Kenapa Pasangan Tiba-Tiba Berubah Hati? Apa Faktor Si Dia Tawar Hati? - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Thursday, July 16, 2020

Kenapa Pasangan Tiba-Tiba Berubah Hati? Apa Faktor Si Dia Tawar Hati?

Kenapa Pasangan Tiba-Tiba Berubah Hati? Apa Faktor Si Dia Tawar Hati?

kenapa pasangan tiba tiba berubah hati
kenapa pasangan tiba tiba berubah hati
"KENAPA DIA TIBA-TIBA BERUBAH HATI?"
Ditulis oleh: Mentalist Joker
(Doctor - Relationship Therapist)

(twitter @dairijoker)

Dulu bukan main bersungguh dalam bercinta. Tiba-tiba boleh berubah hati atau personaliti seseorang itu berubah. Kadang kau sendiri tak faham kat mana silapnya. Sehingga kau rasa fedup dan hilang hala tuju dalam hubungan.

Luahan #DMJoker - Pasangan berubah hati:

"Salam. Doc.. saya ada masalah sikit dengan bf (boyfriend) saya. Kenapa ye orang laki kadang dia hilang dalam seminggu kadang kadang dia datang balik. Puas saya tanya tapi takde balasan.

Kami dah plan nak kahwin. Dia pun dah bagitahu mak nak masuk minang saya. Tapi dalam proses kumpul duit.

Saya kadang-kadang tak faham. Dia adalah masalah memang susah nak cakap. Biasa dia kana pendam lepastu mula la stress. Memang sifat orang laki macam tu ke.. Buntu saya doc :( "
kenapa pasangan tiba tiba berubah hati
kenapa pasangan tiba tiba berubah hati
Yang mengubah hati pasangan itu ada banyak faktor sebenarnya. Salah satunya.. "Rasa Tak Berbaloi".

Apa maksudnya?

"Secara mudahnya, bila dah kenal hati budi. Pasangan rasa tak berbaloi untuk teruskan hubungan ini kerana ada sesuatu kekurangan pasangan yang tak dapat diterima."

Masa awal-awal bercinta dulu. Bukan main bahagia. Berjanji langit dan bintang. Waktu itu belum nampak apa kekurangan pasangan. Yang nampak hanyalah luaran yang mempamerkan moments bahagia dan sempurna.

Tapi.. Bila dah lama kenal..
Mula nampak kekurangan..

Apabila nampak kekurangan kau yang pasangan tak boleh terima. Akhirnya pasangan akan rasa 'Kau Tak Berbaloi Untuk Masa Depannya' menyebabkan dia jadi tawar hati dan bosan dalam relationship.

"Sampai camtu sekali ke doc?"

Yaa betul. Memang boleh sampai camtu.

Contohnya; Bila dapat tahu kau/ dia seorang yang suka kontrol, menipu, psiko, panas baran, suka merajuk, suka cari gaduh. Perangai-perangai ini akan nampak bila kau dah kenal hati budi. Awal perkenalan tak nampak lagi. Sebab itu semuanya indah.

Awal perkenalan semuanya jadi 'air dan air'.

Bila dah kenal hati budi. Akan tahu perangai sebenarnya wujudnya 'api dan air'. Sorang tu terpaksa mengalah. Sorang tu pula jenis keras kepala. Suka marah, suka mendesak, suka kontrol. Sehingga pasangan kehilangan privasi sendiri.

Akhirnya pasangan kau atau diri kau. Akan rasa tawar hati, 'rasa tak berbaloi' dan lama-lama ambil keputusan untuk exit plan dari hubungan itu.

Ada yang putus secara senyap tak contact dah, ada yang putus tetiba kahwin dengan orang lain.

Ada yang putus terpaksa beri alasan tak logik.

Sekarang kau faham kan?

Sebenarnya situasi ini ramai yang alami. Termasuklah dalam institusi perkahwinan sekali pun. Pada awalnya memang bahagia betul lah couple tu. Tapi lama-lama dapat tahu dan perangai masing masing. Mula takleh terima kekurangan pasangan.

"Doc kenapa pasangan takleh terima kekurangan saya? Sedangkan saya sayang dia sangat sangat?"

Jawapan aku. Setiap orang ada prinsip / ideologi / falsafah yang mereka pegang dalam hidup. Secara mudahnya; "Kau takleh paksa seseorang untuk suka sesuatu yang dia tak suka."

Dan.... "Kau takleh expect apa yang kau buat pasangan suka dan ada minat yang sama dengan kau."

Sebab itu dalam perhubungan kau dan pasangan perlu ada give and take. Logikal dan Emotions perlu seimbang dalam hubungan. Tak boleh ikutkan perasaan sangat. Perlu faham situasi semasa.

Jujur aku cakap, pengalaman aku uruskan pesakit yang ada masalah relationship adalah berpunca dari "diri kau atau pasangan yang sukar untuk terima kekurangan diri pasangan".

Dan untuk terima kau dan pasangan takleh nak paksa. Apapun anggap itu sebagai satu ideologi yang mereka pegang.

Dalam hubungan:
Apabila marah, jangan terlalu marah. Apabila merajuk, jangan over-merajuk. Apabila gaduh, jangan sampai gaduh lama. Benda boleh bincang. Perlu ada give and take. Perlu balance emosi dan logikal. Otak kanan dan kiri perlu seimbang dari segi pemikiran dan pilihan.

Ulasan Joker..

Kalau kau ada masalah dengan pasangan waktu ini. Rendahkan ego. Kalau marah, maafkan. Tak guna bergaduh lama lama. Entah entah pasangan kau tu dah tawar hati dengan sikap kau. Berbaiklah untuk hubungan yang bahagia akan datang. All is well. Semoga bahagia berpanjangan.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

No comments:

Post a Comment

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p