Salam semua! Siapa yang sebelum masuk U study kat matrik, sila jawab pertanyaan saya...
Antara matrik dan universiti.. Mana yang lagi BEST?
Haa.. Apa jawapan anda.. ?? Kalau empunya diri ni.. I think.. Dua-dua best! Tapi kalau kena pilih.. Tak tahu lah. Masing-masing ada weak and strong nya. Manis dan pahit. Susah dan senang. Dua-dua ada kenangan seronok . Kenangan tak suka pun ada kat dua-dua tempat ni. So mana satu pilihan kalbu? Ehek2.
Tapi kalau nak kira bilangan kawan ,mesti la matrik menang. Sebab iye la. Setahun duduk situ kan. Mesti la ramai kawan. *bajet famous* HIHI
Bukan apa.. Ramai la jugak saya tengok kawan-kawan kat matrik kata..
"Matrik lagi best daripada U.
U takde kawan best macam kat matrik dulu.
Dok kat matrik lagi syok dari dok kat U. "
Betul. Betul. Dan betul statement-statement di atas tu. Tapi kena ingat statement-statement tu dibuat oleh anda anda yang baru duduk kat U tak sampai pun setahun lagi. Tak habis pun lagi sem 1. Percayalah.. And I'm strongly sure that statement tu akan hapus bila anda anda dah study kat U 4 tahun lamanya.. Korang akan rasa bestttt sangat kehidupan kat matrik and also at U..