Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Sebelum ni saya ada buat entri tentang RPK dan RSM JPJ, tapi saya nak buat lagi sekali entri RPK dan RSM JPJ dengan lebih lengkap, kemas, mudah dihafal dan diingati oleh mereka yang nak menghadapi ujian JPJ. Jom baca!
RPK dan RSM JPJ: cara mudah ingat dan keterangan lengkap
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap credit image: belajarmemandu.wordpress.com |
RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
RPK ni ada empat bahagian. Mulakan dari depan kereta, kemudian kanan, kemudian belakang, kemudian bahagian kiri kereta. Make sure ikut turutan tu untuk mudah ingat. Dan lagi satu! Jangan lupa semasa terangkan komponen-komponen RPK, sila sentuh dan pandang apa yang kita terangkan tu. Kalau tengah terangkan tentang tayar, make sure kita sentuh dan pandang tayar tu.
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap |
1. Bahagian hadapan kenderaan
a. Cermin - "CERMIN HADAPAN dalam keadaan baik/retak"
b. Bonet - "BONET HADAPAN dalam keadaan baik/kemek"
c. Lampu - "LAMPU HADAPAN KANAN&KIRI dalam keadaan baik/pecah"
d. Lampu isyarat - "LAMPU ISYARAT HADAPAN KANAN&KIRI dalam keadaan baik/pecah"
e. No. plat pendaftaran - "NOMBOR PLAT PENDAFTARAN HADAPAN XXX1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah"
f. Bumper - "BUMPER HADAPAN dalam keadaan baik/pecah"
2. Sisi kanan kenderaan
a. Tayar hadapan - "TAYAR HADAPAN KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
b. Lampu isyarat sisi & cermin sisi - "LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KANAN dalam keadaan baik"
c. Cermin pintu hadapan & belakang - "CERMIN PINTU HADAPAN & BELAKANG, KANAN dalam keadaan baik"
*buka pintu hadapan (pemandu) dan tarik tuil bonet hadapan, boot belakang
*tutup pintu
d. Tayar belakang - "TAYAR BELAKANG KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
3. Bahagian belakang kenderaan
a. Cermin - "CERMIN BELAKANG dalam keadaan baik"
b. Lampu brek ke tiga, lampu brek & lampu belakang - "LAMPU BREK KE TIGA, LAMPU BREK & LAMPU BELAKANG KANAN&KIRI dalam keadaan baik"
c. Lampu isyarat - "LAMPU ISYARAT BELAKANG KANAN&KIRI dalam keadaan baik"
d. Bonet - "BONET BELAKANG dalam keadaan baik" (merujuk kepada penutup boot)
e. No. plat pendaftaran - "NOMBOR PLAT PENDAFTARAN BELAKANG XXX1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah"
f. Bumper - "BUMPER BELAKANG dalam keadaan baik/pecah"
*BUKA BONET (PEMERIKSAAN RUANG BOOT)
g. "Dilengkapi dengan SEGITIGA AMARAN"
h. "Dilengkapi dengan TAYAR GANTIAN, tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
i. "Dilengkapi dengan TOOLS - spana pembuka tayar / pemutar jek / jek / jumper"
*TUTUP BONET
4. Sisi Kiri Kenderaan
a. Tayar belakang - "TAYAR BELAKANG KIRI tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
b. Cermin pintu hadapan & belakang - "CERMIN PINTU HADAPAN & BELAKANG, KIRI dalam keadaan baik"
c. Lampu isyarat sisi & cermin sisi - "LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KIRI dalam keadaan baik"
d. Tayar hadapan - "TAYAR HADAPAN KIRI tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
(optional) Tempoh sah cukai jalan - "cukai jalan masih sah tempoh sehingga XX/XX/XX"
5. Bahagian hadapan kenderaan (ruang enjin)
*BUKA BONET (PEMERIKSAAN RUANGAN ENJIN)
pemeriksaan ruang bonet/enjin perodua viva |
a. Bateri
+ "BATERI SEL BASAH dalam keadaan baik" , (buka salah satu penutup) - "paras air bateri/ elektrolit mencukupi/tidak mencukupi" (ada tanda min/max)
+ "BATERI SEL KERING dalam keadaan baik", (jika ada penunjuk) - "warna penunjuk berwarna hijau/hitam/putih, bateri dalam keadaan baik/perlu dicaj"
**apa beza bateri sel basah dan sel kering?
sel basah
- ada penutup kat atas.
- ada aras elektrolit (air), ada min/max
sel kering
- tak ada penutup. dia rata je di bahagian bateri tu.
- ada indikator warna (optional).
b. (buka penutup) "Paras AIR TANGKI SIMPANAN RADIATOR mencukupi/tidak mencukupi"
**kalau mencukupi - air di aras maksimum
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap |
c. (buka penutup) "Paras AIR TANGKI RADIATOR mencukupi/tidak mencukupi"
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap |
d. (picit hos) "HOS AIR dalam keadaan baik/retak"
**bentuk hos macam paip hitam
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap |
e. (cabut dipstick yang panjang hitam tu, bersihkan dengan tisu, masukkan semula, cabut semula) "Paras MINYAK PELINCIR/ENJIN mencukupi/tidak mencukupi"
**WAJIB sediakan tisu awal-awal atau kalau ada tisu disediakan di tempat RPK tu, ambil je kat situ.
f. (tekan ke bawah) "TALI SAWAT dalam keadaan baik/terlalu tegang/terlalu kendur"
g. (jika ada)(buka penutup) "Paras MINYAK STEERING mencukupi/tidak mencukupi"
h. (buka penutup) "Paras CECAIR BREK mencukupi.tidak mencukupi"
i. (buka penutup) "AIR WIPER mencukupi/tidak mencukupi"
*TUTUP BONET
Macam kalau saya time JPJ test haritu, RPK dilakukan sebelum RSM. Time RPK tu, bonet ruangan enjin dan boot memang dah tersedia buka. So, saya buat pemeriksaan ruang enjin sejurus selepas menerangkan komponen/item bahagian hadapan kenderaan (No.1).
Maksudnya... kebiasaannya kan saya dilatih untuk ikut turutan mula-mula bahagian hadapan > kanan > belakang > kiri > ruangan enjin. Tapi time rpk jpj ni, dia ikut turutan : bahagian hadapan > ruangan enjin > kanan > belakang > kiri. Mungkin pihak pemeriksa nak mudahkan kerja kita dan kerja mereka.
Maksudnya... kebiasaannya kan saya dilatih untuk ikut turutan mula-mula bahagian hadapan > kanan > belakang > kiri > ruangan enjin. Tapi time rpk jpj ni, dia ikut turutan : bahagian hadapan > ruangan enjin > kanan > belakang > kiri. Mungkin pihak pemeriksa nak mudahkan kerja kita dan kerja mereka.
Tapi! Apa-apa pun tengok lah orang sebelum kita dia buat macam mana. So that kita pun boleh ikut turutan dia macam mana hehe.
Nota:
1) Time saya test JPJ haritu, kereta viva digunakan semasa RPK. Kereta kancil/kereta viva pula digunakan semasa ujian di litar. Manakala, kereta axia digunakan semasa ujian di jalan raya.
2) Klac (cekam) bagi kereta viva dan kereta kancil lama memang tinggi. Saya haritu ujian JPJ dapat kereta kancil di dalam litar, saya dah lepaskan banyak klac pun kereta still tak gerak-gerak. So, kena lepaskan banyak-banyak klac, baru kereta jalan. =.= okay tak ada kaitan dengan topik, abaikan haha.
RSM (Rutin Sebelum Memandu)
Bilakah nak buat RSM?
Dua kali kena buat RSM ni. First, buat sekali dengan RPK. Second, buat RSM sebelum memulakan ujian memandu di jalan raya.
18 rutin sebelum memandu:
1. Masuk kereta, duduk dan HANDBREAK (brek tangan) dalam kedudukan brek (jika kereta manual, handreak ditarik)
2. Laraskan TEMPAT DUDUK (seat)
3. Tentukan kedudukan tangan pada STERENG dengan betul - kedudukan pukul 10-2 atau 9-3
cara pegang stereng dengan betul:
a) kedudukan tangan pada stereng pada pukul 9 & pukul 3
cara pegang stereng dengan betul credit image : pandulaju.com |
teknik memegang sterengan dengan betul credit image: shannons.com.au |
4. Laraskan CERMIN PANDANG BELAKANG DAN SISI (cikgu saya ajar pastikan tangan sentuh cermin pandang belakang dan sisi walaupun sedikit semasa melaraskan. Yang penting, kena nampak effort tu!)
*ON-SUIS KERETA*
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap panel instrumen kereta |
penunjuk pada panel board kereta |
panel board untuk kereta saga (automatik) JPJ |
5. TOLOK BAHAN BAKAR (ada huruf E F) berfungsi/tidak berfungsi
tolok bahan bakar |
6. TOLOK SUHU ENJIN (bentuk macam termometer, ada huruf C H) berfungsi/tidak berfungsi
tolok suhu enjin |
7. LAMPU AMARAN HANDBREAK (bentuk tanda seru) berfungsi/tidak berfungsi
lampu amaran brek tangan |
8. LAMPU AMARAN TEKANAN MINYAK ENJIN (bentuk macam bekas siram bunga) berfungsi/tidak berfungsi
lampu amaran tekanan minyak enjin |
9. LAMPU AMARAN BATERI (ada caj + - ) berfungsi/tidak berfungsi
lampu amaran bateri |
panel instrumen pada board kereta Axia |
10. Pastikan GEAR dalam keadaan bebas (N-neutral) bagi kereta manual (kedudukan 'P' bagi kereta auto)
11. HIDUPKAN ENJIN dengan menekan klac(manual)/brek(auto) tanpa menekan pedal minyak
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap credit image: nazrulentertainment.blogspot.com |
13. LAMPU HADAPAN berfungsi/tidak berfungsi
lampu kereta |
14. LAMPU HAZARD berfungsi/tidak berfungsi
*kalau kereta kancil, lampu hazard berdekatan dengan stereng, kedudukan di tengah-tengah.
lampu hazard / lampu kecemasan |
15. HON berfungsi/tidak berfungsi
16. PEMANCUT AIR/pengelap cermin (wiper) berfungsi/tidak berfungsi
17. TAKOMETER (meter RPM) berfungsi/tidak berfungsi
takometer |
18. MENGUJI keadaan tali pinggang keledar kenderaan (dengan cara MENYENTAP dan MENARIK TALI PINGGANG kenderaan) & MEMAKAI tali pinggang kenderaan dengan sempurna.
maksud indikator pada panel board kereta |
Fuhhh~ semoga berjaya! Yang penting jangan cuak sangat time nak buat RPK & RSM, terutamanya RSM. Yela RSM lagi cuak sebab pegawai JPJ duduk sebelah kita kan. Tapi tarik nafasss hembus, bertenang. Tunjukkan confident anda, terangkan satu-satu dengan tenang dan teratur seperti yang saya ajarkan susunan rpk dan rsm di atas. InshaaAllah full marks!
Goodluck guysss!
Baca juga entri berkaitan dengan lesen kereta:
41 Comments
argh tringt masa mula2 bljar mmandu hahahhaa
ReplyDeleteAssallammuallaikum..salam ukhuwah.
ReplyDeleteTetiba teringat belajar kereta 6 tahun yang lalu tapi tak ada ajar sedalam ni.. tp siyes, bagus sistem skrg sebab sepanjang ena ada dan bawa kereta ni, info2 tu semua berguna sangat.. xde la jadi cam ena, mati akai juga kalau kereta tetiba meragam
ReplyDeleteSama la kita haha
Deletewahh..thanks kaycee, nina baru nak test jpj bulan depan..harap soalan bocor ni berguna utk dia..
ReplyDeletesaya nak amik test jpj lagi brape hari.. saya ada tengok youtube but still stuck in the middle.. tapi tq lah sbb snggup tolong org org yg mcm kami ni nk amik test walaupun akk dh lulus ... 😍
ReplyDeletealhamdulillah.ilmu bermanfaat kena share sama sama dik. goodluck test jpj nanti! moga lulus amin :)
Deletewoww. sangat berguna. kena bookmark ni. tak lama lagi nak amek leses. huhuu
ReplyDeleteAkak test jpj esok pagi ni..mcm2 perasaan ada..tlg doakn ye smoga akak lulus n smoga allah prmudhkn..
ReplyDeleteInsha alla..aamiin..
Salam Sayidah. Terima kasih tau entry ni. Semalam saye test JPJ, ALhamdulillah lulus. Saye banyak rujuk entry2 awak hihihi. TQ Again. Lepastu kan, pusat memandu pun sama. Pusat Memandu Cemerlang.
ReplyDeleteSaya pun berdebar rasa nya . Mudah Allah permudah kan urusan untuk menghadapi ujian test jpj besok .
ReplyDeleteTq share info yg bguna ni.
ReplyDeleteSelasa ni bt Rsm dn Rpk,harap2 blh bt dgn jayanya.
ReplyDeleteTQ.. byk tips yg berguna sebagai rujukan..
ReplyDeletepuan, ade lgi satu tertinggal. lampu reverse dlm keadaan baik
ReplyDeleteTq
DeleteTerima kasih. Sangat-sangat membantu. 🙂
ReplyDeleteAlhamdulillah,sgt bermanfaat. Semoga sentiasa dijaga dan dilindungi Allah SWT.
ReplyDeleteterima kasih.. memng padat.. ckgu pn tak ajar padat laguni..
ReplyDeleteAlhamdulillah.....terima kasih kenapa berkongsi....sgt bermakna dan boleh digunakan untuk test JPJ nnty
ReplyDeleteThanks very helpful infos
ReplyDelete3 August hari tu test JPJ, beria baca rpk n rsm last last pegawai jpj tu macam tak layan je kita cakap. Nasib baik lulus sekali jalan. Jalan raya pun dapat jalan paling dekat
ReplyDeletekalo kancil enjin dpn cmni jugak ke?
ReplyDeletetak exactly sama dari segi kedudukan nya. tapi komponen nya sama je tak silap saya. so.. yang penting ingat ciri-ciri setiap komponen enjin tu.
DeleteThank u for info. Esok sya test jpj..doakan sya lulus..nervous sangat nie..
ReplyDeleteso macam mana test jpj awak? lulus tak? hope lulus :D
Deletewahh banyak info. terima kasih.
ReplyDeleteBagus dengan pakai cara ni. Mudah dan jimat masa.
ReplyDeleteHari ni saya test jpj dekat imkeda cheras.. Semoga Allah permudahkan segala urusan ..
ReplyDeleteTq dik.info sgt be4guna doakan sis today test rayuan .jpj..2 tahun lesen mati xrenew.skali kna test balk.with new rules ni..*sighhh*
ReplyDeleteterima kasih :)) sangat2 bermanfaat utk saya yang baru nak ambil lesen ni hehehehe
ReplyDeleteterima kasih atas info ini...doakan saya lulus test jpj hari ini ye
ReplyDeletetqvm, very helpful. nervous ni, test on 26th june. wish me luck!
ReplyDeleteTq sis! Really helpful.
ReplyDeleteKat sekolah memandu saya tu, cikgu siap tolong karang ayat sebab dia kata ramai yang lupa intro. Awal sekali ialah bagi salam, sebut nama penuh dan nombor kad pengenalan dan bagi tau yang kita nak buat RPK atau RSM. Untuk RPK benda pertama kena buat ialah tunduk dan tengok bawah kereta dan bagi tau tiada tumpahan minyak atau halangan bawah kereta. Lepas tu baru proceed ke next step. Dalam test form tu takde pun tapi cikgu kata nak tunjukkan yang kita ni prihatin. Ada yang buat test sorang2 dan ada juga buat ramai2. Kalau buat ramai2, pastikan suara lantang dan lancar. Kalau dapat tester bagus, dia biarkan ja kita bebel sorang2. Kalau dapat yang suka menguji, maybe kena repeat balik. Yang dah hafal/ingat pun boleh jadi lupa bila berpuluh mata pandang.
ReplyDeleteTerima kasih. Doakan saya lulus ya. Dah tua2 baru nak ambil lesen
ReplyDeleteTq sis... Calon Jpj 2022 hadir
ReplyDeletetq abe abe/sis sis.. calon JPJ 2023 hadir!!
ReplyDeleteThank you so much. Sangat membantu😬
ReplyDeleteThanks for your info
ReplyDeletethank you !!
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p