Salam semua! Bismillah..
Tetiba nak cerita pasal perpisahan ni nape pulak sayidah
oit? Berpisah dengan kekasih hati kerr?
Uitt mana ade..hehhe.
Al-kisah nya. Ahad lepas ,malam tu, kyong with her husband
and her one daughter(nurul fatihah) and one son(iman hazim) nak balik la ke
rumah mereka kat bukit beruntung. Tunggu la sekejap. Sebab abi tak balik dari keje lagi. Bila abi dah sampai. Berbual-bual kejap,main2 ngan cucu2 jap.. Time nak balik tu.. Semua salam-bersalam la kan. Time tu ada
umi,abi n saya je le kat rumah. Kak ngah tak dapat nak balik sbb hubby nya
kerja. Abang saya 1st(abgder) kat johor,kerja. Abang 2nd
(alang) dah balik UPNM pagi ahad tu. Saya cuti 3 bulan, cuti sem . So saya memang akan
enjoy habis le kat rumah! Saya tak nak kerja ke?? Uittt memang sory la. Abi takkan bagi
punye saya kerja. Well,anak kesayangan la katakan. Hehe. Tapi takde la 3bulan sangat pun.
Sob sob. Kena pergi kem bagai. Adduii. Geram bebeno den. Eh hehe sorry melalut pulak. Ehem2. Back to the topic. Sampai mana tadi? Ha time salam2 tu kan. Sob
sob rasa sedih woh! Sebab apa pulak?? Sedih sebab abi kata kat kak yong and
abglong(kamal)
“Terima kasih kamal,kyong tunggu abi balik. Dapat jumpa ngan
fatihah n iman. Sekejap pun jadi lah.”
Pastu abi peluk kuat kak yong ngan abglong. Saya dapat
rasakan abi begitu rindu dengan abglong n kyong. Saya dapat rasakan abi begitu
terharu dgn kyong n abglong sebab tunggu abi balik, tunggu abi spent time kejap
dengan iman n fatihah yang dah lama abi tak jumpa. Saya dapat rasakan abi
sangat sedih nak berpisah dengan kyog n abglong n cucu2nya yang baru je sekejap
jumpa kerana abi kerja dari pagi hingga ke malam. Saya dapat rasakan abi tak puas
nak berbual-bual dengan kyong n abg long,tak puas nak bermain-main dengan iman
n fatihah.
Saya dapat rasakan semua perasaan tu. Then,tanpa sedar, air
mata saya mengalir. Ntah la. Padahal bukan saya yang rasa. Tapi bila tengok abi
peluk dengan lama,cium pipi kyong
abglong. Hati tiba-tiba rasa sebak.
Tiba-tiba terfikir..
Macam ni kah perasaan seorang bapa atau
seorang ibu bila berpisah dengan anak-anak nya yang dah lama tak jumpa? Mesti
sakit sangat hati bila nak berpisah dengan anak-anak kan? Macam ni ke perasaan
yang akan ku hadapi bila jadi ibu nanti? *Eh sayidah,dah fikir sampai jadi ibu
kerr?hehe.*
Berhenti kat situ..
Pastu,malam tu. Tegok le rancangan bintang mencari bintang
finale kat tv3. Sebenarnya tak tahu pun rancangan ni. Abi le yang tengok. Saya terrrtengok pun sebab time tu saya urut abi. Memang kalau ada kesempatan, menjadi kewajipan saya yang terror urut ni*errkk..tak
malu puji diri sendiri* untuk urut bahu and kepala abi yang seharian penat
bekerja sambil menonton tv. Best jugak rancangan ni. Setiap peserta, ada yang individual, ada yang group kena buat lawak then akhir
sekali kena menyanyi. Time menyanyi tu pun kena lawak jugak. Memang mencabar betul. Mereka ada mentor masing2, yang pelawak jugak la. ak dijadikan cerita...
Disebabkan finale, so setiap peserta(protégé) and mentor mereka
akan memberi sepatah dua kata selepas membuat persembahan pada pusingan ke-2.
Masa tu lah,haaaa keluar lah air mata semua. Sob sob. Sedih uh nak berpisah.
Dah beberapa bulan peserta bersama2 dengan mentor mereka. Susah senang
together-gether. Paling over sekali,faizal bin ismail(FBI). Memang dia lah
paling sedih sekali. Sampai tak terkata. Sedih sangat la katakan nak berpisah
dengan protege2 nya. And saya pun sedih gak la tengok. Tapi sempat
la jugak gelak ngan abi time FBI nanges tu. Sebab lucu pun ada jugak bila
tengok FBI sedih sgt2. Yela tak pernah2 tengok FBI nanges kan sebelum ni.
Conclusionnya..
Normal la berperasaan sedih dan hati jadi sakit bila
berpisah dengan yang tersayang. Berpisah dengan saudara-mara. Berpisah dengan
keluarga. Berpisah dengan guru2. Berpisah dengan
kawan2 rapat. Berpisah dengan jiran sebelah. Berpisah dengan kucing tompok2 yang selalu kita bagi makan. Berpisah
dengan laptop kesayangan time final exam. Berpisah dengan rancangan2 tv yang
best sebab nak pegi kem. Berpisah dengan peti ais yang ada air kotak favourite
sebab balik kolej.*ok dah start melalut ke banjaran titwangsa*hehehe..
Tapi ingat…
Jika kita redha dengan perpisahan itu dan niat berpisah kerana Allah
S.W.T. in shaa Allahhh dapat pahala dan perpisahan itu diberkati. :)
Wassalam :)
0 Comments
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p