July 2016 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Friday, July 29, 2016

July 29, 2016

Shopping Online Di ezbuy.com Dengan Harga Serendah RM0.01!

Wahhh biar betul boleh shopping online di ezbuy.com dengan harga serendah RM0.01?! Betul ke shopping online di ezbuy.com jimat kerana banyak barang murah-murah? Macam tak percayaa je.. betul ke niii?

Shopping Online Di ezbuy.com Dengan Harga Serendah RM0.01!

Shopping Online Di ezbuy.com Dengan Harga Serendah RM0.01!
Shopping Online Di ezbuy.com !
Iyeeee betul! Shopping dua hari pun belum tentu cukup masa. Banyak sangat pilihan. Saya pun tak habis-habis lagi pilih mana satu barang yang nak dibeli. Bukannya apa... Banyak sangat barang yang lawa-lawa, yang menarik hati, yang haihhhh ..sampai pening lah mata ni tengok skrin laptop sebab khusyuk sangat selongkar barang-barang yang dijual di ezbuy.com tu.

Lagi-lagi kan sekarang ni ezbuy tgh buat sale tau. Haaa potongan harga hingga 97% off pun ada! Hampir setiap barangan di ezbuy ada diskaun sekarang. Baju-baju kasut-kasut bag-bag murah je saya ushar. Arghhh mana tak tension..saya rasa nak beli semua je. Haha. 

Okay lah kalau ragu-ragu lagi..cuci mata dulu dekat ezbuy.com. Banyak kategori barangan yang disediakan. Dari pakaian wanita, pakaian lelaki hinggalah barangan automatif dan elektrik. Semua adaa. Macam macam ada.

Bagi mereka yang minat style ala-ala Korea, teringin nak cuba fesyen Korea atau minat dengan barangan berunusurkan ciri-ciri Korea ke..haaa memang sesuai sangat lah membeli belah online di ezbuy.com ni. Perfecto! Perfect place! Perfect timing! Banyak barangan yang saya tengok ada fesyen Korea di situ. Memang cantik sangat. Harga pun cantik sebab tengah ada diskaun kan. Rugi tak grab peluang ni sekarang!

Para emak pun mesti syok shopping di ezbuy.com ni. Mana taknya..pelbagai peralatan dapur, barangan rumah dan benda unik boleh dijumpai di ezbuy.com ni.

Dan untuk pengetahuan anda..ada sesetengah barang yang ada harga shipping, ada sesetengah barangan yang RM0.00 shipping je. Jadi..membeli belah lah dengan bijak ye hehe.

Shopping Online Di ezbuy.com Dengan Harga Serendah RM0.01!
Barangan bag lawa-lawa dengan harga murah

Shopping Online Di ezbuy.com Dengan Harga Serendah RM0.01!
Jam-jam yang comel dan unik

Shopping Online Di ezbuy.com Dengan Harga Serendah RM0.01!
Baju style Korea

Shopping Online Di ezbuy.com Dengan Harga Serendah RM0.01!
Kad-kad yang kiut miut

Apa yang menarik lagi kan. Barang-barang di ezbuy.com ni kita boleh tengok dengan secara dekat tau. Kita boleh zoom in zoom out ke kiri ke kanan. Point out segala detail penting. Membuatkan kita boleh lihat lebih jelas dan lebih tahu sesuatu barangan tu bagaimana rupa dia.


Shopping Online Di ezbuy.com Dengan Harga Serendah RM0.01!
Zoom jangan tak zoom

Oh yeahhhhh! Jom serang ezbuy sekarang dengan klik sahaja di sini : www.ezbuy.com !

Ohooo sebelum tu.. ADA TAWARAN MENARIK! TAWARAN SANGAT MENARIK! JANGAN LEPASKAN TAWARAN MENARIK DI BAWAH INI!


  • Jika anda mendaftar (register) ezbuy di link ini:. http://bit.ly/EzbuyRM15 anda akan mendapat RM15 voucher selepas siap mendaftar.
  • Faedah tambahan : Tawaran 15% off yuran shipping dengan menggunakan promo code EZJUL15
  • Ada tawaran Prime Services yang menarik (30-day trial) iaitu yuran shipping hanya RM8.80 bagi unlimited saiz barangan dan berat. Boleh grab Prime Eksklusif di link ini : http://bit.ly/29RgV6v

Contact : 03-27803898
Email : supportmy@ezbuy.com
#ezbuymalaysia

Tuesday, July 26, 2016

July 26, 2016

MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN PROGRAM STAR

Apa itu Program STAR?

Program STAR (Scholarship Talent Attraction And Retention) adalah satu program yang membenarkan pelajar tajaan JPA berkerja dengan syarikat swasta yang terpilih bagi memacu usaha Program Transformasi Ekonomi (ETP) selain memenuhi syarat berkhidmat.

Apa fungsi STAR?


Fungsi STAR yang utama : bila JPA scholars kerja dengan swasta, ada beberapa proses & dokumendokumen yang diperlukan oleh JPA supaya pekerjaan uols boleh dikira sepadan dengan berkhidmat untuk kerajaan, sebagaimana rakan-rakan lain yang kerja kerajaan. Iaitu berdasarkan perjanjian biasiswa masingmasing. Proses utama ini dipanggil 'Regularisasi STAR'
Di samping itu:
-platform utk memudahcara graduan JPA dengan majikan berdaftar STAR bagi yang memerlukan. Kalau dpt kerja sendiri, beribu-ribu tahniah, itu yg terbaik. Dan kami akan tetap bantu utk Regularisasi STAR.

Bila boleh menyertai Program STAR?


Pemegang biasiswa JPA (bidang pengajian selain perubatan/pergigian/farmasi) adalah dikehendaki untuk menyertai program STAR hanya apabila telah melapor diri dan telah memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan dengan SPA yang mana terkemudian.

MAKLUMAT TAMBAHAN DAN MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN STAR:

MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN PROGRAM STAR
MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN PROGRAM STAR

(1) Pegawai SPA TalentCorp – ditukar kepada Pegawai TalentCorp

(2) Tambahan ‘FAQs’ berkenaan STAR adalah seperti di bawah:

a. Bolehkah pelajar berdaftar di STAR sekiranya status lapor diri di MySELF belum lengkap? Ini kerana terdapat dokumen lain lagi yang diperlukan selepas konvokesyen.

- Boleh

b. Bagaimana untuk mendatfar dengan STAR?

- Emel kepada sekretariat STAR (star@talentcorp.com.my) atau pegawai Talentcorp seperti berikut untuk proses pendaftaran selanjutnya:
o    Cik Halimatusaadiah:   03-8892 3880
o    Cik U’mi Nona:             03-8892 3863
o    Talian umum:              03-8892 3800

- Nanti mereka akan guide

c. Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar di bawah STAR?

- Graduan perlu mengemukakan bukti screen shoot Lapor Diri Myself dan permohonan 5 jawatan SPA yang setaraf

d. Adakah program STAR ni wajib bagi semua pelajar tajaan JPA..atau hanya yang nak bekerja under swasta sahaja? 

- Wajib bagi semua pelajar tajaan Biasiswa Persekutuan di bawah JPA. Pelajar pinjaman JPA tak perlu. Selepas menamatkan pengajian, lapor diri di MySelf, mendaftar dengan SPA dan kemudian mendaftar dengan STAR


e. Apakah tindakan yang akan dikenakan jika tidak mendaftar STAR?

- Bergantung kepada dasar / budibicara JPA dari semasa ke semasa

f. Jika pelajar tajaan JPA yang sambung master..adakah wajib daftar program STAR?

- Tidak perlu mendaftar STAR, tetapi wajib memohon penggantungan ikatan kontrak melalui Borang J5 (boleh ambil di laman website JPA)

g. Selepas daftar program STAR..kena tunggu ke..atau macam mana?

- Graduan digalakkan untuk memohon pekerjaan sama ada dengan majikan-majikan di Malaysia. Inisiatif secara proaktif sebegini dapat meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan dan memberi gambaran kepada majikan bahawa graduan benar-benar berminat untuk membina kerjaya dengan majikan tersebut. Dalam masa yang sama, majikan-majikan yang telah mendaftar di bawah STAR juga boleh mengakses resume / CV yang telah dimuatnaik ke portal STAR

(3)  GRADUAN JURUSAN FARMASI juga kini telah dibenarkan untuk menyertai program STAR dengan mengemukakan dokumen seperti berikut :
- Lapor Diri MySELF & permohonan di SPA
- Notifikasi emel yang memaparkan Nombor pendaftaran Provisionally Registered Pharmacy (PRP) melalui sistem BLESS di bawah Lembaga Farmasi Malaysia.
- Surat tawaran untuk menjalani latihan PRP di farmasi swasta yang terpilih (sekiranya sudah mendapat tawaran)

(4) Bagi graduan yang belum mendapat tawaran penempatan untuk menjalani latihan PRP, graduan boleh membuat permohonan PRP ke Listed recognised premises pharmacy seperti di yang tersenarai didalam laman sesawang LFM.



Jika ada sebarang kesulitan atau pertanyaan, boleh hubungi 03-8892 3823/019-669 7240 (Aznur dari sekretariat TalentCorp).


p/s: segala info di atas adalah daripada sekretariat TalentCorp sendiri. Harap maklum.


macam mana cara nak register STAR? boleh baca entri-entri di bawah, step by step:

PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN spa8i
Panduan Mengisi STAR 4.0 Scholar Template
done aktifkan akaun STAR!
STAR 4.0 Template vs Online Form STAR
July 26, 2016

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) CIMB GROUP WALK-IN INTERVIEW

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) CIMB GROUP WALK-IN INTERVIEW

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) CIMB GROUP WALK-IN INTERVIEW
Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) CIMB GROUP
Tarikh : 

27 Julai 2016
29 Julai 2016
1 Ogos 2016
3 Ogos 2016

Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : 

CIMB Bank,
Tingkat 18, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur, Malaysia
(Landmark : Bersebelahan Pusat Membeli-Belah SOGO)

Dokumen-dokumen yang wajib dibawa (salinan dan asal):

(1) Resume yang telah dikemaskini
(2) Sijil ijazah Sarjana Muda dan transkrip peperiksaan. Jika tidak menghadiri majlis konvokesyen lagi, boleh bawa surat pengesahan pelajar tahun akhir daripada pihak Universiti. Itu pun sudah mencukupi.
(3) Sijil Diploma dan transkrip peperiksaan (jika berkenaan)
(4) Sijil SPM
(5) Satu (1) salinan IC (depan dan belakang pada halaman yang sama)
(6) Satu (1) gambar saiz passport (background putih)


**Candidate yang berjaya akan dibayar elaun bulanan di sepanjang tempoh program
**Program akan bermula pada 15 Ogos 2016

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) CIMB GROUP WALK-IN INTERVIEW
Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) CIMB GROUP 2016
July 26, 2016

ikhlaskah dari hati?

02:41am

Hmm tak boleh nak tidur. Maka..marilah kita berborak seketika. Hmm satu topik. Keikhlasan. Ikhlas. 

Pernah tak kekadang kita meragukan keikhlasan seseorang? Oh tak perlu fikir orang lain la kan.. pernah tak kita ragu dengan keikhlasan kita sendiri? Berapa kali aku ikhlas. Berapa kali aku tak ikhlas, sekadar mengambil hati, sekadar hendak menunjuk, sekadar.. sekadar penipuan pembohongan semata. Berapa kali aku cuba untuk mengikhlaskan diri. Berapa kali aku mahu jadi insan yang ikhlas dengan benda dan manusia di sekeliling.

Ada juga kadangkala kita merasa tidak pasti dengan keikhlasan orang sekeliling kita, orang yang berdekatan dengan kita, orang yang berhubung dengan kita. Hmm kekadang kita tak tahu pun betul ke tak mereka ikhlas. Bermula lah episod rasa insecure a.k.a tidak selamat bila keikhlasan seseorang telah diragui.

Bagaimana pula rasa jika keikhlasan kita yang suci murni diragui? Pasti rasa sakit yang tidak boleh dibayangkan. Rasa teraniaya. Rasa bersalah. Rasa...rasa yang tidak indah yang pasti.



Puisi ikhlaskah dari hati?                                                                                                         
Segala yang kau tunjuk..
Perbuatan yang kau persembahkan..
Rasa yang kau hidangkan..
Prasangka yang kau fikir..
Keakraban yang kau pamerkan..    
Kemaafan yang kau pinta..                     
Kebaikan yang kau tonjolkan..
Nasihat yang kau beri..
Luahan yang kau muntahkan..
Pendapat yang kau ketengahkan..  
Cerita yang kau kongsi bersama..
Penampilan yang kau hiaskan...
Rahsia yang kau sembunyikan..

ikhlaskah dari hati?


#siscubabuatpuisisendiri
hahaha

Goodnyte.

03:20am 

Thursday, July 21, 2016

July 21, 2016

Dear No One

Dear No One Lyrics - Tori Kelly

Dear No One Lyrics - Tori Kelly
Dear No One lyrics
I like being independent
Not so much of an investment
No one to tell me what to do
I like being by myself
Don't gotta entertain anybody else
No one to answer to

But sometimes, I just want somebody to hold
Someone to give me the jacket when it's cold
Got that young love even when we're old
Yeah sometimes, I want someone to grab my hand
Pick me up, pull me close, be my man
I will love you till the end

So if you're out there I swear to be good to you
But I'm done looking, for my future someone
Cause when the time is right
You'll be here, but for now
Dear no one, this is your love song
Oooo-ohoh

I don't really like big crowds
I tend to shut people out
I like my space, yeah
But I'd love to have a soulmate
And God'll give him to me someday
And I know it'll be worth the wait, oh

So if you're out there I swear to be good to you
But I'm done looking (But I'm done looking), for my future someone
Cause when the time is right
You'll be here, but for now
Dear no one (dear nobody), this is your love song 
Oooo-ohoh

Sometimes, I just want somebody to hold
Someone to give me the jacket when it's cold
Got that young love even when we're old
Yeah sometimes, I want someone to grab my hand
Pick me up, pull me close, be my man
I will love you till the end

So if you're out there I swear to be good to you
But I'm done looking (But I'm done looking), for my future someone
Cause when the time is right
You'll be here, but for now
Dear no one (dear nobody), this is your love song (this is your love song)

Dear no one, no need to be searching, no
Dear no one..
Dear no one..
Dear no one, this is your love song.



Lagu ni dah lama dah 2 tahun lepas. Tapi saya first time dengar awal bulan Julai haritu. Saya dengar lagu ni bukan dari penyanyi asal tapi oleh penyanyi Jeon Jungkook (ahli group korea Bangtan Boys, BTS) ft V di Osaka. Memang best dan merdu la suara dorang time cover lagu ni. Lepastu, cari la video penyanyi asal lagu Dear No One ni. Memang best lah! 

Ohh kalau nak dengar lagu ni.. boleh pergi SINI (penyanyi Tori Kelly) atau SINI (cover by Jungkook BTS ft V).

Selamat mendengar! 
July 21, 2016

2 OKTOBER 2016, HARI DATUK DAN NENEK (Grandparents Day) !

Yang selalu kita raikan setiap tahun : 8 Mei Hari Ibu, 16 Mei Hari Guru. Pernah tak kita raikan hari datuk dan nenek a.k.a grandparents day di Malaysia ni? Tak pernah kan? Saya baru dapat tahu haritu kerajaan mengisytiharkan bahawa pada Ahad pertama Bulan Oktober setiap tahun disambut sebagai Hari Datuk Dan Nenek. Jika tahun lepas... 4 Oktober 2015 tapi tahun ni 2 Oktober 2016 rakyat Malaysia celebrate grandparents day ni.

2 OKTOBER 2016, HARI DATUK DAN NENEK (Grandparents Day) DI MALAYSIA


2 OKTOBER 2016, HARI DATUK DAN NENEK (Grandparents Day) !
HARI DATUK DAN NENEK
So..Ahad pertama bulan Oktober tahun ni --> 2.10.2016 officially menjadi hari datuk dan nenek di Negara Malaysia. Tak semestinya wish pada atuk nenek je. Kalau ada moyang lagi pun boleh wish selamat hari datuk dan nenek kepada beliau.

Saya dah tak ada datuk dan nenek dah. Belah abi dah takde, belah umi pun dah takde. Jadi..pada siapa yang masih lagi mempunyai atuk dan nenek di kampung tu,moh le appreciate mereka dengan meraikan mereka pada 2Okt ni. Bukan bermaksud hari lain kita tak menghargai mereka. Tapi konsep dia sama lah macam Hari ibu, Hari Bapa dan Hari Guru kan. Hari lain memang kita appreciate mereka. Tapi pada hari special ni lah..apa salahnya kita wish selamat hari dot dot dan menggembirakan mereka in a special way pada hari special tersebut. Tambahan lagi.. Kita pun dapat pahala dengan membahagiakan orang yang telah banyak berbakti kepada kita :)

Okayy..jangan lupa 2 Oktober 2016 ni hari datuk dan nenek ye!

Wednesday, July 20, 2016

July 20, 2016

what's a soul mate?

Apakah yang dimaksudkan dengan soul mate? Soul mate = teman sejiwa. Adakah maknanya.. teman yang sesuai dengan jiwa kita? Teman yang satu jiwa dengan kita? Teman yang memenuhi kekosongan jiwa kita? Teman yang sehati sejiwa seraga sebakul dengan kita? Dan..adakah anda sudah mempunyai SOULMATE?

what's a soul mate?

what's a soul mate?
what's a soul mate?
credit foto : www.selfhelpexplained.com
Soulmate...
it's like a best friend but more
it's the one person in the world who knows you better than anyone else
that someone who makes you a better person
actually they don't make you a better person, you do that yourself
because they inspire you

a soulmate is someone who can carry with you forever
it's the one person who knew you, and accepted you
and
believed in you before anyone else did
or when no one else would

and no matter what happens
you'll always love them

nothing could ever change that.

what's a soul mate?
soulmate; credit foto : www.playbuzz.com

I want you to promise me something
if you love someone,
you tell them

even if you're scared that it's not the right thing
even if you're scared that it'll cause problems
even if you're scared that it will burn your life to the ground

you say it
you say it loud
and you go from there.


Tettttt. Okay ayat-ayat english di atas tu bukan ayat saya tapi saya ambil dari youtube ye. Dari movie. Hmmm sooo berdasarkan dari ciri-ciri soulmate a.k.a teman sejiwa di atas..adakah anda sudah menjumpai menemui soulmate dalam hidup anda? Jeng jengggg jengg.

Soul mate ni tak semestinya pasangan/partner/suami/isteri in your life je. Soul mate juga boleh memberi definisi sahabat baik, sahabat akrab, rapat dan sahabat sejemah dengan anda. Ataupun kaum keluarga, adik beradik anda. 

Bilangan soul mate dalam hidup anda boleh jadi satu, dua, tiga dan empat..tiada apa ku dapat bersamamu hanya penat..mereka tidak bisa berkata apa *lirik lagu Ruffedge* 
krik krikk~ Hahaha

Yeap. soul mate nama pun teman sejiwa kan. So..soul mate ni adalah orang yang boleh terima kita seadanya. Boleh percaya kan kita walau apa pun terjadi. Sentiasa support kita. Boleh membuatkan kita jadi manusia yang lebih baik. Bukan sebab dia yang jadikan kita menjadi lebih baik. Tapi kita sendiri yang jadi lebih baik kerana pengaruh dan juga inspirasi dari mereka.

Hmm best jugak kan kalau ada orang dalam dunia ni yang anggap kita soul mate mereka. Yelahh best lah kan dapat beri inspirasi dekat seseorang tu lepas tu daripada inspiration tu dapat merubah dia menjadi lebih baik. Kan kann. :)

Okayy chiow! 
Wassalam.


Baca juga entri :

Tuesday, July 12, 2016

July 12, 2016

terrrrbau bau wangi .. pukul 4 pagi

terrrrbau bau wangi .. pukul 4 pagi

terrrrbau bau wangi .. pukul 4 pagi
credit to : www.tumblr.com
Saya jenis yang stay up setiap malam. Jenis yang suka tidur lambat. Mungkin dah berjangkit dengan tabiat tu time study dekat UPM. So, saya memang jenis dah biasa sorang-sorang terjaga lewat-lewat malam 2,3 pagi macam tu sementara orang lain dah tidur. Okay jela. Sebab dah biasa kan.

Semalam. Kira pagi tadi lah kan. 
Tengah-tengah syiokk tengok laptop, online youtube, layan show BTS (group boy korea).
Tiba-tiba terbau wangi.
Aikk pelik dah. Bau apa pula ni. Cuba bau bantal bau baju...tak ada pula bau tu. 
Tengok jam pukul berapa. Nak dekat pukul4 pagi dah. Okayy...
Orang kata..kalau tetibe bau wangi ni..orang kata..'benda ghaib' tu ada. Okayy..
Okay cuba tenangkan hati jiwa raga bakul semua.
Pastu bau wangi lagi. Bau yang sama. Adoiii. Dah la time tu saya tutup lampu bilik. Biasanya buka je.
Okay cuba tenangkan lagi hati ni. Muka rileks je padahal heart ai ni debau debau dup dap dup dap macam nak meletop dah hahaha.
Saya cuba pandang sekeliling. Cuba cari bau tu dari mana. Hidung ni dah kembang kuncup kembang kuncup bau bantal saya or patung bear saya ke bau wangi tu. Tapi hampeh bukan.

Hmmm..pastu buat muka rileks tutup youtube. tutup laptop. sempat la bukak tukar charger kat plague. Slow-slow baring kat tilam. Hahaha. 
Baca doa tidur. Sumbat earphone kat telinga, layan klip video lagu jap bagi hilang debar dan tak nak fikir sangat benda tu.
Yela kalau fikir sangat pun lagi rasa takut nanti.

Tengah-tengah positifkan diri sendiri tu hahaha, pastu bau lagi. Hish sabo jelaahh. Cuba beranikan diri tengok sekeliling. Tengok tingkap kat sebelah sekilas. 
Okay tak nampak pape okay lah tu hahaha.

Baguslah. Biar bau je, jangan kau muncul sudah. hahaha. 

Pastu saya tawakal je dan tak fikir sangat benda bau wangi tu. Pastu tertido pukul berapa entah.

Tu jelah ceritanya. 
Pelik jugak. Sebab sebelum ni tak pernah kena. 
Hmmm.. Mungkin nak suruh saya tidur kot hahaha.

Goodnite semua. Adios, wassalam!

Baca juga entri seram:
July 12, 2016

misi mencari kerja

Dah habis belajar bulan lepas.makanyaaaaa kena cari kerja lah kan. Dah takmo sambung master, makanya kena lah cari jawatan kosong terkini mana-mana bulan Julai punya. Setelah berehat dan menternak lemak time puasa haritu, inilah masanya kena start misi yang satu ni (selain misi menguruskan badan yang hmm bila nak berjaya ni =.= ) iaitu misi mencari kerja. Iye misi mencari kerja! Misi ini telah saya jalankan pada hari......
kelmarin. Ke ..semalam? Hahhahaa.

misi mencari kerja

misi mencari kerja
misi mencari kerja
p/s:moga dipermudahkan :)
Disebabkan saya mengambil ijazah dalam bidang matematik. makanyaa peluang kerjaya tu dalam bidang tu juga la kan. So, kerja such as cikgu, pensyarah, tutor, guru tuisyen, guru ganti dan sewaktu dengannya memang sesuai sangat la dengan bidang saya ni. Kerja kat bank pun boleh apply juga sebab ada kira-kira kan. Tapi kelayakan bank ni more to finance/accounting. Eventhough saya ada ambil 4 semester subjek akaun, tapi still major stsudies saya bukan akaun, so macam tak boleh nak apply juga kan.

Research assistant (RA) pun ada sorang akak blogger ni suruh try minta jugak. Bila ditanya macam mana nak cari jawatan kosong RA ni. Katanya..pergi ke website Universiti tu sendiri dan cari kat situ under penyelidikan. Saya tak try lagi ni. Tapi bakal try ushar nanti.

Semalam ada sorang kawan rapat tu beri screenshot kata ada kat Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban.. ada tengah cari guru ganti Matematik [siapa berminat, boleh terus ke pejabat sekolah, 067630388]. Memang menarik tawaran ni. Tapi sekolah sains tu semua student lelaki hahaha. So, saya macam tak berani sangat. Bukan takut apa. Takut tak boleh handle hahaha. So..hmmm abi umi suruh apply sebab yela as a experience mengajar kan. Atleast kalau mengajar kejap kat situ ada juga pengalaman mengajar. Tapi..tu lah confidence level nak mengajar kelas yang semuanya lelaki and in fact sekolah lelaki macam ermm ermmm. takpe kot. taknak kot hahaha.

Lepastu.. malam semalam ada juga cari-cari jawatan kosong yang berkaitan bidang Matematik pendidikan kan. Contohnya jobstreet, jobmalaysia.. tapi hmmm ada yang minta syarat kelayakan yang ada experience 1,2 tahun lah. Ada yang 3 tahun lagi. 
Ada yang syarat kena fluent in English & Mandarin lah. Adoiii den dah la tak pernah belajar bahasa Mandarin. Plus, tak fasih mana pun English kan. Setakat menulis English tu boleh la juga. 

Lepastu saya tengok banyak jawatan kosong terkini 2016 punya yang..

1. ada yang sesuai dengan kelayakan saya tapi dah close dateline pulakkk!
2. tak banyak pun kerja kosong yang memerlukan dalam bidang Matematik. Banyak yang Engineering, Accounting, Finance
3. jauh bebeno lokasi nya dari rumah saya. 
4. kerja full time. saya kalau boleh nak part time kot. sebab sambil-sambil tu cuba nak cari peluang kerja tetap yang gaji lebih masyuk & lebih menjamin.

So... as a conclusion..Moh le kita update resume/CV kasik cantik kasi mantop kasik baguih dulu~! Hahahaha. 


List website yang boleh ushar Jawatan Kosong Terkini 2016 bagi semua bidang: