PERSONALITI DAN DIET MENGIKUT JENIS DARAH.
PERSONALITI MENGIKUT DARAH
DARAH A
Ketika kecil, orang yang berdarah jenis A
biasanya suka
bercampur gaul dengan orang lasak. Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan
dan kaya dengan pengalaman hidup, orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan
lebih
bersifat matang. Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang yang berdarah
jenis A ini akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala.
Biasanya orannya serius dan penyabar,
tegas dan
dapat
dipercayai, berfikir secara menyeluruh, konsisten, keras kepala.
Orang golongan darah A ini biasanya suka menyendiri kerana memiliki idealisme .
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat
utama dalam hidupnya. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan
juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu
disekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama
dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu
melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki
keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil
dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan.
Cara Berkomunikasi dengan Orang Bergolongan Darah A
* Jangan mengangkat topik yang konfrontatif,
misalnya, topik kontroversial kerana mereka orang yang tidak suka membuat
konfrontasi dengan lawan bicara.
* Gunakan kata-kata yang relatif sopan kerana mereka
sangat sensitif dan terkadang konservatif sehingga kata-kata yang tidak sesuai
dengan standard kesopanan minimal akan dapat menyinggung mereka.
* Jika menjawab usahakan dengan lengkap dan bermakna
kerana mereka adalah orang yang sangat sempurna dan kurang menyukai hal yang
setengah-setengah.
* Mintalah pandangan dan pendapat mereka kerana
mereka sangat kreatif untuk hal ini dan dengarkan dengan saksama ketika mereka
menjelaskan.
* Jangan melebihi mereka saat menyampaikan sesuatu.
Maksudnya, jangan sampai mereka merasa dilampaui dalam hal kepintaran dan
pengalaman, misalnya.
* Hargai mereka dengan memuji seperlunya kerana
pujian yang berlebihan akan membuat mereka ragu dengan ketulusan si pemuji.
DARAH B
Bagi berdarah jenis B pula, mereka dapat
melalui zaman kanak2 yang cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, orang
yang berdarah jenis B ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan
iaitu, jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis, lebih suka memencilkan
diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang berdarah
jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara daripada usia kanak2
hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat, namun mereka
kelihatan masih berjiwa muda.
Biasanya berkarakter ingin tahu, memilik banyak
ketertarikan di pelbagai bidang, semangat biasanya cepat naik tetapi
juga cepat
padam, selalu ingin menjadi orang yang superior dan diperhatikan
dari orang lain.
Simple! Itulah ungkapan yang paling tepat untuk anda . Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya denga cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian
.
Cara
Berkomunikasi dengan Orang Bergolongan Darah B
Ada karakter ada gaya. Orang bergolongan darah
B memiliki karakter yang berbeza dengan mereka yang bergolongan darah A. Mereka
lebih praktis,
egois,
kreatif,
optimis
dan bebas
dalam berfikir. Mereka juga memiliki kecenderungan mengerjakan segala
sesuatu secara
individual. Oleh karena itu, di Jepun, untuk membentuk sebuah kumpulan
yang kuat sehingga motto yang digagas John C. Maxwell: teamwork makes the dream
work benar-benar menjadi kenyataan, orang golongan darah B ini biasanya kurang
dilibatkan.
” Mulailah pembicaraan dengan runtun, jangan
melompat-lompat kerana mereka kurang menyukai hal-hal yang tidak teratur.
” Jangan memulai pembicaraan tanpa mengakhirinya.
” Gunakan data-data tepat, bukan rekaan.
” Jika mengajak kerjasama, pastikan bahwa mereka
bersedia.
” Berbicaralah kepada otaknya bukan hatinya. Gunakan
lebih banyak fakta rasional daripada sosial.
” Jangan menggunakan gaya bicara yang terburu-buru.
Orang dengan golongan darah B lebih suka mendengarkan
uraian rinci dan runtun. Mereka suka ada awal dan akhir
dari sebuah percakapan. Kerana mereka sangat prihatin dengan apa yang telah
dimulai untuk dapat diakhiri. Mereka tidak suka orang yang berbicara secara tidak jelas
dan tanpa
pertimbangan rasional kerana mereka lebih menggunakan logik
daripada perasaannya.
DARAH AB
Manakala bagi orang yang berdarah jenis AB
pula, mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka
bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka berkawan
dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas. Orang yang berdarah
jenis AB bersikap optimis dan mudah berpuashati. Bersikap sombong dan tidak mahu
dengar nasihat orang lain ketika tua.
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah
keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam
kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan
ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk
berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam
diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus
anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk
membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk
diri anda sendiri.
Biasanya memiliki perasaan yang sensitif,
memilik
perhatian terhadap sesamanya, jiwa sosial yang tinggi, terkadang suka memaksakan
diri sendiri dalam mencapai sesuatu,orang yang memiliki golongan darah
AB biasanya berfikir serius dalam menghadapi permasalahan.
Gaya Komunikasi dengan Orang Bergolongan Darah AB
* Pertama-tama, ikuti dulu alur pembicaraan
mereka.
* Selanjutnya, berbicaralah secara tegas kerana
mereka mudah berubah-ubah.
* Bicaralah tentang seni dan metafisika untuk
memulai percakapan yang lebih panjang jika hal itu diinginkan.
* Jika membuat janji, pastikan mereka memahaminya
dan setuju.
* Jangan ambil keputusan sepihak kerana mereka
termasuk orang yang suka menentukan sebuah keputusan secara sepihak.
* Jangan terlalu banyak mengumbar kata dan janji
kerana mereka sulit mengingat, apa lagi menjalankan kewajiban yang semakin
banyak.
DARAH O
Selalu ikut nasihat ketika
zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O.
Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan kelebihan
sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh.
Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh pada
nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua.
Individu yang memiliki jenis darah dari
kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan
sentiasa
yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu
dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua
perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat
cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius
dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu
sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar
tidak dikuasai dengan tekanan.
Orang ini biasanya memiliki sifat sosial
yang cukup tinggi, mudah bersosialisasi dengan orang lain, pintar
menutupi sesuatu, biasanya orang ini terlihat tidak pernah memiliki masalah,
orang ini biasanya sabar dan baik hati.
Gaya
Komunikasi dengan Orang Bergolongan Darah O
* Berbicaralah dengan semangat dan penuh
vitalitas. Kerana mereka kurang menyukai orang-orang yang terkesan lemah,
letih, lesu, lemas, letoy, dan loyo yang dianggap tidak dapat mengikuti rentak
mereka yang penuh dengan energi.
* Jangan gunakan kata-kata negatif dan pesimis
kerana kelompok kata itu tidak terdapat dalam kamus mereka yang penuh dengan
semangat positif dan optimis.
* Ketika mengikat sebuah kontrak, pastikan dengan
tegas bahawa mereka komit dengan apa yang telah disepakati dan dapat bertanggung
jawab atas penyelesaiannya.
* Berkatalah dengan jujur kerana mereka juga
demikian adanya. Sekali kebohongan terbongkar, mereka tidak akan percaya lagi
pada lain kesempatan.
* Tunjukkan bahasa tubuh yang penuh keceriaan dan
semangat.
Sifat-sifat di atas
tidak mutlak semuanya akan sama persis, sifat manusia juga dipengaruhi dari
kromosom orang tuanya, kromosom adalah pembawa sifat keturunan, ini juga
mempengaruhi karakteristik seseorang, tidak dapat disimpulkan 100% hanya dari
golongan darah saja.