January 2015 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Thursday, January 29, 2015

January 29, 2015

FADHILAT DAN DOA SURAH YASIN.

Assalamualaikum semuaa~! :D

Malam ni malam jumaat. Kome dah baca yasin ke belomm? Kalau belum, moh le baca. Tapi jangan salah faham pula ye. Surah Yasin ni tak kisah nak baca bila-bila pun, tak semestinya malam jumaat je. :)

Surah Yasin ni banyak fadhilatnya. Antaranya:

Dari Anas r.a. ia berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada jantung hatinya, sedangkan jantung hati Al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin, maka Allah menetapkan baginya seperti membaca Al-Quran sepuluh kali."

Dari Anas r.a. ia berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Barangsiapa masuk ke perkuburan lalu membaca surah Yasin, maka Allah meringankan siksa ahli kubur pada hari itu, dan pembacanya memperoleh kebaikan sebanyak orang yang ada di dalamnya."

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Barangsiapa membaca surah Yasin pada malam jumaat, maka paginya mendapatkan ampunan."

Dari Syahr bin Hausab ia berkata,Ibnu Abbas berkata:

"Barangsiapa membaca surah Yasin di waktu pagi, makan akan mendapatkan kemudahan di hari itu hingga petang. Dan siapa yang membacannya di permulaan malam, maka akan mendapat kemudahan pada malam itu sampai pagi."






January 29, 2015

RAHMAT ALLAH.

Assalamualaikum semuaa~ :)

Petang semalam ada dengar ceramat Ustaz Badlishah kat dalam Cinta Ilmu kat TV Alhijrah. Tajuknya ialah Rahmat Allah. 

Saya tertarik pada satu nii. Ustaz ada tanyaa...

Cuba kita ambik 100 orang. Dalam 100 orang tu kita tanya siapa yg boleh memaafkan orang? Siapa yg boleh memberi maaf pada orang yg telah buat salah kepada mereka? 

Dalam 100 orang tu mungkin 50 orang yg boleh memaafkan orang lain.

Baiklah. Dalam 50 orang tu, kita tanya lagi. Siapa yg selepas memaafkan, boleh melupakan? Mungkin takde seorang pun yang mampu melupakan, lagi lagi perempuan. "We can forgive, but not forget". Bak kata orang, luka tu masih ada walaupun dah maafkan. Tak payah ambil contoh jauh-jauh. Kita tanya pada diri kita sendiri je. Kalau kita mampu memaafkan seseorang itu, adakah kita mampu melupakannya? Jika mampu, anda seorang yg hebat.

Baiklah. Lepastu, kita cuba tanya lagi. Selepas memaafkan dan melupakan, adakah kita boleh menyayangi orang yg telah berbuat salah pada kita? Menyayangi dalam erti yg sebenar, tiada dendam atau sakit hati.

Adakah ada orang yg boleh memaafkan. Kemudian melupakan. Kemudian menyayangi sepenuh hatinya? Ada kah?

Mungkin dalam sesetengah hal kita boleh bertindak sebegitu. Tetapi bagaimana kalau hal yg berat. Seperti ditikam belakang oleh sahabat baik sndri, suami curang, dan sebagainya. Adakah kita boleh masih memaafkan, melupakan dan menyayangi? 

Saya sendiri,sebagai manusia, mungkin boleh memaafkan tapi tidak mampu untuk melupakan dan menyayangi.

Tetapiiii....

Allah, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Pengasih. Boleh memaafkan, melupakan dan menyayangi. 

Walaupun hamba-Nya melakukan dosa yang amat besar sekalipun, Dia tetap memberi rahmat-Nya. Boleh je Allah nak sekat sikit nafas kita jika kita buat dosa, tapi Allah takde pun nak buat mcm tu. 

Jika hamba-Nya memohon ampun kepada-Nya, Dia boleh memaafkan, melupakan malah menyayangi. Subhanallah :')

Dan di akhirat kelak, adakah kita fikir kita mampu memasuki syurga dengan amalan baik kita? 

Tidak.

Rahmat Allah dan redha Allah lah yg boleh memasukkan kita ke dalam syurga-Nya. 

Jadi ,marilah kita memohon rahmat dan redha-Nya di dunia mahupun di akhirat inshaaAllah.

Itu sahaja perkongsian dan peringatan utk kita semua. Moga ada manfaat 

Wassalam :)

Friday, January 23, 2015

January 23, 2015

CHECK SIMULASI ! CHECK RESULT 'UNOFFICIAL'!

CHECK SIMULASI ! CHECK RESULT 'UNOFFICIAL'!


CHECK SIMULASI ! CHECK RESULT 'UNOFFICIAL'!


Assalamualaikum~!



Pernah dengar tak satu 'pepatah' nii

 "Bukan budak UPM lah kalau tak tahu macam mana nak check simulasi."



Pernah tak? Kalau tak pernah, haa dah dengar lah tadi tuu hehe.




Simulasi nii kalau nak tahu .. boleh dianggap macam result unofficial laa *kononnya*. Walhal kalau ikut pengalaman sendiri&kawan kawan ~dari sem satu sampai sekarang sem 5, setiap sem result official mesti sama dengan result simulasi. So, sebenarnya result simulasi itu lah result kita yang sebenarnya.



Okay mungkin ada yang tak tahu camne nak check or dah lupa kann. Meh den bagitahu cara-caranya. Ni pun copypaste dari kawan punya je.


*Mohon mula dengan bismillah lah ye nak start check tuu. Hehehe*



1. login smp (klik SINI) and go to 'my daftar' 

2. click on 'struktur kurikulum' 
3. with the pointer(cursor) pointed at the 'struktur kurikulum', right click on it and select 'inspect element' 
4. looking for the line : style="display: none;"


CHECK SIMULASI !
line dekat tanda anak panah tu


5. delete the phrase : style="display: none;" and press enter 
6. your cgpa is now at 'simulasi' there.

Done!

Haaa tetiba speaking omputih kan arahan tadii haha. Nampak beno copypaste tu :p

Okay yang kita tengok pointer kat simulasi tu ialah CGPA/PNGK(pointer keseluruhan). So, kalau nak kira GPA/PNG(pointer sem), cara-caranyaaaa:

**CONTOHnya situasi sekarang ni nak check sem 5 :

1. login smp and go to 'my daftar' 
2. click on 'keputusan peperiksaan' 
3. calculation:

(himpunan mata nilaian sem 4 + y)/

(himpunan jam kredit dari sem 1 sehingga sem 5) 
= CGPA simulasi


4. find the value of y. 

5. y/(total jam kredit pada sem 5 sahaja)




Done!



Hokeyhh harap harap faham lah ye arahan arahan atas tuu hehe. 

Selamat mencuba! 

Dan selamat holiday! 
Dan selamat segala-galanya lah!


Wassalam~ :)


Saturday, January 3, 2015

January 03, 2015

KIRA PAHALAKU!

Dahulu ada seorang ada seorang abid yang beribadah selama 500 tahun di atas gunung. Setiap detiknya diisi dengan ibadah. Makan dan minumnya daripada mata air dan tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Di akhirat kelak,Allah mengarahkan: "Masuklah hamba-Ku ini ke syurga dengan rahmat-Ku."

Si abid berkata: "Wahai Tuhan, bahkan dengan amalanku."

Sekali lagi Allah memberi arahan: "Masuklah hamba-Ku ini ke syurga dengan rahmat-Ku."

Dia berkata lagi: "Wahai Tuhan, bahkan dengan amalanku."

Sehingga kali ketiga, lalu Allah berfirman: "Timbangkan untuk hamba-Ku ini berdasarkan nikmat-Ku kepadanya dengan amalannya."

Hasilnya, baru nikmat penglihatan sahaja sudah lebih berat daripada amalannya selama 500 tahun.

Lantas Allah mengarahkan: "Masukkan hamba-Ku ini ke neraka!"

Tatkala diseret meuju ke neraka, dia merayu: "Tuhanku, dengan rahmat-Mu masukkanlah aku ke syurga."

Allah berfirman: "Bawa dia kembali." Kemudian Allah bertanya: "Wahai hamba-Ku,siapa yang menciptakanmu tatkala kamu tiada apa-apa pun."

"Engkau wahai Tuhanku."

"Hal itu daripada kamu atau dengan rahmat-Ku?"

"Dengan rahmat-Mu!"

"Siapa yang mengupayakan kamu sehingga boleh beribadah selama 500 tahun?"

"Engkau wahai Tuhanku."

Dan seterusnya soalan-soalan Allah ungkit. Pengakhirannya Allah berfirman: "Maka itu semua dengan rahmat-Ku, dan dengan rahmat-Ku juga engkau dimasukkan ke syurga." (Riwayat al-Hakim)

-Majalah Solusi isu 75. :)

#SalamMaulidurRasul #12Rabiulawal