July 2015 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Wednesday, July 29, 2015

July 29, 2015

KERJA KOSONG SEBAGAI PEGAWAI PEMASARAN DI BANK RAKYAT SEREMBAN!

KERJA KOSONG SEBAGAI PEGAWAI PEMASARAN DI BANK RAKYAT SEREMBAN!



Jawatan Kosong!

Jawatan Kosong!

Jawatan Kosong!

Jawatan Kosong!

Jawatan Kosong!

Jawatan Pegawai Pemasaran di Bank Rakyat Seremban(BR Smart)!

-Tugas BR Smart adalah untuk mencari pelanggan membuat pembiayaan terutamanya pembiayaan peribadi dengan menggunakan flyers,call atau faks.
-Minimum lepasan diploma
-Elaun RM600 sebulan beserta komisyen.
-Terbuka kepada lelaki dan wanita.
-Keutamaan diberikan kepada yang memiliki kenderaan.

Jika berminat boleh bawa resume dan menghadiri temuduga di Bank Rakyat Seremban.

Info lanjut boleh hubungi Encik Zul 013-3333006. 

Terima kasih :D

July 29, 2015

RESEPI SUM SUM BUNGA


RESEPI SUM SUM BUNGA



RESEPI SUM SUM BUNGA




Bahan-bahan dan cara membuat sum sum bunga


1 cawan tepung beras 5 cawan santan pekat Secubit garam Kacau semua bahan itu..bukan atas api ye. Bila dah rata, baru kacau atas api.
Selepas itu, masukkan daun pandan.
Kemudian kacau sehingga pekat meletop-letop kemudian masuk dalam cetak bunga.

Nota : cetak boleh dalam pelbagai bentuk. Boleh beli di kedai kedai. Macam macam ada :D Nak masukkan dalam loyang dan bekas pun boleh :)

Gula kabung + gula pasir 1 sudu Kacau semua bahan itu atas api sehingga pekat. Taraa dah siappp!! :D

Selamat mencuba.

credit to: my cousin kak t :)


RESEPI LAIN YANG MUDAH DAN SEDAP!

Resepi kuih sagu meleleh

Resepi kuih cornflakes madu dan cornflakes coklat


Resepi lempeng



July 29, 2015

BLACK CANYON di Palm Mall,Seremban

BLACK CANYON di Palm Mall,Seremban


Lokasi Black Canyon : Palm Mall Seremban, Lot G 37 (Tel 06765 6160)


Al-kisah, ada sorang budak tu balik mengejut petang semalam. Lepastu malamnya mengajak saya, umi dan abi pergi makan dan tengok wayang. Dia belanja makan. Saya belanja wayang. Hehehe.

Pusing-pusing-pusing-pusingggg kat Palm Mall cari restoran yang ada nasi especially dan nampak sedap. Harga tu belakangg kira sikit sebab ada orang nak belanja :p

Dah berapa kali naik turun eskalator, baru lah jumpa yang berkenan di hati. Tempat yang kami sudi makan malam di sana ialah Black Canyon!

Bila waiter bagi buku menu tak tahu nak pilih apa. Sebab banyak sangat pilihan yang menarik hati dan nampak sangat menyelerakan woh!! Rasa nak pilih semua je haha. Nasib baik lah iman masih di dada tak order semua.

Dan setelah berfikir 2,3,5,6 dan 7 dan 8 dan 9 kali. Kami pilihh :



Chocolate Glacier RM9.95


chocolate glacier



Cookies&Cream Frappe RM8.95
cookies&cre



Hot Green Tea Latte RM7.90
hot green tea latte



Iced Lemon Tea RM5.50
iced lemon tea



Kailan Salted RM9.90
kailan salted



Salted Fish Fried Rice RM10.90
salted fish fried rice



BBQ Chicken Fried Rice RM9.90
bbq chicken fried rice



Fusili Chicken TomYam RM11.90
fusili chicken tomyam



Prawn Fried Rice RM10.90
prawn fried rice


Chocolate Glacier bagi saya paling sedappppp! Sebab rasanya memang sedap. Pekat aumm!

Kailan dengan BBQ Chicken tu saya tak rasa. Tapi kuah tomyam fusili tu memang sedap gilosssss!! Kaw kaw rasa tomyam dia. Tapi fusili yang noodle curl curl tu agak kurang sedap. Prawn fried rice yang mana makanan saya, saya bagi 4 bintang! Lagi satu bintang out sebab banyak sangat sayur kahkahh. Sayur tu saya tolakkk pergi ke pinggan umi dan abi hikhik. Tapi salad dengan sawi tu saya makan tau!


Laman Web Black Canyon: http://blackcanyon.com.my/

BLACK CANYON di Palm Mall,Seremban



So, keseluruhannya semua best dan servis layanan di situ pun tiptop. Makanan nak sampai pun takde lah lama sangat sehingga kita kena berjanggut beruban baru nak sampai kan. Ada la dalam 10-15 minit. Okay la tu kan. Masa 10-15 minit tu kita boleh manfaatkan ia dengan bergambar dan berselfie. :p

Belanja gambar satu je ni dengan abang kandung kesayangan. Satu je. Nak lelebih (lelebih bukan typo nye~) PM (personal message) eh hehehe. Sekian :)


BLACK CANYON di Palm Mall,Seremban


psssstt.. yang dah meleleh air liur tu lap eh :p




July 29, 2015

AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI - Tun M

AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI - Tun M


AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI - Tun M



Bangsa yang merdeka

Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

Maruah dijual
Bangsa dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja

Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimipin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan yang tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhirku
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak, terhenti kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkanlah mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10,2015

notadiri: bila baca coretan Dr Mahathir ni rasa macamm.. apa lah yg Tun M tahu tapi kita tak tahu sehingga beliau berkata sedemikian rupa. Kia hanya mampu berdoa. Doa seperti di atas. Ya Allah lindunglilah bangsaku :') amin.



Friday, July 10, 2015

July 10, 2015

#Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau zaman kanak-kanak INDAH SANGAT

#Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau zaman kanak-kanak 

Dah masukk hari ke-14 untuk #Cabaran20Hari ni! :D


#Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau zaman kanak-kanak
credit : krole-zone.blogspot.com




Bila mengimbau kenangan raya semasa zaman kanak-kanak, malu pun ada. Maluu wehh sebab perangai tak malu! Hahaha. Sebab sanggup ketuk rumah jiran satu-satu. Walaupun perut dah kenyang, ku gagahkan jua bersama kanak-kanak jiran yang lain. Demi mengutip duit raya sesampul hahaha.

Kekadang tu, dah kenyang sangatttt tapi tuan rumah punya lah baik hidang pelbagai aneka makanan segala bagai. Adoiii nak pecah perut dah sumbat segala makanan ni. Di penghujungnyaa nasib baik happy ending.


"Kejapppp makcik masuk bilik. Nak pergi ambil duit jap"

Kami tersenyum gembira. Ngehngehhh.



"Maaf le takde sampul nak masukkan duit. Bagi duit macam tu jelah ye"

Eh takpe makcik pakcikk. Sampul tak penting, duit raya tu yang penting kuikuiikui.



"Alaa bagi 50 sen je boleh ke? Ada ni je hehe"

Eh takpe makcikkk. 50 sen berharga tuu. Lepas nak beli kuih kat kantin sekolah time rehat.



"Beratur beratur. Salam duluuu. Baru ambik duit raya ni ha."

Haihh jangan kan beratur. Merangkak pun kami sanggup makcik hahhaa.



"Eh kenapa makan sikit je tu? Makan la kuih-kuih tu. Sedap tu. Air sirap tu tambah. Jangan malu-malu"

Ni bukan kira malu pakcik. Ni bukan kira sedap ke tak sedap kuih ni makcik. Kami datang beraya ni hajatnya nak duit raya je. Buat-buat tak faham pula makcik ni haih. Kihkihh





Dannn lepas dah dapat duit raya. Keluar rumah jiran tu je....

"Uitt cepat la bukak sampul tu. Berapa duit raya kita dapat ek?"

"Weh dapat berapa weh duit raya?"

"Alaaa sikit je makcik tu bagi huhu"

"Eh kenapa kau dapat lagi banyak daripada aku? Mana aci"

"Eh lain kali jangan beraya la kat rumah makcik tuu. Sikit je duit raya dia bagi"

"Perghh banyak weh makcik tu bagi. Bestnya! Boleh beli mercun"





Haduii macam-macam lagi lah kannn persoalan,pernyataan dan kutukan membina haha. Tu lah budak-budak namanyaa. Tak tahu erti ziarah-menziarahi. Difikirnya hanya duit raya, duit raya, duit raya.

Itu lah serba sedikit memori raya zaman kanak-kanak. Baru sedikit tu. Ada banyak lagi memori tapi kalau nak cerita sampai esok mungkin ermmm mungkinn boleh habis kot hahah.

Jadi, apakah memori raya anda pula semasa zaman kanak-kanak? Kongsikan :)



#Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau zaman kanak-kanak


13) kuih raya paling best - cornflakes madu & cornflakes coklat



July 10, 2015

DURIAN 101 kuning berlemak sedap hingga menjilat jari

DURIAN 101 kuning berlemak sedap hingga menjilat jari


Tajuk dah macam nak buat karangan tu haha. Nasib baik tak tambah lagi panjang tulisan tu. Kalau tak, haru maru kanggaroo haha.


Durian 101




DURIAN 101 kuning berlemak sedap hingga menjilat jari



Tak tahu kenapa diberi nama durian 101, tak tahu asal-usul durian 101, tak tahu sejak bila nama durian ni ditubuhkan. Jadi, jangan tanya ye soalan-soalan tersebut hahaha. Kalau tanya jugak, senang je jawapan dia - buka kamus dewan bahasa dan pustaka ye #jawapanhambar. Kbai.

Al-kisah...


Kelmarin dan semalam mengadu kat umi abi. "Sedapnya durian. Nak durian". Nampak kat tepi jalan ramai benau orang jual durian. "Hmmm sedapnya durian. Nak nak nakkk!" Mengadu jugak kat kawan sama tempat praktikal. "Weh, belanja aku durian! Teringin ni!" Hahaha kejam tak kejam paksa kawan belanja. Tapi takde makna nya la dia nak beli kan.

Dan.. Petang tadi, abi balik dari melaka, abi beli durian 101 ni. Bahagianyaaa bila nampak durian kat tangan abi kat pintu rumahh! Rasa nak terkam je durian tu haha. Tapi kena ingat la kan, belum masuk waktu berbuka lagi ehem ehem :p 

Baiknya abi ingat anak bongsu abi yang mengidam durian ni. Ni sayang abi lebih ni. Semasa melahap durian kat dapur dengan umi abi....

Me : Terima kasih abi.

Umi : Sama-sama.

Abi sengih-sengih.

Ohh umi rupanya yang bagi duit suruh abi beli. Waduh waduhh terharu sangattt!

Me : Terima kasih umi abii hehehe.

Dan akhirnya, bila diingat-ingat balik, 1/2 daripada satu bijik durian tu saya melantak. Lagi setengah bahagian umi abi kongsi hahaha. Bukan apa. Umi tak boleh makan banyak sangat sebab umi kencing manis. Makanya, umi boleh makan sikit je hehhe. #ayatcoverline

Tips elak demam selepas makan banyak durian :

Durian kan antara buah-buahan yang panas selain tembikai. Jadi, kalau makan banyak sangat durian, boleh menyebabkan kita demam. Jadi, orang dulu-dulu kata.. tips nak elak demam selepas melantak durian ialah minum air dari dalam durian tu. 

DURIAN 101 kuning berlemak sedap hingga menjilat jari
credit : drdurian.tumblr.com

 Haa nampak tak dalam gambar tu yang warna putih tu. Bila dah makan durian, tuang air dalam ruang kosong tu, then minum. Hehe. Itu lah tips nya :)

Okay.. Kat sini sesiapa mengidam durian? Angkat tangan.

Haa sesiapa angkat tangan tu mintak la kat siapa-siapa suruh beli hahaha.


Sekiann  wassalam :D

Thursday, July 9, 2015

July 09, 2015

#Cabaran20Hari KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&cornflakes coklat!

#Cabaran20Hari KUIH RAYA PALING BEST


Haaa cabaran hari ini hari yang ke berapa? Ye. Hari ke-13! Cabaran Kuih Raya Paling Best dalam hidup kita. Hmmm apa ye? Kuih raya manakah yang menjadi pilihan kita kalau kita pergi beraya kat rumah orang tu je, kita mesti usyar dulu kuih tu? Haaa jawab jangan tak jawab! 

#Cabaran20Hari KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&cornflakes coklat!



KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!
credit : www.resipimudah.com


KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!
credit : www.thesilverliningssaga.com


Pantang betul kalau ada kuih cornflakes ni. Rasa macam nak terkam satu balang lepastu lahap sensorang kat situ hahaha. Kantoi gelojoh orangnya. hehehe. Tapi serius, dalam banyak-banyak kuih raya, kuih raya cornflakes madu dan cornflakes coklat lah yang paling memikat hati dan selera. Kalau ada kuih ni, kuih raya lain dah tak pandang dah *over*

Sebabnyaaa? Sebabb .. kuih raya cornflakes madu dan cornflakes coklat ni dah la comel je dalam kertas plastik dia tu. Sekali ngap mengambil masa hanya dua saat sahaja. Rangup. Rasa yang mengancam. Terasa ketagih selepas memakannya. Rasa mahu makan lagi dan lagi. Ohh sedapnyaa! *telan air liur* hahaha.

RESEPI CORNFLAKES MADU

Resepi Biskut Cornflakes Madu, resepi kuih raya yang paling mudah, cepat dan sedap. Menggunakan Cornflakes dan madu sebagai bahan asas.


Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 60

Bahan-Bahan:

  • 5 cawan Cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri atau taburan manik, untuk hiasan
  • paper cup, secukupnya







Cara Penyediaan:

  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

credit : carigold.com


RESEPI CORNFLAKES COKLAT


Ditulis oleh : Hannah Sytieh

KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!

KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!

KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!

Bahan-bahan :


  1. Coklat masakan (aku amik perisa milk )
  2. Mentega or Planta (mane2 pun boleh )
  3. Cornflakes ( aku lebih suka cornflakes Nestle sbb rangup )
  4. Manik  berwarna warni sebagai hiasan ( yg kecik2 bulat2 tu je, jgn beli yg bntuk rice plk, nanti tak cantik )
  5. Paper cup
KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!


Cara-cara:


  1. Susun papercup dalam dulang .
  2. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
  3. Bila dah cair,tutup api dan angkat letakkan di tempat lain.
  4. Masukkan cornflakes dalam mangkuk ke apa key g senang korunk nak gaul nanti.
  5. Masukkan coklat, gaul rata.
  6. Masukkan cornflakes yang telah digaul tadi ke dalam paper cup.
  7. Tabur manik berwarna warni sebagai hiasan.
  8. Sejukkan dalam peti sejuk.
  9. Siap untuk disusun dalam balang.
KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!


KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!


Tips:


  1. Kalau agak-agak coklat kering,panaskan balik guna kaedah double boiler.tapi tak payah lama-lama.
  2. Taburkan manik masa coklat masih basah..kalau dah kering nanti manik tu tak melekat.
  3. Guna sudu kecik untuk masukkan cornflakes dalam papercup..kalau guna sudu besar,payah sikit. 


KUIH RAYA PALING BEST-cornflakes madu&coklat!




July 09, 2015

#Cabaran20Hari BAJET RAYA bagi saya seorang pelajar

#Cabaran20Hari BAJET RAYA


credit : debatingeurope.com


DEFINISI BAJET

credit : www.burnsbuickgmc.com

Bajettt memang tak boleh lari daripada duit. Ingat duit, ingat bajet. Ingat bajet ingat bajet 2015 hehee. Bajet raya bagi seseorang sudah tentu memberi bawa definisi yang berbeza. Dari segi seorang pelajar, bekerjaya, anak, mak, ayah, kakak, abang, atuk, nenek. Semuanya berbeza. Bajet raya- kuih raya, duit raya untuk diberi kepada manusia sekalian alam, baju raya yang baru dan cantik, kasut raya, beg raya, songkok raya, sampin raya, cermin mata raya, kereta raya. Haaa over gitu kereta pun nak tukar bila raya kan hehe.


#Cabaran20Hari BAJET RAYA bagi saya seorang pelajar



credit : blogs.arps.org


Terus terang saya kata. Saya tak bajet pun raya tahun ni dan sebelum sebelum ni. Kalau nak berbelanja, keluar duit. Kalau taknak berbelanja, duit tersimpan elok di dalam dompet. Tak kisah. Tak heran. Sebab kebanyakannya mak or ayah or kakak sponsor baju raya, kasut raya. Anak bongsu katakan hehe. Lagipun saya masih seorang pelajar. Tak banyak mana pun duit kalau nak beli baju raya kuih raya bagai tu . Jadi, menumpang kasih la kepada adik-beradik yang dah bekerja kann haha.

Kuih raya semestinya lah kuih tunjuk je haha. Nak buat tapi tak pandai nak buek, acamno ha? Omak den pun tak reti nak buat. Acamno den nak belajarnya. Last-last tunggu kuih raya dibawa oleh kakak-kakak,abang ataupun pergi je mana-mana kedai ,beli je mana-mana kuih yang bekenan. Banyak je orang jual kuih raya. Jangan risau kalau takde kuih raya. Cuma kena bajet la berapa balang kuih raya yang mahu dibelinya. Jangan ikut nafsu selera je. Ye dak? Nanti boros pulaa hangpa.

Bajet raya anda pula bagaimana? :)




11) lagu raya pilihan : Siti Nurhaliza