Tarikh duit BSH FASA 3 masuk akaun bank umi 23 Julai 2020! - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Friday, July 24, 2020

Tarikh duit BSH FASA 3 masuk akaun bank umi 23 Julai 2020!

Tarikh duit BSH FASA 3 masuk akaun bank umi 23 Julai 2020! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Lamo dah tak dengar pasal BSH ni kan. Gara gara Bantuan Prihation Nasional (BPN) 2020, terus tenggelam pasal BSH. Sekarang ni bila orang tengah tertanya-tanya bila duit BSH nak dapat ni.. tup tup semalam keluar berita baru. Update terkini dari laman web rasmi BSH (Bantuan Sara Hidup) tentang pembayaran duit BSH fasa 3 2020 ke dalam akaun bank mereka yang layak :-
"pembayaran Fasa 3 BSH 2020 adalah mulai 24 Julai 2020 secara pengkreditan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan.

Jika tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Semakan kelulusan permohonan BSH 2020 boleh dibuat mulai 23 Julai 2020 di menu Semakan Status Permohonan atau MyBSH (perlu ID Pengguna dan Kata Laluan).

Permohonan Rayuan BSH 2020 pula boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM (Lembaga Hasil Dalam Negera Malaysia)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre - UTC) bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

Permohonan rayuan secara dalam talian (rayuan online) boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja."

TARIKH PEMBAYARAN BSH FASA 3 2020, BILA PERMOHONAN RAYUAN, MAKSUD 'PENGKREDITAN TERUS KE AKAUN BANK'

tarikh duit bsh fasa 3 2020 masuk akaun bank
tarikh duit bsh fasa 3 2020 masuk akaun bank, permohonan rayuan bsh 2020
tarikh semakan status kelulusan permohonan bsh 2020
tarikh semakan status kelulusan permohonan bsh 2020
"Apa maksud 'pengkreditan terus ke akaun bank'? Sama ke maknanya dengan 'masuk ke dalam akaun bank'?"

Okay, sebenarnya persoalan tu saya dari dulu tertanya-tanya haha. Tapi saya anggap takpelah, tak penting sangat pun. Lagipun kredit kan maksud dia keluar. So, maybe maksud pembayaran BSH secara pengkreditan tu = keluar dan masuk akaun bank. Haa logik ke tak logik? haha.

Tak nak lah bersangka-sangka, saya pun search lah Google. Taip - maksud pengkreditan terus.

Keluar satu artikel ni..

"jika anda salah seorang penerima BSH 2020, tentu adayang terbaca paparan yang menunjukkan BSH dalam proses pengkreditan. Sangat janggal bunyinya bukan? Agak sukar difahami. Apa maksudnya?"

Uish tahu tahu je author tu kan hahaha. Tapi first beliau cerita lah cara pembayaran BSH. Then, baru dia masuk ke maksud BSH dalam proses pengkreditan..

"Sebenarnya, dalam bahasa yang mudah, BSH dalam proses prengkreditan itu bermakna duit BSH anda masih lagi sedang dalam proses untuk dimasukkan ke dalam bank pilihan anda.

Pengkreditan terus di sini bermakna duit BSH akan terus masuk ke akaun anda.

Namun, proses untuk masukkan duit kadang-kadang bukanlah seperti kita buat Instant transfer dari satu akaun ke satu akaun yang lain. ia mengambil masa lebih lebih lagi untuk jutaan penerima BSH. Kami harapkan, anda boleh bersabar menunggu duit BSH anda".

SENARAI BANK YANG BUAT PROSES PENGKREDITAN TERUS BSH

Berikut ialah bank yang akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun penerima. Bank-bank yang boleh proses pembayaran BSH 2020 ialah:

Affin Bank
Agro Bank
Alliance Bank Malaysia Berhad
Am Bank Berhad
Al Rajhi Bank
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Rakyat
Muamalat Malaysia Berhad
Bank Simpanan Nasional
CIMB Bank Berhad
Citibank Berhad
Hong Leong Bank
Hongkong Shanghai Bank Malaysia Bhd
Maybank
OCBC Bank
Public Bank Berhad
RHB Bank Berhad
Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

Sumber: therohani.com

Haa dah faham kan maksud pengkreditan BSH tu. So, kalau lambat, jangan susah hati. Dia tengah masuk tu.

Thats why ayatnya "pengkreditan terus ke akan bank MULAI 24 Julai". Bermula tarikh 24 Julai dan ke atas. Kalau dapat pada hari pertama (24 Julai), syukur. Tak perlu tunggu dah.

Yang dapat hari kedua, ketiga dan seterusnya tu pun kena syukur juga. Sebab dapat kan? Hehe cuma menguji kesabaran sikit lah ya.

"Kalau saya tak ada akaun bank macam mana? Dapat cek ke? Nak tunggu sampai bila? Cara nak ambil?"

Okay ramai juga yang tanya tentang ni dan Alhamdulillah kat website BSH dah jawab sendiri berkaitan ni hahaha. Kena rajin baca je.

Jika tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara TUNAI di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020. Haa maksudnya, pergi BSN mana-mana, kata nak tuntut duit BSH secara tunai. Mungkin nanti akan ditanya nombor IC (kad pengenalan mykad jangan lupa bawa ya) untuk pengesahan.

Tarikh duit BSH FASA 3 masuk akaun bank CIMB umi 23 Julai 2020!

tarikh pembayaran bsh fasa 3 2020
tarikh pembayaran bsh fasa 3 2020
Tadi check cimbclicks umi, tak sangka duit bsh (akaun isteri) dah masuk. RM350 (pendapatan isi rumahAlhamdulillah. Dan surprisingly, tarikh masuk adalah semalam 23 Julai 2020. Ingatkan harini haha.

Ada orang pula yang BSH Fasa 2 dia pun belum dapat. Apecer? Acamno? Haa jangan tanya saya ye hahaha. Lebih afhdol tanya pada pihak yang arif iaitu LHDN sendiri.

LHDNM contact:

Waktu operasi Talian Hotline BSH (1-800-88-2747) mulai 17 Mei 2020 adalah hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi – 5:00 petang. Walau bagaimanapun, bagi mendapat maklumat yang pantas dan mudah, pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat BSH secara dalam talian melalui Portal BSH seperti berikut:

1. Semakan Status Permohonan dan Pembayaran BSH 2020 - Menu MyBSH / Semakan Status Permohonan
2. Pertanyaan / Persoalan BSH 2020 - Rujuk Soalan Lazim (FAQ) BSH 2020

Sebarang makluman berkenaan Bantuan Prihatin Nasional boleh diperolehi pada Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my).

Pemohon dinasihatkan untuk ELAKKAN daripada mengisi apa-apa borang atau mendapatkan makluman daripada laman web yang tidak diketahui kesahihan atau melalui panggilan telefon bagi mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Moga dipermudahkan semua urusan Aamiin ~
tarikh pembayaran bsh fasa 3 2020 permohonan rayuan
tarikh pembayaran bsh fasa 3 2020 permohonan rayuan
tarikh pembayaran bsh fasa 3 2020 permohonan rayuan
tarikh pembayaran bsh fasa 3 2020 permohonan rayuan
tarikh pembayaran bsh fasa 3 2020 permohonan rayuan
tarikh pembayaran bsh fasa 3 2020 permohonan rayuan
tarikh pembayaran bsh fasa 3 2020 permohonan rayuan
tarikh pembayaran bsh fasa 3 2020 permohonan rayuan
Okay itu sahaja, moga bermanfaat! Kongsikan dengan yang lain lain ya.

Till next time, daa~ wassalam! :)

3 comments:

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p