October 2015 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Friday, October 30, 2015

October 30, 2015

Keputusan Pemenang Super Spontan All Stars Malam Ini

Keputusan Pemenang Super Spontan All Stars Malam Ini


Final Super Spontan All Stars Malam ini 10 malam!

Keputusan Pemenang Super Spontan All Stars


Final Super Spontan All Stars KungFu Kipidap VS Silat Dongibab
Keputusan Pemenang Super Spontan All Stars



Pengacara Super Spontan All Stars,AC Mizal
Keputusan Pemenang Super Spontan All Stars
credit to : instagram emyliaac

Ahli Kumpulan Silat Dongibab Super Spontan All Stars
Keputusan Pemenang Super Spontan All Stars


 Ahli Kumpulan KungFu Kipidap Super Spontan All Stars
Keputusan Pemenang Super Spontan All Stars


Johan Zizan penggamat suasana Super Spontan All Stars. Tak kering gusi tengok mereka berlawak. Love them! :D
Keputusan Pemenang Super Spontan All Stars
credit to : instagram AnisSofea


Peserta yang dapat masuk ke Pentas Akhir Super Spontan All Stars malam ini :

Kumpulan Silat Dongibab : Zizan-Kapten, Pak Yus (Jambu), Achey

Super Spontan All Stars zizan
Zizan

Super Spontan All Stars pak yus
Pak Yus

Super Spontan All Stars achey
Achey



Kumpulan KungFu Kipidap : Johan-Kapten, Tauke (Jambu), Rahim

Super Spontan All Stars johan
Johan


Super Spontan All Stars tauke
Tauke


Super Spontan All Stars rahim
Rahim


Hadiah Pemenang Super Spontan All Stars


Juara RM150,000
Naib Juara RM75,000
Tempat Ketiga RM50,000
Tempat Keempat RM20,000
Tempat Kelima RM10,000
Tempat Keenam RM5,000



Siapakah Pemenang Final Super Spontan All Stars ? Siapakah Juara Super Spontan All Stars yang bakal menerima hadiah RM150,000? Nantikan malam ini keputusan Pemenang Super Spontan All Stars!

Jangan lupa saksikan Pentas Akhir Super Spontan All Stars 10 malam ini!


credit gambar dan info penting : AstroGempak & InfoTaip



Thursday, October 29, 2015

October 29, 2015

Entah aku harus malu atau terharu.....

Entah aku harus malu atau terharu.....


Entah aku harus malu atau terharu.....
credit to : www.ledyheart.blogspot.com

"Terkadang aku terharu bila mana Allah telah mengabulkan doaku seperti tidak mempedulikan seribu dosa yang menyelimutiku.





Entah aku harus malu atau terharu...."

Entah aku harus malu atau terharu.....


Pada pandangan saya~ Jawapan dia : dua-dua. Malu iye.Terharu iye. Malu ni bagus sebab ianya akan menyedarkan kita bahawa kita boleh buat lebih baik daripada yang sekarang ni. Bila kita malu dengan Allah kerana telah mengabulkan doa kita, kita akan bermuhasabah diri dengan lebih dalam lagi. Dan membuatkan kita menjadi a better muslim.

Bila kita rasa terharu, kita akan lebih menghargai pemberian Allah tu dan merasakan Allah ada untuk kita. Bila rasa terharu, kita akan berazam bersungguh-sungguh untuk menggunakan nikmat yang Allah beri itu dengan sebaik-baiknya.

Takkan dalam hidup ni Allah tak pernah mengabulkan doa kita walau satu pun kan? Mesti ada kan. Mungkin dalam kita sedar ataupun tidak. Mungkin secara zahir atau batin. Mungkin kecil atau besar. Tapi ingatlah jika Allah tidak mengabulkan doa kita di dunia ini, mungkin ada hikmahnya atau Allah sedang menangguhkan untuk mengabulkan doa kita di pada waktu yang tepat dan pada masa yang sepatutnya. InshaaAllah :)

Okay morning! Adioss~

Wassalam :)


Wednesday, October 28, 2015

October 28, 2015

Bloglist Special Untuk Top 10 Komentator Oktober!

Bloglist Special Untuk Top 10 Komentator Oktober!


Bloglist Special Untuk Top 10 Komentator Oktober!
credit to : www.geeetech.com



Disebabkan saya ada kerja sekolah nak buat, saya ringkaskan cerita ye hehee. Top 10 Pengkomen Tegar Oktober blog sayidahnapisahdotcom akan saya buat bloglist special di tepi blog saya ni. Kelebihan bloglist special ni ialah saya akan letak bloglist special ni di kedudukan paling atas sekali berbanding bloglist-bloglist yang lain-selama sebulan. 

Dan itu sangat memberi kelebihan sebab mana-mana pengunjung blog saya yang datang berkunjung , mereka akan nampak bloglist special ni dulu berbanding bloglist-bloglist yang lain hehehe. Nama pun special kan.

So, apalagi ada lagi 2 hari lebih sikit untuk kejar jadi top 10 pengkomen tegar sayidahnapisahdotcom! :D

Di bawah ini adalah top 10 pengkomen tegar sayidahnapisahdotcom buat masa ini.

Bloglist Special Untuk Top 10 Komentator Oktober!



Haaa jangan risau, anda boleh jadi di antara top 10 tu jugak. Komen banyak-banyak sampai saya tak larat nak publish. Hahahaha.

Okayyy chow duluuu. Kerja banyak menanti >.<

Wassalam :)

ENTRI BERKAITAN : 






October 28, 2015

Tutorial Memasang Widget Top Komentator Yang Berfungsi Dengan Baik

Tutorial Memasang Widget Top Komentator Yang Berfungsi Dengan Baik


Tutorial Memasang Widget Top Komentator
credit to : wsiwebefectivo.com

Dulu, saya ada juga pasang widget top komentator dekat blog tapi sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni, saya perasan dia tak berfungsi dengan baik. Kosong je di petak top komen tu. Lepastu semalam terjumpa entri tutorial pasang widget top komentator yang berfungsi dekat blog Farah Tower tu. Tak ingat blog dia sebenarnya. Lupa nak bookmark entri cik Farah Tower tu tapi sempat la bookmark website yang menyediakan widget top komentator tu. So thanks to cik Farah Tower sebab buat entri tutorial tu.

Okay jom ikut tutorial pasang widget top komentator di blog!

Tutorial Memasang Widget Top Komentator


1. Pergi ke website SINI

2. Isi maklumat yang berkaitan di dalam Kotak Widget Options tu.


Tutorial Memasang Widget Top Komentator


Nota :

*number of names : bilangan top komentator yang anda nak paparkan.

*round corner number for avatar image : ni saya tak usik. Sebab 4px tu dah okay la kot hahha. Kalau anda nak ubah, boleh juga. 

*comment label : kan setiap komentator tu ada bilangan komen yang berbeza kan. Jadi, anda nak label kan KOMEN tu dengan perkataan apa, terpulang. Kalau saya, saya tulis 'komen'. Macam Cik Farah Tower tu tulis 'coret coret' tak silap. Kalau nak omputih sikit, tulis 'comments' pun boleh. 

*dont show usersthat have name in below list : saya buat nama saya(Admin), hackers dan anonymous. Ataupun nak block sesetengah nama supaya tak muncul di top komentator pun boleh. Isi je nama dia kat bahagian ni hahaha. 

*dont show users that have URL in below list : tulis URL yang anda isi nama dekat bahagian sebelum ni. 

*time limit : top of month. 

*Suka hati nak show avatar image ke tak, nak show order number ke tak, nak hide copyright ke taknak.

*your blog URL : URL blog anda.

3. Dah selesai isi semua maklumat, klik ADD WIDGET

Tutorial Memasang Widget Top Komentator


4. Isi maklumat berkaitan di Add Page Element dan kemudian klik Add Widget

Tutorial Memasang Widget Top Komentator

Nota : 

*title : boleh ikut suka anda nak letak tajuk apa top komentator anda. Kalau saya-Pengkomen Tegar sayidahnapisahdotcom.

 5. Anda akan nampak widget top komentator anda di layout blog. Boleh la nak letak kat mana yang anda suka di layout blog, kemudian SAVE ARRANGEMENT.

Tutorial Memasang Widget Top Komentator


6. Dah siap! Boleh la VIEW BLOG. Tengok macam mana hasil anda :D

Tutorial Memasang Widget Top Komentator


Kalau siapa yang pandai coding boleh la ubah-ubah font size, warna font tu, dan nak centre ke..nak left ke right ke. Kalau saya, saya ada ubah jugak, tapi ubah sikit-sikit je la hahaha. Tak berani nak ubah banyak sangat sebab tak power bab coding-coding ni. Saya just centre kan dia dan ubah font saiz je.

Dan mungkin ada yang tak puas hati dengan hasil widget top komentator dia, boleh la buang balik yang dah buat tu. Dan kemudian buat balik. Dan pasang semula.

Tapi saya ada kemusykilan sebenarnya. Macam mana kita nak buatkan dia sebulan sahaja? Maksudnya, kita nak di petak top komentator tu untuk bulan Oktober punya komen sahaja dan Bulan November, bulan November punya komen sahaja. Pahe dop?

Ke dia dah set up sendiri? Ke.. maksud top of month tu ialah jika bulan Oktober , komen pada tarikh 1-31 oktober sahaja dia ambik kira?

Haihh~ Confuse sebenarnya. Tapi semalam tak sempat nak temuramah cik Farah Tower dan lupa pula URL blog Cik Farah apa hahahaha. Adoii.

Tapi buat masa ni, saya hanya boleh bagi tutorial pasang widget top komentator ni sahaja. Sebarang penambahbaikan dan info lanjut, saya akan beritahu kemudian. Gituww~

Kalau tak faham pape, boleh beritahu di kotak komen. Sekian terima kasih :)


October 28, 2015

KALAU REZEKI DARI ALLAH TERLAMBAT....

KALAU REZEKI DARI ALLAH TERLAMBAT....


KALAU REZEKI DARI ALLAH TERLAMBAT....



KALAU REZEKI DARI ALLAH TERLAMBAT....
credit to : www.azzahairi.com


Kalau rezeki dari Allah terlambat, maka beristighfarlah kepada Allah dan mohonlah semoga Allah melapangkan rezeki-Nya bagi anda. 
Kunci syurga adalah sabar. 
Kunci kemuliaan adalah rendah hati. 
Dan kunci kebaikan(kehormatan) adalah taqwa.

-Saidina Ali bin Abi Talib

Entri berkaitan 12 Amalan Pembuka Pintu Rezeki


Tuesday, October 27, 2015

October 27, 2015

THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY

THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY


THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Dateline : tengah malam 31 Oktober.

Apa yang Namy Yul ikhlas janjikan adalah :

5 blog bertuah akan kekal bertepek di sebelah kanan bloglist THENAMYBLOG selama setahun.
3 blog review.



Jom join! :D

By the way, tahniah sudah setahun usia THENAMYBLOG! Semoga terus sukses ye :D




October 27, 2015

Tips elak kena ikut belakang oleh jurujual

Tips elak kena ikut belakang oleh jurujual


Tips elak kena ikut belakang oleh jurujual


Tips elak kena ikut belakang oleh jurujual:

"Ya, nak cari apa?"

"Saya nak cari ketenangan. Boleh beri ruang sikit tak?"

Haaa #deep ko.

Tapi memang serius rimas dan annoying bila jurujual asyik nak ikut kita je semasa pilih-pilih barang. Rasa macam tak selesa je nak beli. Kalau duduk diam kat belakang kita, takpe jugak. Ni duk soal macam-macam. Promote barang ni la, promote barang tu la. Kita nak tengok-tengok ni pun hailaaa~ "boleh tak stepler mulut tu kak?" Hahahhaa.

Tapi mungkin memang dah prosedur memang camtu kan. Kena ikut pelanggan yang beli tu. Tapi kalau boleh jangan lah sampai meragut ketenangan dan keharmonian pelanggan tu nak membeli kan. Di manakah hak sebagai pelanggan?! #tetibe

Korang kalau kena ikut oleh jurujual dari belakang, korang buat apa dan korang ghaseee? Kalau saya, saya jenis yang selagi dia tak potpetpotpet, saya boleh bertenang lagi. Tapi kalau dah asyik membebel itu ini dekat saya, saya cuba buat muka se-annoying dan tak selesa yang mungkin hahaha. Niat di hati nak beritahu~ "excuse me, saya rimas dengan awak. Tolong tepi sikit. Jangan sampai saya nyanyi lagu tepi sikit by sleeq haaa~" Okay tapi dalam mimpi jelah. Kena hormat orang yang lebih tua juga kan hahaha.

Kbai. Wassalam :)


October 27, 2015

JANGAN TUNGGU TENANG BARU BERZIKIR TETAPI...

JANGAN TUNGGU TENANG BARU BERZIKIR TETAPI...


JANGAN TUNGGU TENANG BARU BERZIKIR TETAPI...


Kata hikmah : Jangan tunggu tenang baru berzikir, tetapi berzikirlah supaya hatimu tenang. #deep


Pagi ni awak awak dah berzikir ke belum? Kalau dah, alhamdulillah. Kalau belum, apa alasan anda? Tak sempat? Busy? Tak terasa nak berzikir? 

Kita kena ingat bahwasanya kita bernafas menggunakan udara yang Allah bagi. Menyedut menggunakan hidung dan hidung yang sempurna tu Allah yang beri. Kita dapat dan mampu untuk bernafas semua kerana kehendak Allah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Yeayy dah 3 kali berzikir hehe.

We can make mistakes, but we must learn from mistakes :)

Takde kelas harini jadi kena mengadap journal FYP hehehe.

Adios~morning! Jangan lupa sarapan ;)

Wassalam~



Monday, October 26, 2015

October 26, 2015

10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun

10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun


10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun



10 sebab kenapa berat badan susah nak turun 


1. Minum air kuantiti gula yang tinggi

Contohnya : air bergas. Nasib baik lah saya jenis yang tak suka minum air bergas sangat. Tapi kekadang Pepsi sedap jugak hahaha.

2. Kurang tidur.

Haaaa saya rasa ni lah punca utama berat badan den susah nak turun. Sebab saya jenis tidur lewat dan bangun awal. Lepastu petang tidur. Memang saya tidur petang tu lama tapi sebenarnya tak sama kita tidur pada waktu malam dengan tidur di waktu petang. Haaa kan dah ceramah kat diri sendiri hahaha. Tapi memang susah la nak buang tabiat tidur lewat ni. Mungkin sebab saya student kot. Eh iyeke? Kawan lain ada je yang tidur awal hahaa. Okfoine alasan semata. Kbai.

3. Tidak bersarapan.

Sekarang ni memang saya cuba untuk bersarapan setiap pagi. Saya pernah baca pukul 10  pagi pun masih dianggap sarapan. Jadi, kalau terbangun lewat pukul 10 pagi tu jangan risau. Anda masih boleh bersarapan lagi. Heheheh.

4. Makan terlalu cepat.

Haaa ni pun den biasa buat. Saya jenis kunyah 2 saat lepastu telan hahaha. Alasan saya makan cepat kan sebab saya tak nak hilang rasa kenikmatan makanan tu kihkih. Tu yang makan cepat tu. Dah banyak kali juga dengar makan terlalu cepat tak elok untuk pencernaan sebenarnya. Tapi takpe den akan berubah. Den akan makan kurang sikit cepat dari biasa. Den berazam akan makan sambil tengok movie! Eh. Yela kan kalau tengok movie tak ada lah rasa nak makan cepat je kan kan kannn. 

5. Kurang minum air masak.

Okay ni saya tak. Saya memang kuat minum air masak. Orang kata 25kg=1 liter. Betul ke fakta ni? So saya kena la minum 2 liter lebih sekurang-kurang nyaaa sehari. Tettt kantoi berat badan aku berapaaaaaa *tutup muka*

6. Makan ketika stress.

Haaa ni saya terkecuali rasanya hahahaha. Makan ketika sedih ada lah muehehhee. Lain kan lain kan sedih dan stress ni kan :p

7. Pengambilan karbohidrat berlebihan.

Nasi nasi nasii dan nasi dan nasi. Haa tekak den tekak melayuuu. So,nasi dan saya tak boleh dipisah kan. hahaha. Tapi orang kata nak bakar balik karbohidrat tu dengan senaman atau minum air masak banyak-banyak. So, saya pun cuba la sekarang ni bersenam naik turun tangga atau kat rumah-treadmill atau rajin sikit pergi bukit ekspo-jogging. Minum air masak banyak-banyak tu memang dari dulu saya amalkan.

8. Makan dengan kuantiti yang banyak.

Ni tengok mood. Tapi biasa mood selera makan saya tak pernah mengecewakan. Berselera sokmo hahahaha. Kekadang kena tahan nafsu la juga. Tapi erm ermmm most of the time, melantak je hahahha. Kbai.

9. Malas bersenam.

Okay sekarang ni den dah berazam nak bersenam tiap hari hahaha. Atleast setengah jam setiap hari. Chaiyok!

10. Makan lewat malam.

Ni jarang den buat so alhamdulillah hehee.


Apa pula kata anda? 


Thursday, October 22, 2015

October 22, 2015

ExchangeFeedGroup~EFGiers TERKINI!

ExchangeFeedGroup~EFGiers TERKINI!


ExchangeFeedGroup~EFGiers TERKINI!





EFGiers terkini!


Tiada penambahan ahli setakat ini. EFG-exchange feed group kini AUTO scheduled feed.


EFGiers yang disayangi lagi dihormati (saranghaeeyoo~!) :




Irra29


Anis23

Nani24 

Bonde37

Pcl42

Lya35

Ewan30 

Lela21

Dayah22

Kc22

Sha27

Aina18

CN29

Aami29

Mimin23

Syira19

Eny32

Ain33

FR28

Khaty32

Azi43

CikT35

KG33

Efa35

Mia28 

Angah20

Nizam31

Rara28

Sue37

Mas29

PapaG27

Acik25

Along21

Mai25

Yanie29

SA37

Amy23

Reena29

Ummul31 

Yoorin29

Lynda32

Zarin25

Mieza20

Zatie24

Yaya25

Shehan31 

Lisa26




Notalengan : Yang nombor kat hujung nama tu ialah umur masing-masing hehe. Ohhh saya yang Kc22 tu. KC tu sebenarnya stands for Kak Cik. Tapi nak tulis kakcik macam panjang sangat so tulis je KC. Nama kakcik tu memang nama panggilan saya dalam keluarga. Sepupu semua panggil saya dengan nama tu. Tapi ada jugak yang panggil keci, budak kecik, kak kecik, tecik, cik. Haa banyak nau nama panggilan den kan hahaha. Sayidah Napisah nama sebenar :) Maksud Sayidah Napisah : wanita/ketua perempuan yang berani. Muehehehe berani sangat kann~

Okayy membebel pula dok cerita nama sendiri pula kan hahhaa. Ohhh apa yang istimewanya EFG dan apa itu EFG sebenarnya, boleh pergi ke entri-entri berikut untuk mengetahui EFG dengan lebih lanjut :)


Tapi untuk makluman ye, EFG setakat ini tidak mengambil penambahan ahli lagi. :D