OHHH PASAR MALAM! - sayidahnapisahdotcom OHHH PASAR MALAM!
LightBlog

OHHH PASAR MALAM!


Salam semua! Bismillah..

Malam-malam macam ni memang perut bunyi krokk krokk. Minta makanan namanya.. Well tadi dah bagi makan coklat, ni ada diam sikit lah .hihi.

Cerita tang makanan ni kan. Aiihh rindunye pasar malam kat kawasan rumah lama. Kat Pinggiran Batu Caves. Macam-macam ouh ada. Air soya!! Ummphh dah lama tak minum. Sampai lupa soya pernah jadi favourite minuman saya. Betapa lama tak minum soya :(

Kat kawasan rumah baru seremban ni takde pasar malam pun. Sebab kawasan baru katakan. Hmm takpela. Nak wat camne kan. Ada rezeki makanan untuk dimakan tiap hari pun dikira bagus. Syukur sangat. Compared to orang kat palestin n negara luar yang kemiskinan nun. Astaghfirullah~



Jambangan cempaka menghias kenanga,
Seri padanan tampak terjalin,
Pakaian asing dicinta dipuja,
Songket tenunan dilupakah mungkin?
Alam nan hijau indah dulunya,
Kini botak dihakis-hakis,
Songket tenunan dilupa tiada,
Tetap disarung di pelbagai majlis.

Haa.. Pantun jual beli pulak dah kan. Fyi..Sem 2 nanti ada pesta pantun kat U. Then saya ni kira wakil kolej saya,kolej 16 untuk lawan kolej lain untuk pertandingan pantun. Muahahaha sangat lawak kan. Tapi tak lawak pun! Takut,cuak,tak yakin. Sume ade. Campur-baur. Bukan lah expert sangat diri ni time hantar nama untuk pantun, tapi ... Minat kot. Sbb pernah sekali masuk pertnadingan pantun time sekolah rendah. Sekali masa form3. Tak menang pun. Penah la menang untuk beberapa round, pastu kalah. Wohohoho kuciwa den~ Adat pertandingan. Ada menang , ada kalah kannn :)
For preparation untuk practice naik sem2 nanti, saya kena practice buat pantun untuk macam2 tajuk such as sukan, peribahasa, isu semasa n lain2. Haihhh isu semasa yang saya payah sangat ni. Dah la saya seorang yang tak amik tahu pasal negara kan. Hihi. 
Okay la. Nanti bila saya dah buat beberapa pantun, saya tunjuk kat uolls ye. InsyaALLAH . Doakan saya berjaya! Wassalam ! :)

Post a Comment

0 Comments