Maksud B40 M40 T20 Terkini Mengikut Pengelasan Baharu Isi Rumah 2020! - sayidahnapisahdotcom Maksud B40 M40 T20 Terkini Mengikut Pengelasan Baharu Isi Rumah 2020!
LightBlog

Maksud B40 M40 T20 Terkini Mengikut Pengelasan Baharu Isi Rumah 2020!

Maksud B40 M40 T20 Terkini.. Ini Pengelasan Baharu Isi Rumah 2020! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Sejak PKP haritu sehinggalah pengumuman bantuan khas kerajaan, bantuan prihatin nasional (BPN), bantuan sara hidup (BSH).. makin ramai yang ambil tahu apa sebenarnya maksud B40 M40 T20. Terutamanya mereka yang masih muda belia. Yang dah tahu apa maksud kategori B40 M40 T20 sebelum ni.. tahukah anda bahawa ada PENGELASAN BAHARU ISI RUMAH 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia?

Di Malaysia, terdapat TIGA kategori golongan pendapatan mengikut isi rumah which are - B40, M40 dan T20.

Tapi apakah maksud di sebalik abjad dan nombor tersebut?

MAKSUD B40, M40, T20 TERKINI MENGIKUT PENGELASAN BAHARU PENDAPATAN ISI RUMAH 2020

maksud B40 M40 T20 terkini isi rumah 2020
maksud B40 M40 T20 terkini isi rumah 2020.. anda kategori yang mana?
B40
- dikenali juga sebagai Bottom 40
- kumpulan isi rumah terendah
- penduduk Malaysia adalah 40% terdiri daripada kategori ini
- berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan bawah RM4,395
(sebelum ni bawah RM3,860)

M40
- dikenali juga sebagai Middle 40
- kumpulan isi rumah pertengahan
- penduduk Malaysia adalah 40% terdiri daripada kategori ini
- berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM5,346 hingga RM9,730
(sebelum ni RM3,860 - RM8,319)

T20
- dikenali juga sebagai Top 20
- kumpulan isi rumah tertinggi
- penduduk Malaysia adalah 20% terdiri daripada kategori ini
- berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan RM12,720 dan ke atas
(sebelum ni RM8,319 dan ke atas)

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terbaru di Malaysia adalah RM2208.

"National poverty line income revised to RM2,208 - DoSM" - Astro Awani

Apa maksud PGK? Kenapa ramai terkejut dengan garis kemiskinan yang baru diumumkan?
maksud B40 M40 T20 garis kemiskinan PGK 2020
maksud B40 M40 T20 garis kemiskinan PGK 2020
Mengikut sumber sumber tertentu...

Sebuah isi rumah dikategori sebagai miskin mutlak (absolute poor) jika pendapatan keseluruhan isi rumah berada di bawah paras nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Maksudnya, jika gaji (isi rumah) sebulan adalah bawah RM2208 dah termasuk dalam golongan B40. Orang lain kata dah dikira miskin. Ha macam tu lah kesimpulan cerita garis miskin ni.

Ikut sumber lagi...

Setelah menggunakan methodology baru dalam menentukan Paras Garis Kemiskinan, bilangan isi rumah miskin di Malaysia sekarang ialah sebanyak 405,441 isi rumah.

Jika mengunakan methodology lama, hanya 16,663 isi rumah sahaja yang tergolong dalam kategori ini.

Akhirnya GARIS KEMISKINAN NEGARA dinaikkan setelah 15 tahun (long overdue).

2005 : RM980
2020 : RM2208

Jadi peratusan rakyat negara kita yang hidup dalam KEMISKINAN sekarang:
2005 - 2019 : 0.4%
2020 : 5.6%

Okay itu sahaja!

So, lepas ni kalau ada orang/ pelajar sekolah tanya ATAU dalam temuduga interviewer saja nak uji maksud kategori B40 M40 T20 mengikut pendapatan isi rumah yang terbaru terkini tahun 2020.. haa dah boleh jawab dengan yakinnya dah lah! Haha. Takdelah jawab still ikut gaji lama. Gitchuw ~

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

4 Comments

  1. Thanks for sharing. Dapat ilmu baru hari ni.

    ReplyDelete
  2. ish ishk, sedihnya walaupun T20, banyak cukai kena bayar!

    ReplyDelete
  3. huurmmmm marila kita sedar diri dimana kita berpijak hahahakkk..

    ReplyDelete
  4. makin ramai yg miskin, homeless jobless, salaryless kesan covid huhu

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p