August 2015 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Monday, August 31, 2015

August 31, 2015

HARGA MINYAK SEPTEMBER 2015 PETROL RON95 RON97 DIESEL

HARGA MINYAK SEPTEMBER 2015 PETROL RON95 RON97 DIESEL


HARGA MINYAK SEPTEMBER 2015 PETROL RON95 RON97 DIESEL



Hari terakhir setiap bulan kini sudah menjadi tarikh penting buat pengguna di mana pada tarikh itu masing-masing mahu mengetahui harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan Diesel untuk bulan baharu

Untuk info, bermula bulan Julai yang lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak lagi mengeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api kepada orang ramai (pengguna) seperti kebiasaannya.

Sebaliknya, KPDNKK akan memberitahu harga runcit baharu bulanan bagi RON95, RON97 dan Diesel hanya kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia atau peruncit bermula tengah malam pada hari terakhir setiap bulan.

Sehubungan dengan itu, pengguna hanya akan mengetahui harga runcit petrol RON95, RON97 dan Diesel sama ada berubah atau tidak pada tengah malam, hari terakhir setiap bulan.

Dalam pada itu, ramai pihak mahu kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut untuk mengelakkan pengguna berada dalam keadaan tidak bersedia dengan berpendapat bahawa pengumuman awal seperti bulan-bulan sebelumnya membolehkan mereka merancang perbelanjaan bulanan mereka dengan lebih baik.

Untuk makluman bersama, MYsumber akan melengkapkan jadual harga minyak dibawah bagi bulan September apabila mendapat info harga rasmi pada hari terakhir 31 Ogos 2015, waktu malam


HARGA MINYAK SEPTEMBER 2015 PETROL RON95 RON97 DIESEL


  • Harga runcit bagi RON95 dan RON97 pada bulan September mengalami penurunan sebanyak 10 sen seliter berbanding bulan sebelumnya 
  • Harga runcit Diesel pada bulan September turun sebanyak 15 sen berbanding bulan sebelumnya

Pautan Sumber: mysumber.com
August 31, 2015

LAGU & LIRIK TEMA HARI KEBANGSAAN 2015 #SEHATISEJIWA

LAGU & LIRIK TEMA HARI KEBANGSAAN 2015 #SEHATISEJIWA


                  


Jika tahun lepas, lagu "Malaysia.... di sini lahirnya sebuah cinta" dijadikan sebagai lagu tema Hari Kebangsaan. Tahun 2015, lagu Malaysia Sehati Sejiwa yang dinyanyikan oleh Alif Satar dipilih sebagai Lagu Tema Merdeka 2015. 

Sehati Sejiwa


Lagu ini dinyanyikan oleh Alif Satar (choir & penyanyi latar: Gemersik Chorus), lirik lagunya ditulis oleh Siso Kopratasa & Yuri Edris manakala Lagunya dicipta oleh Muhammad Yuri Edris.


Lagu ini menampilkan sedikit kelainan apabila di bahagian chorusnya dinyanyikan didalam bahasa Iban dan Kadazan.

Pada pendapat saya, adalah lebih bagus jika chorus itu ditambah juga dengan nyanyian didalam bahasa cina dan juga tamil. Nak lagi bagus, tambahlah juga nyanyian didalam bahasa-bahasa yang lain, mungkin boleh menambahkan semangat patriotik kalau lagu merdeka daripada bahasa masing-masing kot?

Pada tahun ini, tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada didalam menghadapi bencana serta musibah yang melanda negara. 

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai logo & tema Merdeka ke-58 yang dipaparkan didalam artikel saya, Logo & Tema Merdeka Malaysia 2015.

Lirik Lagu Tema Merdeka 2015: Sehati Sejiwa


Demi ……tanah yang bertuah 
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini 
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge 
Laut luas terbentang 
Bukan satu halangan 
Untuk kita bersama 
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza 
Budaya Agama 
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan 
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan 
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa

Read more: http://www.malaysiancoin.com/2015/08/sehatisejiwa-lirik-lagu-hari-kebangsaan.html#ixzz3kMLU6ea3 
Under Creative Commons License: Attribution
August 31, 2015

MENANG PAINTING POTRET GIVEAWAY BY AZHAFIZAH !

MENANG PAINTING POTRET GIVEAWAY BY AZHAFIZAH !

Yeayy alhamdulillah! Menang giveaway azhafizah ni. Tak sangka sangat menang. Tapi rezeki menang berpihak pada saya.

Terima kasih kak azhafizah. Cantik sangat akak buat ni. Membuatkan saya nampak kurus hahaha. Walhal chubby ya Rabbi :p

MENANG PAINTING POTRET GIVEAWAY BY AZHAFIZAH !


Wednesday, August 26, 2015

August 26, 2015

Rintihan Suami Yang Tak Terucap - oleh Dr Fadzilah Mohd Kamsah

Rintihan Suami Yang Tak Terucap (Oleh Dr Fadzilah Mohd Kamsah)

credit : www.flickr.com


Sikap lelaki yang perempuan tidak faham – Paradigma songsang yang relevan

1. Tidak kisah dan pendiam
o Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah
o Diam kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan

2. Tidak boleh dipercayai
o Isteri kena yakin pada suami, lebihkan doa untuk suami
o Isteri perlu waspada tapi tidak bermakna curiga atau bersangka buruk terhadap suami
o Isteri perlu berhati-hati, lebihkan doa dan usaha untuk suami

3. Lelaki ego
o Dari kajian yang dilakukan, perempuan sebenarnya lebih banyak ego dari lelaki
o Lelaki tidak ego tapi untuk menjaga maruah diri, bersikap kasar dan tegas
o Manjaga maruah diri adalah wajib bagi lelaki

4. Lelaki miang
o Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan minda lelaki

5. Lelaki lemah
o Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza
o Pada hakikatnya manusia memang lemah



Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri

1. Sayangi suami seadanya tanpa syarat.

2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga.

3. Fahami kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami.

4. Suami malu nak minta khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.”

5. Lelaki sukar untuk melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri seperti kekasih lama isteri.

6. Isteri jangan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.

7. Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki.

8. Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap :
o Allah beri gerak hati/ batin kepada orang perempuan (ini adalah anugerah Allah kepada orang perempuan) dan kurang kepada lelaki.
o Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya (menurut ulama/ orang bijak pandai).
o Apa yang terasa dihati perempuan akan terus diucap tetapi lelaki akan menyimpannya di dalam hati dan tak terucap.
o Para suami tahu bahawa perempuan memang boleh memahami.

9. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami.

10. Tegur dan ingatkan suami secara penuh hikmah ~ Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan suami dan kemudian barulah tegur kesilapan suami.

11. Rintihan suami tentang sex :
o Hampir semua lelaki malu meminta khidmat tersebut dari isteri.
o Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami, jika tiada, suami akan tension dan sakit.
o Ini adalah naluri semulajadi lelaki. Adalah relevan untuk mengadakan hubungan kelamin 2 atau 3 kali seminggu untuk pasangan yang sihat.

12. Suami memang marah-marah tapi bukan tandanya benci. Suami marah sebab tekanan di pejabat dan sebagainya. Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri. Ini juga tidak boleh dijadikan alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada isteri.

13. Jika suami merajuk, biarkan kami sendirian untuk merawat dan memujuk hati sendiri. Isteri jangan kacau dan pujuk. Berikan kami masa. Isteri boleh berikan khidmat yang terbaik tapi jangan sibuk tanya “kenapa bang??”, “apa dah jadi??”

14. Suami tak pandai mendengar, isteri jika ada hal nak beritahu suami, beritahulah pada masa yang senang dan sesuai seperti masa minum petang.

15. Suami tak pandai pamerkan emosi dan perasaan, suami akan luahkannya melalui cara lain seperti sms. Pesanan untuk suami… amatlah bagus jika dapat ucapkan kata-kata “Sayang, I love you” pada isteri sebanyak 7 kali sehari.

16. Suara suami keras tapi bukan tandanya marah. Isteri jangan cepat merajuk. Memang semulajadinya suami boleh control suaranya bila bercakap dengan orang lain…sebab itu bukan isteri dia tetapi bila bercakap dengan isteri, suaranya keras. Kalau kita dengar lelaki bercakap di telefon dengan nada yang keras, memang sah dia sedang bercakap dengan isterinya…

17. Suami memang tak pandai memujuk dan meminta maaf :
o Contoh lambang suami minta maaf pada isteri ~ Selepas marah, suami keluar dan siram pokok bunga, buangkan sampah, belikan barang atau makanan kegemaran isteri dan sebagainya.
o Isteri-isteri … tolonglah fahami lambang-lambang suami yang cuba memujuk kerana quota vocabulary suami tak banyak.

18. Suami tak tahan kena leter kerana leteran isteri boleh memendekkan umur suami, nanti suami cepat mati.

19. Suami tak larat nak jawab soalan isteri yang panjang dan berjela-jela. Sebab itu suami tak jawab soalan isteri sebab kalau suami jawab 1 soalan, suami kena jawab soalan-soalan iringan. Contohnya : “Dah makan bang?”, “Makan kat mana?”, “Makan apa?”, “Makan dengan siapa?”.

20. Tolong patuh perintah Allah tanpa suami kena pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.

21. Suami tak sanggup dengar desakan isteri seperti tukar kereta, perabot rumah, dan sebagainya. Isteri tolonglah beri suami peluang utuk bertindak sendiri. Suami jadi lemas dan bingung dengan desakan isteri.

22. Suami tak tegur kesilapan isteri kecuali jika ianya terlalu extreme. Contohnya : isteri make-up lebih lebih – suami akan tegur kerana dia jealous sebab nanti orang lain akan tegur dan suka tengok isteri mereka.

23. Suami diam tandanya OK. “No news is good news”. Isteri jangan kecil hati.

24. Suami tak jawab soalan isteri sebab jawapan pada soalan dah nyata. Seperti yang dinyatakan dalam (17) kerana quota vocabulary suami tak banyak.

25. Suami kadang-kadang melenting sebab stress tapi bukan salah isteri.

26. Permintaan suami… Isteri-isteri tolong jangan cemburu. Suami akan jadi lemas dan serba salah.

27. Isteri jangan pesan berkali-kali kerana suami akan rasa terhina. Lelaki ada “Macho”nya. Lelaki pantang dipesan berkali-kali kerana mereka rasa seperti mereka dah nyanyuk.

28. Jangan ulangi perkara yang suami dah faham atau perkara yang jelas kerana ini boleh menghina suami.

29. Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Orang lelaki ada 9 akal. Mereka akan tapis-tapis dan ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab.

30. Suami selalu lebihkan ibubapa mereka kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh. Isteri jangan cemburu atau salah faham.

31. Isteri tolonglah hormati ibubapa suami yang masih hidup.

32. Jangan bandingkan suami dengan orang lain kerana suami akan rasa terhina.

33. Isteri-isteri tolong jangan puji sebarang lelaki di hadapan suami kerana suami akan rasa tercabar.

Sekian, semoga perkara-perkata diatas dapat memberi sedikit bimbingan buat insan yang bergelar isteri dan yang bakal bergelar isteri.

sumber : https://draudhah.wordpress.com

credit : www.mywsmiley.blogspot.com



August 26, 2015

14 GROUP RESEPI/MASAKAN DI FACEBOOK UNTUK PING ENTRY !

14 GROUP RESEPI/MASAKAN DI FACEBOOK UNTUK PING ENTRY !



1- Kongsi Resipi Kongsi Rasa

2- Cooks Network

3- resepi ibu dan masakan kampung

4- resepi ringkas




5- jom join masak




6- KUIHMUIH BISKUT DAN DESSERT


7- GROUP RESEPI MASAKAN KAMPUNG SEDAP


8- RESEPI KUIH MUIH ANEKA BISKUT DAN MASAKAN

9- KUIH MUIH DAN MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

10- Group Resepi Otai (GRO)


11- Group Resepi Kita



12- Group Resepi HD



13- JOM KONGSI RESEPI DAN MASAK-MASAK..

14- JOM KONGSI TIPS MASAKAN/RESEPI


TIPS ! 


Kalau nak trafik blog tinggi, UV naik, PV naik.. sila lah buat entry resepi makanan yang sedap dan mudah dan ping nya di group-group FB masakan/resepi di atas. InshaaAllah naik UV. Selamat mencuba :)



Entri menarik !


30 group blogger di Facebook untuk ping entri (klik SINI)

Cara ping entri ke semua facebook group dengan satu klik (klik SINI)

Tutorial letak linkwithin di dalam blog (klik SINI)

Kelebihan babab.net & Cara memasangnya (klik SINI)

Entri tersenarai dalam artikel popular babab.net (klik SINI)

Tutorial letak bloglist dalam blog (klik SINI)

Kebaikan SEO & Cara mendapatkan SEO blog 100% (klik SINI)


19 community google+ & Cara ping entry di google+ & Kelebihan google+ ( klik SINI )


Tuesday, August 25, 2015

August 25, 2015

PERBINCANGAN SERIUSSSS ANTARA AKU DAN DIA

PERBINCANGAN SERIUSSSS ANTARA AKU DAN DIA


example of content page of internship report

EXAMPLE OF CONTENT PAGE OF INTERNSHIP REPORT





Through whatsapp~

Me : Hello Dr Lee. Untuk report, nak letak apa under findings and feedback? Adakah maksudnya apa yang kita dapat sepanjang praktikal ke?

Dr Lee : Finding daripada project

Me : Finding drpd projek? maksudnya result ke?

Dr Lee : Mini project yg u buat di company. Results, analysis, comparison etc.

Me : Findings and feedback tu sekali sama ye?

Dr Lee : Ya.

Me : Under introduction, there is 'given task' section. Given task means..what kind of task that the company give to me ye?

Dr Lee : Ya atau mini project yang dibuat.

Me : One more thing company structure means.. company's organization chart dan kena tangkap gambar bangunan ye? Jika mini projek kita sendiri yang buat, tak boleh la letak under 'given task' ye?

Dr Lee : Gambar terpulang. Tapi dengan kebenaran supervisor....dikira given task juga.

Me : And then, mini project yang kita buat nak letak under mana ye? *refer to the sample*

Dr Lee : itu hanya SAMPLE. blh berlainan. Kalau mini project tu dibuat dengan kebenaran supervisor.. given task lah tu. Buat saja apa yg u rasa patut. nanti saya akan nilaikan.

Me : Okay tq dr :)



Haaa nampak tak last sekali Dr ni macam dah geram dengan aku. Banyak sangat tanya haha. Bukan apa Dr. Saya tanya ni demi kesejahteraan report saya yang bakal dihantar dan dinilai oleh Dr sendiri 1 Sept nanti haha. 

Dan nampak tak betapa seriusnya perbincangan kami ni? Saya jarang tau kalau dalam perbualan di message takde hahaha hihihi heheheh wakakaka kahkahkah kihkihkih kuikuikui. Kalau takde gelak-gelak ketawa yang sengal tu fahami lah bahawa something wrong somewhere with me hehehe.

Okay report tak taip lagi kat Words. Cuma idea berlegar-legar di minda. Selasa depan nak hantar. Rilek luu kan? Hehehee. Okayy chiooww~! :)


August 25, 2015

JAWATAN KOSONG DI PERODUA BAHAGIAN PENGELUARAN AXIA

JAWATAN KOSONG DI PERODUA BAHAGIAN PENGELUARAN AXIA

JAWATAN KOSONG DI PERODUA BAHAGIAN PENGELUARAN AXIA
credit : subimpact.net




Salam semua!

Kami memerlukan 500 lepasan spm/spvm/sijil kemahiran untuk bekerja di perodua bahagian pengeluaran axia. 





Kemasukan bulan september dan october 2015. 

Syarat umur 19-26, lelaki, sihat, tidak rabun warna.

Benefit, gaji 1100, makan pagi dan tengahari disediakan, epf, socso, overtime. insurance. 

Berkerja tetap.




Sekiranya ada saudara mara berminat hubungi Liza di no 0176279474 atau email pertanyaan norliza@talentxchange.my

Sekiranya ada pihak yg boleh mengumpulkan orang, pihak kami akan turun untuk penerangan dan temuduga.

Monday, August 24, 2015

August 24, 2015

STACY DIJANGKA BERI PENJELASAN STATUS AGAMA ESOK - BH

STACY DIJANGKA BERI PENJELASAN STATUS AGAMA ESOK -berita harian


stacy-beri-penjelasan-status-agama




SEKEPING gambar yang memaparkan Stacy bertudung hitam di Ibu Pejabat Agama Islam Johor. 


KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai kesahihan berita kononnya penyanyi terkenal, Stacy, 25, sudah memeluk Islam bakal terjawab esok apabila majlis sidang media berhubung perkara itu dijadual diadakan di ibu pejabat ASTRO, Bukit Jalil. 

Ketua Bahagian Muzik & Bakat Astro, Prakash Swami Nathan, berkata penyanyi lagu I'm Not For Sale itu sendiri yang meminta agar sidang media berkenaan diadakan petang esok.

Difahamkan majlis sidang media itu diadakan bagi membolehkan artis kelahiran program realiti Akademi Fantasia berkenaan memberikan penjelasan berhubung khabar angin mengatakan dirinya kini sudah pun memeluk agama Islam. 

"Betul atau tidak cerita yang bertebaran di laman sosial itu, kita sama-sama tunggu jawapannya esok. Biarlah empunya diri yang memperjelaskan segala-galanya. "Kami sebagai pihak pengurusan sekadar memenuhi permintaan Stacy untuk mengadakan sidang media mengejut," katanya kepada BH Online. 

Hari ini, sekeping gambar yang memaparkan Stacy bertudung hitam di Ibu Pejabat Agama Islam Johor ditemani oleh ibu bapa Akim serta ibu penyanyi itu menimbulkan tanda tanya mengenai status agama artis wanita terbabit. 

Sejak beberapa tahun lalu, Stacy dan Akim dilaporkan mempunyai hubungan intim. Bagaimana pun, perbezaan agama antara kedua-duanya membuatkan kisah cinta mereka bagaikan sebuah teka teki. 

Terbaharu, pasangan selebriti ini dilihat mengenakan pakaian sedondon hijau ketika menyambut lebaran lalu. Keadaan itu menguatkan lagi andaian peminat hubungan yang terjalin antara mereka akan melangkah ke peringkat seterusnya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77019


Note : Dan ada juga dari website lain yang kata nama islam Stacy ialah Ummu Syaikhah Stacy Abdullah? Wallahu'alam. Kita tunggu empunya badan sahkan esok inshaaAllah. Jika benar, alhamdulillah. Bertambah saudara Islam :)


August 24, 2015

Bizkad Murah Beli 10 Percuma 10

KAD BISNES MURAH BELI 10 PERCUMA 10 


Wooowwwww ! PROMOSI TERLAJAK MURAH SEMPENA MERDEKA DAN RAYA HAJI YANG BAKAL TIBA NI. Dengan hanya membeli 10 kotak bisnes kad anda akan menerima 10 kotak lagi!!  Siapa yang taknak lepaskan peluang keemasan ni ! Kenapa perlu ada Bisnes Kad? 
  • Salah satu medan promosikan produk jualan anda.
  • Satu alternatif untuk tingkatkan ‘branding’ barangan anda.
  • Menambah kenalan dan network lebih luas.
Kepentingan kepada Blogger, bisnes kad atau blogger kad ini sangat penting. Lagi-lagi blogger #retis dan #otai amat memerlukan Bisnes kad bagi meningkatkan lagi branding Blog disamping menambah kenalan blogger. Pasti susah jika rakan baru mahu mengingati nama blog anda, bukankah Bisnes kad banyak membantu?

Sekiranya anda mahukan dalam kuantiti yang sedikit. Berikut adalah pakej yang lain:
  1.  1 box/100pcs = RM26
  2.  3 box/300pcs = RM53
  3.  5 box/500pcs = RM75
  4. 10box/1000pcs = RM110 (Free 10box)
*harga tidak termasuk design dan postage
KAD BISNES MURAH BELI 10 PERCUMA 10
bizkad murah




  • Material : Art Card Matt Lamination
  • Jenis : 260gsm art paper
  • Kalis Air
  • Elegent dan profesional 
  • Tahan Lama berbanding kertas biasa 
  • Laminate yang tidak licin dan tidak bersinar
  • Warna lebih tepat dan cantik

Sekiranya anda mahu selit tempahan sticker, pakej kad kahwin murah, banner, bunting, dan lain lain perkhidmatan printing.. Boleh hubungi:

Dalizgrafix
KAD BISNES MURAH BELI 10 PERCUMA 10



Sticker murah
IG :  @dalizgrafixWhatsapp: +6012 3644 805
WechatID: dalizgrafix2
Facebook : Adam's Print Shoppe / dalizgrafixEmail: dalizgrafix@gmail.com
miminadam.blogspot.com
Twitter : @miminadam
Instagram : @_miminadam
Facebook : Cikk mimin mera

KAD BISNES MURAH BELI 10 PERCUMA 10




Saturday, August 22, 2015

August 22, 2015

ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ

ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ

ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ
KLIK BANNER UNTUK JOIN!

ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ
Caption : When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile. Smiling is the best way to face every problem, to crush every fear, to hide every pain. Life isn't always full of reasons to smile, but your smile itself is a reason for others to smile too! :)


Haaa apalagi ? Jom join giveaway yang sangat mudah ni!!! Hadiah disediakan untuk tiga pemenang! Hadiah untuk pemenang pertama ialah RM200!! Woww! Jom join! Hanya perlu parody kan sahaja gambar banner di atas. Kalau nak join, klik banner giveaway di atas sana. :)

Selamat giveaway!


August 22, 2015

Malaysian Ringgit (MYR) Currency Converter

Malaysian Ringgit (MYR) Currency Converter


Malaysian Ringgit (MYR) Currency Converter

Klik here : http://www.calculator.com.my/currency-converter#.VdiUeLKqqko

Features:

  • Convert to/from Malaysian Ringgit (MYR) and other major currencies.
  • Exchange rate updated from Yahoo Currency Converter.

How to Use:

  1. Enter the desired amount.
  2. Select the “from” currency.
  3. Select the “to” currency.

MYR Currency Exchange Rate on Jul 2015:

1 US Dollar = RM3.81
1 Singapore Dollar = RM2.78
1 Australian Dollar = RM2.76
1 UK Pound Sterling = RM5.91
1 Euro Dollar = RM4.18
RM1 = 9.16 Thai Baht
RM1 = 3,534 Indonesian Rupiah
RM1 = 307.18 Korean Won
RM1 = 1.63 China Renminbi
RM1 = 2.03 Hong Kong Dollars

Friday, August 21, 2015

August 21, 2015

CERITA HANTU AKU TIADA SESIAPA YANG PERCAYA

Aku masuk dalam ruang tamu. Roomate aku dah takde. Pergi keluar kot.

Lama kemudian, aku dengar suara-suara orang bercakap. Eh dari mana pula datangnya suara tu.

Aku tengok sekeliling. Takde pape pun. Aku salah dengar mungkin. Kembali fokus kerja yang aku buat di hadapan.

Bunyi lagi suara orang cakap-cakap. Aku dah meremang. Tengok lagi ruang tamu takde pun orang! What-the weh!

Aku tak ingat aku pakai spek ke tak time tu. Tapi aku macam nampak dua,tiga roomate aku kat sana tu. Aku kecikkan mata. Eh betul lah dorang. Tadi takde. Ni ada pulak. Dorang pun pandang aku. Aku dah pelik. Perasaan pun rasa pelik semacam. Satu persoalan je : betul ke dorang ni roomate aku? Dup dap dup dap.

Aku berlari ke dalam bilik. Aku baring atas katil.  Tingkap terbuka. Aku biarkan sahaja. Mahu menenangkan fikiran. Mahu mewaraskan fikiran yang sudah sedia tidak keruan. Peluh-peluh betina mula keluar dari badanku. Aku  gelisah. Aku masih dengar suara-suara.

Tiba-tiba ada sesuatu keluar dari tingkap tepi aku! Satu tangan muncul! Cuba menangkapku! Aku terkejut. Aku tepis. Tangan tu hilang dari tingkap. Phew.

Beberapa lama kemudian tangan tu muncul lagi! Hendak menyerangku lagi! Subhanallah dalam hati ni hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa menggeletarnya aku ketika itu. Aku menjerit dan cuba menepis lagi. Hilang lagi tangan itu. Dan kemudian menyerang aku dengan lebih agresif! Aku sudah tidak tahan lagi. Aku berlari keluar. Mencari nafas yang aku rasa semakin lama semakin tersekat di kerongkong.

Aku masuk di dalam bilik lagi satu. Aku duduk di satu katil ni.Aku pasangkan bacaan Al-Quran di radio yang terletak berhampiran di katil itu. Dengan harapan yang satu..semua ini berakhirlah !

Bacaan ayat Al-Quran di radio tiba-tiba ku dengar sekejap ada,sekejap tiada. Allahhh! Help me! Aku terkumat-kamit baca ayat Quran yang aku boleh ingat. Makhraj dan sebutan bacaan aku dah tak berapa nak jelas aku rasakan. Taranum lagi lah hampeh. Aku pejamkan mata. Aku baring. Aku terasa badan aku menggeletar dengan hebat. Aku rasa benda-benda halus tu mengelilingi bilik dan katil ku ketika itu. Allah!

Sudah lama kemudian, aku tak tahu sama ada aku tertidur atau apa. Pintu bilik aku tiba-tiba dibuka dari luar. Abi umi muncul! Aku terus pergi kepada mereka. Bila tengok di luar bilik, adik beradik aku semuanya ada. Aku menarik nafas lega. Aku cuba menceritakan kejadian seram yang berlaku kepada ku sebentar tadi. Tapi mereka semua tak percaya. Mereka mengatakan aku hanya mimpi sahaja. Mereka mengatakan aku hanya berkhayal. Mereka mengatakan cerita ku karut!

Aku terasa seperti mahu menangis meraung. Sesak nafas aku! Terbang semngat aku. Semua tak nak percaya cerita aku. Kenapa? Hati aku sakit dengan ketidakpercayaan mereka. Bagaimana kalau kejadian sebentar tadi berlaku lagi kepada ku? Aku tidak sanggup! Mereka suruh aku lupakan saja kejadian tadi. Hati aku sakit pedih. Aku tak bohong. Aku tak berkhayal. Aku tahu kejadian tadi benar dan bukannya omongan semata! Please umi abi! Belive me! Please.....




Aku tersedar dari mimpi. Aku terasa aku seperti aku menangis betul-betul. Aku menarik nafas. Aku rasakan hati aku berdebar dengan hebatnya. Phew. Mimpi rupanya. Alhamdulilllahhh. Alhamdulillah semua itu tidak berlaku di alam sebenar. Aku tengok sekeliling. Lampu bilik masih terbuka. Aku tertidur rupanya ketika baca novel. Aku pelik kenapa aku boleh mimpi sedemikian rupa walhal aku sudah berwuduk dan membaca surah Al-Mulk sebelum itu. Bila aku fikir balik, mungkin sebab bantal dan tilam ni kot. Dah dua hari ditinggalkan kerana aku pergi ke rumah kakngah dan aku tidak mengibasnya. Mungkin ada benda lain dah duduk. 

Ustaz pernah berpesan dan aku pernah membaca di buku agama.. kita kena kibas-kibas tempat tidur dan bantal kita dengan membaca "Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwwataillabillahil'aliyyil'azim" sebelum tidur kerana sepanjang kita tidak duduk di situ, ada benda lain yang duduk.

Kebiasaannya aku memang akan mengibas-ngibas tempat tidur dan menepuk-nepuk bantal sebelum tidur. Aku siap ajarkan amalam itu kepada kawan-kawan aku. Tapi aku lupa untuk buat malam tu. Takpelah pengajaran. Aku pun pergi ambil wuduk. Kibas-kibas tilam dengan selimut dan menepuk-nepuk bantal. Tutup lampu. Baca doa tidur. Dan cuba melupakan mimpi tadi.


zzzzzzzz