APAKAH CARA SUPAYA SUAMI TIDAK MENCARI YANG LAIN ? - sayidahnapisahdotcom APAKAH CARA SUPAYA SUAMI TIDAK MENCARI YANG LAIN ?
LightBlog

APAKAH CARA SUPAYA SUAMI TIDAK MENCARI YANG LAIN ?

APAKAH CARA SUPAYA SUAMI TIDAK MENCARI YANG LAIN ?


Benarlah kata orang, alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza. Sepatutnya, para isteri perlu menyedari bahawa amatlah penting untuk seseorang isteri mengenali dan mengetahui segala perkara mengenai suami , memahami dan mengenalinya.
Sifat semula jadi seorang lelaki iaitu ego, memerlukan kita mengalah dalam segala hal. Lebih-lebih lagi, sudah termaktub bahawa jaminan syurga anda ada padanya.
Sebenarnya, tidak susah untuk menjaga hati seorang lelaki dan memastikan si dia setia dengan anda. Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita.
Malangnya, tidak ramai para isteri berjaya memahami si suami, gagal menawan hati si dia dan sebagainya. Ini adalah kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilaku seseorang lelaki.
Di bawah merupakan beberapa langkah yang kita sebagai isteri lakukan supaya lelaki yang bergelar suami tetap setia bersama kita, insyaAllah.

1Fahamilah perasaan suami

Faham persaan suami anda dari sudut seorang lelaki dan bukan cara untuk mengubah personalitinya sebagai seorang lelaki seadanya. Cuma fahami sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak berlawanan dengan kehendak agama.

pasangan suami isteri



2. Gunakan kuasa pujukan.

Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi. Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya.
Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.

3. Menghormati dan memahami kehendaknya.

Secara umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan menjadi penting ada di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan terserlah.
pasangan suami isteri



4. Tujukkan rasa gembira bila bersama.

Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan . Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan.

5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan.

Dengarlah dengan penuh perasaan apa yang ingin dikongsi oleh suami.  Berjenaka dan gurau senda antara suami isteri dengan baik dan berfikiran terbuka.


pasangan suami isteri


6.  Menghormati diri sendiri.

Seorang wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan peribadinya demi menjaga maruah rumahtangga.
Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi dalam hubungan antara suami isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat taulan  atau jiran tetangga.
Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu! 

-Pakar Cinta (http://pakarcinta.com/)

Post a Comment

4 Comments

  1. bertolak ansur dan saling memahami..insyaAllah berkekalan sebuah perkahwinan..
    (^_^)

    ReplyDelete
  2. Wahhh KC. Praktikkan nanti yoo. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Ingatlah bahawa syurga berada di tapak kaki suami bagi isteri...
    Syurga untuk suami pula berada di tapak kaki ibu suami..
    isteri kena fahami jika suami lebihkan ibu dia itu adalah BETUL..
    jom baca tip kesihatan yang AM kongsikan bersama di www.alongmisuari.com

    ReplyDelete
  4. ok ... ambik tips dan berwaspada dari awal nampak.......! bagus la tu... hahah

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p