August 2017 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Wednesday, August 30, 2017

August 30, 2017

Review NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA


Review NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
Title: Lelaki Khas Untuk Hanis
Novelis: Aimy Haniya
Penerbit: Karya Seni
Cetakan Pertama: Disember 2016
Jumlah mukasurat: 807

NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
Review NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
"Takdir hidupnya seolah-olah dibina khas untuk bersama aku..."


Sinopsis LELAKI KHAS UNTUK HANIS


Bagi HANIS AALIYAH, kerja sebagai jurugambar untuk surat khabar yang tidak sepopular mana bukan satu masalah. Dia gemarkan cabaran. Tak gentar langsung sekiranya kerja miliknya itu terpaksa berdepan dengan kemalangan ngeri atau kena tengok darah sebaldi. Nak hairan apa? Itulah pekerjaan yang Hanis pilih..

MOHD QARIN, seorang lelaki yang aneh dan misteri. Matanya, unik! Boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Roh dan sesuatu..

Namun, kerana kelebihan yang ada pada Qarin, hidupnya semakin tidak tenang apabila Hanis mula menjadi rakannya. Setiap kali Hanis menjalankan tugas, setiap kali itu akan ada roh yang mengekorinya. Tiba pada satu kes.. Kematian beberapa orang gadis yang mati dibunuh, mula membuatkan hidup Hanis dan Qarin kucar-kacir. Dan dalam diam, kerana keakraban mereka, Hanis merasakan yang dia sudah jatuh cinta. Tetapi, Qarin tidak mahu memilih Hanis. Cinta Hanis ditolak.

"Aku suka dekat kau." - HANIS AALIYAH

"Aku tak suka dekat kau." - MOHD QARIN

"Itu pun aku tahu. Jangan risau, aku tak paksa kau. Perkara macam ni memang ambil masa." - HANIS AALIYAH

Kerana penolakan Qarin, Hanis kecewa. Tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri yang sebenarnya telah lama menyimpan perasaan terhadap Hanis. Lelaki yang mampu membuatkan hidup Hanis berubah.

"I want to cherish every moment with you. Remember?"

"Let's make a bigger memory"

Hanis keliru. Mampukah dia membuat keputusan yang bakal merubah hidupnya? Atau Hanis perlu menunggu dengan harapan? Mengharapkan hati Qarin tersentuh sepanjang dia membantu lelaki itu merungkai misteri atau menerima lelaki misteri yang tiba-tiba muncul itu? Siapakah lelaki khas untuk Hanis?

sinopsis LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
sinopsis NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
Passionate Review from me + SPOILER

Saya beli novel LELAKI KHAS UNTUK Hanis ni kat Popular. Why I chose this novel? Sebab sinopsisnya yang menrik? NOPE. Saya adalah jenis yang sangat tak suka baca sinopsis kat belakang novel melainkan terpaksa. I don't like spoiler. 

So, why? Sebab terpampang kat cover depan novel ni: KARYA NOVELIS BESTSELLER MY 'SEWEL' GUY. Fyi.. saya ni memang tak boleh. Tak boleh tengok word BESTSELLER! Hahahaa. Mesti saya terpengaruh nak beli kalau sesebuah novel tu ada perkataan BESTSELLER. Yelahh bestseller kot. Mesti novel dia best. And fortunately, saya tak menyesal beli novel ni.

Okay lah.. I give my personal & honest review eh tentang novel ni..

Review NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
Review NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
3/4 pertama daripada novel ni saya bagi gred A+. 10/10. Unik. Yeap unik bagi sesebuah novel cinta untuk mempunyai watak 'utama' lelaki boleh nampak roh roh berkeliaran.  Siap bantu roh-roh yang tak tenang ni selesaikan masalah mereka. Jalan cerita menarik. Saspens, tak boring, ada unsur kelakar dan kisah-kisah yang berlaku tak cliche seperti kebanyakan novel. Chemistry Qarin dan heroin, Hanis pun best. I likeee. Yelahhh Qarin beku, Hanis easy going + straight forward. Siap Hanis confess dia suka dekat Qarin haha. Lepas tu saya ingat, lama-lama nanti Qarin jatuh suka balik lah dengan Hanis. But 

But guess what? Sampai kat muka surat 496 (3/4 dari novel), ada PLOT TWIST. Plot twist yang saya harap ianya takkan berlaku haha. Sebab dari plot twist tu lah, keseluruhan jalan cerita jadi terbalik. Yang saya sangka hero sebenarnya bukan hero pun. Ku sangkakan Qarin lah watak utama bagi cerita ni rupanya Helmi lah heronya. Helmi yang semua pembaca ingatkan abang kandung Hanis rupanya bukan ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Helmi ni sebenarnya adalah hanya anak angkat dalam keluarga Hanis. Just abang angkat, not real abang. Nama sebenarnya Izwan. Okay taknak lah cerita kenapa Izwan ni terpaksa jadi Helmi. Nanti dah macam saya cerita satu buku pula hahaha.

Bila Hanis dapat tahu Helmi abang angkat dia, mesti lah keadaan jadi awkward kan. Dan bertambah awkward bila Helmi confess kat Hanis yang dia selama ni cintakan Hanis. Dari kecil lagi. Jeng jeng jenggg.. okay cliche! Wakakaka. Dan seterus-seterusnya pun cliche. So, malas nak cerita.

Dan saya still tak puas hati. Yelah, cuba bayangkan. Dari muka surat 1 hingga tiga per empat dari novel ni mati-mati saya ingat Qarin hero. Penat tau saya fenfeeling. Tup tup rupanya Helmi hero? Oh myyy. Tak terfikir langsung. Saya memang ingat Helmi tu abang kandung Hanis. So, kalau ada babak babak mesra antara Hanis dan Helmi pun saya tak heran lah. Sebab adik beradik kan. Normal la nak bermesraan. Tapii.. tapiii! Helmi rupanya hero. Arghhh! Rasa membazir sangat. Membazir fenfeeling pada watak yang saya sangkakan watak utama tapi rupanya sampingan je. Ceyttt. 

Saya paling benci tau novel jenis jalan cerita macam ni. Ni novel kedua yang saya jumpa cerita yang jenis dah nak habis, baru tahu watak sampingan adalah hero =.= Novel pertama adalah novel Minah Cengey Hati Tisu - Aifa Batrisya. Saya rasa macam nak cekik cekik je novelis yang buat macam cerita jenis macam ni tau hahahaha.

So, lepas plot twist tu berlaku.. gred dan markah bagi novel ni pun drop. Sorry but overall I give B. 7/10. Sayang sebenarnya.. Kalau lah novelis Aimy Haniya ni jadikan Qarin sebagai hero, ataupun novelis beri klu yang Helmi ni hero dari mula.. saya dah bagi A+ for the whole story. Nak rasa menyesal baca pun tak juga. Sebab saya suka jalan cerita 3/4 pertama novel ni. 

Plus, saya suka watak dua officemate Hanis, Omar dan Apek. Dua orang ni kalau jumpa mesti nak gaduh. Gaduh-gaduh 'manja' lah. Tapi serius kelakar. Tak sah tak gelak kalau part dua orang 'bercakaran' muncul. Kalau tak gelak pun, mesti senyum or sengih sengih kerang busuk sampai ke telinga. Nasib baik sikap kelakar Omar dan Apek ni berkekalan hingga ke akhir cerita. Ada la semangat nak habiskan novel ni haha.

Saya macam 50-50 nak recommend kat orang lain suruh beli novel ni. Tapi bagi saya, berbaloi sebenarnya beli novel lelaki khas untuk Hanis ni. Cuma.. tu je lah. Geram sebab bukan Qarin heronya hahahaha.

Okay laa. Daaa~! Wassalam :)


Monday, August 28, 2017

August 28, 2017

"Doc, menopause boleh dilambatkan ke atau macam mana?"

Tengah-tengah skrol Facebook, terjumpa satu status Doktor Khairul Faizie. Walaupun status Doktor Khairul tu menarik tapi ada satu komen di bahagian status tersebut lebih menarik perhatian saya haha. Its about menopause. Ada seorang wanita bertanyakan soalan berkaitan dengan menopause wanita. Nak tahu apa dia? Jom baca!

"Doc, menopause boleh dilambatkan ke atau macam mana?"
menopause

Oh, perempuan menopause biasanya umur berapa? 

--Tak tentu. Tak sama setiap orang. Depends. Bergantung pada faktor.

Faktor apakah? 

Jom kita baca perbualan ni untuk lebih faham tentang fakta mengenai menopause para wanita.

Z: Maaf doc lari dari tajuk sikit. Seorang pengamal perubatan tradisional menasihatkn ipar saya untuk mengamalkan makanan yang bersifat sejuk bagi melambatkan proses menopause (tak tau nak eja) contohnya buah kundur. Betul ke doc?

Doc: Wallahualam...hahaha. Makanan takde yang panas, takde yang sejuk.

Z: Hehehe saya dapat 2 jawapan yang sama jugak ni dari akak nurse tadi.. Saya cuma curious je doc.. tapi menopause tu memang boleh dilambatkan ke atau camne..

Doc: Menopause ada 2 kategori - Menopause yang memang bila tiba masanya, dan juga Early Menopause.

Menopause yang bila tiba masanya tak boleh di lambatkan. Ini fitrah, dan bergantung kepada faktor genetic (tengok usia mak, nenek menopause).

Early menopause boleh dilambatkan dengan amal gaya hidup sihat.
+ Tak smoking
+ exercise regularly
+ makanan seimbang.

Bab makanan seimbang tu, boleh cuba makan makanan yang kaya phyto estrogens seperti susu soya, segala grain/ cereals. Sebab menopause terjadi bila level estrogen berkurangan.

Early menopause juga boleh jadi bila kita ada penyakit kronik, seperti kanser, etc. Jadi menopause awal sebab penyakit tak terkawal, atau kesan sampingan ubat.

Z: Terima kasih doc

"Doc, menopause boleh dilambatkan ke atau macam mana?"

Sekarang ni risau juga kan dengan makanan yang ada. Sini cucuk, sana cucuk. Bukan setakat ayam je kena cucuk, buah kena cucuk, sayur pun kena cucuk. Tu yang kena exercise regularly tu. Sebab nak bergantung pada makanan sihat sahaja tanpa bersenam tak boleh juga. Bersenam tak semestinya jogging atau buat workout di rumah. Banyak lagi jenis senaman yang ada. Yang penting buat sesuatu yang mengeluarkan peluh dan membuat jantung kita berkerja (pam jantung).

Sunday, August 27, 2017

August 27, 2017

Apa beza EPHYRA dengan produk lain kat luar?

Ramai tanya - apa beza EPHYRA dengan produk lain kat luar? Apa hebatnya EPHYRA berbanding lambakan produk lain di pasaran?

EPHYRA HEBAT DENGAN ASTAXANTHIN!


Apa beza EPHYRA dengan produk lain kat luar?
Kelebihan EPHYRA berbanding produk lain kat luar
For our information, EPHYRA mengandungi ASTAXANTHIN yang memang telah terkenal sebagai bahan anti penuaan & anti oksida. Astaxanthin dalam EPHYRA pula merupakan ASTAXANTHIN FIRST CLASS yang berkualiti tinggi dan memang terjamin kualitinya. .

Apa kelebihan ASTAXANTHIN pada kesihatan kita?


1. MENJADIKAN KULIT CANTIK TANPA KEDUT & TOMPOK HITAM
--kulit yang banyak terdedah pada matahari senang sangat nampak tua & berjeragat. Astaxanthin dapat melindungi kulit dari sinaran UV matahari & menghalang penghasilan tompok hitam.

2. MENGHALANG BEBERAPA JENIS KANSER
--hasil kajian Prof. Yishifumi Tomita dari Jepun mendapati Astaxanthin mampu menyekat perkembangan sel kanser dalam badan terutama kanser kulit.

3. MENGURANGKAN SAKIT & KERADANGAN
--apabila kulit terdedah pada matahari, kulit akan merah & gatal-gatal kerana kering. Astaxanthin dapat mengawal kulit dari perkara tersebut kerana sifat semulajadinya yang analgesik.

4. KURANGKAN GARIS HALUS PADA KULIT
--ini menjadikan kulit tampak muda kerana Astaxanthin menegangkan dan membentuk semula lapisan kulit yang rosak.

5. MELINDUNGI SEL DARI ROSAK AKIBAT RADIKAL BEBAS
--berperanan meneutralkan radikal bebas, ini dapat menjadikan kulit sentiasa kuat & tak kusam.

Sebab tu EPHYRA memang terbukti berkesan & sangat bagus untuk dapatkan kulit yang cantik, gebu & sihat. Apabila perlindungan secara dalaman kita kuatkan, InshaAllah resultnya dapat dilihat dari luaran.

Apa beza EPHYRA dengan produk lain kat luar?
Rasa EPHYRA Collage Drink seperti vitagen
Apa beza EPHYRA dengan produk lain kat luar?
Banyak sangat kegunaan dan kelebihan EPHYRA drinks
Berapakah harga EPHYRA drink?

1 kotak ada 30 sachet. Setiap satu sachet mengandungi 15 gram. Harga asal HQ adalah RM197. Tapi saya beri diskaun 1 kotak menjadi RM180 + free postage + percuma 1 Shiseido mask. Wow wow! Cepat grab promosi hebat ni!

Apa beza EPHYRA dengan produk lain kat luar?
Harga 1 kotak EPHYRA RM180 + free postage + percuma 1 Shiseido mask

#ephyra #ephyralovers #kenapaephyrabagus #ephyrasuperhealthbrand #ephyra5years #ephyra2u #ephyradrink #ephyradrinks #ephyracollagendrink

Saturday, August 26, 2017

August 26, 2017

Lazada Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2017 yang semakin hampir, Lazada mengadakan satu contest untuk para blogger - Merdeka! Merdeka! Blogger Contest. Kenapa korang wajib join Merdeka! Merdeka! Blogger Contest ni?

+ syarat sangat simple
+ cara nak join mudah sahaja
+ pemenang akan dipilih secara random

1st Prize: 1 x RM600 LAZADA Shopping Voucher 
2nd Prize: 2 x RM300 LAZADA Shopping Voucher 
3rd Prize: 3 x RM200 LAZADA Shopping Voucher


Lazada Merdeka! Merdeka! Blogger Contest


Jangan lepaskan peluang! Jom join sekarang! Tarikh tamat: 31 Ogos 2017.

Lazada Merdeka! Merdeka! Blogger Contest
KLIK BANNER UNTUK JOIN


(a) What do you love about being Malaysian?

- tiada bencana alam (natural disaster) yang dahsyat seperti taufan, puting beliung, hujan batu, letusan gunung berapi, gempa bumi yang sangat kuat.
- aman damai dan harmoni dengan berbilang kaum, agama dan bangsa.
- tiada diskriminasi kaum dan agama. 


(b) Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/malaysian-brands/ 

Of course SAFI! Hahaha. Saya peminat dan juga pengguna tegar produk Safi dari dulu hingga sekarang. Syampu, pencuci muka, krim pelembap malam, CC cream, bedak, toner semuanya jenama Safi. Cuma sekarang pencuci muka saya try Garnier pula hehe.


(c) Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the products mentioned.

Antara dua produk Safi yang saya biasa dan suka guna adalah:

1. SAFI BALQIS White Trilogy Moisturising Night Cream 45G

safi
Krim Pelembap Muka | Moisturising Night Cream
2. Safi Balqis Oxywhite CC Cream SPF25 (20g)

safi
CC Cream SPF25

Haaa ni baru sikit. Kalau nak tengok produk lain, boleh ushar kat Lazada. 

Dan ada good news untuk semua! 

Lazada ada Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) that will take place from 25 August to 31 August (where you can find special discounts up to 80%!). Perghhh diskaun sehingga 80% tuuu. Sila kuatkan iman kalau nak masuk Lazada dalam tempoh Merdeka Sale nanti hahaha.

Semoga berjaya bagi semua yang join Contest Lazada ini! :)

Friday, August 25, 2017

August 25, 2017

cara melembutkan daging lembu

Senang je cara melembutkan daging lembu ni. Tak susah pun. Dont worry. Semua orang boleh buat. Sangat mudah dan sekejap je buatnya. Tapi mungkin korang pernah dengar cara melembutkan daging lembu sebelum ni. In case pada sesiapa yang tak tahu lagi, boleh la baca kat bawah ni.

Cara melembutkan daging lembu


cara melembutkan daging lembu
cara melembutkan daging lembu
Korang semua tak perlu bersusah payah menambah bahan-bahan lain. 

Hanya perlu menambah huruf 'T' sahaja daging lembu akan menjadi lembut.


LEMBU + T = LEMBUT

cara melembutkan daging lembu

HAHAHAHAHA. Larikkkkk.

Guruan jenaka di petang hari. Jangan marah naa. Senyum sikittt :)

Saya pun terkena juga kat group whatsapp pagi tadi hahaha. Saboo je lah ye.

sabar

August 25, 2017

3 Entri sayidahnapisahdotcom Yang Mempunyai Ratus Ribu Pageviews

Tips (yang direka sendiri hahaha) kalau tengah down tak ada mood nak karang entri blog --> tengok lah kejayaan berblogging kita so far. Antaranya: tengok entri blog kita yang mendapat pageviews tinggi. Kenapa? Untuk beri kita semangat, galakan dan dorongan. Menaikkan semangat juang untuk keep on writing. Menaikkan mood mengarang entri. InshaaAllah :) Tu antaranya lah. Tengok kejayaan berblogging blogger lain pun boleh juga hehehe.


3 Entri sayidahnapisahdotcom Yang Mempunyai Ratus Ribu Pageviews


3 Entri sayidahnapisahdotcom Yang Mempunyai Ratus Ribu Pageviews
3 Entri sayidahnapisahdotcom Yang Mempunyai Ratus Ribu Pageviews
KETAHUI TARIKH LAHIR ANDA MENGIKUT KALENDAR ISLAM [LINK]
229 960 pageviews
10 Jun 2015
19 Komen

--Entri ni singkattttt sangat. Niat di hati time saya buat entri ni hanya untuk share pengalaman teruja saya selepas tahu tarikh lahir saya 2 Ogos 1993 dalam kalendar Islam. Tak terjangkau dek akal pun entri ni akan meletop dan laku keras. Ramai yang share entri ni di Facebook pada mula-mula dipublish. Banyak juga carian di Google yang klik entri ni, until now. Alhamdulillah.


Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) & Rutin Sebelum Memandu (RSM) [LINK]
131 720 pageviews
21 November 2015
27 Komen

--Entri ni dihasilkan atas sebab time tu saya tengah ambil lesen kereta manual haha. So, untuk mudah hafal, saya buat lah entri ni. Truthfully, info RPK di entri ni saya ambil dari website lain muahahaha (credit tak lupa la). Sebab RPK yang website tu provide sangat complete dan mudah untuk diingat. Yang selebihnya, RSM dan info lain memang dari saya sendiri. No copy paste hehe.


cara nak tahu lelaki suka perempuan [LINK]
110 991 pageviews
17 November 2015
59 Komen

--Oh entri ni. Kenangan sangat bagi saya haha. Sebab apa? Sebab saya ingat lagi.. saya buat entri ni ketika saya study degree di UPM. Ketika saya karang entri ni, saya di bilik saya sendiri. Di meja belajar. Gigih tau saya buat entri ni hahaha. Pada waktu petang. Dari selepas Asar hingga lah masuk waktu Maghrib. Selepas mengarang, baca banyak kali. Tekun menyusun ayat bagi mudah faham dan nampak santai. Alhamdulillah, berkat kegigihan dan kesabaran saya mengarang entri ni, setiap hari ada je orang cari entri ni di Google till now :)

3 Entri sayidahnapisahdotcom Yang Mempunyai Ratus Ribu Pageviews
Nampak tak apa persamaan ketiga-tiga entri tersebut?

Nampak dop? hahaha.

Yeap. Ketiga-tiga entri tersebut adalah entri tahun 2015. Dua tahun yang lepas.

Nampak tak apa maksudnya?

Maksudnya.. 

sesuatu kejayaan tu bukannya kita terus nampak hasilnya. Ianya mengambil masa. It takes time. Kejayaan tidak akan datang bergolek.

Usaha, doa & tawakkal. Keep on writing. Keep on blogging. Ikhlaskan diri. InshaaAllah sooner or later, we will taste the sweetness of success :)

Fighting!

Thursday, August 24, 2017

August 24, 2017

Lelaki Idaman Wanita

Lelaki idaman wanita

Lelaki Idaman Wanita

Girl: Abang kerja kat mana?

Lelaki:  Abang berniaga dik.. ada la kedai emas 2, restoran 1, chalet 5 buah kat utara ni dan 4 buah kedai juai handphone..

Girl: (terkejut) Abang tinggal kat mana?

Lelaki: Lagenda Height

Girl: (wah! mesti kaya ni) Rumah abang mesti besar kan?

Lelaki: Tak ada lah, rumah pun harga 300 ribu je.

Girl: (terbaek) kereta abang mesti banyak kan?

Lelaki: Sikit jer. cuma ada Mercedes, BMW, Jaguar, VW dan Range Rover.

Girl: (waa...ni bakal suami ni) Abang dah ada isteri?

Lelaki: haa.. tu la.. sampai sekarang belum ada isteri.

Girl: (terbaek.. boleh jadi laki ni) Abang merokok?

Lelaki: merokok kan tak baik untuk kesihatan tubuh badan.

Girl: (sihat tuu) Abang minum minuman keras tak?

Lelaki: Tak minum...haramm

Girl: (Perghh..) Abang main judi?

Lelaki: Judi? menghabiskan duit je main judi.. lagipun berdosa.

Girl: (sweetnye abang ni) Abang kaki disko?

Lelaki: Heh..Abang tak suka buang masa dik..

Girl: (Ish..abang ni memang hebatlah) Abang pernah pergi Haji?

Lelaki: 3 kali haji, 6 kali umrah

Girl: (Subhanallah..calon suami ku syuurgawii) Hobi abang apa?

Lelaki: Bohong orang..hahaa.



HAHAHAHAHAHAA. Kbai.


'jenaka' di atas ni diambil dari group Whatsapp. jangan marah-marah. senyum cikeddd :P

p/s: tapi saya rasa pengajaran dari 'jenaka gurauan' di atas ni adalah jangan cepat percaya dengan kata-kata manis lelaki kekekkee.
August 24, 2017

apa kena buat jika mahu further study? boleh ke lambat lapor diri JPA?

Soalan-soalan yang sering saya dapat dan jumpa berkaitan dengan further study + lapor diri tamat pengajian JPA.. contohnya:

"Salam.. Nak tanya. I dah isi spa8. But, i would like to further my study. What should i do? Takpe ke dah isi jawatan pastu nak cancel balik? #mohonpencerahan"

"Salam sejahtera..Ada tak sapa-sapa yang pernah buat penangguhan kontrak JPA? Ada document lain yang perlu disertakan selain dari dokumen berikut ?1.Surat rasmi penangguhan (Borang J5 - borang permohonan penangguhan) 2. Salinan Surat tawaran uni"

"Nak tanya, kalau nak sambung belajar still kena lapor diri ke?"

"Saya nak tanya. kalau kita smbung degree, perlu ke nak lapor diri atau buat penangguhan kontrak sahaja..? Kalau kita lapor diri lepas konvo takpe kan sebab saya pernah baca entri saudari tentang lapor diri tu. kat dalam tu ada sebut lapor diri selepas 30 hari lepas result akhir, denda sebab langgar perjanjian. macam takut pulak sebab memang nak buat lepas konvo.."

"Saya nak tanya tentang penangguhan kontrak. Kalau kita smbung degree kena buat penangguhan kontrak ke?"

"Kalau nak sambung degree still kena lapor tamat pengajian gak kan?"

"Apa perlu buat jika mahu further study? kena lapor diri juga ke?"

"Macam mana nak inform JPA kalau nak sambung study? Yang borang penangguhan J5 tu kena pos atau boleh hantar online?"

"I had recommended to further my master degree, so how can I inform JPA about this? Is there any form to fill in or should I write a letter to JPA?"

"Macam mana ye nak inform dekat pihak JPA yang kita dah dapat tawaran master? Ada apa-apa borang nak diisi ke? Kalau ada boleh mintak link dia tak?"

So, untuk pengesahan dan juga jawapan yang sebetulnya dari pihak JPA berkaitan dengan perkara ini.. saya pun emel kepada JPA (email address: bayaran.bmi@jpa.gov.my). Ini adalah emel yang saya tanya kepada JPA:

apa kena buat jika mahu further study? boleh ke lambat lapor diri JPA?
kandungan emel saya kepada pihak JPA berkaitan further study dan lapor diri
Jawapan dari pegawai JPA Fadhlullah bin Abdullah Nawawi (fadhlullah.nawawi@jpa.gov.my):

Perkara pertama yang perlu dilakukan sebaik sahaja menamatkan pengajian dengan jayanya adalah melapor diri ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Tempoh yang diberikan untuk melapor diri adalah 30 hari selepas tamat pengajian. Kaedah lapor diri hendaklah dilakukan secara online dengan mengakses laman web yang berikut:

1. Taip https://myself.jpa.gov.my/
2. Klik pada Daftar eSILA-ID (sekiranya masih belum mempunyai kata laluan)
3. Log-in, Klik pada tab Pengajian
4. Klik pada menu Lapor Diri Tamat Pengajian, isi semua maklumat dan klik Hantar Permohonan

Sehubungan itu, adalah dipohon agar saudari dapat melapor diri tamat pengajian ke Jabatan ini dalam masa yang ditetapkan  dengan memuat naik dokumen yang berikut:

- Salinan Ijazah (Boleh dikemukakan selepas majlis konvokesyen) ;
- Salinan Transkrip Peperiksaan (Boleh dikemukakan selepas majlis konvokesyen); DAN
- Bukti permohonan jawatan dengan Pihak Berkuasa Melantik (slip permohonan jawatan SPA) (www.spa.gov.my). (Pemegang biasiswa JPA dikehendaki memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan - bagi pelajar bidang selain perubatan, pergigian dan farmasi). 

Salinan Ijazah dan transkrip peperiksaan boleh dimuat naik kemudian setelah diperoleh. Walau bagaimanapun, penama perlu mengemukakan dokumen bukti permohonan pekerjaan dengan pihak berkuasa melantik (contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) (slip permohonan SPA) dan dimuat turun di capaian aplikasi online tersebut (MySelf).    

Sekiranya saudara/ri berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, penama adalah dikehendaki untuk mengisi Borang Permohonan Penangguhan Kontrak (J5) yang boleh didapati di laman web http://esilav2.jpa.gov.my/.  Saudara/ri juga perlu mengemukakan :

 (a)   Surat permohonan sambung belajar;
 (b)   Surat kebenaran penjamin untuk sambung belajar;
 (c)   Surat tawaran dari university; DAN
 (d)   Surat penajaan sekiranya ada.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan lapor diri penangguhan/pelepasan/perjanjian kontrak YBhg Datin boleh berhubung dengan pegawai ditalian berikut 03-8885 3299/3551/3533/3572/3534 atau emel ke perjanjian@jpa.gov.my.

apa kena buat jika mahu further study? boleh ke lambat lapor diri JPA?
jawapan dari pihak JPA

apa kena buat jika mahu further study? boleh ke lambat lapor diri JPA?
jawapan dari pihak JPA
Alamat JPA:
Unit Pembangunan Kerjaya
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 5, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

No.telefon JPA: 03-8885 3669

BACA JUGA:

Wednesday, August 23, 2017

August 23, 2017

find yourself the right best friend

Saya suka dengan status Kak Fynn Jamal haritu because I can relate with her and understand what she want to say:

find yourself the right best friend
find yourself the right best friend | sumber: Google
i used to be so possessive of literally everything i feel belong to me;
kawan baik, pasangan, famili.
.
i used to want to be in control.
.
semua benda kena aku setuju baru boleh. sebab dalam kepala otak aku, aku tau apa yang terbaik. dan aku cuma nak yang baik-baik saja untuk semua.
.
keyword: dalam otak aku.
.
jadi aku terlalu sibuk dengan ahmad serasi tak dengan gepren baru dia. peduli apa kalau ahmad ngam dengan awek tu. kalau aku rasa tak orait-- aku memandai cakap "ah takyah la dulu".
.
aku juga jadi terlalu risau kalau mimi masih bertegur dengan musuh aku. di mana kesetiaan mimi? sebab aku kalau tau mimi bergaduh dengan murni, AKU lah orang pertama yang bertempur untuk mimi.
.
distorted, kan, definisi kawan untuk aku?
.
sebab itu kawan boleh bilang dengan jari. sebab aku memang tak reti. semua benda aku genggam terlalu kuat sampai kat tangan ini ia mati.
.
so what kalau kawan kita ada 10 group wasep selain dengan kita? so what kalau kawan kita masih berbual dengan ex-kawan kita? so what kalau kawan kita nak me-time dan tak nak ikut weekend plan kita?
.
apa isunya?
.
tempoh hibernasi aku berkhalwat dari bersosial banyak buat aku fikir balik cara aku melihat cara aku melayan orang. aku perlu akui-- kerana menyedari aku tidak berapa pandai lah yang buat aku jadi lebih selesa bersendiri.
.
aku terlalu posesif.
so the only way to fix that is by no longer possessing anything anymore.
.
aku takkan boleh tamak benda aku tak ada.
.
aku serahkan setiapnya kembali pd الله. 
manusia kanan kiri. kawan jauh, kawan dekat. 
semuanya aku sebut pada الله: ambillah kembali mereka-mereka. 
siapa yang kau pulangkan semula-- aku cuba jaga sebagaimana selayaknya.
.
maka begitulah jadi sedikit baki-baki sahabat yang ada. dan dengan prinsipal baru ini, aku hidup dengan lebih sentosa.
.
ada--
alhamdulillah.
tak ada--
tak ada masalah.
.
semua orang ada life dia. nak datang rumah, aku buka pintu. lama tak datang, aku rindu. layan manusia macam kucing. kena bagi ruang. bukan harap manusia taat buta macam anjing yang hidupnya semata berkhidmat pada orang.
.
kita sendiri ada masa-masa kita.
ada masa meriah,
ada masa monolog sorang-sorang.
kita manusia.
ada dinamiknya.
.
find yourself the right best friend.
yang boleh selamatkan kita dari azab kubur, contohnya.
.
macam Quran.

find yourself the right best friend
find yourself the right best friend
Yeap saya pun jenis yang possesive. That's why saya belajar untuk redha dan bersyukur. Kerana dua rasa ini membuatkan saya lebih tenang dan tidak kecewa.

Kawan tak semestinya manusia. Boleh jadi macam-macam jenis dan apa. Bukan siapa.

Boleh jadi pengalaman lalu adalah kawan kita supaya kita tak terjerumusuntuk melakukan kesilapan yang sama.

Boleh jadi buku adalah kawan baik kita pada masa lapang. Mengisi hati dan fikiran dengan ilmu yang bermanfaat.

Boleh jadi zikir adalah kawan rapat kita pada waktu sunyi kita. Menjadi makanan roh dan jiwa islami kita.

Conclusion is.. find yourself the right best friend. The RIGHT BFF. Best Friend Forever.
August 23, 2017

Antara Punca Perempuan Boleh Jadi Moody & Masam

Perempuan dan Moody memang bagai air yang dicincang tak akan putus hahahaha. Tapi tak ada laaa setiap masa dan ketika nak moody dan monyok masam. Ada sebab dan juga puncanya.. Antaranya...


Yang mana punca perempuan jadi moody dan masam?


Antara Punca Perempuan Boleh Jadi Moody & Masam
Antara Punca Perempuan Boleh Jadi Moody & Masam
1. Tudung renyuk

Secara tepatnya.. tudung tak jadi. Senget sini, senget sana. Renyuk sini,renyuk sana. Kelepet sini, bengkok sana. Memang sakit hati kan hahaa. Nak cakap dengan orang bila tudung tak jadi pun rasa tak confident.

2. Berat badan naik

Woww ni memang boleh menimbulkan hormon moody serta merta hahaha. Lagi-lagi bila tengah usaha nak turunkan berat badan, tup tup bukan turun tapi naik =.=

3. Tumbuh jerawat

Satu, dua jerawat tak apa lagi. Ni bila jerawat melakukan serangan besar-besaran dan saiz pun besar dan sakit. Arghhh. Biasanya kalau tumbuh jerawat ni bila nak dekat time bendera merah haha.

4. Datang bulan

Haaa panjang umur. Baru cakap pasal bendera merah tadi. Dah la tumbuh jerawat, lepas tu datang bulan pula. Perghhh. Yang lelaki sila jangan buat hal dan saja saja mengusik time ni ye. Takut gunung berapi meletup bila dia tak tahan hahaha.

5. Crush tak layan

Ni nak setuju ke tak ek. Saya rasa.. Sebenarnya yang lebih tepat.. Crush tak layan kita + layan perempuan lain hahaha. Kalau crush tak layan kita boleh tahan lagi tapi kalau crush layan perempuan lain dengan mesra alam dan penuh dengan senyuman manis.. memang boleh jadikan muka kita masam seperti jeruk haha.

6. Pin tudung habis

Kena tambah sikit. Pin tudung habis dan tiada siapa yang nak dipinjam pin tudung. Yelah cuba bayangkan. kerongsang habis lepastu bila nak minta kat orang lain.. orang lain tak ada. Habis tu kita nak guna apa? Grrrrr.

Antara Punca Perempuan Boleh Jadi Moody & Masam
Antara Punca Perempuan Boleh Jadi Moody & Masam
Saya no.2 tu bukan lah punca jadi moody, cuma confidence level merundum je hehe. 

No.4 tu saya setuju sangat. Saya tak tahu lah. Mungkin kot ada satu hormon moody memang diciptakan untuk perempuan yang nak datang bulan atau sedang datang bulan dan boleh jadi juga selepas datang bulan hahaha.

No.3 saya tak setuju. Sebab entah lah. dah biasa ada jerawat wakakaka. So tak ada la sampai jadi moody pun. Cuma bila terkena jerawat yang sakit tu memang arghhhhhhhhhhhh sakit! Hahaha.

Kalau blogger.. punca boleh jadi moody adalah bila UV PV tak tinggi dan earnings adsense ciput muahahahaha. Kbai.