Panduan | Cara | Tips Beli iPhone Second Hand - model iphone 8 & ke atas - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Tuesday, May 19, 2020

Panduan | Cara | Tips Beli iPhone Second Hand - model iphone 8 & ke atas

Panduan | Cara | Tips Beli iPhone Second Hand - iphone 8, iphone 8 plus | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! First of all, i am android user okay. Huawei Nova 2 lite jewrrr. Tak mampu lagi nak beli phone mahal such as iphone 12 (yang bakal keluar),11, 11 pro, xs, xs max, 8, 8 plus. So, kenapa saya nak share tentang tips beli iphone second hand ni?

Sebab kita biasa dengar keburukan beli iphone second hand kan. Ada yang nasihat kena hati-hati kalau nak beli yang terpakai.

Actually mana mana barang/ benda second hand memang ada baik dan buruknya. Ada risikonya yang tersendiri. Cuma kita kena tahu apa yang perlu kita tahu dahulu, then baru lah confirm kan pembelian. Lebih lebih lagi kalau nak kena deal dengan orang yang kita tak kenal (online shopper kat shopee, mudah atau from strangers at social media).

Kena tahu cara, tips and trick untuk kenal pasti ori ke idok, palsu atau tak. Ce bayangkan membeli iphone secondhand tapi takde guide panduan dari sesiapa.... its so dangerous!

So we need to check first. Baru boleh decide. Tapi apa yang perlu diperiksa?

Thats why i share some tips here! Saya pun nak tahu actually. Mana lahh tahu kot kot in the future i need this muehehehe.


Panduan | Cara | Tips Beli iPhone Second Hand - model iphone 8 & ke atas

Ditulis oleh: Xavier Naxa
(Pengkritik Apple, Pencinta Inovasi, Team Pixel)
panduan cara tips beli iphone second hand
panduan cara tips beli iphone second hand
Jika anda ingin membeli iPhone terpakai bagi model iPhone 8, iPhone 8 Plus dan ke atas, berikut petua yang perlu anda ikuti :

1- Semak Status Telco Lock

Minta dari Penjual nombor IMEI dan cari individu yang menyediakan semakan status telco, bayaran mungkin sekitar RM10 - RM20.

Ulasan:
Jika laporan menunjukkan bahawa iPhone tersebut bebas telco. Sila teruskan  membaca, namun jika sebaliknya anda dilarang untuk membeli tanpa pengecualian.

2- Semakan Kondisi

Minta penjual menghantar gambar atau terus berjumpa. Sila semak kondisi iPhone secara terperinci. 

Ulasan:
Jika terdapat kemek atau calar ketara, anda dinasihatkan untuk tidak membelinya.

3- Status Keaslian

Sila sahkan keaslian iPhone dengan penjual.

Jika iPhone tersebut:
- Pernah dibaiki diluar
- Menukar Bateri selain ASP
- Pernah dibuka 

Ulasan:
Anda wajib menolak.

Namun.. jika Penjual mengesahkan semuanya asli maka anda harus membuat pengesahan secara teknikal.

Sila buat temu janji dengan pihak ASP untuk ujian diagnostik bagi iPhone tersebut bagi mengesahkan keasliannya. 

Bayaran sebanyak RM60 akan dikenakan untuk semakan ini.
panduan cara tips beli iphone second hand
panduan cara tips beli iphone second hand
Ulasan:
Jika pihak ASP mendapati iPhone tersebut asli 100% maka anda boleh teruskan pembelian. Namun jika sebaliknya saya menasihatkan anda supaya jangan membelinya. 

Inilah petua yang harus anda ikuti sebelum membeli iPhone terpakai.

Anda mungkin merasakan petua yang saya kongsi ini sangat menyusahkan. 

Namun inilah langkah yang terbaik bagi saya untuk memastikan anda tidak ditipu atau tertipu oleh Penjual atau individu yang tidak dikenali.

Anda mungkin menilai saya cerewet apabila berbicara soal keaslian iPhone. 

Bagi saya itulah yang terbaik untuk anda lebih-lebih lagi individu yang cetek ilmu berkaitan jual beli iPhone.

Sedikit discussion, Q&A tentang Panduan | Cara | Tips Beli iPhone Second Hand

Q: ASP tu apa?

A - Apple authorized service provider

Q: So kita lah kan kena keluarkan RM60 untuk ujian diagnostik? Atau pihak penjual? Apa pendapat min?

A- Atas budi bicara masing-masing.

Q: Min...kalau ip yang upgrade dia punya storage tu ade side effect ke?

A - Jangan buat. Muktamad.

Q: Nak semak telco lock kome macam mana?

A - Cari runner yang buat.

Q: min kalau macam ni, kena buat macam mana..? saya baru nk update... hehe
panduan cara tips beli iphone second hand
panduan cara tips beli iphone second hand
A - Kebiasaannya berlaku bila Wi-Fi tak stabil atau guna hotspot.

Discussion + soal jawab:

Boleh guna software 3utools untuk check hardware dalam iphone pernah ditukar atau tidak. Jika tidak pernah ditukar, kesemua hardware dalam iphone akan menjadi hijau. Jika hardware pernah ditukar, akan ada setengah list hardware menjadi merah termasuk bateri.

- Memang terdapat perisian yang mampu mengesan keaslian iPhone. Cuma untuk kes ini saya kurang menggalakkan kerana keputusan dari ASP lebih tepat dan kita boleh ketahui sama ada ia layak atau tidak untuk terima sebarang program kelak.

Ye min yang ASP lebih baik, kalau nak dibandingkan dengan perisian pihak ketiga. Cuma penguna perlu keluarkan modal sedikit untuk memastikan semua hardware dalam iphone benar-benar asli. :)

- Nak buat pra semakan mungkin boleh. Cuma digalakkan untuk diagnostik di ASP. Memang Min pun kadang-kadang check pakai perisian tersebut untuk kes-kes terpencil. 

Tapi kes ini min galakkan ASP.

- Betul min. Untuk siapa yang boleh membezakan hardware iphone asli mungkin takda masalah. Masalah bagi penguna yang tak tahu membezakan lebih baik ke ASP supaya takda kerugian atau ditipu penjual. Saya baru lepas beli iphone SE import set dikedai, alhamdulillah saya check semua asli.

Kedai mana bos?

- Boleh check dekat sini https://mwc.my tapi buat masa ni untuk keselamatan, kedai tu off untuk walk in disebabkan corona virus. Cuma boleh beli secara online je.

Ni yang dekat subang tu kan? Tepi federal.

- Betul bro. Dekat glenmarie, bangunan  pejabat besar mengadap komuter subang jaya tu.

Okay itu saja. Moga bermanfaat!


3 comments:

  1. thanks for the tips :D

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. good one. boleh rujuk lg nnt. But I'm very curious to how some people can sell iphone at a very love price. like very low.

    ReplyDelete
  3. bagus gak info ni.. sy sll beli jugak yg 2nd hand ni. dkt satu kedai kat lowyat.. mmg kena teliti next time.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p