotcom Apa tanda-tanda hubungan akan gagal? Kajian menunjukkan 7 ciri negatif ini....
LightBlog

Apa tanda-tanda hubungan akan gagal? Kajian menunjukkan 7 ciri negatif ini....

Apa tanda-tanda hubungan akan gagal? Kajian menunjukkan 7 ciri negatif ini.... | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Orang kata tak kenal maka tak cinta. Bila dah cinta, boleh jadi tak kenal. Ehh. Okay okay ubah - Bila dah cinta, ada pula ujian dugaan liku liku lekuk percintaan sepanjang tu. Dan tahukah anda, ada orang yang mengkaji tentang tanda-tanda hubungan akan gagal? Saya tak tahu dan baru je tahu hehe.

So, kajian ni dibuat dalam kalangan pasangan berkahwin yang hidup bersama ya. Bukan pasangan budak sekolah cintan cintun couple 2 minggu then putus; yang takde tujuan, takde niat ke arah halal pun. Bukan. Bukan juga pasangan kekasih yang tak serius pun dalam relationship, yang kaleng kaleng, hanya bercinta sebab bosan mahupun buat 'experiment' atau just suka suki saja.

Nope.

Dan jangan lah pula selepas baca tanda hubungan akan gagal ni.. kita duk overthinking atau terlalu bersangka buruk pula "eh perhubungan antara aku dengan perempuan ni macam takkan berjaya je?",

"eh tengok ciri-ciri ni macam tak kekal je aku dengan si lelaki ni",

"adakah mahligai cinta perkahwinan aku dengan suami/isteri akan terpisah di tengah jalan?".

Ha sudah.

Jangan terlalu cepat menghukum, jangan terlalu cepat mengalah dan buat keputusan ketika sedang marah. Bawa berbincang, timbang baik buruk dan di akhirnya, jika masih tiada 'result' yang baik atau si dia tidak mahu berkerjasama.. you can go.

Move on. You deserve better and she/he too.
apa tanda-tanda hubungan akan gagal
apa tanda-tanda hubungan akan gagal

Apa tanda-tanda hubungan akan gagal? Kajian menunjukkan 7 ciri negatif ini....

Ditulis oleh: Akif Basri
(Clinical Psychologist | Psychology Lecturer)

Peringkat awal hubungan percintaan, semuanya indah.

Text, call setiap masa. Rindu. 

Nak jumpa setiap masa.

Lama kelamaan, hubungan semakin pudar.

Tanpa disedari, hubungan menjadi "emotionally disconnected."

Apa tanda-tanda hubungan akan gagal?
apa tanda-tanda hubungan akan gagal
apa tanda-tanda hubungan akan gagal | image gif Google
Ini kata kajian sains.

Dr John Gottman telah mengkaji hubungan percintaan dalam kalangan beratus pasangan berkahwin. 

Beliau senaraikan beberapa tanda-tanda negatif yang boleh "predict" bahawa perhubungan akan gagal.

Beliau namakannya sebagai "Four Horsemen of the Apocalypse."

Pertama, hubungan yang banyak kritikan.

Contohnya:

1. Banyak serangan peribadi (eg: tentang rupa paras, karakter)

2. Sentiasa nak betul

3. Generalisasi yang negatif (satu kesalahan menidakkan semua kebaikan pasangan)

Kedua, hubungan yang banyak penghinaan.

Gottman beri contoh penghinaan seperti memanggil dengan gelaran yang buruk, banyak menyindir, mengejek, "eye-rolling", bercakap kasar & gurauan melampaui batas.

Ketiga, hubungan bersifat defensif.

Defensif dalam erti kata selalu "play victim" dan sentiasa menyalahkan pasangan dalam keadaan apa sekali pun.

Keempat dipanggil "stonewalling".

Seseorang dikatakan stonewalling apabila dia tidak mengendahkan apa yang dikatakan pasangan, bertindak seolah-olah tidak peduli dengan hubungan dan "disengage" daripada hubungan tersebut.

Antara ciri lain:

Percubaan memperbaiki hubungan yang gagal berkali-kali.

Dalam perhubungan, biasanya salah seorang akan cuba mengalah dan memperbaiki keadaan.

Namun apabila banyak kali cuba dan gagal, kedua belah pihak akan defensif agar tidak kecewa lagi di kemudian hari.

Di antara kesemua ciri-ciri hubungan ini, Gottman mengatakan bahawa "predictor" yang paling kuat bahawa hubungan akan gagal ialah:

Ciri yang kedua, hubungan yang banyak PENGHINAAN.

Dr John Gottman juga ada menyenaraikan 7 prinsip bagi memastikan hubungan berkekalan

Beliau menyebutnya sebagai "The Seven Principles for Making Marriage Work." 

Saya akan kongsi tentang prinsip ini dalam thread yang lain.

Saya sendiri bukanlah seorang pakar dalam perhubungan percintaan.

Untuk merujuk pakar, saya cadang boleh tanya kaunselor atau psikologis yang terlatih dalam terapi perhubungan atau terapi perkahwinan.

Cari ahli profesional yang sebenar ya.


RUJUKAN:

- Gottman, J. M. & Levenson, R. W. (2002). A two-factor model for predicting when a couple will divorce: Exploratory analysis using 14-year longitudinal data. Family Process, 41 (1), 83-96.
- Driver, J. L. & Gottman, J. M. (2004). Daily marital interactions and positive affect during marital conflict among newlywed couples. Family Process, 43 (3), 301-314.
apa tanda-tanda hubungan akan gagal
apa tanda-tanda hubungan akan gagal | image: Google
Sekali lagi saya ingatkan..

Di atas ini hanya tanda tanda dan benda tu boleh diubah. Nothing impossible. We are all human. Make mistake in life.

Kalau ada tanda-tanda tu dalam hubungan kita dengan pasangan, boleh usaha untuk  ubah menjadi yang lebih baik. Improve ourselves.

Tapi jikalau masih benda sama yang berlaku berulang-ulang dan akhirnya bertemu jalan yang satu; iaitu perpisahan... pilih lah yang terbaik buat diri sendiri.

Yang penting jangan seksa diri sendiri.
apa tanda-tanda hubungan akan gagal
apa tanda-tanda hubungan akan gagal
Okay itu sahaja.

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:




Post a Comment

3 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p