Assalamualaikum~!
"Bercinta dan bercouple itu berbeza.
Bercouple = berpacaran
Bercinta = berkongsi perasaan
Bercinta tidak salah, bercouple yang salah.
Statement yang salah : Jangan bercinta.
Statement yang betul : Berhati-hati dlam bercinta. " - Imam Muda Asyraf.
"Q: Apakah hukum couple ? Sebab ustaz ada kata harus bercinta kerana ada hadis Nabi bagitahu Nabi tak pernah larang orang bercinta. Nabi mendorong sehingga orang bercinta sampai ke perkahwinan.
A: Ini telah memberi satu fitnah kepada orang ramai. Dia tanya apa hukum bercouple lepastu ada ustaz kata harus bercinta. Ni yang jammed ni, Bercouple lain, bercinta lain. Faham? Adakah cinta mesti bercouple ? Tak semestinya. Dia cinta kepada tunang dia, tunangnya cinta kepada dia. Mereka akan bertunang pada bulan 4, sekarang bulan 3. Haram tak untuk saling mencintai satu sama lain? Tak haram. Couple? Couple ialah berdua duaan. Couple tu bahasa omputih. Dalam bahasa Melayu maksudnya berdua. Berdua sokmo. Pergi taman dua orang. Tengok wayang dua orang. Pergi makan dua orang. Boleh tak? Di situ tak bolehnya. Cinta lain. Cinta yang bercouple itu jadi haram. Cinta takde couple, tak haram. " -Ustaz Azhar Idrus (UAI)
"Q : Ustaz, bercinta time tunang haram jugak ke?
A: Kalau cinta macam budak-budak sekarang ni tiada syak pada haramnya. Klalau hanya perasaan sayang menyanyangi dengan sebab akan menjadi suami isteri tidaklah haram. " -UAI
"Q : Apakah perbezaan antara bercouple dan bercinta ?
A: Bercouple biasanya membawa arti berdua-duaan atau berpasangan ke sana ke mari manakala bercinta tidak semestinya berduaan ke sana ke mari tapi hanya masing-masing ada rasa cinta antara satu sama lain." - UAI
"Q: Apa hukum mempunyai kekasih atau calon isteri ?
A: Harus! Jika takde calon isteri macam mana kamu nak kawen ?" - UAI
"Q: Bolehkah bercinta dengan tujuan ingin berkahwin?
A: Boleh. Tapi cara kita melunaskan cinta tu. Kalau melunaskan rasa cinta itu sebelum kahwin, itu tak boleh. " - UAI
Jadi, kena tau couple and cinta tu lain maksudnyaa. Hhehe. Kalau nak tahu lebih lanjut, search je kat youtube tentang perbezaan antara bercouple dan bercinta. :)
Thats all. Harap ada manfaatnya. Sekiann~
Wassalam :)
8 Comments
Terima kasih atas info yg menarik. Saya teringat kata2 seorg penyair Sufi yg terkenal, Jamaludin Al-Rumi " Tanpa cinta dunia akan membeku"
ReplyDeleteWahh sedap kata kata penyair tersebut :)
DeleteSebelum kahwin memang saya bercinta dengan bakal isteri saya, Alhamdulillah kitorang sudah pun berkahwin dan masih lagi terus bercinta.
ReplyDeleteWahhh alhamdulillah! Berkahwin dgn org yg kita cinta. Smoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat amin :)
Deleteterima kasih..info yang berguna..
ReplyDeleteAlhamdulillah sama sama :D
Deleteterima kasih perkongsian . masih menunggu cinta . huhuu
ReplyDeleteSama sama. InshaaAllah one fine day akan jumpa jodoh yg ditetapkan :)
DeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p