Soalan Lazim Pembayaran Fasa Kedua BPN (Bantuan Prihatin Nasional) 2020 LHDNM - sayidahnapisahdotcom Soalan Lazim Pembayaran Fasa Kedua BPN (Bantuan Prihatin Nasional) 2020 LHDNM
LightBlog

Soalan Lazim Pembayaran Fasa Kedua BPN (Bantuan Prihatin Nasional) 2020 LHDNM

Soalan Lazim (FAQ) mengenai Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Mei 2020 - LHDNM (Lembaga Hasil Dan Negara Malaysia)

Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional bpn
Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional bpn

Question (Q) & Answer (A) | (Q&A) Soal Jawab mengenai bantuan kerajaan BPN Fasa 2 2020:


Q: Bilakah tarikh pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 & M40 akan dibuat?

A: Pembayaran fasa ke-2 secara pengkreditan terus ke akaun bank akan dibuat secara berperingkat seperti berikut:
Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional bpn
Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional bpn
Q: Berdasarkan semakan status BPN, saya berstatus lulus dan layak bayaran fasa pertama. Walau bagaimanapun, mengapakah semakan semula di Portal BPN mendapati status BPN saya telah bertukar kepada tidak layak?

A: Semakan semula status BPN telah bertukar kepada TIDAK LAYAK disebabkan alasan berikut:
Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional bpn
Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional bpn
Q: Sekiranya semakan semula permohonan BPN saya adalah Tidak Layak, bagaimanakah status pembayaran fasa pertama saya?

A: Anda hanya tidak layak untuk menerima pemabayaran fasa kedua. Sekiranya pembayaran fasa pertama belum ditunaikan, penunaian boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020

Q: Bilakah pembayaran BPN bagi Permohonan Baharu dan Rayuan akan dilakukan?

A: Pembayaran BPN bagi Permohonan Baharu dan Rayuan akan dibayar sekaligus mulai 15 hingga 20 Mei 2020.

Q: Saya berstatus bujang tetapi mempunyai perniagaan pemilikan tunggal. Berapakah kelayakan BPN saya?

A: Jika anda berstatus bujang dan tiada sumber pendapatan penggajian tetapi mempunyai perniagaan pemilikan tunggal sahaja, kelayakan BPN anda adalah sebanyak RM500.

Q: Saya merupakan penerima BPN M40 yang belum menerima bayaran dan ingin membuat kemaskini maklumat akan bank di e-Kemaskini. Walau bagaimanapun, saya gagal untuk mendapatkan No Pin e-Filing. Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN saya?

A: Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal mengemaskini atau gagal kredit ke akaun yang didaftarkan, pembayaran akan dibuat secara penunaian di kaunter BSN mulai 15 Mei 2020 berdasarkan Nombor Siri yang dipaparkan di Portal BPN.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

3 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p