Salam semua! Bismillahh..
Let me introduce my tiga2 anak buah. Al-maklumlah baru spent
time dengan mereka. Bhagia rasa! :)
First anak buah : Iman Hazim Bin Kamal. 3tahun umur
sekarang. Dah makin comel badannya.(ikut makcik dia.hehe ) Mulutnya tak reti
nak berhenti cakap. Macam pak jemah. Tak reti jugak nak duduk diam. Even 2saat.
Dengan kata lain, he is a hyperactive person! Kecuali kalau tengah leka main game.
Baru la mulut dia tutup, badan statik tak bergerak. Sangat la peramah(ni ikut
sape la ni.. hehehe). Suka sangat sangat
sangat kawan dengan orang. Tak kira la orang tu lelaki ke perempuan. So, bila perangainya yang suka berkawan +
peramah bergabung, meletup! Haha. Pernah dia tegur jiran sebelah yang memang
dia tak kenal langsung. Iman tanya budak tu.. “Pergi mana tu? Mak kau mana?Ohh
yeke..” Pastu, kalau dekat taman permainan, ada sekumpulan budak main bola, dia
pergi la situ nak join jugak. Kalau duk tengah main gelongsor kat taman, iman
tiba2 je start berbual dengan sorang budak perempuan ni yang turut main kat
situ. Adooyy yang kita ni duk perhati gelak2 je tengok. Memang selamba betul la
anak buah aku sorang ni.. Iman ni tak suka makan nasi. Kalau boleh dipujuk and
dia makan nasi, kira daebak(amazing) la. Iman makan coklat, gula2, biskut
coklat, kek coklat,pizza and of course la minum susu. Tu je lahh. Ayah and ibu
nya dah puas paksa suruh makan nasi, tapi dia tak mau jugak. Pak2 and mak2
sedara dia pun letih dah pujuk. Pujukan atuk and wan dia memang macam angin lalu
je la kan. Haha. Tapiii… Iman ni seorang abang yang baik. Dalam apa2 keadaan ,
adik dia diutamakan. Sentiasa beralah dengan adiknya. Tak marah pun kalau
adiknya rampas handphone yang dia tengah main game. Ada jugak kekadang dia
marah at first, tapi kalau dah pujuk suruh bagi adik dia dulu, dia pun angguk. Tak
kisah. So sweet la hang,iman! Hehe..
Second anak buah : Nurul Fatihah Bin Kamal. Umur dua tahun . Sangat comel. Ayu. Sopan-santun.
Tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Erkk? Hehe. Fatihah ni jangan
main2 dengan dia. Kalau dia nak,memang dia nak! Kalau tu dia memang dah pegang,
kalau kita tarik, dia akan pegang kuat2 benda tu. Kalau kita Berjaya tarik, dah
mula keluar muka berang. Pastu, siap pukul kita.(takde lah sakit mana pun). Berkali-kali
dia pukul dengan geramnya. Haih yang aku pun, ada aku kisah? Lagi la rasa nak
sakat dia. Hehhe.. saya kan makcik yang baik~~ (mata kat ats, tangan kat bahu).
Dia tahu kalau dia buat salah. And siap usha kita lagi. Pastu, duk sengih2 la. Haha
comel la tu bila sengih2 kat orang! Ingat kita cair dengan sengihan tak berapa
nak innocent tu.. Hmm tapi memang cair pun. Hehe. Tapi.. kalau dia ambik
something and tahu benda tu memang dia tak boleh pegang sbb berhargaaaa sangat
such as.. Handphone,cermin mata, dompet,kamera, laptop, novel.. bila kita
mintak baik2, dia akan bagi. Kalau dia tak bagi pun, paksa jugak bagi! Hehe. Fatihah
ni seriously, kalau dah besar nnt mesti cantik. Kulit putih, senyuman menawan,
suara comel, lemah lembut je,tak banyak sangat karenah. Tapi ni masa kecik la. Harap2
masa besar berkekalan la ye. Hehe. Lagi satu,
bila suruh dia cium kita, cepat aja cium(kalau tgh in good mood la). Pernah sekali
tu, suruh dia cium. Terus dia ciummm.. Mulut saya! Ahaha. Adakah sebab saya tak
menghalakan pipiku kat mulut dia and sebaliknya mulut , jadi dia terus cium
mulutku? Haha. Tak kisah lah. Naseb baik hang perempuan and kecik lagi fatihah!
Kalau tak…..(kepala ku bakal keluar tanduk.hehe). Haaa ni best! Kalau dia
tengah in good mood, suruh je dia buat exactly apa yang muka kita buat ,dia
akan buat. Kalau kita tengah muncung mulut,suruh dia buat,dia buat. Kalau kita
sentum sampai nmpk gusi, dia pun akan senyum sampai nampak gusi. Time ni memang
best! Hehe.
Third anak buah : Hamad Raef Bin Hasnul Hidayat. Umur baru
je satu bulan. So, apa je yang nak diceritakan. Still baby loh. Suka tidur,menangis
kalau nak susu and kekadang suka dodoi dengan dukung sampai dia tertidur. That’s
all. Hehe.
Best ke ada anak buah ni? Haisshh lagi mahu tanya. Mahu tak
best. Yelaa lagi2 saya ni anak bongsu, takde adik nak dimanjakan,disakat dan
dibawa main(saya kan cam budak2 sikit.hehe). Best layan karenah mereka,celoteh
mereka. Paling nikmat bila tengok mereka tidur. Comel je. Tenang je. Dengan tengok
mereka tidur, hati tenang, bibir automatik senyum, tak jemu tengok. Itulah keajaiban
budak kecik. Tapi, kekadang tengok mereka ni .. Which are anak yang dilahirkan
sendiri oleh kakak first and kedua ku, tetiba ada rasa nak anak sendiri la
pulak!! Hhehe. Tapi lek luu.. belajar pun baru je habis first year degree,baru
nak masuk tahun kedua dah berangan nak kahwin. Hehe. Tu pun kalau sempat la.. Ajal,maut,jodoh
semuanya di tangan Tuhan . Kita merancang, Dia juga merancang. Tapi perancangan
Dia lagi hebat. :)
Sampai sini sahaja,
Wassalam :)
2 Comments
sweet la anak buah hg....hahaha....yg tu x turun mak cik dya...muahaha....kwn mak cik dya kowt na...hahaha...:-P
ReplyDeleteamboii hang wanie..kutuk aku+puji diri sndri..ketuk kang!hahaha
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p