December 2016 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Friday, December 30, 2016

December 30, 2016

permasalahan berkait dengan solat jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Harini hari Jumaat, penghulu segala hari. Apa benda yang selalu dikaitkan dengan hari Jumaat? Yeap! Solat jumaat. Okay, walaupun saya tak pernah solat Jumaat hehe, tapi nak share jugak info tentang permasalah berkait dengan solat Jumaat. Sebab, bagi saya, mungkin ramai yang di luar sana tak tahu tentang permasalahan berkait dengan solat Jumaat di bawah ini dan memandang enteng atas permasalahan tersebut. Takmo takmo. Jangan begitu. Solat Jumaat ni wajib bagi para lelaki tau (kecuali bagi yang mengalami keuzuran atau darurat), so wahai kaum Adam sekalian, janganlah pandang sebelah mata je hal-hal dan kemusykilan yang berkaitan dengan Solat Jumaat ni. Kena ambil tahu dan praktikkan. Baru la macho!

permasalahan berkait dengan solat jumaat


permasalahan berkait dengan solat jumaat
permasalahan berkait dengan solat jumaat
credit image: Tumblr
1. Jika makmum langsung tidak sempat bersama imam walau satu rakaat solat Jumaat, maka dia tidak mendapat fadhilat berjemaah.

Sebagai contoh, makmum sempat mengikut imam sebelum imam salam.  Dalam keadaan ini, dia wajib meneruskan solatnya menjadi empat rakaat selepas imam memberi salam kerana ia menjadi solat Zuhur dengan sendirinya. Dia tidak perlu berniat solat Zuhur semula. 
(Lihat Zain ath-Tholib, 1/165, 204)

2. Seseorang yang sedang musafir menjamak qasar solatnya untuk solat Zuhur dan Asar pada hari Jumaat, boleh solat Jumaat berjemaah dengan jemaah lain. Kemudian dia akan solat lagi solat Asar secara qasar jamak taqdim selepas itu.

3. Bagi mereka yang wajib solat Jumaat, haram bermusafir selepas fajar (iaitu masuk waktu Subuh) pada hari Jumaat, kecuali jika dapat melakukan solat Jumaat dalam perjalanannya atau di tempat yang dituju.

4. Makmum yang sempat mengikut satu rakaat imam dalam solat Jumaat, wajib niat solat Jumaat. Setelah imam memberi salam, dia hendaklah berdiri melengkapkan rakaat yang kedua. Surah al-Fatihah dan surah selepasnya dibaca jahar (nyaring).

Pahe dop? Hehehe.

Maklumat di atas ni thanks to my pakchu (ustaz) share!

Secara kesuluruhannya, saya baru tahu tentang no.1 dan no.3 tu. Yang paling terkejut nombor 3 tu. Ohhh maksudnya kalau bertolak dari rumah untuk musafir selepas solat Subuh, para lelaki kena make sure lah menunaikan solat Jumaat dalam perjalanan musafirnya atau di tempat yang dituju. Jangan tak solat Jumaat pulak. Tapi... kalau bertolak dari rumah (untuk tujuan musafir) sebelum Subuh, boleh la tak solat Jumaat. Haaa gituuu~

Okay daaa~semoga mendapat ilmu yang bermanfaat daripada entri ini. Wassalam :)

permasalahan berkait dengan solat jumaat
permasalahan berkait dengan solat jumaat
credit image: Google
Baca juga:

Thursday, December 29, 2016

December 29, 2016

tanda-tanda anda sedang jatuh cinta

Siapa kat dunia ni tak pernah jatuh cinta angkat tangannn! Okay tak nampak pun ehe. Saya pernah jatuh cinta? Mestilah pernah haha. Ataupun sedang jatuh cinta? Wuuu.. Biarlah rahsiaaa uhuk uhuk. Okayyy, biasa lah kadang-kadang si perempuan tak tahu dia sedang jatuh cinta dengan si lelaki. Si lelaki pula tak tahu yang dia rupanya ada hati dengan si perempuan tu. Tapi tak tahu. Atau tak sedar. Atau buat-buat tak tahu? Tapi, apa-apa punnnn.. jika 11 tanda-tanda anda sedang jatuh cinta di bawah ni ada pada diri sendiri, faham-faham sendiri lah. Okay, jom baca tanda-tanda anda sedang jatuh cinta!

tanda-tanda anda sedang jatuh cinta


tanda-tanda anda sedang jatuh cinta
tanda-tanda anda sedang jatuh cinta
1. Anda akan baca message dia berulang-ulang kali tanpa jemu
2. Anda akan berjalan dengan perlahan bila anda dengan si dia.
3. Anda akan berpura-pura malu bila anda bersama dengan dia.
4. Bila anda terfikirkan di dia, jantung anda dup dap dup dap.
5. Anda akan tersenyum tanpa sebab munasabah apabila anda dengar suara si dia.
6. Apabila anda pandang si dia, anda tidak hiraukan orang lain.
7. Anda mula mendengar lagu genre slow (romantik).
8. Si dia lah yang selalu bermain di kotak fikiran anda.
9. Anda suka dengan bau si dia.
10. Anda sedar yang anda sentiasa tersenyum ketika memikirkan si dia.
11. Walaupun tiada nama yang disebut secara spesifik, anda sedang memikirkan si dia apabila anda baca no.1-10 ;)

tanda-tanda anda sedang jatuh cinta
tanda-tanda anda sedang jatuh cinta
Haaa amacam? Nombor berapa yang mengena? No berapa yang paling menusuk ke dalam jantung? Paling terkena mesti no.11 kan? Muaahhaha. Tepuk dada, tanya lah siapakah gerangan membuat taman bunga di hati ye dak? Hehe. 

December 29, 2016

pertama kali cashout Nuffnang ~ RM529.55

Assalaumualaikum dan selamat sejahtera semua! For your information, saya start daftar Nuffnang ni pada 7 Februari 2015 yang lepas. Sejak 7 Feb 15 sehingga sekarang saya tak pernah cashout lagi walaupun dah agak banyak. Sebab malas+takut+nak kumpul banyak-banyak dulu. So, saya decide nak tunggu earnings cecah RM500 baru saya cashout. Tapi semalam saya tengok dah terlebih haha. Apalagi, saya terus cashout. Excited!

Tapi ada orang kata, amount yang kita cashout kekadang tak sama dengan amount yang kita dapat nanti. Wallahualam. Sebab saya tak pernah cashout, so saya tak tahu menahu. Ada lagi orang kata, nak tunggu cheque dari Nuffnang sampai ke tangan kita memang lama bebeno. Ambil masa dalam beberapa bulan juga. Ermm takpelah. Tak kisah lah, yang penting ada juga hasil dari Nuffnang ni ehhe Alhamdulillah :)

Ohh, kalau pada sesiapa tak tahu cara nak cashout dari Nuffnang, meh saya ajar. Sonanggg yo.

cara cashout earnings Nuffnang


1. Login akaun Nuffnang > pergi ke bahagian Earnings > Klik button 'Cashout'

pertama kali cashout Nuffnang ~ RM529.55
pertama kali cashout Nuffnang ~ RM529.55
2. Bila klik cashout, akan keluar seperti gambar di bawah ni. Then, check maklumat (nama&address) betul ke tidak. Kalau betul, klik button 'Confirm'.

pertama kali cashout Nuffnang ~ RM529.55
pertama kali cashout Nuffnang ~ RM529.55
3. Tidak lama kemudian, akan muncul seperti gambar di bawah. Kemudian, Earnings Nuffnang akan jadi RM0.00.

pertama kali cashout Nuffnang ~ RM529.55

Done settle!

So... sekarang kena laa berusaha balik untuk tingkatkan earnings Nuffnang haha. 
By the way, bawah ni ada sesi sharing is caring sikit tentang Nuffnang. Bacalah :D

Okay adios~!

Baca juga:

Wednesday, December 28, 2016

December 28, 2016

bersungguh jawab soalan matematik, rupanya... =.=

Alkisah... semalam kakak ipar hantar 1 gambar soalan matematik di group whatsapp family. Kata nya, dia cuba selesaikan tapi tak dapat. Dia dah selesaikan dan dah dapat jawapan, tapi tak sama dengan jawapan sebenar. Den pun pelik. Aikkk, susah sangat ke soalan maths ni? Meh nak ushar. Nak tengok susah sangat ke kan. Ni soalan dia:


bersungguh jawab soalan matematik, rupanya... =.=
soalan 'KBAT'
Kakak ipar saya teka jawapan dia 15. Saya teka jawapan dia 25. Korang?

Jalan kira

3 cup cawan air = 30, maksudnya 1 cup = 10

1 cup air + 2 burger = 20, maksudnya: 
10+2B=20
B=(20-10)/2
1 Burger = 5

1 burger + 2 fries = 9, maksudnya:
1B+2F=9
5+2F=9
F=(9-5)/2
1 Fries = 2

1 burger + 1 fries X 1 cup 
= 5 + 2 X 10 
= 5 + 20 
= 25.

So, 25 la kan jawapan dia? Tapi kak ipar saya kata salah. Ohmaiiii! Which part yang saya salah? Banyak kali tau saya kira. Dan banyak kali tu jugak la saya dapat jawapan yang sama, iaitu 25. Korang pun dapat 25 kan? Kan?

Ke korang dapat jawapan lain?

Apa jawapan yang korang dapat? Meh tunjuk sikit.

Frust tertonggeng-tonggeng iolss tau haha sebab tak dapat jawapan sama dengan jawapan yang betul.

Rupanya... jawapan dia: 9.45.

bersungguh jawab soalan matematik, rupanya... =.=
Spicy Chicken McDelux RM9.45 =.=
=.= 
=.=
=.=
Sabau jelaaa hahaha! Kbai.
December 28, 2016

lelaki ni simple?

Ada orang kata lelaki ni simple dan perempuan complicated. Lelaki mudah difahami dan perempuan sukar untuk difahami dari segi perkataan&tingkah laku. Lelaki tak banyak songeh dan perempuan terlalu banyak pantang larang. Lelaki lebih relaks dan perempuan cepat melatah. Lelaki tak ada perasaan dan perempuan mudah emosi. 

Tu orang kata laa, bukan saya kata haha. Tapi bagi saya, kalau perbandingan dan kontra di atas ni betul, ianya tak menjadi satu kesalahan pun. Kontra tu bagus. Kontra tu menarik. Kontra tu mewujudkan lagi warna warni kehidupan. Yela, cuba kalau both lelaki dan perempuan sifatnya sama serupa? Tak best la kan? Boringgg~ haha. That why, Allah ciptakan lelaki dan perempuan ni berbeza-beza. Saling melengkapi. Kerana.. Allah lebih Mengetahui apa yang kita tak tahu. :)

lelaki ni simple?

lelaki ni simple?
lelaki ni simple?

Lelaki ni simple.

Kau yang perempuan jangan kacau dia time:
1. kerja
2. lepak dengan member
3. main game

No.3 paling bahaya!

sumber: zahier aiman

lelaki ni simple?
lelaki ni simple?
Nak tak nak, kita orang perempuan memang kena setuju dengan statement atas ni. Well, lelaki lebih memahami kaum sejenis dia kan? So memang jangan kacau lelaki dalam 3 situasi di atas ni ye. Nanti bukan apa, kalau kita kacau... Kita yang sedih+frust+kecewa. Sebab sama ada kena marah atau tidak dilayan hahaha. Betul tak?

Baca juga:

bolehkah lelaki dan perempuan berkawan baik?
cara berkomunikasi dengan lelaki/perempuan yang pendiam
perempuan lebih mampu multitasking berbanding lelaki?

December 28, 2016

cara mudah mandi wajib dengan sempurna

Di Radio Ikim.fm, ada seorang Ustaz ni cerita. Beliau pernah mengkaji di sebuah sekolah. Kajian mendapati lebih 50% para lelaki di sekolah tersebut tidak menunaikan solat fardhu kerana tidak pernah mandi wajib selepas baligh. Sebab apa tak mandi wajib? Sebab mereka tak tahu cara mandi wajib macam mana.

Nampak tak? Nampak tak betapa nazaknya pengetahuan remaja pada zaman sekarang tentang cara mandi wajib yang simple je pun? Nauzubillah.  Tapi..Tak perlu lah kita menyalahkan mereka seratus peratus ke pundak bahu mereka, kerana kita sendiri tahu didikan pertama yang anak-anak dapat adalah dari rumah. So, marilah kita belajar cara mudah mandi wajib dengan sempurna supaya kita boleh mengajar ilmu tersebut pada generasi sekarang yang tidak tahu dan yang akan datang.

cara mudah mandi wajib dengan sempurna


cara mudah mandi wajib dengan sempurna
cara mudah mandi wajib dengan sempurna 
Soalan: Apakah cara mandi wajib yang sempurna wahai ustaz?

Jawapan (ustaz azhar idrus): 

Mandi wajib ni dia ada dua. Yang pertama, sah. Yang kedua, afdhal.

Macam mana sah? Ratakan air pada semua anggota badan berserta dengan niat.

Nak sempurna? Contoh terbaik : yang Nabi buat. Macam mana? Mulakan dengan istinjak dan bersih najis. Kemudian, Nabi membasuh tangan. Kemudian, Nabi meletakkan air di atas kepala 3 kali (berserta dengan niat) dan membasuh badan bahagian kanan dulu 3 kali dan membasuh bahagian kiri 3 kali. Haaa tu lah yang sunat dan afdhal. Tapi kalau nak sah, sekali (basuh 1 kali) sudah memadai.

Nak sunat lagi.. maka kita ambil wuduk sebelum mandi wajib. (kerana) Nabi ambil wuduk. Lepas ambil wuduk, baru Nabi mandi junub.

Done!

**maksud istinjak: membersihkan tempat keluar najis iaitu qubul (zakar/faraj) dan dubur  dengan air mutlak selepas membuang air kecil (a.k.a kencing) atau air besar (a.k.a berak). Sekiranya tiada air, boleh juga guna benda-benda kesat seperti batu (3 biji batu), daun kering, kulit kayu, tisu.

Haaa mudah je kan cara-cara mandi wajib?

Semoga bermanfaat! Wassalam~

Tuesday, December 27, 2016

December 27, 2016

cara paling mudah tampal lencana sekolah tanpa perlu jahit

Pejam celik pejam celik nak masuk awal Januari 2017 dah. Mesti ramai ibu bapa dah settle kan urusan barang peralatan sekolah seperti baju, beg, kasut, botol air, pensel box, bekal makanan dan buku-buku untuk kemasukan sekolah sesi baru nanti kan. Haa dah tampal lencana sekolah di baju atau tudung sekolah ke belum? Kalau nak tahu, ada cara paling mudah tampal lencana sekolah tau. Tanpa perlu jahit pun. Guna gam uhu saja! Jom kita belajar cara paling mudah tampal lencana sekolah di bawah.


cara paling mudah tampal lencana sekolah tanpa perlu jahit


cara paling mudah tampal lencana sekolah tanpa perlu jahit
cara paling mudah tampal lencana sekolah
credit image: ohsempapa.blogspot.com
Kalau dulu time saya sekolah, umi saya lah yang akan menjahit lencana sekolah saya di tudung sekolah. Al-maklumlah umi saya seorang tukang jahit. Sampai sekarang pun umi still menjahit baju kurung, langsir, baju sekolah dan tudung sekolah pun umi boleh jahit. Kalau nak tempah, boleh call 0122727987/0172008642 anytime kay? 
*sempat lagi promote bisnes jahit umi haha*

Okay, so jom kita tengok macam mana cara mudah tampal lencana sekolah yang orang duk perkatakan ni. Pada ibu bapa yang tak tahu cara nak jahit badge sekolah anak atau tiada mesin jahit ke, boleh la guna cara yang simple ni. Tak perlu lah lagi pergi hantar ke kedai jahit.

cara paling mudah tampal lencana sekolah tanpa perlu jahit
cara paling mudah tampal lencana sekolah tanpa perlu jahit
Alat-alat
1. kertas tebal/cardboard/manila kad, 
2. gam uhu, 
3. lencana sekolah, 
4. kain kecil/sapu tangan yang dibasahkan
5. Seterika

Cara-caranya:

1. Letak kertas keras di dalam poket baju sekolah (jika tudung, letak di bahagian dalam bawah lencana) - bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Sapu gam uhu pada bahagian belakang lencana/tag nama, kemudian lekatkannya di depan poket mengikut susunan/kedudukan yang betul.
3. Letak kain yang telah dibasahkan di atas lencana itu.
4. Kemudian, iron kan sahaja atas kain tersebut. Seterika kain basah tadi dan pastikan ia mengenai lencana. Tekapkan dan gosok sehingga lencana melekat. 
*Mungkin semasa seterika tu akan berasap-asap, dont worry jika itu yang berlaku. Itu sekadar tindak balas apabila menggosok kain basah.
5. Angkat kain dan alihkan kertas keras tersebut keluar.

Tadaaa siap! Yeay!

Okay by the way, honestly saya tak pernah buat cara di atas. Saya pun baru tahu step-step ni haha. Tapi ada ramai yang dah try buat dan memang menjadi. Kira dah banyak testimoni positif. Masuk mesin basuh pun tak tanggal. Tapi kalau tertanggal selepas beberapa bulan, boleh buat cara yang sama di atas. 

Saya recommend cara mudah ni. Boleh la share cara ni dengan kawan-kawan atau saudara yang mempunyai anak yang masih sekolah hehe. Moga bermanfaat.

Thats all~adios!
December 27, 2016

the scary things tentang gula

Never Be SICK Again - Dr Raymond Francis


never be sick again
the scary things tentang gula
(Never Be Sick Again)
Dr Raymond Francis telah menulis 4 buah buku :
1. Tidak pernah sakit lagi (Never Be SICK Again), 2002
2. Tidak pernah menjadi gemuk lagi (Never Be FAT Again), 2007
3. Tidak pernah lagi takut kanser (Never Fear CANCER Again), 2011
4. Tidak pernah merasa tua lagi (Never Feel OLD Again), 2013

Doktor tersebut menulis buku itu setelah meneliti dan sakit, yang para doktor lain pun menyerah dengan penyakitnya.

the scary things tentang gula
Dr Raymond Francis
1. Jauhi gula selamanya, ditambah dengan berolah raga dan mengatur pola makan secukupnya.

2. Gula penyebab influenza

3. Makan sesudu gula menurunkan imuniti tubuh 50%

4. Minum segelas Cola menurunkan imuniti tubuh 6-8 jam kerana cola mengandungi banyak gula

5. Gula penyebab alzeimer

6. Gula merupakan makanan bagi sel kanser dan sebagai pencegahan serta penyembuhannya adalah dengan menghindari gula

7. Gula penyebab segala penyakit jantung

8. Gula penyebab bertambahnya berat badan

9. Gula penyebab penimbunan lemak

10. Segala penyebab penyakit manusia ada hubungan dengan gula

11. Doktor Raymond berkata : para ayah melarang anak-anak mereka merokok dan minum alkohol tetapi memberikan manisan-manisan yg lebih berbahaya daripada rokok dan alkohol

12. Kesimpulannya - tinggalkanlah gula

Sumber: whatsapp

No. 11 tu saya macam tak sure je. Bukan ke rokok dan alkohol lebih bahaya dari gula? Hahaha. Entah la. By the way, gula ni boleh je kita nak consume. Tapi jangan ambilnya dalam amount yang berlebihan. Badan kita memang perlukan gula pun, tapi jangan lah sampai melebih-lebih. Nanti siapa yang susah? Kita juga.

Saya ni pun hampir setiap hari macam dah jadi kewajipan untuk minum air manis. Tapi ada masa tak ada hati nak buat air manis. Tapi most of the time, rasa nak benda manis tu memang macam dah ketagih haha. Thats why kena jauhinya untuk elak rasa ketagih tu.

Tapiiii.. saya ni tak mampu laa nak kawal 100% tak makan/minum manis. Sesungguhnya den insan yang lemah haha. So, saya pun ada la buat workout setiap petang. Untuk cover balik.

Okay thats all, semoga info ini bermanfaat! Adios!

Friday, December 23, 2016

December 23, 2016

"balik-baik hitam. balik-balik hitam. tak ada warna lain?"

"Hitam itu menawan". Benarkah? Betulkah? Setujukah? Jawab dalam hati la ye hehe. Untuk pengetahuan korang, saya di antara manusia yang suka pakai baju atau tudung hitam. Dulu masa saya sekolah rendah dan sekolah menengah, memang suka lahai pakai tudung hitam. 

"balik-baik hitam. balik-balik hitam. tak ada warna lain?"



"balik-baik hitam. balik-balik hitam. tak ada warna lain?"
"balik-baik hitam. balik-balik hitam. tak ada warna lain?"
Jangan terkejut dengan gambar saya di atas ni. Gambar tersebut demi nak selari dengan tajuk entri ini muahaha.

Kita perempuan ni kan mesti ada satu tudung feveret kan? Tudung yang memang selalu menjadi pilihan hati untuk pakai ke mana-mana. Pergi kedai pakai tudung tu, pergi main kat taman pakai tudung tu, pergi jalan jalan pakai tudung tu, nak pergi berjemah dengan jiran pun pakai tudung tu. Mesti ada kan tudung favourite macam tu? Haaa saya pun ada satu tudung hitam tu memang suka sangat pakai. Sampai umi tegur 'tak ada tudung lain ke?' atau 'tak basuh eh tudung ni?'. Hahaha.

Tapi sekarang dah tak ada dah tudung tu. Dah lusuh dan nazak dah ditelan zaman. Sekarang ni bukan tudung hitam yang saya suka pakai, tapi baju hitam haha. Kalau tengok koleksi tshirt lengan panjang dan lengan pendek saya memang kebanyakannya warna hitam.

Sebab apa saya suka pakai warna hitam? Sebab
1. nampak kurus
2. selesa
3. confident
4. tak menyerlah
5. tak nampak kotoran

Then, harini saya ada terbaca satu post berkaitan dengan warna hitam dan ianya telah mengubah perspektif saya terhadap warna hitam. Satu benda yang baru. Satu ilmu yang saya tak tahu sebelum ni. Apakah post itu?

Post itu adalah coretan ikhlas dari insan bernama Fynn Jamal....jom hayatinya..

Nukilan Fynn Jamal~

balik2 hitam. balik2 hitam. tak ada warna lain? macam berkabung hari2.
.
aku diam.
nanti2lah aku jawab.
.
kadang2 respon dgn seloroh;
black metal la.
nak cover gemuk la.
nak jadi arab la.
.
kadang2 orang lain jawabkan;
kau syi'ah, kan?
hahaha adoi.
.
allahummahdi qaumin fa innahum laa ya'lamuun.
.
"nanti2lah aku bagi jawapan", aku ckp pd aku.
nanti2lah.
.
hari ini--
adalah hari nanti itu.
.
dari umm khalid binti khalid;
.
rasulullah saw diberikan beberapa helai kain termasuk sepersalinan berwarna hitam.
.
rasulullah saw bertanya:
"pada siapa patut dibagi ini?"
semua diam.
.
rasulullah saw menyambung:
"panggilkan untukku umm khalid"
.
aku didukung menghadap baginda.
ketika itu aku masih kecil.
.
rasulullah saw meletakkan pakaian tersebut ke tangannya kemudian menghulurkan-- menyuruhku memakainya.
.
baginda berkata:
"semoga kau hidup cukup lama sehingga lusuh kau pakai sampai berkali2 kau perbaiki rosaknya"
.
pada pakaian itu ada sedikit hiasan hijau atau pudar.
.
rasulullah saw berkata:
"wahai umm khalid. ini sanah (bagus / cantik)"
.
HR sahih bukhari nombor 5823.
.
rasulullah saw bilang warna hitam itu paling sesuai utk orang perempuan. malah cantik.
.
makanya aku rasa tidak salah untuk aku suka warna yang rasulullah suka pada perempuan.
kan..?
.
hitam bukan warna wajib utk perempuan.
.
hanya kerana ada budaya bukan islam berkabung dgn warna hitam, atau ada org2 bukan sunnah yg konsisten dgn warna hitam--
tidak semestinya orang islam tidak boleh berpakaian hitam.
.
habis-- kalau org yahudi suka minum air sirap-- muslim tak boleh minum air sirap?
.
hadith berkenaan "menyerupai menjadikan kita sebahagian dari mereka" adalah berkenaan pelaksanaan ritual keagamaan. benda2 syirik. itu je. kena faham dulu sblm berkata.
.
many women choose to wear black-- not because it is obligatory-- but because it is the farthest removed from being an adornment.
.
hitam paling mudah;
tak jarang
tak memanggil mata memandang
tak payah pikir panjang.
.
black is a choice.
mcm kau pilih biru. atau pink. atau kelabu.
aku tak marah pun kau pilih itu.
.
kenapa aku pakai hitam?
sbb rasulullah suka perempuan pakai hitam.
tgk saja isteri2 baginda.
.
wajib?
tak.
.
rasulullah suka.
tu je.

"balik-baik hitam. balik-balik hitam. tak ada warna lain?"
Fynn Jamal
December 23, 2016

Tips Posting Di Laman Sosial (Tips Business Untuk Newbies)

TIPS POSTING DI LAMAN SOSIAL [Tips Business untuk Newbies]

Tips Posting Di Laman Sosial (Tips Business Untuk Newbies)
#lifequotes
7.30-9.30am

TABIAT

  • Orang nak mula kerja
  • Hari isnin-rabu trafik laju
  • Hari jumaat mood org kerja dah berkurangan,maka lebih rajin berfb
  • Hari jumaat post banyak tentang islamik.


CIRI-CIRI POST

  • Menyegarkan
  • Inspirasi
  • Motivasi
  • Softselling


12.30-2.00pm

TABIAT

  • Waktu orang keluar lunch
  • Mereka takde masa nak baca cerita panjang
  • Sambil makan,beratur ambil lauk
  • Hari jumaat,perempuan rehat panjang
  • Maka boleh buat cerita panjang la masa solat jumaat kan.


CIRI-CIRI POST

  • Ringkas
  • Santai
  • Ringan


5.30-7.00pm

TABIAT

  • Orang balik kerja.
  • Mood penat tak bertenaga.


CIRI-CIRI POST

  • Post kelakar,joke,humor.
  • Elakkan post tentang traffic jammed.


10.00-11.45pm

TABIAT

  • Sudah siap solat isyak dan sudah makan malam.
  • Mula online sambil menonton tv.
  • Ada juga yg memang ngadap pc,laptop @ smartphone semata-mata


CIRI-CIRI POST

  • Traffic paling laju jam 10 malam.
  • Ada juga yang post seawal 9:30pm
  • Masa terbaik untuk buat branding
  •  Marketing , Positioning @ Hard Selling
  • Buat diskaun hebat @ tawaran meleleh


=> Aktiviti fb mula slow 11:45 sebab online banking tutup pada 12pm.
=> 12pm orang mula masuk tidur.
=> Tak perlu update sebarang post selepas 11.30 malam.
=> Jangan update post selepas 12 malam, Nampak sangat kita ketagih fb.

Sumber: whatsapp

Tips Posting Di Laman Sosial (Tips Business Untuk Newbies)
#learnlovelivelife

Thursday, December 22, 2016

December 22, 2016

cara nak tahu proses lapor diri tamat pengajian completely selesai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Yeay alhamdulillah! Proses lapor diri tamat pengajian JPA saya dah completely selesai! Dah disahkan lengkap oleh pihak JPA MySELF! Haritu kan saya ada cerita di satu entri tentang cara-cara bagaimana untuk melapor diri tamat pengajian (student JPA). Siapa yang belum baca, boleh baca di link SINI.

cara nak tahu proses lapor diri tamat pengajian completely selesai


cara nak tahu proses lapor diri tamat pengajian completely selesai
cara nak tahu proses lapor diri tamat pengajian completely selesai
credit image: Noor Khairina
Pada 19/11/16, saya selesai hantar completely remaining dokumen yang tergendala iaitu salinan ijazah & salinan transkrip di website Myself (https://myself.jpa.gov.my/). Dan bila dah selesai send, muncul lah seperti gambar di atas.

Pengguna telah melakukan permohonan proses ini pada XXX hari yang lalu. Sila hubungi 03-8885 3020/3669/3379/3376/3375 untuk bantuan lanjut.


So, selepas hampir sebulan macam tu, saya dapat email daripada MySelf regarding to permohonan lapor diri tamat pengajian yang saya buat. Email nya berbunyi:

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan lapor diri tamat pengajian anda telah diproses dan disahkan lengkap. Sila ambil maklum bahawa perubahan status pengajian anda di MySELF akan mengambil masa 30 hari berkerja untuk dikemaskini.

email MySELF tentang aktiviti lapor diri tamat pengajian
Then, bila saya check di MySELF, di bahagian Lapor Diri Tamat Pengajian mengatakan proses telah selesai. Yeahoo!

cara nak tahu proses lapor diri tamat pengajian completely selesai
proses lapor diri tamat pengajian completely selesai
Lagi satu kan..
Haritu di bahagian Overview Pengajian, saya tengok semua kosong tau (seperti gambar di bawah). terkejut pun ada nengoknya. 

cara nak tahu proses lapor diri tamat pengajian completely selesai
Overview Pengajian
Tapi bila check pada hari lain, kembali macam biasa. Ada maklumat full semua. 
So, conclusionnya, kalau nampak kosong macam gambar di atas ni, abaikan je kot. Heee.

Okay, thats all. Semoga berjaya uols! :D

Baca juga:
done aktifkan akaun STAR!

*P/S: Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja! Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout,contraction,slip disc. RM80 termasuk postage untuk 1 botol. RM150 untuk 2 botol. RM225 untuk 3 botol. Tahan selama 3-4 bulan sebanyak 500 semburan.
Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0172008642 (Sayidah).
cara nak tahu proses lapor diri tamat pengajian completely selesai
biobax - spray dan sapu sahaja!