cara lulus test jpj kereta - bahagian litar - sayidahnapisahdotcom cara lulus test jpj kereta - bahagian litar
LightBlog

cara lulus test jpj kereta - bahagian litar

Okay well, saya hanya seorang manusia biasa - yang gagal test jpj kereta 3 kali haha tapi akhirnya lulus pada kali keempat repeat jpj. Sebab apakah saya gagal test jpj? Sebabnya.. saya terkandas di part mula-mula sekali (bahagian bukit) ujian litar. Bila kereta dah sampai ke puncak bukit .. brek, lepastu nak jalan ke depan tu tidak kesampaian. Kereta kancil (dan viva) terundur ke belakang, melebihi 50%. So, dengan kejamnya pegawai jpj kata kamu boleh keluar dari kereta sekarang. Huwaaa! Okay cukuplah kisah pahitku di bukit ini dijadikan sebagai mukaddimah entri hahaha.

test jpj kereta - bahagian litar
cara lulus test jpj kereta - bahagian litar. credit image: tropicalexpat.wordpress.com
Sooo, saya ada simpan nota step-step yang cikgu ajar semasa kelas memandu yang saya jot down kan. Langkah-langkah dan urutan yang betul di bahagian litar - bukit, parking, tiga penjuru.

macam mana nak lulus test jpj kereta - bahagian litar
notes test jpj kereta - bahagian litar
tips lulus test jpj kereta - bahagian litar
cara lulus test jpj kereta - bahagian litar
Tulisan den buruk =.=

But, before that.. perkara penting yang semua calon JPJ perlu tahu untuk lulus test JPJ kereta bahagian litar & juga bahagian jalan raya:

- setiap kali sebelum nak tukar gear, wajib tekan klac dulu.
- jangan lepaskan klac secara tiba-tiba, nanti enjin kereta akan mati.
- kalau rasa terancam (contohnya rasa macam kereta nak terrrlanggar divider) atau kereta terrrrundur (bila di bukit), terus cepat-cepat tekan brek + angkat handbreak!
- tayar kereta sentiasa ikut garisan putih putus-putus (di tengah-tengah jalan raya). tapi jangan sampai tayar melebihi garisan putih tu. kira macam garisan putih tu guideline kita la. make sure tayar kereta kita sentiasa dekat dengan garisan putih putus-putus tu. cikgu selalu nasihat saya tentang benda ni.

pedal kereta
pedal kereta. credit image: syafaonline.blogspot.com
Ujian JPJ litar ada berapa bahagian guyss? Yezzah ada 5 part - bukit, parking, tiga penjuru, laluan S, laluan Z. Dulu tak ada laluan S dan Z ni. Tapi start tahun 2015, muncul lah dua laluan ni.. menambahkan lagi tahap kesukaran bahagian litar haha.


step-step bahagian II litar (test jpj kereta manual)


BUKIT

ujian litar
ujian litar test jpj. credit image: musadun.com
1. Gear 1 > berhentikan kereta sebelum garisan putih/kuning/kon.
2. Lepaskan pedal klac (clutch) banyak-banyak (jangan sampai enjin kereta mati) > tekan pedal minyak banyak-banyak sampai kereta berada di puncak bukit.
3. Kalau tayar dah atas garisan kuning ATAU side mirror kereta belakang tiang, stop (brek)! > Jangan lepaskan brek tu then, tekan pedal klac. Then, angkat tangan di luar tingkap.
4. Free gear.
5. Angkat handbreak tinggi-tinggi > hon > lepaskan pedal klac & pedal brek serentak.
6. Tekan pedal klac > tukar ke gear 1 > tekan pedal minyak sehingga ada keluar bunyi yang kuat.
7. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan sehingga rasa kereta terhenjut sikit > cepat-cepat turunkan handbreak.
9. Kalau kereta dah jalan, terus lepaskan pedal minyak & tekan pedal brek perlahan-lahan supaya kereta tak laju sangat. [notamental : kawal stereng!]
10. Bila nak masuk simpang, bagi signal kiri. Jika tiada kereta, belok. [notamental : kawal klac]



PARKING

litar parking
parking ujian litar test jpj. credit image: lesen-memandu-murah.blogspot.com
1. Bila nak masuk simpang untuk buat bahagian parking, beri signal kiri > gerak ke depan sikit then, terus belok kiri dengan cepat.
2. Berhentikan kereta (brek) apabila side mirror sama dengan tiang.
3. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan. Bila tiang dah sama kedudukan dengan tengah-tengah cermin seat belakang, stop (brek)! [notamental : muka pandang belakang time nak samakan kedudukan tu!]
4. Pusingkan stereng ke kiri sehingga habis > tukarkan gear ke gear reverse > undur kereta (lepaskan pedal klac) perlahan-lahan sehingga tepi kereta (kanan) sama dengan bucu penjuru [notamental: tengok side mirror ketika nak samakan tu]
5. Turunkan side mirror ke bawah.
6. Pusingkan stereng 2x ke kanan > undur kereta (lepaskan pedal klac) perlahan-lahan sehinga tayar berada pada tepat-tepat sebelum garisan putih [notamental : semasa undur tu, lihat side mirror untuk pastikan tayar berada pada tepat sebelum garisan putih]
7. Pusingkan stereng ke kanan sehingga habis > undur kereta (lepaskan pedal klac) perlahan-lahan sehingga kereta masuk kotak parking keseluruhannya [notamental: kepala jenguk ke luar tingkap semasa undur untuk pastikan belakang kereta tidak melebihi kotak parking]
8. Check keseluruhan kereta masuk dengan cantiknya ke dalam kawasan parking [notamental: macam mana nak check? jenguk-jengkuk kat luar / tengok side mirror to make sure kereta masuk dengan cun ke dalam kotak parking]
9. Pusing stereng 2x ke kiri.
10. Free gear > angkat tangan kat pegawai JPJ di pondok.

cara parking test jpj kereta
cara parking test jpj kereta manual
11. Dengar arahan pegawai JPJ untuk keluar dari kotak parking.
12. Tekan pedal klac > tukar ke gear 1 > pusing stereng 2x ke kanan
13. Gerakkan kereta (lepaskan klac perlahan-lahan) sehingga side mirror (kiri) sama kedudukan dengan tiang.
14. Kemudian, pusingkan stereng 3x ke kiri
15. Lepastu, (kereta) teruskan jalan sehingga sampai ke persimpangan > beri signal kiri
16. Tengok kiri kanan. Kalau tak ada kenderaan, terus belok ke kiri [notamental: cepat-cepat pusing stereng semasa belok ke kiri tu!]


PUSINGAN TIGA PENJURU

tiga penjuru litar jpj
ujian litar test jpj - tiga penjuru
1. Bila dah sampai ke tempat tiga penjuru, beri signal kiri. [notamental: pastikan kereta tak dekat sangat dengan garisan sebelum belok]
2. Belok kiri & semasa belok tu, kawal stereng. Stereng jangan pusing terlalu banyak.
3. Selepas pusing, balas balik (pusing stereng ke kanan) untuk tayar jadi lurus > gerak sehingga kereta sampai sebelum sentuh garisan putih then, stop (brek)!
4. Pusingkan stereng ke kanan sehingga habis > tekan pedal klac > tukar ke gear reverse
5. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan > undur undur undur sehingga tayar kena sedikit pada garisan putih (garisan putih kotak tiga penjuru) > brek [notamental: jangan lupa balas balik stereng & pastikan klac tak mati (jangan angkat kaki dari klac)!]
6. Beri signal kiri > tukar ke gear 1
7. Belok ke kiri sehingga tiba di persimpangan.
8. Beri signal kanan. Tengok kiri kanan. Jika tiada kenderaan, belok kanan.


LALUAN Z
LALUAN S

laluan z ujian litar
test jpj kereta - laluan Z. credit image: lp-services.blogspot.com
laluan S litar
laluan S semasa test jpj kereta
Tiada cara dan arahan tertentu. Yang paling penting, semasa buat ujian litar laluan S & laluan Z ni:
+ sentiasa kawal pedal klac dan pedal brek pada waktu yang sama
+ jangan langgar divider! kalau rasa-rasa macam nak terlanggar tu, terus tekan brek cepat-cepat!
+ tahu cara nak reverse macam mana
+ jangan panik! cuba tenangkan diri dan yakin boleh!

Phewwww~ siap pun entri ni. Tapi kan, for your information.. setiap kali bila saya ingat balik masa saya buat bahagian bukit time test jpj dulu tu, adoiii.. still rasa gementar + cuak + nervous. Setiap kali saya ingat tu lah, saya rasa berdebar-debar haha.

Last but not least, for those yang akan ambil ujian jpj esok atau lusa atau pada masa terdekat ni.. do your best! Apa yang saya boleh kata - PRACTICE MAKES PERFECT. Kalau rasa tak cukup practice time kelas memandu, practice luar masa kelas. Minta la kawan-kawan/ahli keluarga yang terror memandu kereta manual ajar pula. Praktis, praktis dan praktis sampai rasa yakin nak lulus jpj test tu ada. Percayalah, kalau anda sendiri rasa anda tak yakin anda boleh buat, maksudnya anda kurang latihan. So, banyakkan lagi latihan, lagi-lagi time nak dekat test jpj.

Tapi, jangan OVER-CONFIDENT pula! Just stick to tengah-tengah. Bersederhana. Yakin boleh buat tapi jangan sampai rasa alaaa aku tak praktis pun aku boleh buat. Nope, that kind of thinking will make you regret later. Get it ?

Lepas dah habis baca entri ni, baca entri bawah ni pula kay ;) p/s:Wish you luck!

Post a Comment

27 Comments

  1. Tahniah! akhirnya lulus juga hehe.
    Memang part bukit tu paling takut masa nak ambil lesen dulu.
    Dah la belajar kereta lain, bila test dapat kereta lain pula.
    Tapi nasib baik lulus terus semua.

    ReplyDelete
  2. berguna betul notes semua. hahaha tahniah dh lulus.

    ReplyDelete
  3. sy laluan Z ngan S selalu Fail , parking dengan bukit ok lah pulak,,hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha opposite dengan saya. saya suka part laluan S&Z tapi fail kat bukit hahaa.

      Delete
    2. Sya pun rsau sgt kt bhagian bukit..bru pgi tdi fail kt bukit...mcm mna nk elakkan keta dri undur?

      Delete
    3. kena seimbangkan clutch dan minyak. kalau rasa nak undur, cepat-cepat tekan brek. then, seimbangkan.

      kalau nak power bukit, nasihat saya --practice makes perfect :)

      Delete
    4. Handbrake ketat x nk bwa turun? Time nk turun bukit?

      Delete
    5. handbrake okay je. tak ada la ketat mana. just bila dah turun bukit tu, jangan lupa kawal brek kaki.

      Delete
  4. Tahniahh awak! Lagi 3 bulan baru genap 2 tahun adalesen memandu yg halalan toyyiba. haha

    ReplyDelete
  5. thanks. so great info.

    ReplyDelete
  6. TQ awak.. Entri ni sgt membantu saya.. Doakan saya lulus dgn jayanya nanti ye.

    ReplyDelete
  7. Takut la part bukit...slalu kta undur blakang...pgi tdi fail bukit...nasib la jalan raya lulus..klau rsa nk terundur mcm mna ya?

    ReplyDelete
  8. Saya baru belaja bawak kereta semlm.. boleh la.. cuma kat rumah terpikir gak nk tulis tip2s cikgu memandu... test2 google dah ade da awak buat kan.... tq... membantu sgt

    ReplyDelete
  9. esok test. ntah nak buat ape. waktu klas okay jee. waktu ujian kelayakan , dapat keta lain, tupp tang bukit fail sebab kereta terundur waktu nak trun bukit. sbb nervous sgt. tak tau lah ape jai esok. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu saya test JPJ pun macam tu tang bukit. terundur. hahaa.

      Delete
  10. nk turun je..mesti berundur ke belakang..sabarjelah..hahahaha
    part paling seram
    ade tip x supaya x berundur ke belakang masa turun bukit?


    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sama lah dulu 2 kali tau fail bukit! kena repeat test jpj sebab gagal bukit! undur ke belakang sobsob.

      tip: kena banyak praktis. praktis dengan family members atau kawan kawan yang ada kereta manual. memang sangat membantu. sbb bila dah praktis rasa lebih yakin dan tahu cara nak kawal. :)

      Delete
  11. Kalau bhg bukit.dah sampai..cg saya ajar..masuk gear 1..tarik handbrake..kaki kiri angkat pelan pelan dan masa tu lepas juga brek..tak perlu tekan minyak..insyaAllah boleh

    ReplyDelete
  12. macam mana if tayar bukan dekat atas bukit, then mesti ada peluang kedua untuk cuba lagi sekali, then macam mana nak undur untuk naik semula?

    ReplyDelete
  13. Terima kasih diatas blogger ini. Semoga steps ni brguna sgat2 untuk Saya lulus ujian JPJ nnti. Hari saya sgt stress.

    ReplyDelete
  14. Nak tanya.. test jpj untuk lebuh raya ni, selepas kita habia di litar kan? Share sikit.. saya baru nak habis kelas 10jam..

    ReplyDelete
  15. Nak tanya.. test jpj untuk lebuh raya ni, selepas kita habia di litar kan? Share sikit.. saya baru nak habis kelas 10jam..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p