Unsur Syirik Dalam PUBG Mobile + Update Terbaru | Sembah Berhala Totems Map Sanhok - sayidahnapisahdotcom Unsur Syirik Dalam PUBG Mobile + Update Terbaru | Sembah Berhala Totems Map Sanhok
LightBlog

Unsur Syirik Dalam PUBG Mobile + Update Terbaru | Sembah Berhala Totems Map Sanhok

Unsur Syirik Dalam PUBG Mobile + Update Terbaru | Sembah Berhala Totems Map Sanhok | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Actually saya takde kaitan pun dengan pubg ni hahaha. SAYA TAK PERNAH MAIN PUBG SEUMUR HIDUP (i mean setakat ni laa hee). Belum ada keinginan lagi nak main. Sentuh pun tak pernah, apatah lagi nak faham term term, nak ambil tahu update baru mengenainya..  memang idok le. So, how did i know about this 'unsur syirik dalam pubg mobile'? Macam mana boleh tahu ada sembah sembah berhala dalam game pubg ni?

Dan apa update terbaru mengenai game penyembahan totems untuk dapat item ni?

Masih ada lagi atau sudah dibuang?

Apa tindakan dari pihak PUBG apabila complaint dibuat?
unsur syirik dalam pubg mobile update terbaru
unsur syirik dalam pubg mobile update terbaru
Saya tahu pasal ni sebab terjumpa thread kat twitter tadi.

Scroll scroll timeline, then nampak seorang hamba Allah ni share about:


Unsur Syirik Dalam PUBG Mobile + UPDATE Terbaru | Penyembahan Berhala Totems

Ditulis oleh: Aid Fawzal


Untuk rakan-rakan yang bermain PUBG Mobile, update terbaru ni ada event Jungle Adventure Mode yang mana ada bawa unsur penyembahan Totems.

Bila minta bless, nanti dapat item.
unsur syirik dalam pubg mobile update terbaru
unsur syirik dalam pubg mobile update terbaru
Jaga jaga semua kerana ini melanggar aqidah kita. Apa sahaja perkara mensekutukan Allah adalah syirik. 

Jika korang dah terbuat sebelum ni tanpa pengetahuan dan kesedaran, beristighfar lah. Dan jangan buat lagi. Allah tu Maha Pengampun.

Banyak yang tegur tu Ustaz Ustaz dan tak main game tu. Jadi ni saya tambah untuk tegurkan sebagai seorang yang ada first hand experience.

Kalau terjumpa saya dalam game, jangan lupa tegur-tegur. 

Tambahan:
Totem ni hanya ada dalam satu map sahaja (Sanhok) & mode classic. Bukan nak promote kasi main atau nak halang dari main. Cuma, berjaga-jaga lah.

Ada manusia yang kata melayu Islam je gelabah lebih, Muslim lain relax je.

Meh tengok YT ni, melayu ke ni? 

Cuba tengok cermin, melayu yang awak dok mengata tu, ada dalam cermin tu. Mengata la puas-puas ke dia ya...

Seorang rakan kita kongsikan yang PUBG Mobile dah turunkan mode ni.. 

Terima kasih kepada semua yang memberikan tekanan secara langsung atau tak langsung. Alhamdulillah..

Ni perkongsian rakan kita:

"PUBG dah update baru, dah tak ada sembah-sembah dah. 

Sehari je dia buat, mungkin ada dah hantar complaint kot kan. Diorang pun update cepat sebab sensitiviti agama-agama lain kan. 

Baru saja saya main Map Sanhok dah tak ada dah event tu. Mungkin terlalu banyak complaint. pubg dah remove invoke kepada unlock. pubg hormat agama islam."
unsur syirik dalam pubg mobile update terbaru
unsur syirik dalam pubg mobile update terbaru
"Ada jugak yang pertikai orang buat thread-thread macam ni, kata dia gelabah laa, iman mudah gogeh la.

Little did he know yang disebabkan peringatan-peringatan sebegini la ramai orang takut, lalu report kepada PUBG. And then PUBG pon ubah benda tu.

Maka peringatan-peringatan seperti ni penting!"

.................

"Actually dalam game Legend of Zelda: Breath of The Wild pun ada unsur syirik. Kalau nak tambah heart, kena pray dekat berhala-berhala yang ada dekat perkampungan. Sejak tu, saya terus jual je game tu. Memang haram main game yang ada syirik. Ustaz Adnin ada sebut pasal ni."

..................

"Ada banyak game yang ada unsur-unsur yang boleh lari aqidah. Bagus ustaz ustaz, tegur. Cuma bila ustaz tegur, kenkadang message tak sampai sebab mereka tak main game. 

Jadi tanggungjawab gamer la untuk kasi kesedaran. Semoga Allah kasi kita kebenaran dan kesabaran [Al Asr 103]"

..................

Q: "Assalamualaikum bang... saya dah tersembah totem tu sekali, saya dapat akm dengan skope 4... apa patut saya buat?"

A: "Waalaikumussalam.

Sabda Rasulullah SAW:
“Perbaharuilah iman kamu. Dikatakan: Wahai Rasulullah, bagaimana kami mahu memperbaharui keimanan kami? Baginda menjawab: Perbanyakkan mengucap La Ilaaha Illallah.” (Imam Ahmad, No. 8710)"

.................

Conclusionnya, boleh lah anda main semula pubg anda tu dengan hati yang tenang dan jiwa yang selamat ya hahahha. Cuma lepas ni kena berhati-hati lah. Jangan sampai kita menyekutukan Allah tanpa sedar. Nauzubillahi min zalik ~

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

1 Comments

  1. x layan pubg. sbb dulu jaman study lyn bnyk game. lagi2 clash of clans. x pandang kiri kanan. skrg, tobat sikit main game

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p