Tema Maal Hijrah 2020 | Ucapan Awal Muharram Salam Maal Hijrah 1442H! - sayidahnapisahdotcom Tema Maal Hijrah 2020 | Ucapan Awal Muharram Salam Maal Hijrah 1442H!
LightBlog

Tema Maal Hijrah 2020 | Ucapan Awal Muharram Salam Maal Hijrah 1442H!

Tema Maal Hijrah 2020 | Ucapan Awal Muharram Salam Maal Hijrah 1442H! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Harini tarikh 20 Ogos 2020 bersamaan dengan 1 Muharram 1442 Hijrah (Awal Muharram) adalah antara tarikh penting dalam sejarah Islam - penghijrahan penghulu kita; Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari kota Makkah ke kota Madinah. Dan harini best juga bagi orang yang bekerja dan pelajar sekolah sebab cuti hehe. Haa tahu tak apakah tema maal hijrah 2020 tahun ni? meh saya share. eh jap! tapi sebelum tu saya nak beri ucapan Maal Hijrah & doa/ harapan untuk tahun baru ini terlebih dahulu yew.. Salam Maal Hijrah 1442H/ 2020M pada semua umat Uslam di seluruh negara!

Sempena tahun baru Islam ni, marilah kita reset semula niat, tujuan dan harapan kita dalam kehidupan. Moga kita semua lebih baik daripada yang sebelum sebelum ini.

Moga kita semua diberi taufik hidayah setiap masa dan ketika; kerana sesungguhnya manusia tak lepas dari membuat kesilapan dan kesalahan; secara sengaja ataupun tidak, secara sedar mahupun tidak.

Moga kita semua juga lebih banyak memberi manfaat kepada orang lain tidak kira dalam apa jua cara sekalipun & melakukan kebaikan dan amal soleh ikhlas kerana Alah semata-mata dan bukannya mengharapkan penghargaan manusia.

Moga kita & keluarga sentiasa memperoleh keredhaan, keberkatan, kebaikan.. dikurniakan rezeki berkat, dilimpahi rahmat Allah di dunia dan di akhirat.

Aamiin Aamiin Ya Rabbal 'alamin..

TEMA MAAL HIJRAH 2020 M / 1442 H : Ummah Rabbani Negara Harmoni

tema maal hijrah 2020 1442 h
tema maal hijrah 2020 1442 h
ucapan maal hijrah
ucapan maal hijrah
TOKOH MAAL HIJRAH 1442H PERINGKAT ANTARABANGSA:
Fadhilatul Imam Al-Akbar Syeikh Dr. Muhammad Ahmad Al-Toyyib

TOKOH MAAL HIJRAH KEBANGSAAN 2020:
tokoh maal hijrah 2020 1442 h
tokoh maal hijrah 2020 1442 h
"Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Kebawah DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong di atas limpah perkenan menyempurnakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M serta menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1442H Peringkat Kebangsaan ke atas patik."

- Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah
tokoh maal hijrah 2020 1442 h
tokoh maal hijrah 2020 1442 h
tokoh maal hijrah 2020 1442 h
tokoh maal hijrah 2020 1442 h
Tiba tiba teringat bait lirik lagu Maal Hijrah part chorus:

"Hijrah itu pengorbanan..
Hijrah itu perjuangan..
Hijrah itu persaudaraan..
Hijrah membentuk perpaduan.

Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah.. Tingkatkan semangat, tegakkan syiar Islam.. untuk sepanjang zaman, untuk sepanjang zaman, untuk sepanjang zamaaan!"

Ehem, pagi pagi dah test vocal menyanyi haha.

Okay till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

5 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p