September 2015 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Wednesday, September 30, 2015

September 30, 2015

Sinopsis Dan Para Pelakon Hello Mr Perfect!

Sinopsis Dan Para Pelakon Hello Mr Perfect!


Sinopsis Hello Mr Perfect!

Sinopsis Hello Mr Perfect!


Drama Hello Mr Perfect!

Drama Hello Mr Perfect!
credit to : www2.bukancincai.com

Drama Hello Mr Perfect!
credit to : www.thewebsiteinfo.com

Barisan Para Pelakon Hello Mr Perfect!


Pelakon utama Hello Mr Perfect - Fattah Amin & Nur Ruhainies

hello mr perfect
credit : infotaip.blogspot.com

hello mr perfect

Arif & Ainul Hello Mr Perfect


Nur Ruhainies berlakon dua watak dalam Hello Mr Perfect - Alya Adriana dan Nurul Ain


Keluarga Dato Seri Aminuddin
hello mr perfect


Tuesday, September 29, 2015

September 29, 2015

Pernah tak kau rasa kau sedih. sangat.

Pernah tak kau rasa kau sedih. sangat. 


Pernah tak kau rasa kau sedih. sangat.
credit : www.idbb.ga


Kau rasa kau sedih.

Sedih. Ye sedih.

Sedih sangat.

Macam-macam hal berlaku.

Hati rasa sakit.

Pedih.

Cuba mencari jawapan tetapi tidak jumpa.

Cuba melupakan tetapi makin dilupa, makin diingat.

Cuba mengendahkannya tapi terasa sia-sia kerana otak dan hati masih memikirkan.

Cuba untuk tersenyum tapi terasa sumbang.

Cuba untuk melawak tetapi hambar kerana hati pun hambar.

Cuba dan cuba dan cuba.

Oh. Satu kau tak cuba lagi.

Bukak tafsir Quran.

"Maka sabarlah kamu (wahai Muhammad) atas apa yang mereka katakan dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum terbenamnya dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan pada hujung siang hari supaya kamu merasa tenang"

-Surah Taha ayat 130

:)

Pernah tak kau rasa kau sedih. sangat.
credit : www.pakarcinta.com

Mungkin kau mahukan kesempurnaan tapi kau lupa tiada yang sempurna di dunia ni. Be cool bebeh.


September 29, 2015

TIPS KURANGKAN SAKIT BELAKANG -DARI USTAZ SHARHAN

TIPS KURANGKAN SAKIT BELAKANG -DARI USTAZ SHARHAN



TIPS KURANGKAN SAKIT BELAKANG -DARI USTAZ SHARHAN


Ikhtiar Sakit Belakang


Ambil minyak zaitun, sapu di belakang badan sambil baca Surah Al-Mukminun ayat 11-14 beberapa kali. InshaaAllah akan rasa kurangnya.

Perkongsian ini adalah tips daripada Ustaz Sharhan di dalam rancangan popular Tanyalah Ustaz.

Boleh cuba sesiapa yang sakit belakang terutamanya lelaki dan perempuan sudah mencecah usia emas. Digalakkan untuk mencuba. Ayat Al-Quran ni boleh membawa impak yang besar juga dalam diri kita jika kita gunakannya dengan cara yang betul kan.

Selamat mencuba tetapi ingat bila buat tu, pastikan kebergantungan kita hanyalah pada Allah. Kerana Allah ialah Sebaik-baik Penyembuh :)

Wassalam.

September 29, 2015

Cara Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula

Cara Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula


Semalam terima satu message ni di group whatsapp family. Harapnya sahih lah. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuklah kanser.

Cara Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula
gambar hiasan
(credit to : www.merdeka-online.com)

Bagaimana nak pastikan jika minyak masak adalah kitar semula?


Cara nak pastikan minyak masak adalah kitar semula atau tidak mudah sahaja. Caranya letakkan minyak masak dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam. Kalau ada buih keputihan atau berbuih, jadi kita tahu minyak tu dibuat dari minyak buangan kitar semula

Cara Senang Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula


Masukkan seulas bawang putih bila goreng sayur-sayuran. Jika bawang putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun. Bawang putih akan kekal putih jika minyak berkualiti baik.

Haaa mudahkan dua cara ni untuk pastikan minyak masak tu asli atau kitar semula. Tapi rasanya saya biasa masak guna minyak masak di rumah takdelah pulak bila goreng tu jadi merah. Jadi agak-agak hitam ada lah. Hangus! hahahahaha. 

Okay selamat menge-test!

Daa~wassalam :)

September 29, 2015

Syukurlah mak ayah masih ada - Ustaz Kazim Elias

Syukurlah mak ayah masih ada - Ustaz Kazim Elias


Syukurlah mak ayah masih ada.

Boleh tolong marah-marah, bila kita buat jahat.

Membebel bila kita buat silap.

Kalau mak ayah dah tiada, nanti rindu pula. 

-USTAZ KAZIM ELIAS

Syukurlah mak ayah masih ada - Ustaz Kazim Elias
SUMBER : WHATSAPP

Mesti pernah kan rasa rimas dengan mak ayah? Mesti pernah rasa menyampah bila asyik kena marah/bebel dengan mak ayah kan? Mesti pernah rasa hidup kita ni dikongkong oleh mak dan ayah?

Tapi ingat lah suatu hari nanti kita bakal merindui semua itu dan bersyukurlah kita masih merasai semua itu sementara ada orang yang dah hilang peluang merasai semua itu. 

Alhamdulillah~ #muhasabah.

Selamat malam. Wassalam :)


Monday, September 28, 2015

September 28, 2015

Boleh ke buat pembedahan buang tahi lalat?

Boleh ke buat pembedahan buang tahi lalat?

Boleh ke buat pembedahan buang tahi lalat?
credit to : www.petuanenek.com


Petang semalam tengok TV astro Al-Hijrah ada rancangan bicara mufti. Dr Zulkifli yang bagi ceramah semalam.

Lepas tu ada satu sesi Q&A ni. Antara salah satu soalan dia ialah "Boleh ke buat pembedahan buang tahi lalat?"

Ustaz Zulkifli pun jawab laa boleh buang tahi lalat jika tahi lalat tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Jika tiada kemudaratan kesihatan, tidak boleh bedah buang tahi lalat kerana tahi lalat itu ialah kurniaan Allah kepada manusia (natural beauty). Tahi lalat jugak kata Ustaz ialah pemanis muka dan membawa seri kepada muka. 

Saya pun rasa orang yang ada tahi lalat di muka manis je. Cantik je. Takdelah buruk beno tahi lalat tu kan sampai ada orang ejek-ejek kan. Ke ada? Kalau ada yang ejek-ejek tahi lalat manis kita, buat dunno je. Dengki la tu. Jealous la tu. Cemburu la tu hahaha. Avoid the negativity :D

Ada lagi satu soalan ni tau~

"Perlu ke ganti puasa bagi orang tua kita yang nyanyuk?"

Jawapan : Tak perlu ganti puasa jika sudah bayar fidyah. Bayaran fidyah - satu cupak berasa satu hari. 

Sekian wassalam :)

Entri lain yang menarik :



September 28, 2015

16 CPUV NUFFNANG ~ kena rajin klik iklan nuffnang blog lain

16 CPUV NUFFNANG ~ kena rajin klik iklan nuffnang blog lain 

16 CPUV NUFFNANG ~ kena rajin klik iklan nuffnang blog lain


Alhamdulillah harini ada 3 CPUV Nuffnang baru masuk ! Murah hati betul ye Nuffnang nak bagi CPUV kat blog picisan macam saya ni.

Tapi kan saya perasan satu benda ni kan dan saya boleh simpulkan ~ Kalau nak banyak CPUV masuk, kena selalu klik iklan nuffnang di blog orang lain. Jangan klik iklan Nuffnang sendiri pulak. Nanti ada masalah lain yang timbul pula kalau klik iklan nuffnang sendiri.

Serius tau, dulu macam malas sangat nak klik iklan Nuffnang kat blog orang lain. Kalau masuk blog orang lain, iklan Nuffnang tu macam nak tak nak je tengok. Sipi-sipi je ushar. Sekarang ni kemain! Tak sah kalau tak klik iklan Nuffnang kat blog orang lain. Dah rasa macam wajib pula klik kalau bertandang ke blog orang.

Lagi satu, kalau nak tambah kan CPUV yang baru, pergi klik selalu iklan Nuffnang yang kita takde lagi. Haaa inshaaAllah nanti masuk la tu CPUV tu. Lagi-lagi sekarang ni rasanya Nuffnang baik je kan nak bagi hahah.

Masa yang biasa iklan-iklan Nuffnang menari-nari di blog tak tentu sebenarnya. Rasa macam setiap masa ada je iklan Nuffnang kat blog. Tapi kebiasaanya waktu kemuncak laa ada iklan Nuffnang ni - 8am, 10am, 12pm, 2pm, 4pm, 8pm, 10pm, 12am, 1am, 2am. Haa macam dah setiap masa je ada hahaha.

Apa-apa pun, tips dia kalau jenguk ke blog orang je, pergi klik iklan Nuffnang tu. Jangan segan, jangan malu gituuw~ :D

Selamat mencuba dan jom klik-klik iklan Nuffnang sesama kita!

:)

September 28, 2015

Stacy dan Akim sah bertunang

Stacy dan Akim sah bertunang


Stacy dan Akim sah bertunang
credit gambar : instagram @officialhlive

Akim Ahmad dan bakal isteri beliau Stacy Anam sah bertunang pada 26hb September 2015. Majlis pertunangan Akim dan Stacy berlangsung di Amber Hills, Taman Melawati Ampang pada jam 11 pagi- 2 petang.

Stacy dan Akim sah bertunang
credit gambar : instagram @officialhlive


Stacy dan Akim sah bertunang
credit gambar : instagram @stacyanam


Stacy dan Akim sah bertunang
credit gambar : instagram @stacyanam

Lawanya Stacy ! Anggun dan ayu je hehehe. 

Alhamdulillah syukur Stacy dan Akim sah bertunang ! Semoga mereka berbahagia dan kekal bersama hingga ke akhir hayat menjadi pasangan suami isteri yang bahagia amin :)


September 28, 2015

Sekolah diarah tutup pada Isnin dan Selasa oleh PM di Twitter adalah palsu

Sekolah diarah tutup pada Isnin dan Selasa oleh PM di Twitter adalah palsu 

Sekolah diarah tutup pada Isnin dan Selasa oleh PM di Twitter adalah palsu
credit : www.astroawani.com

Tadi tengah-tengah blogwalking, tiba-tiba handphone berbunyi menandakan message masuk. Tengok-tengok abang ipar hantar gambar di group family whatsapp - semua kakitangan kerajaan dan swasta di Selangor KL Putrajaya Seri Aman Negeri Sembilan dan Samarahan ditutup pada Isnin 28 Sept akibat jerebu -KPM

Sekolah diarah tutup pada Isnin dan Selasa oleh PM di Twitter adalah palsu


Whoaaa best gilosss! Okay tapi isunya bukan gambar itu. 

Selepas terima gambar tu, terdetik la nak pergi laman web Astra Awani sebab nak check ada info-info baru tentang jerebu ni kan. *sebenarnya mengharapkan berita UPM cuti!hahahaha*

Lepas tu, di laman web Astro Awani nampak la berita terkini kat tepi tu tentang berita palsu penyebaran arahan sekolah ditutup pada Isnin dan Selasa oleh PM di Twitter. Saya terkejut! Woww serius palsu? Adoiii macam mana la boleh ada orang main-main macam tu. Dan kata Pejabat Perdana Menteri(PMO), mereka juga akan menyiasat siapa yang menyebarkan info palsu tersebut.

Banyak lagi ceritanya. Nak tahu cerita penuh, boleh lawat laman web Astro Awani ye :)

Haih sekarang ni macam-macam kan. Info yang serius macam tu boleh dibawa main. Orang pun sebarkan ingat kan berita betul. Bila jadi macam ni kan susah. Fitnah berleluasa. Akhir zaman. Subhanallah.



September 28, 2015

Be happy.. not because..

Be happy.. not because..

everything is good, BUT because you can see the good in everything. InshaaAllah :)

Be happy.. not because..
sumber : whatsapp

Selamat malam dunia~

Sunday, September 27, 2015

September 27, 2015

UPM tak cuti pun esok~

UPM tak cuti pun esok~


UPM tak cuti pun esok~
credit to : www.themalaysiantimes.com.my




[INFO JEREBU UPM]


assalamualaikum dan salam sejahtera..
selaku mantan YDP MPP UPM,sy telah menghubungi TNC HEPA UPM bg berbincang tentang status cuti atau penangguhan kuliah di UPM..
hasil perbincangan menyatakan bahawa UPM tidak diberikan cuti atau penangguhan kelas seperti yang dilakukan oleh beberapa universiti..
Oleh itu,saya dan TNC HEPA mencapai kata sepakat untuk menggalakkan para pelajar menghubungi pensyarah mereka untuk kuliah pada hari isnin ditangguhkan dan diganti pada hari yang lain..
saya dan TNC HEPA juga berpendapat pensyarah semestinya bersetuju jika kelas pada esok hari ditangguhkan atas faktor keselamatan..
jika ada sebarang perubahan,saya akan umumkan dengan kadar yang segera..
Muhammad Hanif Ramlan
Mantan YDP MPP UPM


Masalahnya takde nombor lecturer. Kalau ada pun, malas terhegeh-hegeh nak call lecturer suruh batalkan kelas hahaha.

Ada universiti yang cuti tapi UPM tak cuti. Adil sangat kan. Abi kata mungkin sebab UPM dikelilingi tumbuhan hijau haha. Yelaa tu abi. Sabau je lah ye. Terpaksa la esok datang kelas jugaaa. Tapi bagus jugak kot UPM tak cuti. Tak payah nak buat kelas ganti bagai. Lagi leceh. #sedapkanhatisebenarnya

Masih di rumah sekarang. Esok pagi buta pukul 5.30 abi hantar balik ke yupiyemm hehe.

so, till then, kita enjoyyy! K daaa~ wassalam :)

Baca juga :



Saturday, September 26, 2015

September 26, 2015

projek membuat kuih keria bulat bulat

projek membuat kuih keria bulat bulat



projek membuat kuih keria bulat bulat


Kita tengah kepal-kepa doh bulat-bulat, dorang pun nak join jugakkk. Join lah join lah. Makcik korang ni lagi suka. Ada orang nak tolong. Cepat sikit kerja selesai. Hahaha.


projek membuat kuih keria bulat bulat


Taraaa~ dah siappp! Dah siap digoreng dan disira! Yang bulat kecik-kecik tu anak buah dua orang saya tu yang buat. Comel lah jugak kan. Senang nak masuk mulut. Senang sekali ngap dalam mulut je tak payah nak gigit-gigit hahaha.

Juadah petang anda apa dia? :)


September 26, 2015

ASAM PEDAS SEREMBAN PUTRA & IKAN GORENG ROHU~

ASAM PEDAS SEREMBAN PUTRA & IKAN GORENG ROHU~



ASAM PEDAS SEREMBAN PUTRA & IKAN GORENG ROHU~
Asam pedas Seremban Putra. Nak rasa meh Seremban Putra! hehehehe.


ASAM PEDAS SEREMBAN PUTRA & IKAN GORENG ROHU~
Ikan rohu goreng yang garing dan sedap dimakan walaupun agak banyak duri hahaha.

Gabungan asam pedas bendi dan ikan rohu goreng memang terbaik. Jemput makan! Selamat tengahari :)


September 26, 2015

jom cerita tentang kawan !

jom cerita tentang kawan !



jom cerita tentang kawan
www.google.com

Siapa kat dunia ni tak ada kawan ? Ce habaq mai kat saya. Semuaaaaaa kat dunia ni ada kawan. Tak kira la manusia ke, binatang ke, tumbuh-tumbuhan ke, semuaaa nya mempunyai kawan or we called friend. Orang kata.. memang ramai kawan kat dunia ni tapi kawan yang sebenar-benar kawan tu hanyalah sedikit sahaja bilangannya. Orang kata.. kawan senang berjuta tapi kawan susah seconet je. Orang kata.. jika nak tau kawan sebenar kita tengoklah masa kita susah. Tengok siapa yang ada di sisi kita bila kita susah. Orang kata lagi.. nak berkawan biar ramai tapi kawan baik biar lah bertapis.


jom cerita tentang kawan
credit to : www.graphics99.com

Kekadang kita tertanya.. Siapa kawan kita yang sebenar-benar nya eh? Rakan sekelas ke.... Kawan satu course ke.. Kawan sekolah menengah ke.. Kawan satu pejabat ke.. Kawan yang sebenar ialah bila kau rasa kau boleh buat apa sahaja dengan dia. Kau nak gurau-gurau kasar ke dengan dia, kau nak kentut depan dia ke, kau nak berkongsi kisah cinta dengan dia ke, kau nak buat benda tak malu depan dia ke.. kau tak kisah dan kau bebas jadi diri kau sendiri. DIA itu lah kawan sebenar kau. Kau suka bila dia ada.. Kau sunyi bila dia tak ada. Itu lah kawan kau yang sebenar.



jom cerita tentang kawan
credit to : www.myniceprofile.com

Jenis kawan ni banyak tau DAN banyak kategori kawan. Yelah kita masuk tadika, ada kawan. Masuk sekolah rendah, dapat kawan baru. Masuk sekolah menengah, dapat kawan lain. Masuk kolej, matrik, universiti, tempat praktikal, kem, program luar.. semuanya dapat kawan baru kan. Yang pasti semuaa tu kawan kita :)


jom cerita tentang kawan
credit to : www.pinterest.com

Kita merajuk dengan kawan pun rasa pedihnyaa hati ni kan ! Ini kan pula bila kita hilang kawan kita. Tak tahu la apa perasaan dia bila kawan baik kita hilang. It will be very  very painful for sure. And I do not want to imagine that situation. Because it will be a REALLY-REALLY-REALLY hurt.



jom cerita tentang kawan
credit to : www.playbuzz.com

Tak salah pun kan kalau kita ambil masa sikit message kawan baik dan kawan SEBENAR kita.. beritahu kita sayang dia dan kita hargai kehadiran dia dalam hidup kita. Tapi kalau malu, cari je gaduh dengan dia. Tanda kita sayang dia la tu konon hahahaha. 

Blogger-blogger di luar sana pun kawan saya jugaaakk ! hehehe. muahciked!

Wassalam :)


jom cerita tentang kawan
credit to : www.funshifter.com





September 26, 2015

Kalau ada yang tegur badanku gemuk....

Kalau ada yang tegur badanku gemuk....


Kalau ada yang tegur badanku gemuk....

Al-kisah kakak ipar saya hantar gambar kat atas ni kat whatsapp group keluarga sambil buat caption..

"Hati2 abg kalau kc doa mcm ni nnt"

abg tu refer to my abangder. Dia suka ejek tau saya ni gemok macam godzila lah, laluan berat ikut kiri lahhh, macam-macam! Grrr.

Tapi saya tahu dia main-main je *sedapkan hati* hahahaha. Dia suka usik saya tau. Geram saya! Tapi ada masa baik terlebih, caring terlebih hahaha. Tak abang la kan kalau tak mengusik tu hehe.

Okay nyte :D

Wassalam.


Wednesday, September 23, 2015

September 23, 2015

LAFAZ NIAT DAN CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA

LAFAZ NIAT DAN CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA


SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA
credit to : www.nikhasnan.wordpress.com


Lafaz Niat dan Tasbih Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

LAFAZ NIAT DAN CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA
credit to : www.mysumber.com

Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Rakaat Pertama

1. Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidiladha di dalam hati.

2. Membaca doa iftitah.

3. Lafaz takbir 7 kali diselangselikan dengan lafaz tasbih.

4. Membaca surah Al-Fatihah.

5. Membaca surah al-Quran (surah al-'Alaa/al-Kafirun) -surah lain pun boleh.

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

1. Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)

2. Lafaz takbir 5 kali diselangselikan dengan lafaz tasbih.

3. Membaca surah Al-Fatihah.

4. Membaca surah al-Quran (surah al-Ghaasyiyah/al-Ikhlas) -surah lain pun boleh.

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

6. Memberi salam.

Nota~! 

Ustaz Azhari Idrus kata~ Jika kita terlewat untuk masuk rakaat pertama dan tidak sempat untuk bertakbir dan bertasbih, imam pun dah baca al-Fatihah, tidak mengapa. Masuk je. Takbir dan tasbih tu hanya sunat sahaja. Kalau buat dapat pahala, tak buat tak berdosa :)

Lagi satu, jika imam takbir 7 kali (rakaat pertama) dan 5 kali (rakaat kedua) berterusan tanpa diselangselikan dengan lafaz tasbih, tidak mengapa, Jangan salahkan imam ikut mazhab salah ke ape kerana lafaz tasbih itu hanya sunat sahaja. Buat dapat pahala, tak buat tak berdosa :)

Khutbah Hari Raya Aidiladha


Selepas selesai solat sunat Hari Raya Aidiladha ni, khatib akan membacakan dua khutbah Hari Raya Korban. Khutbah pertama didahului dengan 9 kali takbir (Allauakbar)  manakala pada permulaan khutbah kedua 7 kali takbir dan pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan  bacaan :

Khutbah Hari Raya Aidiladha
credit to : www.shafiqolbu.wordpress.com


Ustaz Don kata wanita yang uzur disunatkan untuk pergi mendengar khutbah Hari Raya Aidiladha. Daripada tak buat apa dekat rumah atau di kereta, lebih baik la kita duduk berhampiran dengan masjid untuk mendengar khutbah yang khatib sampaikan. Dapat pahala dan dapat ilmu :)

Dan disunatkan untuk tidak makan sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha. Berbeza pula dengan Hari Raya Aidilfitri kan. 

Apa signifikan/sebab disunatkan untuk tidak makan sebelum sembahyang raya haji?

Kata ustaz..Ianya untuk ambil berkat daging korban. 
Caranya.. selepas solat baru boleh makan, iaitu makan daging korban. Rasa daging korban tu dulu, baru makan makanan yang lain. Tujuannya adalah untuk mengambil keberkatan daging tersebut. Wallahualam.

Selamat Hari Raya Aidiladha semua! Minta ampun dan maaf, ku susun sebelas jari. *satu jari tu jari kaki hehehe*

Selamat Hari Raya Aidiladha
credit to : jalantikus.com