KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP MENURUT SAIDINA ALI BIN ABI THALIB - sayidahnapisahdotcom KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP MENURUT SAIDINA ALI BIN ABI THALIB
LightBlog

KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP MENURUT SAIDINA ALI BIN ABI THALIB

KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP MENURUT SAIDINA ALI BIN ABI THALIB


KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP MENURUT SAIDINA ALI BIN ABI THALIB

7 Kunci kebahagiaan hidup menurut Saidina Ali Bin Abi Thalib


1) Jangan membenci sesiapapun walau ada yang menyalahi hakmu.

  • Perghh susah nak buat ni. Jangan membenci sesiapa walau ada yang menyalahi hakmu tu waduh waduhhh sangat memerlukan keimanan kesabaran ketabahan yang tingggiii sangatt. Contoh hak apa? Contoh hak ialah hak kita sebagai seorang pelanggan kat kedai buku, hak kita sebagai pelajar kat sekolah, hak kita sebagai pekerja di pejabat, hak kita sebagai jiran, hak kita sebagai kawan dan macam-macam hak lagi. Cuba kalau ada orang yang menyalahi hak kita, apa yang kita rasa ek? Mesti rasaaaa nak meletup kan. Lepastu bila lama-lama pendam dan kemudian kemungkinan untuk rasa benci tu tak mustahil akan ada. Tapi Saidina Ali kata kalau nak bahagia hidup, jangan membenci orang walau dia menyalahi hakmu. Fuhh memang mencabar nak laksanakannnya!

2) Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.

  • Ustaz kata lepas solat, semasa doa, kita kena doakan untuk semua orang. Semua saudara mukmin. Tak kisah la dorang doa kita ke tak. Yang penting kita dah laksanakan kunci kedua untuk bahagia hidup iaitu jangan sesekali memutus doa untuk saudara mukmin.

3) Jangan pernah bersedih  secara berlebihan sekalipun masalah memuncak.

  • Okay nak cakap lebih-lebih pun tak boleh point yang ketiga ni. Sebab saya pun suka sedih dan nangis lagi-lagi kalau tengah ABC(Allah Bagi Cuti) hahaha. Tapii Saidina Ali kata jangan bersedih SECARA BERLEBIHAN. Mungkin maksudnya jangan la sedih sangat sampai mengabaikan hal-hal rutin harian dan sekeliling. Sedih sangat sampai rasa tak boleh nak buat apa-apa tu bahaya juga kan. 

4) Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

  • Haaa perbanyakkan memberi walau kita sedang susah sekalipun. Nak beri apa ni? Beri duit sedekah ke? Tak semestinya duit untuk sedekah dan derma sahaja. Banyak lagi boleh beri. Paling mudah, senyuman. Wahh gitu. Hahaha. Ilmu, makanan, nasihat dan kesenangan pun dikira memberi juga tu. Jadi, sebenarnya tiada alasan untuk tidak memberi dalam hidup kita ni.

5) Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

  • Allah sukakan kesederhanaan. Nabi Muhammad sukakan kesederhanaan juga. Kita pun mesti hidup dalam kesederhanaan juga walaupun kita ni lebih dari mampu laa untuk hidup lebih dari kesederhanaan.
6) Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

  • Oh ni mesti ramai yang biasa buat hahaa. Sebab saya pun biasa buat juga :p Bukan hipokrit. Tapi nak suruh kita jangan layan sangat hati yang sedih tu . Bukan nak tunjuk kuat. Tapi nak pujuk hati supaya kuat. Bukan nak berlagak kita ni manusia happy 24 jam. Tapi kita nak jadi manusia yang boleh membahagiakan orang lain hanya dengan senyuman kita. Jadi, senyumlah :) Tapi tak salah untuk kita menangis. Bagi meleraikan kekusutan di hati :)

7) Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

  • Buat baik setiap minit. Buat baik setiap saat. Buat baik setiap hari. Bagi biskut kat makcik cleaner pun buat baik juga walaupun kau sayang sangat dengan biskut tu. Bagi makan dekat binatang walaupun kau rasa kau takde kaitan pun dengan binatang tu. Perkara kebaikan kecil yang kita buat jangan terkejut kalau kebaikan kecil tu lah yang akan tolong kita di akhirat sana kelak. :)



Post a Comment

5 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p