Dari blog Ustaz Pahrol - http://genta-rasa.com
Ku tulis kisah ini sebagai memori
tarbiah yang berkekalan. Tentang pemergian seorang sahabat. Ku adun
ilusi dan realiti namun tapak dan dasarnya tetap yang hakiki. Bulan
puasa ini aku agak terkejar-kejar waktu. Selalunya, tempoh Ramadan
adalah tempoh istirahat aktiviti luaran. Tetapi Ramadan tahun ini
berbeza. Hingga saat ini kehendak dakwah dan tarbiah terus membuak-buak.
Tidak ada pilihan meliankan memikul kedua-duanya. Selepas Subuh tadi
saya tuliskan kisah ini…Orang baik mati cepat!
Semacam satu musim. Begitu kekadang dirasakan. Sekarang “musim
kematian”. Sejak kebelakangan ini ramai sahabat dan kenalan rapat yang
meninggal dunia. Secara tiba-tiba pula. Insya-Allah, mereka yang pergi
itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu menziarahi jenazah seorang sahabat
yang meninggal 2 minggu lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di
hati, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi
soalan itu menerjah juga tanpa dapat ditahan-tahan.
“Kenapa orang baik mati cepat?” tiba-tiba soalan yang sama
dilontarkan oleh seorang sahabat lain yang sama-sama menziarahi
Allahyarham. Saya terkejut. Rupa-rupanya ada juga orang lain yang sama
rasa dengan saya. Cuma dia “berani” meluahkannya, saya pula hanya
memendamkan.
“Kenapa? Orang jahat mati lambat?” balas saya.
Dia tersenyum.
“Dalam pengalaman saya ramai orang baik mati cepat. Lihat sahabat kita ini baru mencecah 40 tahun sudah dijemput pulang.”
Saya termenung mencari makna dan kata-kata. Terkesima. Ah, saya yang “lebih tua” ini belum mati.. Mungkin saya tidak sebaik dia. Begitu gerutu dalam hati.
“Tak ada pengalaman melihat orang jahat mati cepat?” saya menjoloknya pula.
Dia menggeleng-gelengkan kepala.
“Saya pun tak tahu apa penjelasan yang tepat,” akui saya terus terang.
“Tetapi ada hadis mengatakan akhir zaman ilmu diangkat dengan kematian para ulama,” saya menambah lagi. Ya, saya pernah mendengar tentang itu.
“Oh, jadi ada kebenarannya orang baik mati cepat…”
“Tak juga,” balas saya selamba.

“Kenapa?”
“Tak kan orang yang baik terdiri daripada para ulama sahaja. Bukan ulama pun ada juga yang baik.”
“Ya, tak ya juga.”
“Kau pernah lihat atau dengar orang jahat mati lambat?” tanya saya mengulangi soalan terdahulu.
“Susah kita nak tentukan seseorang tu baik atau jahat…”
“Tetapi Allahyarham sahabat kita ini orang baik bukan?”
“Insya-Allah. Amin,” jawabnya perlahan namun penuh kepastian bercampur harapan.

“Saya rasa mungkin ada sebab yang lain,” kata saya memulakan semula
perbualan. Kami berdua-dua benar-benar kesedihan. Perbualan ini
sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit kesedihan itu. Sahabat yang
baru meninggal itu bukan calang-calang orang, jasanya dalam dakwah dan
pendidikan Islam telah diakui ramai. Jasanya jauh lebih “panjang”
berbanding usianya.
“Imam Safie meninggal dunia ketika berumur 51 atau 52 tahun. Imam
Nawawi lebih muda daripada itu,” tambah sahabat saya tanpa memberi
respons tentang “:mungkin ada sebab lain” yang saya katakan sebelumnya.
“Mungkin ada sebab lain kenapa kita rasakan orang baik mati cepat, orang jahat mati lambat,” saya cuba sekali lagi memancing perhatiannya.
“Apa yang kau rasakan? Ada sebab lain?”
Saya pula yang tersenyum. Dia juga sahabat akrab saya. Entahlah antara kami siapa yang akan meninggalkan siapa? Ya, siapa agaknya akan dijemput oleh kematian terlebih dahulu. Tidak tahu bila, tetapi saat itu pasti tiba. Orang yang berbual tentang kematian pun akan mati juga.

“Saya rasa orang baik mati dirasakan mati cepat kerana orang yang
masih hidup belum puas menikmati kebaikannya!” letus saya setelah
berdiam agak lama.
“Manusia selamanya tidak akan puas dengan kebaikan. Kebaikan itu fitrah semua manusia,” kata sahabat saya menambah.
“Saya teringat satu peribahasa Cina yang mengatakan untuk mengenal kebaikan seribu tahun belum cukup…”
“Maksudnya?”
“Kebaikan itu sentiasa didambakan oleh hati manusia. Bila menikmatinya, manusia ingin menikmatinya lagi, dan lagi… Kalau boleh biarlah sampai seribu tahun.”
Sahabat saya termenung. Merenung. Perjalanan pulang daripada ziarah kematian itu dirasakan terlalu panjang.

“Kau tahu peribahasa itu masih ada sambungannya?”
“Sambungannya ini akan menjelaskan kenapa orang jahat dirasakan mati terlalu lambat,” tambah saya tanpa memberi sambungan yang dipintanya. Biar “suspen” sedikit.
“Sambungannya begini… tetapi untuk mengenal kejahatan satu hari sudah terlalu lama!”
“Sekarang aku tahu kenapa orang jahat mati lambat, ops… dirasakan mati lambat,” katanya membetulkan ayat bagi menerangkan maksudnya yang sebenar.
“Mengapa?” tanya saya memberi laluan kepadanya untuk menjelaskan.

“Manusia benci dan jemu kepada kejahatan. Satu hati dalam “merasakan”
kejahatan dirasakan sudah terlalu lama. Ya, sebab itulah orang jahat
selalunya mati lambat. Bukan usia mereka yang panjang, tetapi kejahatan
mereka itu yang menjemukan dan meresahkan orang yang masih hidup.
“Ah, sekarang giliran dia… Giliran kita bila agaknya?”
Saya melencongkan sedikit arah perbualan kerana ada kisah yang menerjah ruang ingatan. Kisah benar beberapa bulan yang lalu ketika saya menziarahi seorang ulama yang baru pulih daripada strok.

“Enta tahu berapa orang yang menziarahi ana sewaktu ana terlantar
dulu yang telah mati?” tanya ulama yang sangat saya segani itu.
“Sewaktu tu ana terbaring tidak dapat bergerak dan bercakap. Tapi ana masih kenal orang-orang yang datang ziarah ana. Ramai anak murid yang ziarah dan mendoakan ana. Sewaktu tu harapan ana untuk pulih hanya 50-50. Dalam ramai-ramai anak murid tu ada yang menangis sambil berdoa minta kepada Allah untuk menyembuhkan ana…”
“Alhamdulillah, makbul doa mereka tu. Sekarang ustaz dah sembuh,” ujar saya.
“Alhamdulillah dan innalillah.”
Kenapa innalillah, gumam saya dalam hati?

“Alhamdulilllah sebab Allah sembuhkan ana. Innalillah sebab ada di
antara yang mendoakan ana itu telah meninggal dunia,” jawab ulama itu
seperti dapat meneka pertanyaan hati saya.
“Ajaib benar kematian ini. Orang sakit yang dirasakan akan mati hidup, orang sihat yang mendoakannya pula yang mati. Bukan seorang, tetapi ana kira sepanjang tempoh enam bulan ana terlantar hingga kini sudah 8 orang yang menziarahi ana dahulu telah meninggal dunia!”
“Apa yang kau menungkan?”
Tiba-tiba kawan saya memutuskan lamunan panjang saya. Dia memandu perlahan sahaja. Mungkin dia juga sedang melayan lamunannya.

“Saya tertanya-tanya bila pula agaknya giliran kita?”
“Apakah datang dengan tiba-tiba atau sudah dijangka?”
“Itu tidak penting. Yang penting apakah kita diambil semasa dalam ketaatan atau kejahatan?”
“Alhamdulillah, sahabat kita meninggal semasa melaksanakan aktiviti kebaikan.”
“Kau tahu, saya ada cerita tentang kematian yang sangat menakjubkan. Malah menimbulkan cemburu di hati,” tambah saya.
“Cerita benar?”
“Baru berlaku dua bulan yang lepas…”

Saya mula bercerita tentang seorang lelaki abang kepada kawan isteri
saya yang telah meninggal dunia dua bulan lalu. Allahyarham meninggal
sewaktu mengerjakan solat Asar berjemaah di dalam masjid.
“Alhamdulilah masih ada kematian yang semacam itu pada zaman ini,” ulas sahabat saya selepas mendengar cerita saya.
“Cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita,” pintas saya perlahan.
“Macam pernah dengar sahaja ungkapan tu.”

“Itu kata-kata Imam Ghazali,” kata saya mengingatkan.
“Saya agak terlupa akan maksudnya.”
“Kau tahu mengapa agaknya Allahyarham meninggal dalam keadaan yang sebaik itu?”tanya saya. Saya pun bercerita lagi. Menurut kawan isteri saya itu abangnya memang orang yang istiqamah solat berjemaah di masjid setiap waktu. Kerja kampung seperti ambil upah menebas, membersihkan kebun di samping berniaga secara kecil-kecilan membolehkan Allahyarham mengatur jadual hidupnya sendiri. Ya, hanya orang yang sering ke masjid yang “terpilih” mati di sana. Dan orang yang konsisten solat sahaja yang besar kemungkinan mati dalam keadaan bersolat. Siapa yang hidup secara baik akan mati baik. Insya-Allah.

“Soal mati lambat atau cepat sekarang tidak penting lagi. Tetapi
apakah kita mati dalam keadaan baik atau sebaliknya, itu lebih utama.”
“Ada yang lebih utama daripada itu… yakni menentukan cara hidup yang baik! Sebab cara hidup yang baik akan menentukan cara mati yang baik, ” saya mengingatkan.
“Bolehkah kita mati dalam keadaan lidah dan hati kita mengingati Allah?”
Kali ini dia pula yang mengalih arah perbualan.
“Bergantung pada keadaan kita semasa hidup. Jika kita selalu berzikir dan mengingati Allah semasa hidup, insya-Allah semasa hampir kematian, Allah jugalah yang akan sentiasa di hati dan di bibir kita.”

“Saya teringat satu analogi yang pernah diberikan oleh sekumpulan
pendakwah ketika masih di kampus dulu. Kata mereka, jika lori berisi
pasir berlanggar, yang akan terkeluar dan berselerak ialah pasir.
Sebaliknya jika lori sampah, sampahlah yang akan bertabur dan tersembur
ke luar.”
“Maksudnya?”
Kali ini saya pula yang menagih penjelasan daripadanya.
“Samalah seperti manusia. Manusia yang lidah, hati dan dirinya sentiasa penuh dengan zikirullah, maka kalimah zikir itulah yang akan terluncur keluar bila tiba saat kematiannya. Sebaliknya jika perkara-perkara kotor yang ada dalam dirinya, maka perkara itulah yang akan tersembur keluar di saat kematiannya. Tak kanlah lori sampah akan mengeluarkan pasir apabila berlanggar?”
“Cantik dan tepat sekali analogi itu.”

“Kita berhenti makan sedikit, ok?” ajak sahabat saya sambil membelok
ke tepi jalan. Sebuah warung sederhana di tepi desa itu menjadi
persinggahan kami. Memang agak lapar juga rasanya. Sejak awal pagi
(sewaktu mendengar berita kematian) hingga jam 5 petang waktu itu kami
tidak menjamah apa-apa. Hampir terlupa makan dek rasa terkejut tentang
kematian yang itu.
Ketika mengambil lauk di warung itu, hati saya jadi sayu tiba-tiba.
Bergenang air mata tanpa disedari apabila melihat masakan tempe goreng
pedas kering bersama tahu, ikan bilis dan kentang hiris – masakan Jawa!
Itulah masakan yang sering dihadiahkan oleh Allahyarham sahabat saya
kepada keluarga saya sewaktu kami tinggal berjiran beberapa tahun yang
lalu. Dia akan berkata, “ini kiriman ibu saya, mari kita kongsi
bersama.” Dan perasaan saya sekali lagi “mengalahkan” logik akal saya.
Perasaan saya terlalu sayu bila hati saya terus dan tetap berkata,
“memang orang baik, mati cepat!”
1 Comments
senang cerita kita fikir macam ni ye... andaikan kita manusia ni sebagai bunga...
ReplyDeletebunga yang cantik atau bunga buruk yang kita pilih untuk jadi hiasan rumah? mesti bunga cantik kan :) mekar berseri kita tengok, tenang je hati. sebab tu ALLAH ambil orang yang baik ni.
kalau jahat pula bunga yang buruk dan layu, kita ambil tak? ambil juga kan. sebab apa? sebab kita nak buang.. and campak masuk dalam tong sampah je. sedih kan.. nak buat apa pun dah x boleh sebab dah mati tak boleh diselamatkan...
sementara masih hidup, sama-sama kita banyakkan amalan baik, moga2 bila sampai masa kita dipetik, kita sedang mekar berseri :)
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p