C.I.N.C.I.N ;) - sayidahnapisahdotcom C.I.N.C.I.N ;)
LightBlog

C.I.N.C.I.N ;)

Salam semua! Bismillah..




Whoaaa! Lawanya cincin itu!! Hihihi.. Saya memang suka cincin. Sebab dia sangat lawa. Comeyy! Lagi2 yang ada tertonggek batu permata kecik kat atas cincin macam kat gambar tu. Perfect!! Itulah cincin idaman saya. Jangan curi okeh! LOL.

Cerita pasal cincin ni kan. Zaman sekarang ni memang ramai le kan yang pakai cincin. Tak kira la apa motif yang tersirat dan tersurat di sebalik mereka memakai cincin tu.Ada sebab pakwe or makwe mereka bagi.. Ada yang harta pusaka nenek moyang punye.. Ada yang suka-suki pakai.. Ada yang kawan-kawan or relatives yang bagi hadiah. Ada yang memang sebab yang halal iaitu perkahwinan dan pertunangan. 

Tapi yang menjadi kemusykilan saya ni.. Ada orang yang pakai suka-suka tapi tak tahu cara nak pakai yang betul. Okay maybe sebab mereka-mereka ni tak tahu cara pakai ikut sunnah Nabi macam saya dulu jugak. 

Therefore.. Here this is it..Saya cilok dari sebuah laman web. Yang memberitahu cara memakai cincin mengikut sunnah Rasulullah S.A.W..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari :

1] jari tengah
2] jari telunjuk

For your information... Nabi Muhammad saw. melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah kerana ianya meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

Pesanan untuk kita-kita semua. Nasihatkanlah kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun adik-beradik kita tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt.. Nabi S.A.W memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W senang je kita dapat pahala. insyaALLAH . Wallahualam :)

Post a Comment

0 Comments