Kereta terlibat dalam kemalangan, apa perlu buat? Cara claim insurans? Bengkel untung? - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Wednesday, May 20, 2020

Kereta terlibat dalam kemalangan, apa perlu buat? Cara claim insurans? Bengkel untung?

Kereta terlibat dalam kemalangan, apa perlu buat? Cara claim insurans? Bengkel untung?

Ditulis oleh: Admin CARPUT
(twitter @carputapp)

Tahukah anda..

Sekiranya kereta anda disondol dari belakang, anda tak perlu nak bertekak di tengah jalan jauh sekali tunggu pihak berkuasa datang.

Admin akan kongsikan apa yang perlu anda buat, dan anda boleh terus alihkan kereta ke tepi dan pastikan trafik lancar.

Ramai yang terlibat dalam kemalangan kecil macam ni..
kereta kemalangan apa perlu buat cara claim insurans
kereta terlibat dalam kemalangan apa perlu buat, cara claim insurans ?
Selalunya memilih untuk tidak alihkan kereta dan terus menyebabkan masalah trafik.

Kononnya, tak boleh claim insurans selagi polis / valuer insurans tak sampai.

Ini adalah mitos!

Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu lakukan:

1. Kenalpasti Situasi & Hidupkan Lampu Kecemasan

Kenalpasti kecederaan diri/ penumpang. Lihat persekitaran sama ada kita dalam posisi yang bahaya.

Terutama sekali jika kemalangan berlaku di waktu malam.

Sekiranya anda di atas highway yang sunyi di waktu malam, segera alihkan kenderaan ke laluan kecemasan.

Ada kemungkinan kereta belakang anda memecut laju dan gagal brek sekiranya anda di tengah jalan.

Sekiranya selamat, teruskan langkah ke 2.

2. Ambil Gambar Kereta Yang Melanggar Anda

Paling penting, anda perlukan nombor plate kereta pesalah untuk tuntutan insurans dari keretanya.

Lebih baik, sekiranya anda ambil gambar roadtax di cermin keretanya. Boleh minta pesalah untuk alihkan kereta ke tepi untuk berbincang.

3. Bergaduh = Buang Masa

Kereta anda tidak akan dapat dibaiki dengan pergaduhan.

Ajak pesalah untuk ke balai polis dan report polis.

Tapi kalau pesalah enggan ke balai polis dan ajak settle tepi? Macam mana?

4. Semak Sama Ada Roadtax Pesalah Masih Aktif

Kemungkinan pesalah yang ajak 'settle tepi', sama ada mereka malas nak melalui prosedur polis atau mereka takut kerana roadtax tak hidup.

Untuk kes roadtax mati, anda perlu lakukan tuntutan melalui mahkamah.

Pastikan anda dapatkan maklumat peribadi pesalah, sebaiknya gambar IC (kad pengenalan) pesalah.

Tuntutan mahkamah prosesnya panjang. Sekiranya anda nak terima 'deal tepi', pastikan nilainya berbaloi.

5. Report Tetap Report (dalam 24 Jam)

Sesetengah kesilapan pemandu, bila pesalah bayar pampasan secara cash, mereka terus anggap ianya selesai.

Beberapa hari selepas tu, tiba tiba pihak polis call. Pesalah dakwa pula kita yang langgar lari.

Dah pening kepala.

Disinilah cover report tu penting. Untuk mengatakan yang kita di pihak yang benar.

Dan untuk kemalangan, report perlu dibuat dalam 24 jam ya. Jangan tangguh.

6. Cari Bengkel Panel Insurans

Bengkel yang akan lakukan urusan tuntutan dari A-Z berbekalkan report polis yang anda buat.

Cari bengkel yang berpengalaman untuk elakkan kereta anda terkandas di bengkel terlalu lama.

7. Anda Tuntut Insurans Pesalah, Bukan Insurans Anda

Selagi anda didapati tidak bersalah, anda akan melakukan tuntutan insurans ke atas kereta pesalah.

Jadi, NCD anda tidak akan terjejas. Jangan risau.

"Dah claim insurans tapi bengkel masih suruh tambah sikit?"

"Kereta saya terlibat dalam kemalangan. Tapi bila saya nak claim insurans, bengkel suruh saya tambah duit sikit untuk repair.

Betul ke atau bengkel sengaja nak untung lebih?"

Jadi betul ke bengkel nak untung lebih?

Untuk pengetahuan semua!

Jawapannya TIDAK!

Bengkel bukan nak untung lebih. Inilah yang dinamakan BETTERMENT COST.

Benda pertama yang perlu kita faham adalah fungsi insurans adalah untuk baiki kereta kembali kepada keadaan sedia ada (sebelum kemalangan).

Namun sekiranya kereta anda sudah lebih 5 tahun, kemungkinan besar beberapa komponen kereta sudahpun 'haus'.

Jadi sekiranya anda baikpulih dengan komponen baru, kereta anda bukan sahaja kembali kepada keadaan asal, malah lebih baik daripada sebelum kemalangan.

Komponen yang dah berusia 5 tahun kini dah diganti dengan yang baru!

Atas sebab ini, pihak insurans hanya merangkumi sebahagian (%) sahaja daripada jumlah penuh kos baik pulih.

Selebihnya, anda perlu tambah.

Berapa bayaran tambahan perlu anda bayar? Kami sertakan infografik ini.
kereta kemalangan apa perlu buat cara claim insurans
auto insurance betterment factor - age of vehicle & percentage (%) rate
Kalau kereta anda masih baru, jangan risau. Bengkel sepatutnya cover 100% kos baik pulih.

"Kalau kereta lama nak cover 100% juga boleh ke?"

Boleh!

Waktu renew insurans, belilah premium untuk 'waive' betterment cost.

Untuk premium, setiap syarikat insurans mengenakan caj yang berbeza-beza.

Admin tak boleh quote, nanti salah kena kecam.

Selesai hal Betterment Cost insurans!

Kena ingat ya insurans korang tak cover kalau bateri kereta mati/ kaput!

Moga bermanfaat!


1 comment:

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p