Salam semua!! Bismillah..
MANUSIA
ZAMAN SEKARANG……
(p/s : ditulis daripada pengalaman diri sendiri . dan juga daripada manusia di sekeliling)
-Bila
time solat je, mengantuk . Tengok movie, segar.
-Orang
call , laju je angkat. Allah call untuk solat, lambat nak tunaikan.
-Sanggup
tunggu 2,3 jam untuk tengok bola, tengok konsert. Dengar ceramah 1jam pun dah
rasa lama.
-Online
facebook,twitter 2,3 jam tak heran. Nak singgah website pasal agama sekejap pun
malas.
-Baca
majalah hiburan, takda hal. Baca majalah agama, emm nanti-nanti lah.
-10
kali berbalas-balas messsage kat kawan-kawan/pakwe/makwe, biasa-biasa je. 5kali
berbalas message ngan parents, wohhh banyak tuh!
-Pakai
lawa-lawa, sembur minyak wangi satu botol kalau nak keluar jalan-jalan.
Menghadap ALLAH, minyak wangi secalit pun tak pakai.
-Zikir,
baca Quran tak bersemangat, lemah je. Time nyanyi lagu, amboiii bukan main
semangat lagi.
-Orang
bagi hadiah kat kita, cakap terima kasih beribu-ribu kali, terharu sampai nak
nanges. Allah bagi nikmat kat kita, ‘Alhamdulillah’ payah bebeno nak sebut, tak
rasa terharu pun dengan pemberian-Nya.
Siapa
manusia itu??
KITA!!
Iye kita.
Tapi bukan semua macam tu. Sebahagian sahaja.
Marilah kita bermuhasabah diri.
Muhasabah
itu penting.
Membuatkan kita tahu apa kekurangan kita.
Untuk diubah, untuk
diperbaiki.
Supaya dapat menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari
insyaALLAH . :)
Wassalam :)
1 Comments
Allahuakbar ! Banyaknya kelemahan kite sebagai hambanya ini
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p