KUALA LUMPUR: Hari ini satu lagi sejarah tercipta di negeri Perak Darul Ridzuan, dengan pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-35. Pertabalan tersebut adalah sebagai menggantikan ayahandanya, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mangkat kira-kira setahun lepas.
Pertabalan baginda menerima reaksi positif rakyat Perak khususnya, yang sememangnya mengenali Sultan Nazrin sebagai raja yang berkaliber dan berhemah tinggi.
Sultan Nazrin Shah |
Mari kita lihat 4 sebab mengapa Sultan Nazrin begitu dihormati dan disayangi rakyat.
Bijak dan berkredibiliti
Bukan hanya kerana baginda memiliki PhD dari Universiti Harvard, tetapi baginda disifatkan sebagai cendekiawan yang sering memberikan buah fikiran dan pendapat bernas dalam pembangunan negeri dan negara.
Prihatin dan rendah diri
Baginda bukan wajah asing di kalangan rakyat jelata apabila sering muncul di kampung-kampung, malah baginda juga sering melawat perkampungan Orang Asli. Baginda juga tidak segan silu untuk turut padang membantu apabila ada bencana melanda rakyat.
Sultan Nazrin disanjung rakyat jelata
'Low profile'
Antara raja yang sering mendapat perhatian, namun baginda tidak gemar mendedahkan kehidupan peribadinya kepada umum. Perkahwinannya dengan Tuanku Zara Salim pada tahun 2007, dilangsungkan serba sederhana. Baginda juga mahukan upacara pertabalan baginda tidak diraikan secara berlebih-lebihan.
Tampan
Sesiapa pun tidak boleh menafikan fakta Sultan Nazrin dikurniakan rupa paras yang tampan. Tidak hairanlah sebelum berkahwin, baginda sering dilabel sebagai 'Most Eligible Bachelor'. Jodoh baginda dengan Tuanku Zara disifatkan ramai sebagai'a match made in heaven'.
3 Comments
kacak. ehhh :D
ReplyDeleteTerbaik KC!!
ReplyDeletesebab dia hencem... muahahah
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p