SEPULUH Kelab Myvi akan membuat laporan polis ekoran rasa teraniaya akibat terpalit dengan kes berkaitan Kelab Familia Myvi (FMC) yang terlibat dengan kemalangan di lebuhraya Duke dua minggu lalu.
SUMBER: BULLETINMEDIA |
Selain rasa teraniaya, laporan dibuat bagi menjelaskan bahawa FMC tidak ada kena mengena dengan Kelab Myvi 1Malaysia.
“Kami juga tidak berpuas hati dengan page Facebook palsu Familia Myvi Club Official dan Yana Myvi FMC Fans kerana menggunakan gambar ahli kelab Myvi lain yang tiada kena mengena dengan FMC di page tersebut,” ujar Presiden Gila Myvi Club (GMC) dikenali sebagai Afiq ketika dihubungi Mynewshub.
Page Facebook Familia Myvi Club Official |
Ekoran itu, laporan polis bakal dibuat oleh sepuluh Presiden Kelab Myvi antaranya Destroyer Of Myvi Club (DOMC), Youngster Myvi Club (YMC), Myvi Generation CLub (MGT), Myvi Club Extreme (MYX), Active Myvi Club (AMC) dan Underdon Myvi Club (UMC) di Balai Polis Dang Wangi jam 11 pagi, Rabu ini.
Difahamkan, mengikut perancangan awal laporan polis akan dilakukan pada Isnin namun ditukar tarikh selepas diminta oleh keluarga mangsa nahas yang akan ikut serta ketika laporan dibuat.
Sumber : Mynewshub
10 Comments
isu myv tak berkesudahan lagi...
ReplyDeleteApapun semoga semuanya dapat diselesaikan dengan segera supaya nasup yg tak bersalah dapat dibela.
hmm...
ReplyDeleteKerana nila setitik, rosa susu sebelanga. haish.
ReplyDeleteKesian pada pemandu2 lain yang x bersalah.. Kadang2 orang kita nie cepat jer bila bab2 macam nie...
ReplyDeleteBak kata kawan saya.. Yang salah adalah Pemandu bukannya Kereta MYVI tu...
MYVI bersatu hati...... jadilah MYVI kuasa 10
ReplyDeletekesian diorang yang lain pon turut dikecam..come on laa rakyat malaysia..
ReplyDeletebudak kecik pon pandang serong kepada MyV kuning...apakah? ..
ReplyDeleteingat dah abes isu myvi ni..ish ish ish
ReplyDeletekerana nila setitik abis susu sebelanga...
ReplyDeletekesian myvi tk bersalah!!!
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p