KOLEKSI RESEPI KUIH MUIH PANTAI TIMUR SEDAP RAMAI SUKA! - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Monday, May 18, 2020

KOLEKSI RESEPI KUIH MUIH PANTAI TIMUR SEDAP RAMAI SUKA!

KOLEKSI RESEPI KUIH MUIH PANTAI TIMUR SEDAP RAMAI SUKA! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ada masak atau beli kuih tak untuk berbuka puasa nanti? Haa kalau takde, maybe boleh cuba resipi bawah ni hehehe. But before that.. Apa itu kuih pantai timur? Ianya membawa maksud kuih yang originally, asalnya dari 3 Negeri pantai timur Malaysia iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu. Kalau pantai barat negeri Perak, Selangor dan Melaka. Daerah Utara: Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Selatan pula Negeri Sembilan dan Johor Bahru. Haa tetibe masuk subjek Geografi kejap hahaha. So.. apakah resepi resepi kuih muih pantai timur yang ramai orang suka ni?

18 RESEPI KUIH MUIH PANTAI TIMUR SEDAP DAN MENYELERAKAN!


1. Resepi Kuih Akok Kelantan

Bahan-Bahan: (21 biji)

5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula melaka/ gula kabung-racik halus.
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus

Cara Membuat:

1. Satukan gula kabung, air dan daun pandan. Masak hingga gula hancur. Keluarkan daun pandan. Kemudian sejukkan sebentar.
2. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender. Kemudian, blend hingga betul-betul kembang (adunan kuih akok memang cair). Tapiskan.
3. Panaskan oven selama 15 minit suhu 200’C. Griskan acuan dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam oven.
4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut. Isi penuh acuan. Bakar selama 15 minit, suhu diturunkan ke 180’C. Guna api atas dan bawah.
5. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. Sejukkan seketika dan hidangkan.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
2. Resepi Asam guppa / saguppa

Bahan-bahan:
4 cawan sagu
8 cawan air panas
1 biji kelapa - diambil santannya
1 inci halia - di potong memanjang
2 ulas bawang merah - di mayang
1 helai daun pandan
2 sk halba
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula
Air secukupnya untuk masak inti kacang
Daun pisang

Cara-cara:

1. masakkan kacang hijau bersama air & gula sehingga empuk dan pecah.
2. kacau sehingga kering. matikan api dan biarkan sehingga sejuk
3. bulat-bulatkan inti sebesar biji guli dan ketepikan
4. rendamkan sagu bersama air panas (air yang betul-betul mendidih). tunggu sehingga sejuk.
5. kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
6. letakkan dalam kukusan yang di alas dengan foil atau daun pisang. Kukuskan sagu sehingga masak. 15-20 minit.
7. untuk kuah, masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dan daun pandan sehingga mendidih.
8. masukkan sagu dan masakkan sebentar.
9. sejukkan dan hidangkan
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
3. Resepi Kuih Puteri Mandi

Bahan-Bahan:
1 paket tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air daun pandan

Bahan Inti –
1 biji kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya

Cara Membuat:
1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan. Gaul hingga sebati dan ketepikan.
2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.
3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.
4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.
5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.
6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati. Hidangkan.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
4. Resepi Nekbat (sira)

Bahan-Bahan:-
-7 biji Nekbat kering (boleh beli yang dah siap)
-gula pasir - Kena lebih sebab kuih ni mesti kena manis
-daun pandan
-bunga cengkih
-pewarna oren atau ikut kegemaran anda
-4 cawan air

Cara memasak :
-Masak air diatas dapur. Masukkn gula, bunga cengkih daun pandan dan pewarna oren.
-Bila air gula dah mendidih, masukkan nekbat kering. jangan dikacau dikhuatiri kuih tu boleh hancur. tutup api dan angkat.

Senang kan?

Tapi kalau anda nak buat sendiri nekbat kering, anda boleh ikuti cara di bawah ini.

Yang ni pula bahan untuk buat Nekbat Kering :

Bahan-bahannya:

1 kg tepung beras
12 biji telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

• Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
• Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.
• Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
• Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.

Selamat menjamu selera
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
5. Resepi Kuih Kaswi

Bahan-bahan:

350 gm gula melaka
240 gm gula pasir
190 gm tepung gandum
120 gm tepung ubi
60 gm tepung beras
1350 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
1 cawan kelapa parut putih

Cara buat kuih muih kaswi:

Masak gula melaka, gula pasir, 450 ml air, dan daun pandan dengan api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.

Ayak dan satukan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras dalam satu bekas.

Larutkan ayakan tepung dengan 900 ml air, air abu, air kapur, dan pewarna coklat, kacau rata dengan wisk.

Satukan larutan gula dan adunan tepung tadi. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak.

Kukus selama 45 minit (balut tutup kukus dengan kitchen towel).

Bila lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih, letakkan kitchen towel yang baru dan biarkan ia terserap.

Angkat perlahan dan biarkan sejuk sebelum dipotong, dan sajikan bersama kelapa parut putih.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
6. Resepi Kuih Puteri Ayu

Bahan-bahan:

5 biji telur
250 gm tepung gandum
300 gm gula
250 ml santan
2 camca teh ovalatter
2 camca teh paste pandan
1 camca teh baking powder
pewarna hijau
kelapa putih secukupnya yang sudah digaul dengan garam dan tepung ubi

Cara buat kuih muih puteri ayu:

Pertama-tama pukul telur, gula dan ovalatte hingga kembang dan gebu.

Masukkan santan, paste pandan, pewarna hijau, baking powder dan tepung gandum. Kacau hingga sebati.

Sapu minyak pada acuan dan masukkan kelapa di bahagian bawah acuan. Mampatkan.

Lepas tu, masukkan adunan dan kukus selama 5 minit.

Terakhir angkat kukusan dan biarkan hingga sejuk.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
7. Resepi Kuih Lapis

Bahan-bahan:

1. 2 cawan tepung beras
2. 1/2 cawan tepung gandum
3. 1/2 cawan tepung jagung
4. 4 cawan santan (saya guna 2 cawan pekat 2 cawan cair)
5. 1 cawan gula
6. Pewarna merah dan esen ros - masa saya buat ada sirap je kat umah sirap pun jadi jugak tau
7. Garam secubit

Cara-cara:

1. Masukkan santan ke dalam periuk tambahkan secubit garam. Menggunakan api kecil panaskan santan kacau selalu dan matikan api bila telah mendidih. Biarkan santan suam-suam kuku.

2.Panaskan air dalam kukus. Pastikan kita isi air yang banyak sebab nanti takut asyik mengukus lupa nak tengok air ada lagi ke tak kang tak pasal-pasal berlobang kukus kita.

3. Satukan kesemua bahan tepung dan gula.

4. Kemudian tuang santan ke dalam adunan dan kacau adunan sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu dibiarkan warna asal dan satu lagi masukkan pewarna merah atau warna kegemaran kita.

6. Bila air kukus telah betul-betul mendidih boleh la mula mengukus.Tuang warna putih dulu. Berapa banyak nak tuang bergantung pada loyang dan senduk yang kita guna. Kalau ikut cara saya saya tuang agak-agak menutupi semua permukaan loyang lebih kurang 2 ke 2.5 senduk bulat saya tu.

7. Kukus dalam agak-agak 4-5 minit kemudian boleh la tuang kan lapisan merah pulak. Ikut adunan ni saya dapat 6 lapisan.

Lapisan akhir tu kita tambahkan lagi pewarna merah skit lagi nak bagi kaler dia naik. Dan teruskan mengukus lebih lama sikit dari 5 minit untuk lapisan akhir ni.

Credit : Resepi Kak Ti
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
8. Resepi Golek Lengo (Kuih Bom) Inti Kacang Hijau

Bahan Doh:

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air
Bijan secukupnya - untuk salut

Cara membuat doh:

Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.

Inti Kacang Hijau:

250gm kacang hijau - rendam
1/2 cawan gula merah/ gula melaka di racik halus - guna 1 keping gula Melaka
1 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut muda
3 sudu besar tepung gandum

Cara membuat Inti:

Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering.

Masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.

Tabur tepung gandum dan kacau rata. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat.

Nota:
Lebihan boleh disimpan di dalam freezer untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih gulung, koci dan sebagainya.

Cara membuat kuih bom:

Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat bulat tadi.

Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.

Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.

Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.

Boleh simpan di dalam freezer jika ada baki kuih bom.

Sumber : Azie Kitchen

Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat... kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.

Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang... buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.

Jangan terlebih rehat pulak.. macam kuih bom saya kat atas tu. Buat malam hari tapi biarkan seharian maka tepung terasa masam sikit dan bentuknya dah tak bulat cantik.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
9. Resepi Kuih Tepung Pelita

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung beras
10 helai daun pandan
4 cawan Santan
Bahan perasa - gula dan garam secukupnya
Air secukupnya
Daun Pisang dibuat acuan 4 segi

Lapisan Bawah :

1 cawan tepung beras
3 cawan air
10 helai daun pandan dihancurkan – ambilnya airnya

Lapisan Atas :

1 cawan tepung beras
4 cawan santan
Sedikit garam untuk melemakkannya

Cara-cara Menyediakan

1- Adunan lapisan bawah serta 1 sudu teh gula dimasukkan memenuhi separuh acuan daun pisang.

2- Kemudian, dikukus sehingga masak.

3- Selepas lapisan bawah masak, masukkan adunan lapisan atas memenuhi acuan daun pisang

4- Kukus sekali lagi hingga masak.

5- Siap untuk hidangan
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
10. Resepi Pulut Tapai

Bahan-Bahan:

1 kg beras pulut
1/2 biji ragi ditumbuk halus
Daun getah/daun pisang secukupnya

Cara-cara Menyediakan:

1- Tanak pulut hingga masak..

TIP untuk mengelakkan pulut lembik.. samakan sukatan pulut dengan sukatan air yang dimasuk... contohnya 5 cawan pulut = 5 cawan air…

2- Apabila pulut masak, keluarkan dari periuk dan ratakan dalam dulang..

3- Biarkan pulut tadi sejuk dan ayak ragi di serata permukaan pulut..

4- Kemudian, terbalikkan pulut.. dan ayak lagi sekali agar ragi serata ke semua bahagian pulut..

5 -Bungkus pulut tadi dengan daun getah atau daun pisang dan peram selama 2 hari..
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
11. Resepi Pulut Dakap

Bahan-bahannya:

3 cawan beras pulut
1 sikat pisang raja atau pisang awak yang masak ranum
3 cawan santan pekat + ½ sudu teh garam
Daun pisang secukupnya (dilayur sehingga layu)
Tali untuk mengikat secukupnya

Cara-cara menyediakannya:

1. Rendam beras pulut selama 1 jam dan kukus hingga masak. Gaul rata dengan santan ketika pulut masih panas dan ketepikan seketika.

2. Ambil pisang dan belah dua. Sendukkan pulut dan letakkan ditengah-tengah daun pisang. Ratakan pulut dan letakkan pisang ditengah-tengahnya.

3. Lipatkan daun pisang seperti membalut lepat. Pastikan pulut membalut keseluruhan pisang. Buat sehingga pulut dan pisang habis.

4. Ambil dua bungkus pulut dan kembarkan keduanya secara bersemuka iaitu lipatan bertemu lipatan. Ikat dengan tali di bahagian atas dan bawahnya sehingga habis semua berpasangan.

5. Setelah selesai bolehlah dikukus selama lebih kurang 25 minit atau 30 minit. Angkat dan hidangkan.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
12. Resipi Kuih Cara

BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam

BAHAN INTI KUIH :
Gula secukupnya

CARA MEMASAK :
~ Panaskan acuan khas untuk kuih cara di atas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis untuk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isi gula ditengahnya. Tutup acuan dengan tudung periuk, tunggulah hingga masak. Gunakan api yang perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang-sepasang.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
13. Resepi Kuih Lompat Tikam

Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur

Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah:
1 cawan pulut - rendam terlebih dahulu
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit pewarna merah

Air gula melaka:
1 keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan

Cara lapisan hijau:

Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk.

Masakkan adunan ini ke dalam kuali tembaga (jika ada) dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.

Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.

Cara lapisan putih:

Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.

Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap

Cara Pulut Merah:

Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit.

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut.

Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
14. Resepi Tepung Bungkus Simple

Bahan-bahan Resepi Tepung Bungkus Simple

Bahan untuk adunan tepung:

1 bungkus tepung beras siam
5 cawan air
12 sudu gula
1 sudu garam
500 gram santan

Bahan untuk inti kelapa:

3 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
500 gram gula melaka
1/2 sudu garam
250 gram gula pasir
2 sudu debu pulut
2 helai daun pandan

Cara Cara Masak Resepi Tepung Bungkus Simple

Cara membuat adunan tepung:

1. Masukkan 2 1/2 cawan air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih.

2. Baki 2 1/2 cawan air lagi dibancuh bersama tepung dan kacau sebati seterusnya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuali dan kacau sehingga tepun betul-betul masak dan nampak berkilat.

Cara membuat inti kelapa:

1. Masak kelapa parut dengan air sehingga masak

2. Setelah itu masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan, kacau sehingga sebati dan sedikit likat.

3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan masukkan ke dalam adunan inti kelapa dan masak sehingga kering dan pekat.

4. Bulat-bulatkan inti kelapa dan gaul dengan debu pulut.

Cara membungkus kuih tepung bungkus:

1. Ambil dua lapis daun pisang supaya tidak pecah ketika mengukus.

2. Letakkan sesudu tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit.

3. Setelah itu masukkan 2 biji inti kelapa dan tutup dengan satu sudu lagi adunan tepung.

4. Bungkus dan lipat dengan rapi daun pisang supaya adunan tak terkeluar.

5. Kukus selama 20-25 minit.

6. Kuih tepung bungkus anda sedia untuk dihidangkan.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
15. Resepi Kuih Seri Muka Simple

Bahan-bahan Lapisan Atas :
- 1 Cawan Beras Pulut
- 1 Cawan Santan
- Sedikit Garam

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
- 1 Cawan Santan
- 5 Helai Daun Pandan
- Setengah Cawan Gula
- 1 Biji Telur
- 2 Sudu Besar Tepung Gandum
- Sedikit Garam

Cara-Cara Membuat :
1. Basuh beras pulut sehingga bersih.
2. Campurkan beras pulut bersama santan dan sedikit garam.
3. Masak guna rice cooker je, senang kan.
4. Bila dah masak dan agak suam, masuk dan tekankan dalam loyang.
5. Masukkan bahan-bahan lapisan atas ke dalam blender.
6. Blend kesemuanya sehingga hancur dan sebati.
7. Tapiskan bahan yang telah di blend kedalam loyang pulut tadi.
8. Kukus selama 30 minit, dengan api sederhana kuat.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
16. Resepi Cek Mek Molek

Bahan-Bahan (10 biji)
• 400-450gram ubi keledek (2 cawan keledek lecek)
• 1 cawan tepung gandum @ secukupnya
• Gula putih
• Minyak masak

Cara-cara:
1. Ubi keledek direbus hingga empuk (masukkan sedikit garam).Biarkan ubi keledek rebus sejuk, kemudian lecek halus.
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk. (jangan masukkan terlalu banyak tepung, nanti kuih akan menjadi keras).
3. Bahagikan adunan kepada 10 bahagian, bulat bulat (besar sikit dari bola pingpong), leperkan masukkan setengah sudu kecil gula kat tengah.
4. Pastu bentukkan seperti kuih cekmek molek.
5. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbA.

Note:
• Pastikan ubi keledek betul betul sejuk ,barulah masukkan tepung.kalau masih suam suam.. akan menambahkan penggunaan tepung.
• Jika adunan masih melekat kat tangan, sapukan tangan dengan tepung supaya kuih boleh dibentuk.
• Berhati hati kalau makan cekmek time panas panas sebab gula cair masih panas kat dalam.. nanti melecur lak
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
17. Resepi Butir Nangka Kelantan

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

• 4 cawan tepung beras pulut ( saya buat 1 cawan jer)
• air
• sedikit kapur makan
• secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
• (bahan untuk kuah)
• santan dari setengah biji kelapa
• gula
• 1 sudu makan halba.. tak letak
• garam
• daun pandan
#5 ulas nangka dipotong memanjang - saya tambah

Cara-cara:

1. masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau....
2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
3. buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
4. panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul..
5. apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
6. untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
7. bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....
8. lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.
9. masak butir nangka dan hirisan nangka bersama kuahnya sehingga mendidih..
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
18. Resepi Kuih Buah Peria

Bahan- Bahan:
300 gm tepung pulut
250 ml/1 cawan santan pekat (kalau guna kelapa parut - boleh kisar kelapa parut dan beberapa helai daun pandan untuk mendapatkan aroma kuih yang lebih harum)
Sedikit garam
Pewarna hijau

Bahan lain:
Minyak masak
Inti kelapa atau kacang hijau
Daun pisang

Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Masukkan pewarna dan garam ke dalam santan dan kacau rata. Tuangkan santan ke dalam mangkuk tepung sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.

Resepi inti kacang hijau:

1 cawan kacang hijau (rendam 3 jam atau lebih - sesekali ganti air - kalau rendam kacang ni cepat empuk... jimat gas)
1 keping gula nise
Gula putih secukup rasa dan sedikit garam
Air untuk merebus

Rebus kacang hingga empuk. Air jangan banyak sangat dalam 3 cawan. Sesekali kacau. Kalau kacang masih belum empuk tapi air dah kering boleh tambah air.

Masukkan gula dan garam. Kacau dan pastikan gula hancur dan inti pekat dan agak kering. Sejukkan dan sedia digunakan.

Kalau buat banyak boleh simpan dalam freezer.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
So.. whats your favorite?

Jangan tanya saya. Sebab banyak my fav hahahaha. Tapi kuih yang paling saya rindu sekarang ni - kuih AKOK huwaaaaa~

Teringat kuih akok yang saya beli tahun lepas time bulan puasa kat bazar Ramadan.. sedap wooo. Lembut gebu sedap secukup rasa. T-T Tapi tu lah puasa tahun ni 2020 bazar tak dibenarkan buka. Nak beli kat gerai tepi jalan macam ermm takut juga time PKP ni kan hehe.

Dan dalam banyak banyak kuih pantai timur kat atas ni.. ada EMPAT kuih yang saya tak pernah rasa setakat ni lagi which are butir nangka, nekbat, pulut dakap, and kuih buah peria. Sebab rasa macam tak pernah jumpa hahaha.

Yang kuih puteri mandi & lompat tikam pula.. ye saya tahu memang dua dua ni famous amous terutamanya nama dorang yang comel + unik haha tapi hmm rasanya, saya tak pernah makan lagi. If i'm not mistaken lew. Kot kot laa masa kecik pernah makan tapi lupa kan hahaha.

Korang pula?

4 comments:

  1. ada a few yang tak pernah rasa.. hehe.. akok tu selalu jugakla
    ada di rumah sbb sepupu suka.

    ReplyDelete
  2. terliur tengok gambar gambar ! lamanya tak makan akok !

    ReplyDelete
  3. terus rindu kat pantai timur. hehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p