200 member requests Group FB PEMEGANG BIASISWA JPA?! - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Friday, September 4, 2020

200 member requests Group FB PEMEGANG BIASISWA JPA?!

200 member requests Group FB PEMEGANG BIASISWA JPA?! | Setelah beberapa hari 'cuti'.. tak buka laptop, tak buka Facebook, tak update blog.. ditambah pula dengan demam, sakit tekak, nak telan pun sakit, effect sehingga ke telinga sakitnya.. fuhh ujiannn haha. And then semalam, rasa badan makin better and tekak pun makin ok rasa.. baru ada mood nak buka FB and update the youtube. Bila buka notification FB perghhh banyaksss! Tambah terkejut bila tengok member requests Group Pemegang Biasiswa JPA dah cecah 200!
group fb pemegang biasiswa jpa
group fb pemegang biasiswa jpa
Iyelah mungkin bertambah ramai yang nak masuk group sebab ada intake pelajar universiti yang baru + keputusan UPU haritu dah keluar. Kadang-kadang student Uni yang sudah tahun akhir pun baru tahu kewujudan group jpa ni.

Hmm.. Rasa bersalah pula kat mereka. Dibiarkan lama-lama tak di-approve. Maaf ye korang.. admin comel bernama Sayidah Napisah yang diberi tanggungjawab ni sibuk dan tak sihat beberapa hari yang lepas. Admin lain pula tak tahu pergi mana haha.

Pending posts pun agak banyak tapi posts yang tak berkaitan dan yang tak patut saya delete lah. Yang tinggal hanya kat bawah ni sahaja..

Antara soalan-soalan mereka + info/ maklumat/ sharing/ tips:

"Adakah tempoh 7-13 September merupakan tarikh terima dan tarikh hantar document? Atau ada tarikh lain untuk hantar document?"

"Tadi saya dah call pihak JPA. Dia kata untuk tempat serahan dokumen PROMISE, pilih universiti yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Sebab serahan semua dalam bulan September, sebelum mula semester baru. Harap membantu untuk semua yang akan memilih tempat serahan PROMISE. Untuk tarikh serahan dia akan update dekat portal eSILA"

"Nak tanya sesiapa ada pengalaman tajaan zakat atau dari ptptn sem sebelumnya kemudian dia dapat tajaan JPA sem hadapannya? Apa yang perlu buat ya? Minta pendapat"

"Permohonan PIDN saya dah lulus, tapi dalam masa yang sama saya masih terikat dengan ptptn. Kalau saya terminate ptptn ada effect apa apa tak?"

"Nak tahu kalau pointer kita kurang daripada 3.0 ada tak format tulis surat untuk JPA? Nak contoh kalau boleh"

"Nak tanya berapa elaun dermasiswa ye? Dan kebiasaan semester kedua ke baru dikreditkan?"

"Boleh sesiapa yang berkenaan bagi pencerahan adakah syarat PIDN adalah sama bagi pelajar yang ambil dari 1st-4th year dengan yang ambil dari 3rd-4th year. Sebagai contoh, syarat bekerja dengan kerajaan mestilah sekurang-kurangnya 7 tahun, adakah mereka yang ambil PIDN hanya untuk 2 tahun dikenakan syarat yang sama seperti pelajar yang mengambilnya untuk tempoh 4 tahun?"
group fb pemegang biasiswa jpa
group fb pemegang biasiswa jpa
group fb pemegang biasiswa jpa
group fb pemegang biasiswa jpa
group fb pemegang biasiswa jpa
group fb pemegang biasiswa jpa
Pada sesiapa yang nak join the group and to be the members, boleh klik this link: https://www.facebook.com/groups/385285341558139/ and request to join. Banyak info, maklumat juga boleh jumpa dalam group tu berdasarkan soalan dan jawapan post orang lain kan.

Okay itu sahaja.. Moga bermanfaat!

p/s: doakan Sayidah Napisah cepat sembuh ya hehe.

Dan saya doakan juga pada semua yang tak sihat.. syafakillah.. Moga cepat baik dan ditingkatkan keimanan dan darjat kita di sisi Allah. Aamiin..
Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:


2 comments:

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p