Tips Penjagaan Aircond Kereta (Penyaman Udara) - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Thursday, June 11, 2020

Tips Penjagaan Aircond Kereta (Penyaman Udara)

Tips Penjagaan Aircond Kereta (Penyaman Udara)

Ditulis oleh: twitter @myjoe_


Tips penjagaan aircond kereta:

Pastikan button 1 jangan set sampai full. Maximum letak di tengah sahaja macam dalam pic.
tips penjagaan aircond kereta
tips penjagaan aircond kereta
Kalau cuaca panas setkan button 2 pada 2-3-4. Button no 2 set maximum takpa.

Tapi perkara ni pun ada pomen yang setuju dan ada yang tak setuju. Ikutlah korang nak berpegang pada mazhab pomen yang mana.

Tak pandai nak explains tapi boleh refer tweet Iqbal.
tips penjagaan aircond kereta
tips penjagaan aircond kereta
Walau bagaimanapun tweet syazwan pun betul.
tips penjagaan aircond kereta
tips penjagaan aircond kereta
Jadi conclusion nya sila refer balik pada tweet kat atas ni. Ikut korang nak berpegang pada mazhab pomen mana. Selamat beramal.

Q: Kalau guna tips ni makan minyak tak? & sebenarnya mmg betul ke semakin kuat guna aircond semakin banyak guna minyak. button 1 @ 2 yang makan minyak?

A: Bila off a/c baru jimat minyak. Bila bukak makan minyak disebabkan load. Acc laju atau pun slow tetap akan makan minyak atas alasan load sudah pun bergerak ke dalam system.

Q: Macam mana pulak untuk kereta yang pakai digital?

A: Sama je. temperature set medium je. kalau panas just tinggikan blower.

Q: Kenapa? Apa function button ni sebenarnya?

A: kalau button tu untuk anti fog kat cermin belakang. yang dia cakap ni pasal yang belakang dia. benda ni boleh pusing untuk set suhu.

"No 1 tu bergantung pada heat rejection kat condenser... kalau heat rejection bagus, kejap je aircond sejuk so cepat la compressor cut off."

Q: Aku sampai harini tak tau, gambar no.1 tu yang mana paling sejuk sebenarnya?

A: Set tengah tengah.

Q: Tapi ke kanan paling sejuk or ke kiri? Sebab kepala duk fikir kalau ke kanan, like increasing the tempt (24, 25, 26...) vice versa. Tapi fikir jugak ke kanan tu sebenarnya full blast to get cool air vice versa.

A:
no 1 suhu ke kanan (max) sejuk.
no 2 angin (blower) 4 tu max angin kuat.

Lagi tebal line biru tu lagi sejuk/ low temperature la maksudnya.

Q: Lampu biru tu dekat mana?

A: F berenang dekat meter.
tips penjagaan aircond kereta
tips penjagaan aircond kereta
"Pastu jangan start enjin terus on aircond, cepat kong nanti compressor aircond. Bagi lampu biru padam dulu."

Sumber : apek banting

Q: Boleh explain detail di sebalik mechanism ni?

tips penjagaan aircond kereta
tips penjagaan aircond kereta
A:

1. Button satu, kawal suhu, lagi kuat kita set, lagi kuat compressor bekerja. Bila kuat kerja, wear and tear tinggi. Bila rosak, mahal nak tukar.
2. Button 2, blower iaitu kipas. Pusing kuat pun takde masalah. Dia komponen ringkas untuk tiup angin yang dah disejukkan.

-- Maaf saya betulkan, untuk compressor , dia ada cut off , bila kita set suhu tinggi or rendah , bila dah sampai tahap kesejukan yang kita set , compressor akan cut of , so kat situ compressor akan berhenti bekerja , then akan running balik bila suhu yang kita set tu tak capai.

Q: Jadi conclusionnya button 1 boleh je set to max?

A: Ikut keselesaan anda. Kalau tanya saya, better bersederhana dalam set suhu. Tapi blower takpe nak tinggikan.  Kalau komen ikut saudara kat atas ni, katanya boleh je pasang maximum pun. Dua dua ada hujah masing masing. Takde masalah.

"Masing masing ada pendapat sendiri. Ikut mana yang baik untuk logik akal. Tapi yang penting takde masalah kalau letak blower tu ke maximum dan takde masalah kalau letak kesejukan tu lebih dari tengah. Sebab compressor akan cut off bila dah sampai suhu sejuk yg ditetapkan. Dan tak lupa..

Tak lupa juga kalau speeding more than 140km/h sila tutup a/c anda untuk menjaga jangka hayat pulley compressor dan magnet clutch. Sebab pulley tersebut mengikut kelajuan pulley crankshaft berpusing (aci engkol)."

Q: Maksudnya kalau nak speed kene buka tingkap la macam tu?

A: Ye betul. Tapi kalau saya switch off a/c button pakai outside circulation on blower.

Q: Maksudnya switch ke button yang angin luar masuk dalam ke?

A: Haah switch tu.

Q: Lagi satu nak tanya, button a/c pun kena turn off juga ke bila off engine?

A: Better off sebab next time masa nak start kereta takdalah compressor terus run. Sama jugak macam radio .

"ada pomen aircond pun pernah bagi tahu benda sama. nanti cooling coil ke apa entah bocor dia kata."

-- Betul cot, abang aku yang bahagian manufacture Perodua pon cakap benda yang sama! Jangan over over. Hahahahaha.

Moga bermanfaat!

1 comment:

  1. Bab benda ni Sis ko memang menjaga betul ..sebab apa takut kang rosak, ekon takde, mau masak dalam kete kang hahahaa...tapi kalau dah panas, habis juga Sis ko pusingnya hahahahaha...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p