December 2017 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Saturday, December 30, 2017

December 30, 2017

My #2017bestnine & Cara Membuat Foto 2017 best nine on Instagram

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Wuhuu lagi sehariiii je nak menjejak ke tahun baru, tahun 2018. Sempat kah kita? Atau adakah kita diberi peluang lagi bernafas masuk ke 2018 oleh Allah untuk mencipta memori, kejayaan & be a better muslim, muslimah? Either one.. but the most important thing, may Allah bless all of us aminnnn :) Haa tu baru muqaddimah ye uols hahaha. So, di akhir-akhir tahun ni, biasa kita buat apa je? Okay.. selain dari memikirkan apa lagi perkara yang perlu ditambah dalam list what-to-achieve in 2018 a.k.a azam tahun 2018, kebanyakan orang juga buat photo best nine di Instagram kan kan. Mungkin ada yang tak familiar dengan hashtag #2017bestnine tersebut. Tapi for those yang selalu update or scroll timeline IG, mesti perasan kan tentang #2017bestnine ni? Saya pun baru jeeee buat pagi tadi. Nak ikut trend katanya uhukk. 


My #2017bestnine & Cara Membuat Foto 2017 best nine on Instagram

My #2017bestnine & Cara Membuat Foto 2017 best nine on Instagram
My #2017bestnine
Ohhh mungkin ada yang tak tahu bagaimana cara nak buat 2017 best nine di Instagram ni kan.. Okay meh saya tunjuk step by step. Tapi serius senang je haahha.

1. Pergi ke https://2017bestnine.com/
2. Masukkan username instagram kita di ruangan "Instagram ID"
3. Kemudian, klik GET
My #2017bestnine & Cara Membuat Foto 2017 best nine on Instagram
Cara Membuat Foto 2017 best nine on Instagram
4. Then, save image #2017bestnine kita tu.

- kalau buat kat laptop, just right click then 'Save image as....'
- kalau kat mobile/ smartphone, just tekan lama-lama kat picture 2017 best nine tu, then 'Save image'

5. Login instagram & upload gambar yang kita dah save tu.

DONE!

Mudah, senang, pantas dan cepat kan? Ehhh hahaha. Kalau nak lagi faham, boleh tengok video tutorial 'how to make #2017bestnine on instagram' kat bawah ni:



Apa kriteria-kriteria yang IG ushar dalam memilih sembilan foto kita yang terbaik ni?

If i'm not mistaken, Instagram pilih our best nine kita ni dengan mengambil kira top nine pictures yang dapat likes paling tinggi. Then, dia juga akan beritahu berapa total likes gambar yang kita upload di IG sepanjang 2017 + berapa bilangan posts. Macam saya.. jumlah likes  = 13,685 dan saya upload 215 posts pada tahun 2017. Tahun 2018? Tungguuu hahaha.

So... last but not least, goodluck! hehhee.

Daaa~ wassalam :)

Friday, December 29, 2017

December 29, 2017

puisi #45 terkadang harus menunggu

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.


puisi #45 terkadang harus menunggu

puisi #45 terkadang harus menunggu
puisi #45
Terkadang kita harus menuju
Terkadang harus menunggu
Tenangkan hatimu
Agar lebih jernih dengan keputusanmu
Doa akan menyakinkan
juga membarokahkan pilihanmu

nukilan: @arent.354



p/s: Selamat malam! :)
December 29, 2017

Kena gangguan ketika solat.. sah atau tidak?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaa~! Korang pernah tak kena gangguan ketika solat? Gangguan yang saya maksudkan di sini bukanlah gangguan dari budak kecil atau serangga or rasa nak kentut ke, atau dari persekitaran yang bising. Kena gangguan ketika solat yang dimaksudkan adalah gangguan makhluk halus/ benda mistik.


Kena gangguan ketika solat.. sah atau tidak solat ?

Kena gangguan ketika solat.. sah atau tidak solat ?
Kena gangguan ketika solat.. sah atau tidak solat ? | gambar sekadar hiasan
SOALAN:

Sekiranya terdapat gangguan seperti ada sesuatu di dalam kerongkong membuatkan kita berasa gatal atau terbatuk semasa solat dan kita tahu itu disebabkan sihir, sahkah solat?
-Hamba Alllah, Selangor.


Jawapan (Ustaz Kazim Elias - UKE): 

Selagi anda tidak melakukan perkara yang membatalkan solat, maka sahlah solat anda.

--Sumber: akhbar Mingguan Malaysia

Haaa lepastu ada yang blur pulak.. apa ehhh perkara-perkara yang boleh membatalkan solat? Hehehe.
perkara yang membatalkan solat
Perkara yang membatalkan solat
Perkara yang membatalkan solat:
- meninggalkan salah satu rukun
- berkata-kata
- berhadas kecil atau besar
- terkena najis
- terbuka aurat
- ketawa (bersuara)
- berubah niat
- makan atau minum
- murtad
- bergerak tiga kali berturut-turut
- berubah dada daripada arah kiblat.

So, jika buat salah satu daripada 11 perkara ni.. batallah solat kita. Yang part ketawa (bersuara) tu.. "so kalau kita ketawa tak bersuara tak batal la eh?". Kalau terrsenyum or ketawa tak dengar suara, okay lagi kot. Tapi tak payah la gelak sampai tak ingat dunia eventhough tak bersuara kan. Dah tak khusyuk sangat dah tu nampaknya haha. Baik solat semula.

Okay itu sahajaaa.. Moga ada manfaat. Daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:



Thursday, December 28, 2017

December 28, 2017

Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah

Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah | Tudiaaa.. dulu dulu pelajar kat sekolah boleh ditegur, dimarah, dileter oleh cikgu cikgi. Tapi sekarang? Siap ada guideline "bentuk-bentuk hukuman yang dilarang" dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk para guru. Ada yang saya boleh faham lagi kenapa dilarang tapi ada yang saya rasa tak logik langsung pun untuk dilarang hahaha.


Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang - Garis Panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah
Hukuman terhadap fizikal
1. Berdiri lama di tengah panas
2. Lari keliling padang
3. Berdiri lama dalam atau luar bilik darjah
4. Memukul diri sendiri atau sesama sendiri
5. Berdiri di atas kerusi atau meja
6. Menarik rambut atau telinga
7. Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
8. Junjung kerusi atau buku
9. Cubit/ enjut/ ketuk ketampi/ mendada/ ketuk/ sekel kepala


Hukuman terhadap mental dan emosi
1. Gunting rambut
2. Berdiri membuat latihan
3. Berleter
4. Gantung tulisan di badan
5. Memalukan di khalayak ramai
6. Kelas tahanan pada waktu rehat
7. Memaki hamun
8. Conteng muka dengan kapur
9. Koyak buku latihan
10. Mengugut atau mengertak murid
11. Tidak menghiraukan murid
12. Tidak menanda buku latihan

--UNIT DISIPLIN KPM

Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah
Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah - KPM
Ada sesetengah hukuman yang okayyy kita boleh terima lah kan ianya dilarang. Tapi ada kebanyakannya yang saya rasa alahaiiii.. bukannya teruk pun. Contohnya berleter tu.. ADOOOIIII cikgu nak berleter pun tak boleh ke sekarang ni? Habis tu kalau pelajar tak siap kerja sekolah atau buat benda tak baik, nak denda apa? Hanya tutup mata, telinga dan mulut sahaja? Biarkan je pelajar buat apa yang dia suka? Cubit pun tak boleh. Berdiri membuat latihan pun tak boleh. Adehhh serius tak faham lahaii kenapa 'hukuman' tersebut dilarang hahaha.

Saya kutip beberapa komen sarkastik/ pendapat mereka yang respond info di atas:


"Lepas ni cikgu masuk kelas, ajar lepastu keluar terus. Tak boleh buat apalah.. pengajaran tidak sama dengan didikan. Murid akan jadi terpelajar tapi tidak terdidik. Itu pun kalau sungguh-sungguh belajar lah."

"Dulu ini kerja-kerja yang dibuat oleh pengawas.. Catit nama hantar laporan ke guru disiplin. Lepas ni dah tak ada jawatan pengawaslah"

"Berdiri atas meja tak boleh? =.= Nak kerja jadi cikgu sekolah la. Masuk, ajar, balik. Tak payah marah-marah. Senang kerja"


Hahahaha. Adehh. Takpelah. Kita doa moga pelajar, para guru dan ibu bapa berjaya mengharungi liku-liku dugaan hidup ini aminnn. tetibe haha.

Okay itu sahaja. Daaa~wassalam :)

Wednesday, December 27, 2017

December 27, 2017

Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Alkisahhh.. kakyong ada belajar buat kek kat office beliau. Macam-macam kek dipelajarinya - kek pelangi, gula hangus, brownies and many more. Haritu time cuti Krismas, kakyong and her family ada balik ke Seremban. So.. apalagiiii.. dah belajar, kena la praktikkan kan? Gituww hahaaha. Tu yang kakyong pula ajar saya macam mana cara nak buat kek gula hangus (or ada juga orang panggil kek sarang semut). So, lets see step by step resepi mudah dan sedap kek gula hangus ni! Plus, lembut dan gebu! Aummmm~


Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut

Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Bahan-bahan:

1 1/4 cawan gula hangus
1 cawan air panas
125 gm butter (2 sudu makan)
4 biji telur
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarborat
1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:

1. Panaskan gula dalam kuali hingga cair.
2. Masukkan air panas dalam kuali dan terus kacau.
3. Masukkan 2 sudu butter ke dalam kuali tersebut. Biar hingga cair.
4. Pukul 4 biji telur (pukul perlahan).
5. Tepung + soda berkarbonat | diayak.
6. Satukan semua bahan dan biarkan perap selama 3 jam.
7. Kemudian, bakar kan bahan yang telah diadun & diperap tadi (bakar guna oven boleh, guna microwave oven pun boleh).

DONE!



kek gula hangus
Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Serius punya cerita ni kan.. as soon as keluar je kek gula hangus bersarang tu dari microwave tu, kitorang serbu terus dan tak sampai 15-30 minit kot, dah nak habis dah! hahahaha. Kami tinggalkan empat ketul untuk alang dan abanglong yang time tu tak ada kat rumah.

Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Kek sarang semut ni.. kalau buat dengan betul dan menjadi, memang sodapp gilos! Lembut dan gebu. Dan kalau taknak manis sangat kek tu, boleh kurangkan gula. Macam kakyong haritu.. Sepatutnya ikut resepi 1 1/4 cawan kan? yong buat sukatan kurang sikit daripada tu. Sebab kitorang memang suka kurang manis sikit.

So terpulang.. kalau nak terlebih manis macam senyuman saya, boleh lah buat 1 3/4 or 2 cawan ke.. hahaha. Tapi jangan lah sampai 3 cawan.. kalau tak mahu terkena kencing manis yeee hehe.

Okayyy thats all! Goodluck! Selamat mencuba! Daaa~wassalam :)

BACA JUGA:


December 27, 2017

19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday

19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday


19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday

Tuesday, December 26, 2017

December 26, 2017

puisi #44 apa tak ingin bahagia?

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.


puisi #44 apa tak ingin bahagia?
puisi #44

puisi #44


Hidup adalah perjalanan
Al Quran akan menuntunmu pada tujuan
Yang pasti benarnya
Yang pasti bahagia

Dalam hidup kita butuh teman
Al Quran akan setia menemanimu
Tak akan mengkhianatimu
Tak akan mencelakakanmu
Justru akan terus menjagamu, dunia akhiratmu

Lalu mengapa Al-Quran sering kamu lalaikan?
Coba tanya dirimu mengapa
Apa tak ingin bahagia?

nukilan: arent.354



p/s: Selamat malam! :)
December 26, 2017

10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET !

Diet memang sinonim dengan kemahuan dan juga dalam proses untuk kurus, slim & nak sihat. Tak kisah lah perempuan atau lelaki kan. Tapi.. nak diet pun kena ada ilmu dan pengetahuan tau. Bukannya hanya membabi butaaa tuli sahaja nak ondiet.

10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET !
10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET !
Saya ada terjumpa post di Facebook mengenai 10 kesilapan besar ketika diet; yang ditulis oleh seorang Online Weight Loss Coach, Coach Ina. Menarik untuk dibaca dan saya juga tertarik untuk berkongsi kat sini kerana ianya yang biasa kita dengar selama ni kononnya diet yang betul. Rupa-rupanya teettttt.. tak benar!


10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET !

10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET !
10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET ! | credit image: FB Coach Ina Fitlife
Nak kurus tapi tak berjaya? Baca 10 tips ini. Mana tahu korang selalu buat, sebab tu berat tak turun turun. Elakkan mistakes ini ya kalau nak turun berat tu.

1. SKIP HIDANGAN
-- Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Sarapan tu penting tau ! Pilih sarapan yang sihat, tinggi protein dan serat ! Elakkan sarapan yang tinggi kalori, gula dan lemak.

2. MAKAN 3x SEHARI JE ?
-- 3 hidangan sehari TAK cukup untuk mengawal nafsu makan membantu meningkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Rancang meal plan mengikut keperluan kalori seharian. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

3. MAKAN TAK CUKUP ?
-- Jangan jangan jangan tak makan. Nak turun berat kena makan. Berlapar akan membuatkan metabolisma berkurang dan menjejaskan penurunan berat badan korang tu.

4. NAK KURUS ORANG CAKAP ELAK NASI
-- Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Memang lah menggemukkan kalau sehari 4 5 pinggan nasi , TETAPI oats, buah, roti pun menggemukkan kalau diambil berlebihan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.

5. IKUT ORANG CAKAP & MISS GOOGLE
-- Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini. Asal nak kurus je tanya cik google tak pun ikut orang cakap. Nak diet kena tahu dan faham apa yang korang makan. Turun berat bukan magik !

6. TAK TAHU KEPERLUAN KALORI SEHARIAN
-- Kenal pasti keperluan kalori seharian ( DCR) . Bukan main berlapar je. Bila dah tahu DCR, baru lah senang nak rancang menu makan seharian. Ye tak ?

7. NAK DIET KENA MAKAN SALMON DAN PASTA JEEE
-- Buat lah diet yang sesuai dengan kita yang duduk di Malaysia ni. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Nak makan kari ayam ? Makan je ! Ambil bahagian isi, kurangkan kuah. Ni diet makan sandwich , makan pasta kononnya ORANG CAKAP senang turun berat.

8. DIET SAYA KENA MINUM AIR DAN TAK BOLEH MAKAN NASI
-- Diet yang baik merangkumi kesemua pilihan harian yang sihat dan seimbang. Nasi tu tak salah . Yang salah kalau korang ambil berlebihan.

9. AKU NAK KURUS SEBAB NAK KAWENNN
-- Diet yang sihat bukanlah diet yang ada jangka masa. Ceee google sikit tanya "WHAT IS DIET". Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa bukan short term. Nak sihat berpanjangan, bukan sebab nak nampak cantik di hari perkahwinan je.

10. GELOJOH
-- Naik berat punyalah makan macam macam , nak kurus kalau boleh 1 minggu tu nak turun 20 KG. Penurunan berat adalah proses , bukan LIPOSUCTION .

Haaa sekarang dah tahu mistake mistake yang korang selalu buat ?

Selamat mencuba dan good luck!

by: 
Coach Ina 
Online Weight Loss Coach

So.. lepas ni toksah le kita nasihat mereka yang nak diet tu - "jangan makan nasi!", "elakkan makan nasi ketika diet", "nasi tu karbohidrat. takyah makan laa". Instead of that, nasihat lah untuk kurangkan amount nasi. Bukannya tak makan langsung. Yang penting, konsisten dan istiqamah!

Cewahhh saya ni pandai je cakap kann pasal kurangkan nasi. Hakikatnya... lebih dari segenggam nasi saya makan! kahkah. Yelaaa duduk rumah, umi masak sedap-sedap mana tak nya hahaha. Tapi takpee, workout setiap petang haiyakkk!

Okay itu sahaja. Moga ada manfaat dan share-share la ye pada sesiapa yang tengah diet tu hehehe. Daaaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:



Monday, December 25, 2017

December 25, 2017

poem #5 salt

Saya suka puisi a.k.a poem; tak kira la short or long poem. So, let me (or we) being immersed in this poem (of course not made by mine ehe) ..


poem #5 salt

poem #5 salt
poem #5
what i never
learned
from my mother
was that
just because someone desires you
does not
mean
they value you.
desire is the kind of thing
that eats you
and
leaves you starving.


---- the color of low self esteem


by: nayyirah waheed



p/s: Nite! :)

Friday, December 22, 2017

December 22, 2017

jangan takut untuk berdomain sendiri (.com)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Kekadang ada some blogger tanya "perlu ke ada domain dotcom?", "should i buy my own domain?", "apa fungsi dan kelebihan blog berdomain sendiri?". Ada juga blogger yang takut & tak yakin nak beli domain sendiri. Mungkin disebabkan beberapa momokan yang mengatakan kalau blog berdomain sendiri, pageviews (PV) & unique visitors (UV) blog jatuh dan sebagainya. Me? Saya memang galakkan blogger untuk memiliki domain blog sendiri. Toksah tangguh-tangguh hahaha.


jangan takut untuk berdomain sendiri (.com)

jangan takut untuk berdomain sendiri (.com)
jangan takut untuk berdomain sendiri (.com)
Yes that's right. Tidak dinafikan.. Mula-mula bila blog dah dipasang dengan domain sendiri, memang UV PV akan turun sedikit (atau banyak). Why? Kenapa? Sebab dengan domain baru, ianya umpama seperti rumah baru. Enjin-enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing take time to crawl semula entri di dalam blog kita yang 'baru' tersebut.

But don't worry. Jangan gelabah, jangan panik, jangan bersedih hati, jangan berduka lara. Instead of worrying.. tingkatkan usaha dalam memperbaiki kualiti blog. Keep on writing entries, ping/ sharing entries on FB groups & Google+ communities, blogwalking and so on. Be active. And stay strong. Tetibe stay strong hahaha.

Yelaa. Ingat senang ke nak teruskan berblogging bila tengok UV PV ciput? Ingat mudah ke nak karang entri bila rasa macam takde je orang nak baca entri kita? kan kan? Haha. So stay strong dan semangat semangat!

Kalau boleh, paksa diri untuk update satu or dua entri setiap hari untuk permulaan bila blog dah dipasang domain baru. So that.. blog kita keep updated, fresh dan senang nak naik semula dengan cepat dalam enjin carian.



Kenapa blog perlu ada domain sendiri?
-- Oh mungkin ada yang tak tahu or tak nampak lagi kelebihan berdomain sendiri. Why you should have you own domain .com? Boleh baca di SINI. Hehe.

Kat mana nak beli domain?
-- ada yang guna Netkl, GoDaddy, Syokhost. Kalau saya.. Netkl (https://billing.netkl.com/). Dan Netkl tetap di hati saya. Cewahh haha. Sebab saya memang sangat berpuas hati dengan servis Netkl - tak leceh, mudah & pantas. Lagipun so far saya tiada masalah serius berkaitan dengan domain Netkl. Kalau ada pun, contact or email sahaja pihak Netkl. They will reply and response immediately. (rasa dah macam duta Netkl pulak hahahah!)



Berapa harga domain di Netkl?
-- RM45 setahun. Boleh bayar untuk setahun atau banyak-banyak tahun sekaligus. So that you don't have to renew every year. Tapi saya renew je setiap tahun. Lagipun Netkl memang akan bagi email beberapa hari sebelum tarikh yang sepatutnya kena renew for reminding us yang domain kita bakal luput.. So, kalau jenis yang lupa or payah nak ingat tarikh renew domain, tak perlu risau. Tunggu je email dari Netkl hahaha.

So apalagi? Moh leww~

jangan takut untuk berdomain sendiri (.com)
December 22, 2017

Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?

Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Kan tengah hot issue sekarang ni berkaitan dengan pemboikotan McD besar-besaran di Malaysia. Ramai juga yang masih keliru dan tertanya-tanya "perlu ke boikot McD?", "nak boikot ke tak?", "nak beli burger McD, rasa bersalah la pula". Tak kurang juga yang memang dah tetapkan hati tak mau jejak dah  ke restoran McD. Siap ajak kawan-kawan, family sekali boikot McDonald's Malaysia. Tapi apakah yang sebenarnya? Mereka yang memboikot McD habis-habisan ni.. adakah mereka boikot berdasarkan fakta yang sebenar atau sekadar berpegang dengan 'fakta' "kot", "rasanya", "tak silap laa" dari mulut orang lain?



Boikot McDonald's Malaysia: Perlu ke tidak?

Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan? | credit image: themalaymailonline.com
Kelmarin, saya terrrrjumpa keratan akhbar Sinar Harian (16 Disember 2017; Sabtu) yang highlight tajuknya: McDonald's Malaysia Memfailkan Laporan Polis Menentang Individu dan Kumpulan Tertentu Yang Membuat Tuduhan Fitnah dan Seruan Untuk Memboikot Restoran-Restoran McDonald's di Malaysia. And i was like wow! Apa ni? Saya pun teruskan  lah pembacaan saya until the end (ada dua muka surat full).

And i want to share with all of you about this. Dengan harapan moga ianya boleh menjelaskan apa yang kurang jelas dan menyelesaikan kekusutan berselirat di dalam minda yang sedang keliru.


Lets!

Boikot McDonald's Malaysia: McDonald's Malaysia Memfailkan Laporan Polis Menentang Individu dan Kumpulan Tertentu Yang Membuat Tuduhan Fitnah dan Seruan Untuk Memboikot Restoran-Restoran McDonald's di Malaysia
Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa Gerbang Alaf Sdn Bhd, anak syarikat Lionhorn Pte Ltd dan pengendali rangkaian restoran McDonald's di Malaysia, telah memfailkan laporan polis di ibu pejabat polis Jalan Dang Wangi terhadap individu dan kumpulan yang membuat dakwaan palsu serta menyebarkan informasi yang tidak berasas mengenai McDonald's Malaysia melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain. Berdasarkan nasihat undang-undang, kami juga telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai isu ini.

Dakwaan tersebut di antara yang lain menyatakan bahawa McDonald's Malaysia menyalurkan dana kepada Israel adalah satu tuduhan yang tidak benar, dusta, palsu dan fitnah.

Dalam satu kenyataan yang telah kami keluarkan pada 8 Disember 2017 yang lalu, diterbitkan di laman web rasmi dan laman Facebook McDonald's Malaysia, kami telah membuat kenyataan yang sangat jelas bahawa kami sangat kecewa dengan seruan untuk memboikot restoran kami, sebagai tindak balas terhadap pengumuman Presiden Trump baru-baru ini.

Kami juga telah mengumumkan bahawa Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd adalah syarikat milik tempatan yang dikendalikan oleh individu Islam sebagai pemegang saham terbesar, dan sebagai sebuah syarikat kami tidak menyumbang, menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik mahupun agama di mana-mana negara sekalipun.


Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?


Pihak kami juga telah mendapatkan pandangan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan bahawa:

1. Seruan "Wajib boikot" hanyalah sah jika ianya diperintah oleh umara'/ pemerintah negara. Dalam konteks ini, pemimpin negara Malaysia dan juga mana-mana pihak autoriti Islam dalam Malaysia tidak pernah mengeluarkan apa-apa perintah memboikot McDonald's Malaysia. Maka, sebarang seruan untuk wajib boikot McDonald's adalah salah dalam perspektif Islam.

2. Boikot tanpa fakta yang sah boleh dianggap sebagi fitnah dalam hukuman Islam, oleh itu tuduhan ke atas McDonald's adalah dianggap fitnah.

3. Pihak McDonald's Malaysia adalah berhak untuk menuntut ganti-rugi daripada pihak yang telah memboikot -- sesuai dengan kerugian dari segi kewangan ke atas syarikat dan kehilangan pekerjaan yang dialami akibat daripada boikot tersebut.

4. Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menyarankan supaya pihak individu/ NGO yang telah memboikot dan/atau membuat tuduhan palsu ke atas McDonald's Malaysia agar mengeluarkan kenyataan awam/ terbuka untuk menarik balik kesemua tuduhan yang pernah dibuat ke atas McDonald's Malaysia.

Kami berharap bahawa kesemua rakyat Malaysia akan mendengar nasihat dan kata-kata bijaksana daripada pihak yang lebih berpengetahuan seperti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sebagai sebuah syarikat milik individu Islam, kami turut mendaftar sebagai pembayar Zakat dalam melaksanakan kewajipan untuk membantu serta memberi manfaat kepada golongan fakir miskin di Malaysia. Kami percaya bahawa pembayaran zakat bukan sahaja dapat memberi impak positif terhadap sosio-ekonomi malah mengukuhkan sistem jaminan sosial untuk menuju satu sistem ekonomi berteraskan Islam yang sempurna.

Kami juga telah menjelaskan bahawa kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan pembohongan melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain.

Walaupun jangkauan kenyataan rasmi kami telah beredar dengan meluas kepada rakyat Malaysia, sesetengah individu dan kumpulan yang tidak bertanggungjawab masih memilih untuk mengabaikannya dan terus menyebar maklumat palsu mereka.

Kami menganggap tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini sebagai satu fitnah. Oleh itu, kami tidak mempunyai pilihan selain mengambil langkah seterusnya untuk memfailkan laporan polis terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang tidak bertanggungjawan.

Sementara itu, kami juga telah menubuhkan satu pasukan peguam penasihat luar untuk membantu kami dalam perkara ini, bagi memastikan bahawa hak-hak dan kepentingan syarikat kami dilindungi degan sewajarnya pada setiap masa.

Tindakan yang kami ambil dengan membuat laporan polis adalah terutamanya untuk melindungi para pekerja kami dan ahli keluarga mereka, serta harta dan restoran kami dari ancaman kerosakan, dan sudah tentu perniagaan dan mata pencarian kami termasuk kesemua 12,000 pekerja McDonald's Malaysia.

Salah satu tohmahan yang tidak benar adalah fitnah mengenai sumbangan McDonald's AS kepada Jewish United Fund (JUF) melalui program "Matching Gift". Ini kerana di Amerika Syarikat adalah satu kebiasaan bagi banyak syarikat-syarikat menawarkan program Pemberian Sepadan ("Matching Gift") bagi menggalakkan pekerja-pekerja mereka untuk menderma kepada badan-badan kebajikan. Program ini tidak khusu kepada McDonald's kerana banyak syarikat-syarikat Fortune 500 yang mengendalikan program Pemberian Sepadan tersebut (dianggarkan 60% daripada syarikat-syarikat Fortune 500 menjalankan program tersebut).

JUF hanyalah salah satu daripada banyak badan-badan di AD yang berhak untuk menerima sumbangan derma di bawah program Pemberian Sepadan. Ini kerana JUF dianggap beroperasi bagi tujuan kebajikan di bawah landasan undang-undang AS yang berkaitan iaitu Seksyen 501(c)(3) undang-undang percukaian AS. Oleh itu, apabila seorang pekerja McDonald's AS menderma kepada JUF atau mana-mana badan kebajikan yang lain yang memunyai status kelayakan yang sama (di bawah undang-undang percukaian AS), secara amnya McDonald's AS akan menderma amaun yang sama. Perlu diingat bahawa badan kebajikan adalah dipilih oleh para pekerja dan bukan oleh McDonald's AS. Program Pemberian Sepadan ini adalah satu faedah pekerjaan yang dinikmati oleh golongan kakitangan yang layak.

Sepanjang tahun 2014, terdapat lebih daripada 2,000 sumbangan derma pekerja kepada berbagai-bagai badan kebajikan yang dipadankan oleh McDonald's AS di bawah Program Pemberian Sepadan dan daripada ribuan sumbangan derma tersebut, bilangan derma kepada JUF adalah sangat kecil (hanya tiga(3) sahaja derma pekerja kepada JUF yang dipadankan).

Adalah satu fakta bahawa terdapat juga badan-badan kebajikan Islam yang telah menerima sumbangan derma pekerja yang dipadankan. Kenyataan di atas menerangkan konteks sebenar Pemberian Sepadan dan dengan jelas menyangkal sebarang dakwaan bahawa McDonald's AS mengambil sebarang pendirian berkaitan apa-apa konflik potlitik atau keagamaan yang berlangsung. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web McDonald's Malaysia - URL http://www.mcdonalds.com.my/company/news/mengenali-mcdonals-malaysia.

Akhir kata, penyebaran pembohongan dan fitnah tentang McDonald's Malaysia serta seruan yang tidak wajar untuk memboikot terhadap restoran kami hanya kana menyebabkan lebih banyak mudarat daripada manfaat yang baik.

Telah terang lagi bersuluh dengan jelas bahawa sebagi entiti perniagaan, Lionhorn Pte Ltd melalui anak syarikatnya Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, telah memanfaatkan 'puluhan juta ringgit' melalui faedah cukai kepada kerajaan Malaysia, dan akan terus membuat pelaburan di Malaysia.
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Boikot McDonald's Malaysia : Perlu ke tidak?
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Boikot McDonald's Malaysia: Perlu ke tidak?
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Boikot McDonald's Malaysia: Perlu ke tidak? 
Sepanjang 35 tahun di Malaysia, McDonald's juga telah melabur sejumlah wang yang besar dalam pengurusan operasinya. Kami telah mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan sepanjang tiga setengah dekad ini - dengan menawarkan peluang pekerjaan sepenuh masa dan juga separuh masa kepada graduan, pelajar kolej, golongan dewasa, warga tua dan juga golongan kelainan upaya.

Ini jelas menunjukkan bahawa manfaat ekonomi yang telah diwujudkan oleh McDonald's mampu memberi kesan domino. Bagi meneruskan pertumbuhan positif dan mengembangkan lagi perniagaan kami di Malaysia, kami akan terus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Lebih banyak peluang pekerjaan yang diwujudkan mampu menjurus kepada penggunaan domestik yang lebih tinggi dan secara tidak langsung mewujudkan ekonomi yang lebih kukuh bagi menyokong perttumbuhan negara.
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Dari kiri: Azmir Jaafar Pengarah Urusan & Pemilik Saham Tempatan McDonald's Malaysia, AbdulrahmanAlireza, Pengurus Besar Reza Food Services dan Mohammed Alireza, Pengarah Kanan Hal Ehwal Korporat Reza Food Services.
Kami juga melihat potensi yang besar di negara ini dan kami percaya bahawa pihak kami dapat menyebarkan kesan yang positif terhadap ekonomi Malaysia. Adalah penting untuk menyedari bahawa tiada entiti perniagaan yang ingin melabur di negara yang di mana mereka tidak disambut atau diberi layanan yang tidak adil. Pendek kata, apa-apa serangan terhadap kami- Lionhorn Pte Ltd dan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd sebagi pengusaha perniagaan McDonald's di Malaysia - adalah serangan ke atas rakyat kita sendiri.

-- Azmi Jaafar
Pengarah Urusan & Pemilik Saham Tempatan
Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd.
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Latar belakang McD Malaysia
LATARBELAKANG MCDONALD'S

McDonald's adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald's di Malaysia, McDonald's memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di 265 restoran di seluruh negara. McDonald's menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.