November 2017 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Wednesday, November 29, 2017

November 29, 2017

BR1M 2018: KATEGORI, SYARAT KELAYAKAN & CARA MENDAFTAR PERMOHONAN BARU

Menurut mysumber.com, "pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bertujuan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dengan kadar bantuan kewangan maksimum RM1,200 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan bajet 2018 pada 27 Oktober 2017 di Parlimen"..  Semua pun mesti dah familiar dengan BR1M ni kan, dan mesti ada yang dah pun memohon sebelum ni. Tapi apa salahnya kan saya share apakah kategori BR1M 2018 dan juga beberapa kriteria/ syarat kelayakan (siapa yang layak untuk memohon brim 2018). Kemudian, saya akan share juga macam mana cara untuk memohon BR1M 2018.


JUMLAH BANTUAN BR1M 2018 & KATEGORI + SYARAT KELAYAKAN

BR1M 2018: KATEGORI, SYARAT KELAYAKAN & CARA MENDAFTAR PERMOHONAN BARU
BR1M 2018: KATEGORI, SYARAT KELAYAKAN & CARA MENDAFTAR PERMOHONAN BARU | credit image: mysumber.com
(i) RM1,200

Kriteria/Syarat Kelayakan

1. Pendapatan kasar bulanan : RM3,000 dan ke bawah (termasuk warga emas)
2. Warganegara Malaysia (menetap di Malaysia sahaja)
3. Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah / ketua keluarga. Contohnya:

  • berkahwin
  • ibu/ bapa tunggal/ balu/ janda/ duda yang mempunyai tanggungan
  • bujang yang mempunyai tanggungan
  • warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun ke atas
p/s: apa beza ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan DENGAN janda/ duda yang mempunyai tanggungan?

ibu atau bapa tunggal
-- kematian suami/isteri
-- ada anak

janda atau duda
-- bercerai
-- tak semestinya ada anak

-- maybe tanggungannya adalah mak or bapa yang uzur ke..

(ii) RM900

Kriteria/Syarat Kelayakan

1. Pendapatan kasar bulanan : RM3,001 - RM4,000 (termasuk warga emas)
2. Warganegara Malaysia (menetap di Malaysia sahaja)
3. Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah / ketua keluarga. Contohnya:

  • berkahwin
  • ibu/ bapa tunggal/ balu/ janda/ duda yang mempunyai tanggungan
  • bujang yang mempunyai tanggungan
  • warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun ke atas

(iii) RM450 - KATEGORI INDIVIDU BUJANG 21 TAHUN KE ATAS

Kriteria/Syarat Kelayakan

1. Pendapatan kasar bulanan : RM2,000 ke bawah
2. Warganegara Malaysia (menetap di Malaysia sahaja)
3. Individu (bujang)
4. Berumur 21 tahun ke atas
5. Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017/ 2018 tidak layak untuk memohon BR1M 2018 bagi kategori Bujang.

Okay next!

Mungkin ada sesetengah orang yang kurang faham atau tertanya-tanya.. kalau dah daftar BR1M 2017, adakah perlu membuat permohonan baru BR1M 2018? adakah perlu memohon semula untuk brim 2018?

Untuk menjawab persoalan tersebut, kita kena faham bahawa:

+ mereka yang belum pernah memohon BR1M; atau
+ pemohon yang gagal/ tidak layak dalam permohonan sebelum ni; atau
+ pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia/ bercerai

sahaja yang perlu membuat permohonan baru BR1M 2018. Selain daripada tiga ciri/ kriteria di atas ni, just perlu kemaskini BR1M 2017 yang sebelum ni. 



Macam mana nak kemaskini BR1M 2017? Next artikel saya akan share caranya ye. Sebab saya pun tak kemaskini lagi hahaha.

Okay next!



PERMOHONAN BARU BR1M 2018


Tarikh Rasmi Pendaftaran Permohonan BR1M 2018:

tarikh mula - 27 November 2017
tarikh akhir - 31 Disember 2017


(i) secara Online (melalui E-BR1M) 

-- klik SINI untuk mendaftar secara atas talian/ online.
-- klik SINI untuk ushar guideline/panduan step by step cara memohon brim 2018 secara online.

ATAU


(ii) secara manual (guna borang)

-- borang permohonan BR1M 2018 boleh didapati di cawangan/ Pusat Khidmat Hasil/ Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan ATAU hanya klik SINI untuk muat turun borang permohonan baru BR1M 2018.
-- kemudian, borang yang sudah lengkap diisi hendaklah dihantar ke cawangan/ Pusat Khidmat Hasil/ Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan sebelum tarikh akhir.
-- Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2018: klik SINI

Yeayy thats all! Selamat memohon brim 2018! :)


BR1M 2018: KATEGORI, SYARAT KELAYAKAN & CARA MENDAFTAR PERMOHONAN BARU
BIOBAX COOL THERAPHY. nak order, whatsapp 0172008642 :)

November 29, 2017

7 Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

7 Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)


Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang berikut:

1) Pegawai Undang-undang Gred L41(Kontrak/Tetap).
2) Pegawai Integriti Bertauliah Gred L41/44(Kontrak/Tetap).
3) Akauntan Gred WA41 (Kontrak/Tetap).
4) Pegawai Peperiksaan Gred DG41 (Kontrak/Tetap).
5) Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 (Kontrak/Tetap).
6) Pekerja Sambilan Harian (PSH)- Pegawai Teknologi Maklumat F41.
7) Pekerja Sambilan Harian (PSH)- Pegawai Peperiksaan Gred DG41.

Full complete iklan jawatan: http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/6e5c57ed-a486-4295-a936-9cc7a56e3c57

7 Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Iklan: 7 Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Cara memohon: isi borang permohonan secara Online di http://gs.mpm.edu.my/eperjawatan

Tarikh mula permohonan: 23 November 2017 (Khamis).
Tarikh tutup permohonan: 10 Disember 2017 (Ahad).

Thanks to my friend, Hamiza sebab bagitahu ada jawatan kosong Majlis Peperiksaan ni di website InfoKerjaya.

Saya pun memang berhajat nak apply Jawatan 4 Pegawai Peperiksaan untuk bidang Matematik tu nanti before 10dis. Pray for me!

And sesiapa yang ada mohon juga, goodluck hehe.

Daaa~ wassalam! :)
November 29, 2017

Senarai Nama Tempat & Alamat di Penang - Foodhunt, Advanture, Lepak & Photoshoot ~ Wordless Wednesday

Senarai Nama Tempat & Alamat di Penang - Foodhunt, Advanture, Lepak & Photoshoot ~ Wordless Wednesday

Senarai Nama Tempat & Alamat di Penang - Foodhunt, Advanture, Lepak & Photoshoot ~ Wordless Wednesday
Senarai Nama Tempat & Alamat di Penang - Foodhunt, Advanture, Lepak & Photoshoot ~ Wordless Wednesday
Senarai Nama Tempat & Alamat di Penang - Foodhunt, Advanture, Lepak & Photoshoot ~ Wordless Wednesday
Senarai Nama Tempat & Alamat di Penang - Foodhunt, Advanture, Lepak & Photoshoot ~ Wordless Wednesday
Senarai Nama Tempat & Alamat di Penang - Foodhunt, Advanture, Lepak & Photoshoot ~ Wordless Wednesday
Senarai Nama Tempat & Alamat di Penang - Foodhunt, Advanture, Lepak & Photoshoot ~ Wordless Wednesday
Senarai Nama Tempat & Alamat di Penang - Foodhunt, Advanture, Lepak & Photoshoot ~ Wordless Wednesday
Senarai Nama Tempat & Alamat di Penang - Foodhunt, Advanture, Lepak & Photoshoot ~ Wordless Wednesday

Full credit to: twitter @KakiTravels_ 

Tuesday, November 28, 2017

November 28, 2017

puisi #39 untuk yang sedang merindu

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.



puisi #39 untuk yang sedang merindu

puisi #39 untuk yang sedang merindu
puisi #39
Untuk yang sedang merindu,
selamat merindu.
Merindulah seseorang yang baik untukmu.

Pesanku.
rindukanlah dalam penjagaan iman,
agar rindumu tak membuatmu terdorong pada keburukan.
Miliki rindu yang elegan,
rindu yang tahu aturan
dan tahu batasan.
Rindu yang memeluk dalam doa dan
berjuang tanpa dosa.

Rindukanlah seseorang yang "boleh" kamu rindukan.
Jangan buang-buang energimu
merindukan seseorang yang bukan hakmu.

Jangan pula membakar hatimu
dengan rindu yang hanya menurutkan nafsu.

Nukilan: @Arent.354 



p/s: Nyte! :)

Monday, November 27, 2017

November 27, 2017

"24 tahun? ingat awak 19 tahun macamtu" :P

Tarikh: 27/11/2017
Masa: pagi
Lokasi: KTM Seremban
Situasi: semasa menunggu ktm line Klang
Perbualan yang berlaku:

Me: awak nak pergi mana?

Dia: UKM

Me: selalu ke naik ktm ni pergi UKM?

Dia: Ha'ah selalu. Sebab study kat ukm.

Me: ohhh. Degree ke?

Dia: Ha'ah degree.

Me: in? Course apa?

Dia: Mass Communication.

Me: ohhh mass com. Saya konvo tahun lepas. UPM. Course matematik.

Dia: degree ke atau...?

Me: yeap degree.

Dia: Ohh.. umur berapa?

Me: saya 24 tahun.

Dia: 24?! Ingat tadi macam 19. Hahaa

Dan perbualan pun berterusan tapi sekejap je. Ktm sampai. Haha.

Tak tahu la sama ada sebab saya
- muka baby face :P
- pendek (bahasa sopan: rendah)
- style budak budak (pakai tudung bawal, tak reti berfesyen)
- kelakuan budak budak tak matang (most of the times hahaha)

, orang yang tak kenal saya (strangers) memang biasa ingat saya budak tingkatan, atau baru nak SPM, atau lepasan SPM. Hahhahaa. Tak tahu la itu satu penghinaan atau pujian. But I will take it as a compliment hikhokk.

Okay daaa~ wassalam! :)

Sunday, November 26, 2017

November 26, 2017

puisi #38 agar tak kembali luka

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.



puisi #38 agar tak kembali luka

puisi #38 agar tak kembali luka
puisi #38
Semua orang bisa lupa
Atau setiap orang berhak melupakan
Entah kalimat mana yang sesuai untukmu

Lalu,
apakah aku harus menyesali
menjadi orang yang justru sulit sekali lupa
Atau tepatnya sulit sekali melupakan

Apapun alasanmu,
aku justru tak ingin lupa
Ku catat jelas seiring senja yang menua
Aku ingin ingat agar tak kembali luka.

Nukilan: @Arent.354 


p/s: Selamat malam! :)


Saturday, November 25, 2017

November 25, 2017

Lirik Lagu OST Ayat-Ayat Cinta 2 | Rossa - Bulan Dikekang Malam

As you know (or just know hikhik), movie Ayat-Ayat Cinta 2 (AAC2); sebuah sekuel dari filem terbaik dan terlaris tahun 2018 produksi MD Pictures, yang diangkat dari novel karya Habiburrahman El Shirazy; bakal ditayangkan di pawagam 12 Disember 2017! Disebabkan Ayat Ayat Cinta 1 release pada tahun 2008 (time ni saya form 3), so saya tak berapa nak ingat the details each of the scene of AAC1. Tapi lagu OST AAC1 by Rossa saya memang ingat sangat! Hhahaha. The famous lirik "... ketika ku bersujud" memang tak boleh lupa. And untuk Ayat-Ayat Cinta 2 ni pula ada 3 lagu soundtrack. The main soundtrack is Krisdayanti bertajuk Ayat-Ayat Cinta 2. Isyana Sarasvati - lagu Masih Berharap. Rossa - Bulan Dikekang Malam. Antara ketiga-tiga lagu OST ni, saya paling suka yang Rossa - Bulan Dikekang Malam. Sebabnya rentak irama dia ada sikit-sikit macam lagu OST AYAT AYAT CINTA 1.

Walaupun tak boleh nak lawan lagu Rossa yang Ayat Ayat Cinta 1, but lagu Rossa yang terbaru ni pun okay juga. Best!

Lirik Lagu OST Ayat-Ayat Cinta 2 Rossa - Bulan Dikekang Malam


(Lyric Video) Lagu OST Ayat-Ayat Cinta 2 Rossa - Bulan Dikekang Malam



Lirik Lagu OST Ayat-Ayat Cinta 2 Rossa - Bulan Dikekang Malam

andaikan kabut tak menyulam hari
hingga berlarut larut
andaikan hidup ada harapan
mencintaimu sebagai bagian terindah dihidupku
tak kubiarkan kau tak bahagia

berjuta fatwa cinta yang ada
mengantarku pada kenyataan
hatiku memeluk bayang-bayang
ingin denganmu tapi tak bisa

aku bukan aku yang dulu
namun cintaku seperti dulu
merelakanmu aku merasa
bagai bulan di kekang malam

mencintaimu sebagai bagian terindah hidupku
tak ku biarkan kau tak bahagia

berjuta fatwa cinta yang ada
mengantarku pada kenyataan
hatiku memeluk bayang-bayang
ingin denganmu tapi tak bisa

aku bukan aku yang dulu
namun cintaku seperti dulu
merelakanmu aku merasa
bagai bulan di kekang malam

aku ikhlaskan segalanya
walau cintaku lebam membiru
sakit namun aku bahagia
ku terima segala takdir cinta

bulan dikekang malam,
bulan dikekang malam,
bulan dikekang malam,
bulan dikekang malam....

Penyanyi: Rossa
Judul lagu: Bulan Dikekang Malam
Album: Soundtrack Ayat Ayat Cinta 2
Label: MD Music & Trinity Optima Production


Okay mungkin ada yang tak tahu dan tak faham apa yang dimaksudkan dengan 'bulan dikekang malam' ? Sebab saya pun tak tahu hahaha.

Thats why I search kat Google apa maksud dikekang. & setelah diamati dan diteliti...
-- kekang ni adalah bahasa Indonesia dan ianya membawa banyak makna. Dan makna 'kekang' yang paling sesuai dalam tajuk lagu ni adalah: larang/ tahan/ cegah/ tak ada kebebasan/ terbatas. Haa faham kan kan? Hahahha.

Okay itu sahaja. 
Daaa~ wassalam! :)
November 25, 2017

17 Jawatan Kosong MPOB (Malaysian Palm Oil Board)

Tudiaaa ada 17 Jawatan Kosong available di MPOB (Malaysian Palm Oil Board)!  Thanks to my friend Agnes told me about this. Permohonan jawatan kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat  bagi jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut ~


17 Jawatan Kosong MPOB + Gaji Minimum (RM) - Gaji Maksimum (RM)

17 Jawatan Kosong MPOB (Malaysian Palm Oil Board)
17 Jawatan Kosong MPOB (Malaysian Palm Oil Board)
1. AKAUNTAN (GRED WA41 - WA54) 2,820.00-13,180.00
2. JURUTERA (GRED J41 - J54) 2,529.00-13,252.00
3. PEGAWAI PENYELIDIK (GRED Q41 - Q53) 2,315.00-13,248.00
4. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F41 - F54) 2,315.00-13,248.00
5. PEGAWAI TADBIR (GRED N41 - N54) 2,080.00-13,138.00
6. PUSTAKAWAN (GRED S41 - S54) 2,078.00-13,138.00
7. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED FA29 - FA32) 1,549.00-6,232.00
8. PENOLONG AKAUNTAN (GRED W29 - W32) 1,498.00-6,259.00
9. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK (GRED Q29 - Q32) 1,496.00-6,259.00
10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N29 - N32) 1,493.00-6,256.00
11. SETIAUSAHA PEJABAT (GRED N29 - N32) 1,493.00-6,256.00
12. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (GRED J19 - J22) 1,377.00-4,725.00
13. PEMBANTU PENYELIDIK (GRED Q19 - Q22) 1,355.00-4,696.00
14. PEMBANTU TADBIR (PENGKERANIAN / OPERASI) (GRED N19 - N22) 1,352.00-4,693.00
15. PEMBANTU AWAM (GRED H11 - H14) 1,218.00-3,401.00
16. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11 - H14) 1,218.00-3,401.00
17. PEMBANTU OPERASI (GRED N11 - N14) 1,216.00-3,397.00

-- Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online sahaja.

-- Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil sehingga dihubungi oleh pihak sekretariat.

-- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Maklumat permohonan (Iklan Jawatan) boleh ushar di
-- http://www.mpob.gov.my/images/stories/pdf/2017/2017_iklanjawatan.pdf

Permohonan secara online boleh dibuat di
-- http://161.142.157.51/onlinejob2017/iklan.php



Tarikh mula permohonan : 22 November 2017
Tarikh tutup permohonan: 6 Disember 2017

Selamat meng-apply kerja kosong di atas! Saya pun nak apply jawatan Pegawai Tadbir N41 nanti hehhee. 

Goodluck!

Daaa~ wassalam :)

Friday, November 24, 2017

November 24, 2017

puisi #37 berbuat baikpun bisa dibenci orang

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.



puisi #37 berbuat baikpun bisa dibenci orang

puisi #37 berbuat baikpun bisa dibenci orang
puisi #37
Berbuat baikpun bisa dibenci orang,
apalagi bila berbuat buruk.

Maka tetaplah baik,
apapun yang orang katakan.

Toh yang membencimu masih manusia,
bukan Tuhan.

Kebencian manusia tak mengurangi pahalamu,
tapi bila Tuhan yang benci
habislah kebahagiaanmu
dan pastilah neraka.

Tetaplah baik
dan tak perlu memburu
penilaian baik dari manusia.

nukilan: @arent.354 


p/s: Selamat malam semua! :)

November 24, 2017

4 FAKTA DIET YANG PERLU ANDA KETAHUI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Sekarang ni kan haaa kemain ramai beno nak diet, nak kurus, nak badan slimmmm & juga untuk sihat hehe. Bagus-bagus. Saya ni memang surrender awal-awal, tak mampu nak diet hardcore mahupun istiqamah hahahaha makanya.. saya memuji mereka-mereka yang tahan dan sanggup berdiet! **tepukan gemuruh.

Alkisah.. Haritu saya ada terrrjumpa satu artikel dalam surat khabar berkaitan dengan fakta diet. Jom baca! Untuk menambah ilmu pengetahuan heeee.


4 Fakta Diet Yang Perlu Anda Ketahui

4 FAKTA DIET YANG PERLU ANDA KETAHUI

Amat penting untuk anda memilih jenis diet yang sesuai dengan kemampuan tubuh anda. Berikut 4 fakta tentang diet yang perlu anda ketahui sebelum anda mengambil keputusan untuk memulakan diet:

1. UMUR 20-30 TAHUN

-- jika umur anda sekarang adalah sekitar 20-30 tahun, pastikan ada sumber kalsium dalam menu diet anda. Tulang kerangka manusia mula terbentuk sekitar usia 20-an. Pengambilan kalsium yang mencukupi akan membantu anda mempunyai gigi dan tulang yang sihat. Protein penting bagi membekalkan tenaga. Banyakkan pengambilan protein kerana anda bergerak aktif pada usia ini.

2. CATU SNEK

-- boleh sahaja makan snek tetapi kawal kuantiti pengambilannya. Cuba hadkan makan snek 2 kali seminggu. Selepas mengambil snek yang diingini, jangan lupa untuk bersenam. Ia bertujuan untuk membakar jumlah kalori yang telah anda ambil. Usah disekat keinginan untuk mengambil snek. Bimbang pula anda lupa diri dan makan dengan banyak snek yang diinginkan. Lebih baik puaskan sahaja keinginan anda tetapi makan dengan kuantiti yang terkawal berbanding anda hilang kawalan sehingga makan dengan kuantiti yang banyak.

3. MINUM SUSU DAN JUS BUAH-BUAHAN

-- ketika sarapan pagi, amalkan minum sus dan jus buah-buahan. Pengambilan sus & jus buah-buahan membuatkan anda kenyang lebih lama. Kemudian bolehlah lanjutkan dengan makan sekeping roti bakar bersama putih telur yang digoreng menggunakan minyak zaitun. Jika mahu menu yang lebih mudah, semangkuk bijirin bersama susu sudah memadai.


4. ELAK MAKANAN BERGORENG

-- adakalanya kita sering tersalah memilih menu. Sebagai contoh, antara terung goreng dan sepinggan spageti, yang mana satu menjadi pilihan anda? Jika anda memilih terung, anda telah membuat pilihan yang salah. Memang benar terung tergolong dalam kelompok sayur-sayuran tetapi kalorinya tinggi apabila digoreng kerana ia mudah menyerap minyak. Sepinggan spageti mengandungi protein (daripada sos tomato dan daging) serta karbohidrat (pasta). Kunci utamanya ialah anda harus bijak membuat pilihan menu yang sesuai.

Sumber: Akhbar Sinar Harian / ruangan WOW! Tip Cantik
November 24, 2017

Waktu-waktu Baik Untuk Berdoa

Waktu-waktu Baik Untuk Berdoa

Waktu-waktu Baik Untuk Berdoa
Waktu-waktu Baik Untuk Berdoa
1. Waktu sahur/ sepertiga malam terakhir

2. Ketika berbuka puasa

3. Ketika azan berkumandang

4. Di antara azan & iqamah

5. Ketika sujud dalam solat.

-secara specific nya adalah ketika sujud akhir dalam solat. thats why kalau perasan, ada orang yang sujud lamaaaaa bila time sujud akhir. Haa tengah berdoa la tu. tapi awas! jangan disebut kat mulut pula doanya. dalam hati je doanya. jangan pula lafaz kuat kuat "YA ALLAH, AKU MEMOHON KEAMPUNAN DARI-MU ATAS SEGALA DOSA-DOSA KU" ketika sujud akhir tu. Tak pasal-pasal batal terus solat awak tu haha.

Nak doa boleh, tapi dalam hati sahaja. Jangan lafaz/ sebut di mulut. okay?

6. Di hari jumaat

- nak secara specific nya lagi.. masa di antara Asar & Maghrib.. 

7. Ketika hujan turun

- ni saya biasa dengar. tapi sayangnya, jarang buat. nak kena babab si Sayidah ni! ish ish ish.

8. Ketika sebelum salam dalam solat wajib

- thats why kalau ada yang perasan ke kan.. ada orang yang lama sikit time tahiyat akhir tu. sebabb lepas dah habis baca tahiyat akhir, dia berdoa. tapiiiii.. macam kes doa ketika sujud dalam solat tadi.. jangan cakap kuat-kuat pula doa nya. jangan lafaz di mulut. cukup hanya di dalam hati doa nya.

dan secara specificnya.. ada doa yang digalakkan untuk kita baca ketika sebelum salam tu.. iaitu doa kita berlindung daripada empat fitnah besar. saya tak ingat siapa yang ajar saya. tapi orang tu (tak silap saya ustaz/ kawan) ajar saya time di sekolah rendah. dan saya amalkan sampai sekarang.

doanya bermaksud:

"ya Allah, aku berlindung padamu daripada fitnah dajjal, fitnah hidup&mati, fitnah kubur dan fitnah neraka jahannam." (azab api neraka)


Waktu-waktu Baik Untuk Berdoa
Doa Sebelum salam dalam tahiyyat akhir / doa dijauhkan daripada fitnah dajjal
9. Hari rabu antara Zuhur & Asar
- saya tak pernah dengar sebenarnya yang ni. baru tahu hehehe.

10. Ketika Hari Arafah

11. Ketika perang

Thursday, November 23, 2017

November 23, 2017

puisi #36 yang ditunggu tidak hadir

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.



puisi #36 yang ditunggu tidak hadir

puisi #36 yang ditunggu tidak hadir

Yang ditunggu, tidak hadir.
Yang tidak dimahu,
datang membawa seribu kasih.

Yang dikisah, tidak peduli.
Yang dikawankan,
cuba menghampiri,
berkali-kali.

nukilan: Faiz Ibrahim





p/s: Nite!

Wednesday, November 22, 2017

Tuesday, November 21, 2017

November 21, 2017

mungkin korang tak tahu teka teki ni.. cuba jawab!

Malam-malam ni best juga kalau layan teka teki kan. Kebetulan tadi saya tengok BTS Run episod 27, dia ada beri soalan kuiz. Tapi 3 soalan jelah teka teki nya hahahaha. Korang try lah jawab. Kalau betul semua, saya bagi hadiah kay?


mungkin korang tak tahu teka teki ni.. cuba jawab!

mungkin korang tak tahu teka teki ni.. cuba jawab!

1. If a poisonous snake accidentally bites it's own tongue, will it die from it?

YES or NO?

mungkin korang tak tahu teka teki ni.. cuba jawab!

Translate: kalau ular yang beracun terrrgigit lidah dia sendiri tanpa sengaja, adakah ular beracun tersebut akan mati?

YA ATAU TIDAK?


2. Can a snake move backwards? Can it go in reverse?

CAN or CANNOT?

mungkin korang tak tahu teka teki ni.. cuba jawab!Translate: bolehkah ular bergerak ke belakang? bolehkah ular undur ke belakang?

BOLEH ATAU TIDAK?


3. Do snails have teeth?

HAVE OR HAVE NOT?

mungkin korang tak tahu teka teki ni.. cuba jawab!

Translate: adakah siput mempunyai gigi?

ADA ATAU TIDAK?



Dah fikir jawapannya?

Nak tahu jawapannya apa?

....
...
..
.

Okay let's check it out!

Answer:
1. YES. The snake will die.
2. CANNOT. Snakes cannot move backwards.
3. YES. Snails have teeth!

Haaa berapa betul? 3 out of 3? Kalau betul semua, meh saya bagi hadiah..

...

...

...

...


Hadiah senyuman dari saya terlebih cukup la kan? hahahahha. 

Ok daaa~ wassalam! :)