Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia, Jumaat, Ramadan | "jangan jadi macam burung unta..." ~ sayidahnapisahdotcom Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia, Jumaat, Ramadan | "jangan jadi macam burung unta..." ~ sayidahnapisahdotcom

TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia, Jumaat, Ramadan | "jangan jadi macam burung unta..."

by - May 08, 2020
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia, Jumaat, Ramadan | "jangan jadi macam burung unta..." | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ~ Kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang ilmuwan, tokoh ulama Malaysia yang terkenal iaitu Dato' Ismail Kamus. Pendakwah dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia pada hari Jumaat yang mulia hari ini; tarikh 8 Mei 2020, 15 Ramadan 1441H.
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Dukacita dimaklumkan. Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus telah meninggal dunia sebentar tadi. Al Fatihah.

Sumber: Facebook rasmi Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Almarhum telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam tadi di kediaman Ampang. Innalillahiwainnailaihirajiun.

Mari kita sama sama sedekahkan Al-Fatihah pada almarhum ustaz ismail kamus...
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia

Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia | "jangan jadi macam burung unta..."

Antara pesanan, amanat, kalam Tuan Guru Ismail Kamus..

“Jangan jadi macam burung unta,
burung bukan, unta pun bukan.
Sama macam manusia,
nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan.
Waktu nikah Islam, mati pun ikut Islam.
Tapi, masa hidup tak nak ikut Islam.”

- TG Ismail Kamus -
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia

PERGINYA PERMATA UMMAH ALMARHUM AL-USTAZ AL-KABIR USTAZ ISMAIL KAMUS (1948 - 2020)

Ditulis oleh: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Minister in Prime Minister's Department (Religious Affairs)

Mengenangkan sosok tubuhnya sentiasa mengingatkan saya kepada nostalgia ceramahnya di era 80an dan 90an yang berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat baik di kaca televisyen mahupun koleksi kasetnya yang terjual entah tidak terkira bilangannya.
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Kehadirannya sentiasa dinantikan setiap kali Forum Perdana Ehwal Hal Ehwal Islam (kini Forum Perdana Ehwal Islam) di TV1. Celotehnya yang bersahaja, disulami nasihat-nasihat yang amat berguna, sentiasa menjadi ingatan kepada generasi yang sempat berada pada era tersebut.

Kali terakhir saya makan bersama almarhum adalah pada 17 Disember 2019. Walaupun kelihatan uzur, namun almarhum tetap bersemangat menggagahkan diri untuk bersama-sama saya pada malam tersebut.
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Kita kehilangan seorang demi seorang ilmuan dan pendakwah yang benar-benar memahami denyut nadi ummah. Moga Allah SWT memberi ketabahan kepada keluarga almarhum.

اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِوَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ ،

Aamiin Ya Rabbal 'alamiin..
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
12 Februari 2015
HARI JUMAAT
Tok Guru Nik Aziz

16 September 2016
HARI JUMAAT
Tuan Guru Dr Haron Din

8 Mei 2020
HARI JUMAAT
Tuan Guru Dato Ismail Kamus
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
"Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadhan al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian Ustaz Dato’ Ismail Kamus ke rahmatullah.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid almarhum, semoga sabar dan redha atas ujian ini." - Abdul Hadi Awang.
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Rasulullah S.A.W bersabda : "Tidak ada seorang muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan memeliharanya dari fitnah kubur".

Riwayat Al-Tirmizi.

Semoga Allah S.W.T merahmati Ustaz Ismail Kamus, memberi keampunan serta merezekikan syurga buatnya.
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut mengucapkan takziah pada keluarga dato ustaz ismail bin kamus.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Aamiin..

You May Also Like

6 comments

  1. Indah percaturan Allah.Disusun cantik semua hari kematiannya.Kematian yang dicemburui.Allahu Allah.Al Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. perginya seorang lagi ulama kesayangan.. semoga rohnya tenang di sana

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihiraaji'un...

    ReplyDelete
  5. Permata yang berharga.. Semoga rohnya tenang disana.. Aamiin..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p