February 2018 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Wednesday, February 28, 2018

February 28, 2018

Surat Terbuka Mufti WP kepada Neelofa (& untuk kita juga) ~!

Surat Terbuka Mufti WP kepada Neelofa (& untuk kita juga) | Teguran BERHEMAH & LEMBUT tapi DEEP dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli kepada Hajjah Neelofa; berkaitan dengan isu pelancaran produk Neelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur.

Ingatt, ambil juga pengajaran dan iktibar. For our reminder too. Mungkin Allah nak tegur kita dengan cara macam ni. So, lapangkan dada dan jangan terlalu mengecam ye hehe.


Surat Terbuka Mufti WP kepada Neelofa & untuk kita juga~!

p/s: Untuk kita juga? Yesss. Boleh baca point no.7 tuu :) 

Let's read!
Surat Terbuka Mufti WP kepada Neelofa (& untuk kita juga) ~!
Surat Terbuka Mufti WP kepada Neelofa (& untuk kita juga) ~!
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Neelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.

1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.

‎2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.

‎3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?

‎4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.

7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.

Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Surat Terbuka Mufti WP kepada Neelofa (& untuk kita juga) ~!
Surat Terbuka Mufti WP kepada Neelofa (& untuk kita juga) ~!

[SUMBER]

Surat Terbuka Mufti WP kepada Neelofa (& untuk kita juga) ~!
Surat Terbuka Mufti WP kepada Neelofa (& untuk kita juga) ~!
Surat Terbuka Mufti WP kepada Neelofa (& untuk kita juga) ~!
Surat Terbuka Mufti WP kepada Neelofa (& untuk kita juga) ~!
February 28, 2018

Cantiknya Interior Design Masjid Hamidiye Camii, Turkey! ~ Wordless Wednesday

Cantiknya Interior Design Masjid Hamidiye Camii, Turkey! ~ Wordless Wednesday


Cantiknya Interior Design Masjid Hamidiye Camii, Turkey! ~ Wordless Wednesday
located at Hamidiye Camii Mosque (central Turkish city of Kırşehir) 
Cantiknya Interior Design Masjid Hamidiye Camii, Turkey! ~ Wordless Wednesday
 Interior Design Masjid Hamidiye Camii, Turkey
Interior Design Masjid Hamidiye Camii, Turkey
Interior Design Masjid Hamidiye Camii, Turkey
Interior Design Masjid Hamidiye Camii, Turkey
Interior Design Masjid Hamidiye Camii, Turkey
Interior Design Masjid Hamidiye Camii, Turkey
Interior Design Masjid Hamidiye Camii, Turkey
Interior Design Masjid Hamidiye Camii, Turkey
Interior Design Masjid Hamidiye Camii, Turkey

Tuesday, February 27, 2018

February 27, 2018

Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.

Cara Topup Online Guna Maybank2u | Tengok-tengok kredit phone dah habis.. alamak! macam mana nak call orang kalau tengah emergency ni? Macam mana nak beli mobile data yang hampir tamat kalau kredit phone zero? Tambah-tambah kalau time tu dah tengah malam, nak keluar rumah takut pula kan.. acamno? Relaks deh. Sekarang ni tak perlu nak bersusah payah pergi ke kedai untuk beli topup. Dengan adanya internet banking seperti Cimbclicks & Maybank2u, kita boleh beli topup prepaid reload bila-bila masa sahaja. Sebelum ni saya dah share macam mana cara untuk topup melalui Cimbclicks [LINK], so right now. saya nak share pula cara topup online guna maybank2u.


Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.


2. Klik Buy Online

3. Pilih Instant Prepaid Top up (ni kalau nak topup terus ke nombor telefon bimbit)
- kalau taknak direct topup terus dan nak nombor PIN.. pilih Prepaid Top up with PIN.

4. Klik Open Instant Prepaid Top up > Telco Name (pilih which rangkaian/Internet/pack yang kita nak reload- Altel/ Celcom Xpax/ DIGI/ Maxis Hotlink/ TRON Talk time/ Tune Talk/ UMobile/ Yes 4G Reload) > Continue.

5. Lengkapkan payment details:
Amount - RM 5/10/etc.
Recipient Mobile Number - contoh: 012 3355656

6. Confirm kan payment details semua betul.
7. Klik Request for TAC.
8. Taip TAC Number di ruangan TAC tersebut > Confirm

Successful/ Accepted! DONE!

Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Cara Topup Online Guna Maybank2u | Maxis/Celcom/DIGI/UMobile/etc.
Easy je kan caranya? Tak rumit pun. Serius senang bila ada kemudahan servis topup guna internet banking ni. Kalau umi or abi suruh topup nombor mobile mereka atau saya sendiri nak topup (biasanya tengah malam =.=), tak perlu minta abi pergi 7-Eleven kat seberang tu untuk topup.. hanya boleh secara online sahaja. Indeed, sekarang segalanya hanya di hujung jari je hee.

Okayy, sesiapa yang tak pernah try topup online di M2U, boleh la try lepas ni. Semoga berjaya! Daa~ wassalam! :)

Monday, February 26, 2018

February 26, 2018

6 Resepi Masker Wajah Daripada Bahan Semulajadi (Sleeping Pack)

Masker wajah merupakan salah satu jenis perawatan terbaik unuk kulit wajah yang memerlukan nutrisi segera atau pemulihan dalam waktu singkat. Lebih baik lagi jika yang dipakai semalaman atau yang juga dikenal dengan istilah sleeping pack. Masker wajah yang dibiarkan semalaman akan merawat kulit secara perlahan-lahan. Dalam masa yang sama juga ia akan membuarkan kelembapan terkunci dan menyerap dengan lebih baik. Masker ini sangat sesuai untuk kulit yang terdedah pada sinaran matahari atau kulit kusam. Dengan amalan yang konsisten maka hasilnya pasti menakjubkan.


6 RESEPI MASKER WAJAH DARIPADA BAHAN SEMULAJADI DENGAN NURTISI TINGGI! 

6 Resepi Masker Wajah Daripada Bahan Semulajadi (Sleeping Pack)

1. MINYAK VITAMIN E

Vitamin E sangat berkesan untuk memperbaiki keadaan kulit yang terdedah dengan sinar ultra violet. Selain itu, vitamin E juga menjadi sumber pelembap semula jadi yang baik untuk membekalkan nutrisi pada kulit sepanjang malam. Sebelum tidur, cukup ratakan minyak yang diambil daripada kapsul vitamin E pada wajah dan leher. Pastikan wajah sudah dibersihkan terlebih dahulu sebelumnya.

2. MASKER EPAL DAN MADU

Epal merupakan sumber vitamin A, vitamin B dan vitamin C yang diperlukan kulit untuk proses pemulihan. Begitu juga dengan madu yang kaya dengan khasiat semula jadi. Kombinasikan keduanya untuk mendapatkan masker yang terbaik. Parut setengah biji epal saiz sederhana bersama kulitnya. Campur dengan satu sudu besar madu. Sapukan pada wajah yang sudah dibersihkan.

3. MASKER TOMATO DAN YOGURT

Tomato yang dicampurkan dengan yogurt sangat berkesan untuk menyembuhkan kulit yang sedang mengalami alahan selain menjadi penyelesaianmasalah pigmentasi. Tomato kaya dengan vitamin C, vitamin A dan likopen yang diperlukan untuk pemulihan sel kulit. Yogurt pula merupakan sumber lactic acid yang membantu peremajaan kulit.

Hancurkan setengah biji tomato ukutan sederhana. Campurkan dengan satu sudu besar yogurt tawar. Sapukan pada wajah yang sudah dibersihkan dan disapukan penyegar wajah. Jika ramuan ini terlalu lembek untuk dipakai tidur, boleh dicampurkan dengan sedikit tepung beras untuk memekatkannya.

4. MASKER TIMUN DAN TEPUNG BERAS

Timun kaya dengan cairan yang boleh mendinginkan kulit. Selain itu ia juga mengandungi vitamin A dan vitamin C yang cukup untuk keperluan kulit. Parut setengah biji timun. Campurkan dengan sedikit tepung beras untuk memekatkannya. Sapukan pada kulit wajah yang sudah dibersihkan dan biarkan semalaman.

5. KRIM SUSU

Krim susu sangat baik untuk melembapkan kembali kulit yang sangat kering dan kusam. Ia juga mampu mencerahkan kulit sepanjang malam. Ambil satu sudu besar krim segar, campurkan dengan setengah sudu besar madu, satu sudu teh jus limau nipis. Sapukan pada kulit yang sudah dibersihkan.

6. MASKER STRAWBERI DAN TEPUNG BERAS

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam strawberi dapat membantu memulihkan kulit yang kusam, kering dan gelap. Hancurkan lima biji strawberi. Campurkan dengan setengah sudu besar tepung beras. Sapukan pada kulit wajah yang sudah bersih. Masker-masker ini akan membuatkan wajah yang terasa lebih lembap dan bercahaya di pagi hari. Bilas wajah dengan air dingin setelah bangun tidur dan anda akan merasakan perbezaannya!

sumber: SINAR HARIAN


Saya tak pernah lagi buat face mask sendiri. Pernah beli mask yang tinggal nak tempek kat muka je haha. So bila terjumpa resepi ramuan masker wajah di atas ni rasa teringin pula nak try. Paling rasa nak cuba - masker tomato & yogurt dan masker timun & tepung beras. Boleh la nanti buat hehe.

Okay daa~ wassalam! :)

Sunday, February 25, 2018

February 25, 2018

puisi #51 jangan terlalu, nanti malu

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.


puisi #51

puisi #51 jangan terlalu, nanti malu
puisi #51
Hidup ini seperti roda berputar
Yang jaya belum tentu selamanya
Yang dihina bisa jadi nanti akan mulia
Hati-hati memperlakukan sesama
Orang yang kamu remehkan hari ini
Bisa jadi seseorang
yang paling kamu butuhkan nanti
Orang yang kamu lukai
Bisa jadi seseorang
yang bisa membuatmu bahagia nanti
Orang yang kamu tinggalkan kini
Bisa jadi seseorang
yang kamu harapkan ada nanti

Jaga sikapmu
Jangan terlalu
Nanti malu

nukilan: @Arent.354


p/s: selamat malam! :)

Friday, February 23, 2018

February 23, 2018

"aku nak berpisah" - adakah jatuh talak? | Ustaz Kazim Elias

"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri" - bidalan Melayu yang selalu kita dengar kan. Walaupun saya belum berumah tangga, tapi saya tahu dan faham dalam hubungan suami isteri pasti akan ada timbul perselisihan. Kadang-kadang dalam pertengkaran atau pergaduhan, ada disulami dengan kata-kata yang tidak sengaja terrrrkeluar dari mulut.


"aku nak berpisah" - adakah jatuh talak?

"aku nak berpisah" - adakah jatuh talak? | Ustaz Kazim Elias

SOALAN:
Adakah jatuh talak apabila suami cakap "aku nak berpisah"? Jika ya, apakah tindakan yang harus saya lakukan seterusnya? Sudah dua kali diucapkan dan suami pernah suruh saya berambus dan balik ke rumah ibu bapa.


JAWAPAN (Ustaz Kazim Elias -UKE):

Suami anda bukan melafazkan cerai lagi, dia baru berkata "Aku nak berpisah". Dalam persoalan ini, yang menentukan jatuh atau tidak talak ialah pihak mahkamah. Maka saya mengesyorkan agar anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pejabat agama untuk menyelesaikan masalah anda suami isteri.

Mungkin kaunseling, mungkin majlis sulh dan mungkin dipanggil keluarga kedua-dua pihak untum berbincang. Anda tidak boleh pendam hal ini seorang diri. Anda kena libatkan keluarga, tanya suami dengan elok adakah dia masih ingin beristeri atau tidak? Kalau hendak, peganglah dengan baik dan kalau taknak, lepaskanlah secara baik

Sumber Q&A: Mingguan Malaysia - 10 Disember 2017

Thursday, February 22, 2018

February 22, 2018

apakah perkara yang beri semangat pada blogger?

apakah perkara yang beri semangat pada blogger untuk terus mengupdate entri? perghh soalan sampai 11 patah perkataan! tu baru soalan, belum jawapan lagi haha. So, blogger(s)? Dah ada jawapan di minda? hehe. Soalan tersebut berbentuk subjektif, maka jawapannya ofcourse lah pelbagai. tiada jawapan yang spesifik. bergantung kepada masing-masing. Tetapi kalau dari sudut perspektif saya, ada beberapa perkara yang beri semangat pada saya untuk keep on updating and maintaining the perfomance of the blog.


apakah perkara yang memberi semangat pada blogger untuk update entri?

apakah perkara yang memberi semangat pada blogger?
1. PASSION

Kekadang takde semangat dari mana-mana pun, semangat datang dari diri sendiri because blogging is my (/our) passion :)

2. GENERATE INCOME

Bila kita tengok dengan blog kita boleh jana pendapatan sampingan/utama, automatik kita rasa berkobar-kobar nak update sokmo, nak tingkatkan trafik blog. Mungkin ada yang tak tahu ohh dengan blog pun boleh dapat duit ye? Yeap. Boleh buat duit dengan blog ni kalau kena dengan gaya; melalui pelbagai medium dan platform such as Google Adsense, Innity, Nuffnang, SushiVid, paid review, job event, affiliate, sewa ruang iklan di blog & lain-lain.

3. UV & PV (trafik blog)

Unique Visitors (UV) & Pageviews (PV) either give you semangat or kekecewaan haha. Tipu la kan kalau PV blog rendah tak down? Tipu la kalau PV blog tak naik naik kita tak rasa sedih kan? Tapi.. tipu juga la kalau kita tak rasa bersemangat bila UV PV meningkat dari semasa ke semasa? Tipu la kalau kita tak rasa happy bila PV menunjukkan angka yang makin cantik kan? More PV means blog kita makin bermanfaat pada orang ramai. Siapa yang tak nak kan.

So.. kalau saya, ada masa bila saya rasa takde semangat nak update entri, saya akan tengok UV & PV blog saya yang lepas lepas (di dashboard dan di Google Analytic). Bila saya tengok UV PV tinggi, saya rasa seronok dan mahukan lebih lagi dari tu. So, sometimes it boost my mood to update entry. But sometimes it doesn't work pun haha.

apakah perkara yang memberi semangat pada blogger?

4. WHEN PEOPLE APPRECIATE OUR ENTRY

Tengok orang like & share entri blog kita di social media, orang puji entri kita best, orang berterima kasih & very thankful dengan info dan maklumat yang kita kongsikan, orang galakkan kita untuk terus menulis, orang suka dengan blog kita, orang rasa bermotivasi bila baca blog kita, orang sentiasa follow update dari blog kita.. all of these things tak pernah tak beri semangat untuk saya (& para blogger) untuk terus meng-update blog.

5. KOMEN DI BLOG

Saya akui saya jenis yang susah nak reply comment di blog unless ianya berbentuk soalan, tetapi tak bermaksud saya tak baca. Saya baca each and every comment because its so precious. Setiap komen di blog saya sangat sangat hargainya & memberi saya semangat untuk terus update entri. When I feel like I have no mood at all to update, I will read the previous comments in my blog. Because it feels like 'yeahh my hard work pays off'.

Ianya umpama kita masak and then semua orang makan masakan kita dengan seleranya dan komen puji sedap secukup rasa. And what we feel? Mesti rasa best dan rasa segala penat lelah peluh time memasak tadi berbaloi. Same with blogger. Bila entri kita orang baca dan orang komen, mesti kita rasa seronok dan feel motivated.

6. TENGOK BLOGGER LAIN UPDATE ENTRI

This is my personal opinion - saya akan rasa lebih bersemangat bila tengok blogger lain update entri (but not most of the time laa). Macam kelakar kan tapi ianya benar dan betul. Thats why kalau saya takde mood nak update, saya akan blogwalking. Sebab bila baca entri-entri blogger lain, semangat nak update tu tiba-tiba datang.

apakah perkara yang memberi semangat pada blogger?

Tapi at the end of the story, diri sendiri sebenarnya menentukan. Diri sendiri yang kena beri semangat kat diri sendiri; not others. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dan yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Usaha, doa, tawakal.

Okay itu sahaja. Daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:




February 22, 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% !

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.


Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita.

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% !
Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% !
No
Kategori
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1
Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2
Mobil & Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3
Permainan, Kanak-kanak
 & Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4
Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5
Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas


Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:


No
Kategori
Produk Paling Popular Terjual
1
Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3
Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4
Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5
Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas


Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% !
Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% !
Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee

Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.
Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.
Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my.

Wednesday, February 21, 2018

February 21, 2018

Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday

Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday


Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
Pemandangan halo matahari (optikal berupa lingkaran cahaya seperti pelangi yang mengelilingi matahari) dapat dilihat di kawasan perumahan Bandar Baru Samariang, Sarawak. | credit image: BERNAMA
Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
the view from a house in Kucing | credit image: Aisha

Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
credit image: Tizzy
Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
penjelasan tentang Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday
Halo Matahari (Sun Halo) di Sarawak ~ Wordless Wednesday