March 2013 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Saturday, March 30, 2013

March 30, 2013

SUSAH NAK TENANG HATI SENTIASA

Salam semua!

Tadi bw kat blog RELAKS MINDA. Wahh memang relaks habis lah. Hehe.

Stress? Tak tenang hati? Susah hati? Sakit hati? Inilah antara petua-petuanya. Nampak susah.. Nak buat lagi susah. Jadi, doa lah banyak2 supaya kita dikurniakan hati yang tenang. AMIN :)



Mudah aja?? Hmmm Aminnn. *senyum pengharapan*

Thursday, March 28, 2013

March 28, 2013

GUITAR VS PIANO.


VS




Salam semua!

Wahhh dah lama tak update rasanya.. Al-maklumlah minggu lepas n minggu ni minggu test. Petang tadi last test,test BI.. Hmmm 'senang' sangat kan. Hehe..

Petang tadi tengok cerita ‘WE GOT MARRIED(WGM) Yonghwa & Seohyun' . Tahu tak cerita ni? Bukan cerita sangat pun. Macam running man & family outing lebih kurang. Siapa yang minat korea, tahu sangat la WGM tu yang mana. Siapa yang tak minat tu, hmm alamat sampai tahun depan dok fikir agak2 nye macam mana cerita WGM tu ye. Hehe.

Takdelah rajin bebeno nak cerita lebih lanjut pasal WGM tu kan. Sebenarnya ada satu part WGM ni, Yonghwa main gitar and Seohyun main piano. Dorang ni main la sama2 and nyanyi sama2. Alaahhaaiii ‘sweet’ sangat. Haha. Okeh pause sekjap cerita kat sini.

Cerita pasal gitar and piano yang kedua pulak , tadi usha kejap video lagu Boys Avenue- A Thousand Miles feat Alex Goot(acoustic cover). Ada sorang main gitar, ada sorang main piano.

Hmm tiba2 terdetik.. Ramai sangat wanita2 di luar sana yang suka dengan lelaki main gitar . Katanya sebab nampak macho. Hensem. Betul ke? Terpulang pada pendapat masing-masing sebenarnya.

Bagi saya pulak.. Memandangkan saya suka piano, suka muzik piano.. Jadi, saya rasa lelaki yang pandai main piano, Nampak lagi smart. Nampak lagi berkarisma. Nampak lagi hebat gitu. 

Haha just pendapat saya je.

Tapi, sebenarnya above of all that, lelaki yang cukup solat 5 waktu, mengaji Quran setiap hari, puasa sunat Isnin dan Khamis,hormat orang tua (macam list kan suami idaman saya je.hehe ).. Lagi macho dari lelaki yang pandai main piano and gitar. 

Tak gitu? ;) 

Wassalam :)

Wednesday, March 20, 2013

March 20, 2013

KENA HACKED!

Salam semua! Bismillahh..


Petang semalam.. Status ku di facebook .. 

"Dah lama tak on9. Emm rindu sesorg. Sape agak2nye ye?"

Malam tadi.. 

"selalu teringatkan si dia. harap si dia pun begitu. malunye~ ;p "

Adooyyy.. Saya yang empunya facebook pun terkejut.. Tak pernah2 buat status macam tu and takkan buat macam tu.. Tetibee je ada.. Terkejut beruk! Haa beruk pun tak terkejut macam ni. Haishh ni semua angkara kawan-kawanku! HUhuhu..

Marah kerr? Nak marah punn.. Takpelah.. Benda dah lepas.. Pengajaran jugak buat diri ini. Lpeas ni kena SANGAT hati-hati. Hahaha.. Tak boleh tinggal laptop begitu saja walaupun ambil wuduk kejap je. Kena logout lepas log in fb kat handphone kawan. 

Btw, dapat pengalaman kena hacked dua kali. Perasaan apakah ini setelah di-hacked?? -- Sabo je le... ~

*Esok result SPM keluar.. Wahhh dup dap dup dap mereka2 yang nak ambik result esok. Terasa lebih pulak kat sini. Padahal takde adik pun. Cousin ada lah. Esok akan ku tanya.. Hehe*

BEAUTY :)

Selamat malam! Wassalam :)

Tuesday, March 19, 2013

March 19, 2013

NANTI MATI..MATI SYAHID

Salam semua.. Bismillah..


Me : Umi.. Malas nak belajar , camne ? :(

Umi : Rehat jap. Ingat niat belajar ni tujuan kerana Allah. Besar pahalanya tuntut ilmu ni. Para malaikat semua mendoakan penuntut ilmu. Nanti kalau kakcik meninggal masa belajar, mati syahid..

Me : Okay terima kasih umi. Doakan..

Umi : Ye.. Sentiasa..

Me : Sob sob*terharu*






Okeh awak-awak semua. Selamat malam :)



Wassalam :)

Saturday, March 16, 2013

March 16, 2013

BERUBAH MENJADI BAIK ADALAH HIPOKRIT?

Salam semua! Bismillahhh..

H.I.P.O.K.R.I.T


Pernah tak kita rasa yang kita ni hipokrit? Hipokrit dengan diri? Hipokrit dengan kawan-kawan? Hipokrit dengan orang sekeliling? Tapi apa sebenarnya definisi hipokrit dalam hidup kita? Sejauh mana sebenarnya ketepatan maksud hipokrit yang kita faham selama ni?

Hmm kenapa saya pilh tajuk hipokrit ni?

Ni sebab pagi tadi, before azan zohor, baca la buku terbaru Hilal Asyraf - KITA PENDOSA- Hah baca tajuk pun macam best kan? Dalam dia lagi best! Macam-macam ada. And yang pasti kena kat batang hidung sendiri bila baca artikel2 dalam buku ni.Tak mahal mana pung buku ni . Just RM18. Tak luak mana pun berbanding dengan ilmu yang ada dalam buku ni.

Main bukak je page mana2 tghari tadi. Tup-tup terbukak pasal HIPOKRIT.. Okeh bagi menggalakkan awak2 semua beli buku ni, ataupun pinjam dari kawan yang ada buku ni ke.. Saya tulis serba sedikit apa yang Hilal Asyraf tulis artikel about hipokrit ni.


HILAL ASYRAF:


Ada segelintir manusia berasa takut melakukan perubahan kepada kebaikan. Kadangkala, bukan kerana risaukan kutukan orang, tetapi diri kita sendiri turut mempersoalkan , tidak hipokritkah sekiranya aku berubah?
                 
Ayat-ayat racun seperti, “ Aku perlu menjadi diri sendiri” , menyebabkan jiwa kita menjadi lebih rosak.
               
 Hipokritkah kita sekiranya menjadi baik? Adakah dengan kebaikan, menyebabkan kita tidak menjadi diri sendiri? Siapa pula yang pandai membuat peraturan seperti ini?
                
Mengapa tidak mahu berubah? Mereka menjawab, “Tidak mahu menjadi hipokrit.” Dirinya suka semua yang Allah larang, suka merokok, suka ponteng kelas, suka mencarut, suka berpasangan, dan sebagainya. Sekiranya melakukan perubahan, mereka merasakan itu adalah sifat hipokrit. “Bukan diri kami,” katanya. Mana kita tahu sikap jahat, nakal , kurang sopan, dan tidak bagus itu adalah diri kita sebenar?
               
Siapakah diri kita yang sebbenar?
                
Saya sertakan satu hadith dan satu ayat Al-Quran. Rasulullah S.A.W. menyatakan yang bermaksud, “Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah. Ibu bapanya dan suasana pembesarannya yang menjadikannya sebagai seorang Yahudi, Nasrani, dan Majusi.” Hadith ini dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim.
                
Mengapa Rasulullah S.A.W. tidak menyatakan , “Ibu bapanya dan suasana pembesarannya yang menjadikannya Islam, Yahudi, Nasrani, dan Majusi?” Mengapa? Ini kerana bayi itu dilahirkan atas fitrah.
                
Fitrah = Islam. Islam = baik.
                
Oleh itu, siapakah yang berkata menjadi baik adalah hipokrit? Sebenarnya, menjadi jahat adalah hipokrit. Sifat jahat, nakal, dan segala perbuatan negative adalah bukan diri kita. Allah S.W.T menjelaskan dalam surah Al-A’raf, ayat 172 yg bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam  drpd belakang mereka. Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri. Allah menerangkan, ‘Bukankah Aku ini Tuhan kamu?’ Mereka semua menjawab, ‘Benar, kami menjadi saksi mengakuinya..”

Sebelum kita dilahirkan lagi, fitrah kita adalah beriman. Fitrah kita adalah Islam . fitrah kita adalah taat kepada Allah . Adakah kita pernah mendengar kata-kata, “Bayi itu suci daripada segala dosa.” ?
               
Justeru, sekiranya kita mahu kembali kepada kebaikan dan bergerak  menjadi hamba-Nya yang taat, di manakah hipokritnya?
               
Apabila melihat sahabat menjadi baik, mereka tidak senang, berasa sempit dan gusar. Ini adalah penyakit kronik yang ada dalam masyarkat kita. Berikut adalah kata-kata yang biasanya keluar daripada mulut golongan ini.
                
“Tidak perlu menjadi baik. Lagipun, kamu sudah tidak mempunyai harapan bagi turut serta bersama golongan yang baik ini.”
                
“Kamu jangan tunjuk bagus sangat. Dunia belum terbalik lagi.”
               
“Kamu ini hipokrit. Sekiranya jahat, jahat juga. Mengapa perlu menjadi baik?”

Tidak mungkin menjadi seperti Malaikat.

Kepada yang mahu membuat perubahan, jangan berasa susah hati sekiranya ada masanya kita jatuh semula. Ini adalah resmi kehidupan manusia. Iman selalu turun dan naik. Tidak ada manusia yang baru menyedari kesalahannya ,terus menjadi baik seperti malaikat.
                
Tidak ada. Melainkan kita menonton situasi itu dalam drama dan novel-novel sahaja.Jangan diendahkann semua kritikan apabila kita mahukan perubahan pada diri sendiri. Kita hanya melemahkan kita, sekiranya dibandinkan dengan kasih saying Allah kepada semua manusia.
                
Apabila mahu berubah, jangan teragak-agak. Niat melakukan perubahan perlu jelas dan menuju hanya kepada Allah. Tidak berubah kerana perempuan, tidak berubah kerana kawan, dan tidak berubah kerana yang lain2. Berubah hanya kerana Allah S.W.T.
               
 Sekiranya satu dunia menyisihkan kita kerana perubahan kita, kita perlu tenang ,sabar, teguh dan tabah.
                
Bergeraklah terus kea rah perubahan. Insya Allah, Allah tidak sesekali mengecewakan para hamba-Nya yang mendekati-Nya.
                
Saya tutup artikel ini dengan surah penenang jiwa, Surah Asy-Syarh(1-8), yang bermaksud...

" Bukankah Kami sudah melapangkan dadamu? Kami meringankan bebanmu yang memberati tanggunganmu? Kami meninggikan sebutan namamu? Oleh itu, tetapkan kepercayaaanmu bahawa setiap kesukaran disertai kemudahan. Sekali lagi ditegaskan bahawa setiap kesukaran disertai kemudahan. Apabila engkau selesai daripada sesuatu amal soleh, justeru bersungguh-sungguhlah engkau berusaha mengerjakan amal soleh yang lain. Kepada Tuhanmu sahaja engkau memohon apa yang engkau gemar dan ingini. " 
               


THE END

Wassalam :)

Wednesday, March 13, 2013

March 13, 2013

KENANGAN MEREDAH HUJAN

Salam semua!! Bismlillahhh..

Sejak dua menjak ni, pagi memang cuaca panas. Petang pulak hujan lebat. Petir, kilat lengkap dengan pakej semuanya. Alhamdulillah nikmat semua tu Tak baik merungut walaupun tak suka. Tanda kita kufur nikmat. Nauzubillah~~

Petang tadi ada kuliah pukul 2. Kelas advance calculus.
Okay masa tu tak hujan lagi. Fuuhh.. Selamat baju ku.
Lepas kelas tu, ada kelas statistic pulak. Haaa masa tu la timbul PROBLEMA!
Ada beberapa orang tak bawak payung*okeh terasa*.
Yang bawak payung pun beberapa kerat je.
Hujan makin lebat. Dentam-dentum kilat.*amboi background macam over je*

Hmmm macam mana ni?? Haisshh..
Okeh tak baik merungut!
Hujan tu tak salah. Tapi orang yang tak bawak payung tu yang salah.
Saya bukan sengaja pun tak nak bawak. Tapi payungku hilang! Uhuk2.
Kena beli yang baru nampaknya.
Masuk kali ni rasanya dah 10juta kali dah beli payung baru..
Nak dijadikan cerita. Kena la share2 payung. Memang sangat lebat masa tu.
Air pun dah makin naik. Tapi terpaksa kongsi jugak ngn kawan walaupun rasa serba salah.

Time redah tu.. Ya ALLAH.. Hanya Tuhan saja yang tahu azabnya.
Air dah fully masuk dalam kasut.
Stokin fully basah.
Most of my baju basah.
Tudung naseb baik sikit je basah.
Kawan sebelah pun kesian. Basah..

Sempat jugak usha kawan2 yang lain kat belakang.
Comel!
Tunggang-langgang semua. Ada yang lari-lari anak.
Seriously, kelakar.
Tapi bila dah sampai bilik, bila teringat balik moment2 tadi..
Rasa macam ..
Nak capture moment redah hujan tadi.. Nak potret kan moment tu.
Walaupun masa tu semua orang tengah kelam-kabut..
Tapi for me.. Lawa sangat moment tu. Sebab...
Semua.. Sedang.. Sharing is caring :)

Click!! Simpan dalam hati je. Hehehe.



Selamat malam semua! Wassalam :)



Tuesday, March 12, 2013

March 12, 2013

MALU TAK TERKIRA!

Salam semua! Bismillah ..


Huaaaa malunya saya! Aikk tetibe je kaann.. Hehehe

Okay al-kisah nya..

Pukul 12tengahari tadi ada kelas Hubungan Etnik(HE) .
Tengok nama course ni pun membuatkan saya sangat la mengantuk..
Masa sampai kat fakulti di mana kelas itu berada , baru pukul 11.25am tak silap..
Lepas tu dengan rasa mengantuknya, mata pejam celik pejam celik..
Tak berapa nak bukak..Sepet rasanya mataku ini..
Then, dengan bangganya saya meng-leader kawan-kawan yang lain kat belakang.
Dengan niat di hati ----> masuk je kelas, sebelum tunggu lecturer datang, nak tido sat...
Saya pun membuka pintu kelas..
Masuk terusss. Tanpa pusing belakang..
Tanpa tengok sekeliling dengan lebih teliti*dah la rabun*
Mencari-cari mana lokasi tempat duduk yang sesuai untuk dibuat tidur.
Lepas tu, rasa macam ada orang panggil kat belakang..

MyFriend :Kakcik! Kakcik!*sambil buat gaya suruh aku keluar*

Me : Aikkk sape pulak panggil ni??

Pandang la belakang..

Me : Aikk nape diorang still kat luar ni??

Okaayyy dah rasa macam something wrong somewhere je ni. Huhuhu.
Aku pun apalagi.. Terus keluar !!
Aisshhh malunya lahh!

Rupa-rupanya ada kelas masa tu!
Selamba badak je masuk.
Patut la rasa macam ada seseorang kat depan tengah berdiri.
Macam sedang explain something. Huhuhu

Yang pasti.. Saya tak kenal orang2 di dalam kelas itu.
Dan tak mahu berjumpa lagi mausia2 di dalam kelas itu. Hehee.

Okayy selamat malam semua!
Wassalam :)



Sunday, March 10, 2013

March 10, 2013

PERKONGSIAN ILMU

Salam semua! Bismillahhhh...

Pagi tadi , sedang mamai-mamai ,terima message from my beloved umi.. 
" Ustaz Rujhan meninggal dunia. " 
Zapppp! Innalillahiwinnailaihirajiun... Al-fatihah untuk beliau..
Subhanallah.. Dah meninggal??
Kenal tak siapa Ustaz Rujhan ??


Ni gambar Ustaz Rujhan. Selalu bagi ceramah kat Pahang.fm, Ikim.fm dan selalu hadir bagi ceramah kat Tanyalah Ustaz kat TV9.  Ceramah yang disampaikan beliau sangat best! Penuh makna! Penuh puitis! Sangat faham! Subhanllah. Beliau hebat.. Moga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aminnnn ~




Sekadar perkongsian. So, lepas ni.. Mari kita sama-sama...
Jangan baring semasa azan!
Jangan bercakap ketika azan!
Jangan tidur meniarap!
Jom diet ikut Nabi!
InsyaALLAH ;)

Selamat malam semua! Wassalam :)
March 10, 2013

PERFECT? OF COURSE WE ARE NOT.

Salam semua!! Bismillahhhh..

Tadi sedang ber-facebook-walking.. 

Tetibe terjumpa la satu status kat satu group ni..

--------------------------------------------------------------------------------------


JADILAH LELAKI YANG TAMPAN AKHLAKNYA 


Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang senantiasa haus dengan ilmu,
Yang senantiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senaantiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.


-----------------------------------------------------------------------------------------


Hmm okeh saya memang bukan lelaki. Tapi saya manusia macam kaum adam jugak. So, nasihat-nasihat tu sebenarnya terkena kat diri sendiri jugak. Cuma kena ubah kan word 'lelaki' kepada 'wanita' je. *Hehehe saya kan wanita.* 


Terasa macam tak terdaya je nak jadi wanita yang tampan akhlaknya. Cakap senang tapi bila nak buat.. ce buat sikitt.. Hehe. Tapi yela kan.. Yang penting.. Usaha, doa n tawakkal. 


Sebab yang paling penting, kita ada usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Then, doa supaya boleh istiqamah and lastly tawakkal .. Moga amalan kita diterima Allah. InsyaAllah :)


Tapi back to status kat atas tu kan.. Hmmm ada ke lelaki yang tampan akhlaknya sampai begitu sekali?? Bukan nak menghina apatah lagi nak memperlekeh kaum adam zaman sekarang, atau sewaktu dengannya. Sebab memang kita takkan sempurna sampai begitu sekali. Mesti ada buat dosa. Hanya Rasulullah S.A.W. ialah manusia yang paling sempurna. So, kita yang manusia biasa ni takkan la boleh jadi perfect 100% right? ;)









‎::- 4 Rahasia Ketenangan Hidup -::

1. Aku yakin bahwa rezekiku tidak tertukar, karena itu hatiku tenang.
2. Aku yakin amalku tidak mungkin digantikan oleh yang lain, karena itu aku semangat beribadah.
3. Aku yakin bahwa Allah mengawasiku, karena itu aku malu bermaksiat.
4. Aku yakin bahwa mati selalu membuntutiku, karena itu aku selalu siap menghadapinya.

( Hasan Al-Bashri )


Okeh la semua.. Selamat malam !Wassalam :)



Friday, March 8, 2013

March 08, 2013

SAAT TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

Salam semua! Bismillahh..

Tadi ada orang tanya pasal siti hajar , student UTEM.. Saya punnn..haisshh dah lah suratkhabar tak baca.. Berita pun tak tengok. Al-maklumlah duduk dekat asrama..Takde tv nak tengok berita*alasan semata*. So, saya pun search la kat pakcik Google pasal siti hajar ni. Nak la jugak tahu pasai apa kan.. Nampak la macam ambil tahu pasai isu semasa sikit.. Heheehe padahal berita pasal siti hajar ni bulan januari kot. Ishh2. :p

Tapi bila baca pasai beliau, Siti Hajar Ahmad Sabir.. Rasa macam kerdil sangat diri ni. Insaf. Sedar setiap manusia pasti menemui ajal. Lambat atau cepat je. Astaghfirullahh..

Jadi, mungkin ada yang tahu pasal siti hajar ni. Mungkin ada jugak yang tak tahu langsung pasal beliau. Oleh itu, saya share kan cerita perjalanan siti hajar selepas kemalangan. Yang diceritakan oleh bonda arwah  sendiri. 

Siti Hajar adalah pelajar UTeM Melaka dan salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku pada 6 Januari lepas.



6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Tak ada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya
 Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang solehah. Aminnn.. 
Al-Fatihah…
Diambil dari SINI

Selamat malam semua.. Moga kita dapat manfaat daripada cerita Siti Hajar tersebut insyaALLAH. 
Wassalam :)

Wednesday, March 6, 2013

March 06, 2013

WHEN I WRITE IN ENGLISH... TERABUR!

Hi everyone! Do you know me? ;) Well, if not, I would like to introduce myself. :lol: 

My name is Sayidah Napisah Binti Mar Ramli. You can call me ‘Sayidah’ or I prefer you all to call me ‘Kakcik’. Why kakcik? Because I’m the youngest in my family and they’ve called me kakcik.

I’m 20 years old but not yet 20 years old. Soon, I will be turned 20. So, since I’m 20 years old, I’m a real lady right now isn’t it? :D 

I’m taking Bachelor of Science in Major Mathematics.

I live in Jalan Sikamat, Seremban. My home is just near to the Port Dickson (PD). But, for your information, I never go to the PD. What a shame! :o 

My family is just nice. One dad, one mom, two brother, two sisters, myself and no younger sister or brother. Even though I do not have any younger sister or brother, but I’m very happy to be the youngest in the family! :P 

Talking about hobbies, I don’t have many of it. I just love to watch movies, read books or novels and surf the Internet when I’m free. 

Since young, my ambition is to be a Mathematics lecturer in the future. Become a lecturer- What a typical ambition right? :roll: But, to me, I’m so fall in love with Mathematics and I love to teach people Mathematics. Then, am I a Mathematics lover? Absolutely yes! 8-) 

‘Nasi goreng paprik ayam’ is my favourite when it comes to food! :D 

Besides, my favourite drink are milo, Nescafe and lemon ice tea. Slurrpp! Very delicious! :D 

My interest is more to surf the Internet I think. I love to Facebook-walking and blog walking. Since I love to blog walking, of course I do have my own blog. :mrgreen: When I feel like to write something, I will express it to my blog. But, my blog is just ordinary, not EXTRA-ordinary! :oops: And of course, my main language in the blog is absolutely Malay language! :lol: 

As a student of BBI2421, I hope I can be more expert in English, communicate well in English with others and be more confident when speaking English in front of people. :) 

Last but not least, my favourite quote is “only those who risk going too far can possible find out how far they can go” . There are always risk in our life but I believe that the only those who risk going too far can go far in their life. :geek: 

That’s all about me. Thank you. ;)

Whoa penatnya speaking dalam hati ni. Hahaha. Mesti korang gelak-gelak kan baca ni. Btw, ni pun terpaksa sebenarnya. Biodata saya kat atas ni kira macam assignment for my English subject. Al-maklumlah band 3 je MUET. Hihihi. That's all. Thank you. :P

Wassalam :)